Semalam saya ada terima sorang customer yang tanya mengenai cara nak atasi tonsil pada anaknya. anaknya baru berumur 3 tahun lebih.
Kesian tau bila anak kecil kerap kena bengkak tonsil ni. Sekejap-sekejap mesti tak sihat, melepet je.
Sekarang ni pulak, makin kerap kan kita dengar pasal tonsil ni? Sebelum kita tengok cara atasi, jom kita kenal dulu apa tu tonsil dan bengkak tonsil.
Apa itu tonsil dan bengkak tonsil?
Ni beza tonsil biasa dan tonsil yang dah terjangkit |
Tonsil menurut My Health ialah gumpalan tisu limfoid (sub-eputelium) yang terletak di bahagian tekak kita (orofarinks).
Fungsi sebenar tonsil ni adalah untuk halang apa-apa kuman atau bakteria masuk ke dalam badan manusia. Kira macam guard la kan. Dan dia jugak penting untuk bina imun badan.
Tapi bila terlalu banyak kuman atau bakteria nak masuk, dia pun tak terlawan juga. Sebab tu kadang-kadang ia akan terjangkit juga. Dan ini kita panggil tonsilitis atau bengkak tonsil.
Apa puncanya tonsilitis ni?
Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Biasanya disebabkan oleh virus. Hanya 10-30% kes disebabkan oleh bakteria.
Tanda-tanda anak anda kena tonsilitis
Ada beberapa tanda yang boleh dikenalpasti bilamana anak anda kena serangan tonsilitis ni
☞ Tonsil jadi bengkak
☞ Sakit tekak. Kadang-kadang sampai tak lalu nak makan.
☞ Ada ulser atau radang pada tekak. Nampak merah-merah gitu.
☞ Ada selaput putih pada tonsil.
☞ Sakit kepala
☞ Susah nak menelan
☞ Demam
☞ Loya dan muntah
☞ Susah nak bernafas
Simptom-simptom ni kita kena tahu dan pantau. Kesian kalau dibiarkan. Silap-silap kalau teruk memang masuk dewan bedah.
Saya sendiri masa kecil-kecil dulu doktor pernah diagnos tonsilitis ni dan dia sarankan untuk bedah dan buang.
Ayo.. Takut ok nak masuk bedah-bedah ni. At last ada la mak guna beberapa cara ni nak kasi surut bengkak tu.
Cara efektif nak rawat tonsil
Tonsilitis ni takde la bahaya sangat kalau ikutkan pada asalnya. Tapi jangan dibiarkan. Bila dibiarkan, ia bermaksud kita membiarkan je bakteria atau virus tu berleluasa.
Beberapa cara yang efektif ni kita boleh lakukan pada anak-anak.
1. Minum air secukupnya.
Ini penting supaya anak tak terdehidrasi. Biasanya anak yang ada radang tonsil ni, makan tak lalu. Air apatah lagi. Sebab dia rasa pedih nak telan.
Tapi kita tak boleh biarkan. Gunalah cara apa sekalipun, pastikan anak minum secukupnya.
Bagi bayi yang masih menyusu, teruskan penyusuan seperti biasa. Biasanya bayi yang minum susu ibu ni lebih tenang dan mudah nak suruh dia minum susu.
Tenang agaknya bila kita peluk dia, lupa dah rasa sakit tadi.
Tapi kalau bayi kurang menyusu, kena cepat-cepat pergi jumpa doktor ye.
Untuk bayi, kalau nak tahu dia cukup minum ke tak, cek pampers dia. Kalau kurang air kencing atau memang kering untuk jangka masa maksimum 4 jam, itu bermakna bayi anda terdehidrasi.
2. Beri anak makan aiskrim.
Rasa sejuk aiskrim tu akan beri kelegaan pada tekak anak. Tak semestinya aiskrim. Apa-apa je yang berikan rasa sejuk, boleh berikan pada anak.
3. Minum jus lemon dan madu.
Lemon mempunyai sifat semulajadi sebagai antibakteria dan antivirus yang sangat baik. Lemon juga boleh tingkatkan sistem imun tubuh.
Madu pula bersifat melindungi. Campuran lemon dan madu ni akan bantu kurangkan dan lindungi tonsil daripada jangkitan virus dan bakteria.
Boleh juga dibuat berkumur selama 30 saat setiap 2 jam. Ia akan mempercepatkan pengecutan tonsil.
4. Berkumur dengan air garam
Kalau anak dah pandai berkumur, boleh guna cara ni. Tapi pastikan anak tak telan ye.
5. Jaga persekitaran anak
Dalam keadaan yang tidak sihat, jauhkan anak daripada sebarang persekitaran yang tidak sihat.
Jauhkan anak daripada orang yang merokok. Tanpa kita sedar, walaupun perokok tidak merokok dihadapan anak, namun masih ada sisa molekul asap rokok yang melekat di badan perokok.
Ini sebenarnya jauh lebih bahaya berbanding asap rokok itu sendiri. Sebaiknya minta perokok membersihkan diri, mandi, tukar pakaian, barulah boleh berada dekat dengan anak.
Buat masa anak tak sihat ni, elakkan berada di luar. Berehat saja di rumah sehingga anak betul-betul sembuh.
Pastikan juga keadaan sekitar adalah bersih. Guna penapis udara juga adalah pilihan yang bijak.
6. Jika ia berlarutan atau sangat kerap berlaku, anak juga kerap demam dan tak sihat, ini bermakna sistem imun badan anak adalah lemah.
Cara terbaik adalah bantu anak tingkatkan sistem imun mereka. Cara ini lebih sesuai untuk anak yang berumur setahun ke atas. Untuk anak di bawah setahun, saya kongsikan di post akan datang.
Saya cadangkan kita bantu anak untuk ambil suplemen Nutriferon dan Mealshake.
Nutriferon ni dicipta oleh pakar imun dunia, Dr. Yasuhiko Kojima.
Beliau menemui interferon dan lakukan penyelidikan selama 40 tahun untuk cari sebatian semulajadi yang boleh bantu rangsang pengeluaran interferon daripada badan kita.
Terhasil daripada ekstrak 4 tumbuhan semulajadi yang hebat, ia membantu untuk dorong pengeluaran interferon daripada tubuh.
Interferon ni penting tau. Kelebihannya bila kita dapat keluarkan interferon daripada badan,
1. Tingkatkan sistem imun dalam masa 3 hari sahaja.
2. Lindungi badan kita daripada serangan influenza, virus, mikrob dan lain-lain.
3. Ringankan stress dan kelesuan.
Mealshake pula merupakan makanan rendah lemak, rendah asid glisemik dan kaua dengan 19 jenis vitamin utama yang penting untuk badan anak.
Bila badan anak cukup zat, lengkap dengan khasiat, virus dan bakteria susah nak menyerang.
InsyaAllah dalam post seterusnya, saya juga akan kongsi beberapa testimoni daripada ibu-ibu yang berpuas hati dengan Nutriferon dan mealshake Shaklee.
Alhamdulillah selesai perkongsian Ee dengan anda semua. Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan set tonsil ni, boleh dapatkan konsultasi dan ajukan pertanyaan terus di sini atau whatsapp Ee. 010-2888494. InsyaAllah Ee bantu sebaik mungkin.
Nak lebih mudah? Klik je terus pada butang di bawah. Semudah A B C dan anda akan dapat terus set tonsil anda!
Nak lebih mudah? Klik je terus pada butang di bawah. Semudah A B C dan anda akan dapat terus set tonsil anda!
Satu benda yang Ee rasa seronok sangat nak buat adalah bantu anda yang alami masalah sama dengan Ee. Betul kan? Bila kita alami sesuatu perkara, kita akan lebih faham keadaan orang yang alami perkara yang sama dengan kita :-)
Shasratul Ameerah Kamaruddin (Ee)
010-2888494
Pengasas Ee Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.
ID : 1095681
010-2888494
Pengasas Ee Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.
ID : 1095681