Pages -Menu for Ee Beauty Spa

11 February 2019

KURSUS MOBILE SPA TERMURAH 2019

Tahun 2019 ni, banyak cabaran daripada segi kewangan. Kita pun dah tau sikit sebanyak bagaimana pengurusan kewangan negara. Dan semestinya kita dah boleh agak dan rasa, tekanan mengenai kewangan ni semakin bertambah.


Kalau sebelum ni, macam-macam yang kerajaan bagi. Dengan BR1M, sumbangan itu, sumbangan ini. Namun bermula tahun 2019 ni, banyak bantuan yang kerajaan terpaksa tarik balik.


Namun, tu tak bermaksud kita perlu duduk saja, tak buat apa-apa. Keadaan kewangan sekarang membuktikan kerja makan gaji je tak cukup untuk tampung keperluan hidup sebulan. Ramai yang dah mula cari peluang untuk berbisnes.


Dan inilah masa yang sesuai untuk ubah kewangan kita. Bermula sekarang, dah kena mulakan langkah. Sikit demi sikit, insyaAllah pertengahan tahun 2019, kita dah mula stabil.


Macam-macam bisnes yang kita boleh buat sekarang dan salah satu bisnes yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi dan sangat popular sekarang adalah mobile spa! (spa bergerak)

Spa bergerak, twb, the walking beauty, spa, cantik, kerja

Saya dan team #AlumniTWB rasa sangat bersyukur dipertemukan dengan TWB. Untuk yang masih tertanya apa itu TWB, boleh baca di sini.

> The Walking Beauty (TWB)


Dan ini respon daripada beberapa alumni TWB yang setuju bahawa TWB ni sangat membantu daripada segi kewangan mahupun untuk mencapai impian masing-masing.

Twb, spa bergerak, spa kuantan
Spa bergerak, twb, spa Kuantan


Jadi, pada tahun 2019 yang istimewa ni, TWB dah sediakan satu pakej Kursus Mobile Spa TERMURAH yang pastinya akan buat anda teruja nak join!


KURSUS MOBILE SPA TERMURAH 2019


Apa yang ditawarkan dalam pakej kursus mobile spa pada tahun 2019?


Spa bergerak, twb, spa Kuantan

Setiap peserta akan diajar 11 ilmu mengenai spa dan penjagaan diri sendiri (make over 360).

🔮 Facial relaxing massage
🔮 Sauna herba
🔮 Body scrub dan urut lulur
🔮 Mandian aura susu
🔮 Spa tangan & kaki

🔮 Make up training
🔮 Face analysis
🔮 Hijab styling
🔮 Style personality test
🔮 Body analysis
🔮 Overall image

Mekap, kursus kecantikan, kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan

Menarik kan? Sebagai seseorang yang nak menjalankan bisnes spa, sangat penting untuk kita sentiasa tampil kemas, cantik dan presentable. Barulah pelanggan yakin dengan kerjaya kita.


Eh bukan itu sahaja. Anda juga akan bawa pulang,

🎁 Satu set skincare Youth daripada Shaklee untuk kegunaan spa anda

🎁 Bahan-bahan dan beberapa barangan asas yang diperlukan untuk memulakan spa anda

🎁 Beg troli yang besar dan sangat cantik!

🎁 Sijil penyertaan

🎁 Duit! Eh dapat duit juga? Ye, akan dimasukkan sebagai bonus daripada Shaklee tau memandangkan anda akan dapat sekali FREE MEMBERSHIP SHAKLEE! Best sangat.

🎁 Peluang untuk travel percuma sepenuhnya bersama Shaklee atau travel dengan kadar yang sangat murah bersama alumni TWB.

Twb, the walking beauty, spa Kuantan, spa bergerak


Ada lagi? Oh banyak lagi sebenarnya. Selalu sangat alumni TWB ni dapat surprise tau. Dan semua ni anda boleh dapatkan dengan yuran kursus cuma serendah RM2999!


Kenapa digabungkan Shaklee dan spa ni? Supaya anda boleh dapat lebih banyak peluang dan ilmu. Spa sebagai instant cash, Shaklee sebagai satu platform untuk capai impian anda yang menggunung tu.


Berminat untuk tahu lebih lanjut? Boleh hubungi saya menerusi no telefon di bawah. Jika anda memang dah nekad dan sngt berminat nak join, boleh terus berikan,


Nama
No. IC
Nombor telefon
Alamat
Emel


Dan boleh buat pembayaran di

MAYBANK
1130 1530 4002
Shasratul Ameerah binti Kamaruddin

CIMB 
76207 93013
Shasratul Ameerah binti Kamaruddin


Pastikan anda inform saya lepas pembayaran ye? Terkejut nanti duit masuk tapi tak tahu siapa yang bayar. 😁

Twb, the walking beauty, spa bergerak, spa Kuantan


Terima Kasih

06 February 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019

Assalamualaikum semua ☺️ InsyaAllah pagi ni saya nak kongsi dengan semua orang, apa yang saya dah aim untuk tahun 2019 ni. InsyaAllah.


Tahun 2019 lebih kepada pengurusan rohani, ibadah dan kewangan bagi saya. Alhamdulillah, setakat ni dalam tahun 2019, dah ada 2 impian besar saya tercapai.

➡️ Tinggal di rumah sendiri. 

Alhamdulillah, 2 Februari baru ni, dah masuk rumah baru. Syukur sangat bila Allah bagi kami peluang untuk ada rumah sendiri pada usia sebelum 30 tahun.


Pandangan luar

Semi d, shaklee, pahang, kuantan
Sesi pemasangan dan pembersihan. Thanks to my husband for the efforts. Dan maaf tak dapat nak tolong. 


➡️ Dapat anak kedua 😘

Alhamdulillah juga. 21 Januari baru ni, lahirlah seorang putera untuk menghiasi keluarga kecil kami. Alhamdulillah dah sepasang. Jadi lepas ni, boleh la jarak lama sikit 😆

Kakak Ayra & adik Aqil

Dan apa yang saya perasan, 2 benda ni saya berjaya capai bila saya mula kongsi dengan semua orang, apa yang saya nak. Walaupun masih belum dapat benda tu, saya asyik sebut je. Dan saya yakin, itulah doa kita sebenarnya.


Apa yang kita cakap, kita tulis, kita fikir, tu semua doa. Sebab tu, dalam entry kali ni, saya suka nak kongsi dengan anda apa yang saya impikan untuk tahun 2019. Semoga bila saya kongsi ni, anda pun sama-sama doakan saya. Aamin.


Jadi, apa yang saya nak capai untuk tahun 2019 ni?

Shaklee, kuantan
Ini vision board yang saya tulis pada 1 Januari 2019.


🔮 IBADAH / SPIRITUAL


Peningkatan daripada segi konsistensi dan penambahbaikan insyaAllah. Yang paling penting adalah untuk jaga solat awal 5 waktu dan luangkan masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk bercinta dengan Al-Quran. InsyaAllah.

Dan ada satu benda yang saya nak sangat amalkan tahun ni. Berhubung dengan alam. Salah satu caranya, pagi-pagi jogging @ brisk walk. Bestnya dapat hirup udara segar pagi hari kan? 😍


🔮 KERJAYA


Orang kata, kalau takde aim untuk tingkatkan diri atau kerjaya, maka kita akan jadi macam robot. Ikut je rutin harian sampai ke tua. Tak best.

So, saya selalu aim untuk meningkat sikit demi sikit dalam kerjaya saya sekarang. Shaklee & Spa.

Dalam Shaklee, insyaAllah tahun ni bakal jadi tahun yang sangat bermakna bagi saya. Impian saya adalah untuk capai target
Senior Key Coordinator pada Disember 2019. 


Purata pendapatan bulanan dalam bisnes Shaklee. 

Saya tahu bukan senang, tapi bila kita betul-betul nak, kita akan dapat. Saya sangat yakin dengan tu.

Kenapa saya nak sangat capai pangkat Senior Key Coordinator ni? Sebab apa yang saya bakal dapat daripada Shaklee adalah sangat banyak! Kalau nak list satu-satu, memang tak cukup satu entri.

Dan apa yang Shaklee bagi tu, sangat special dan boleh bantu kita capai impian yang jauh lebih besar, lebih tinggi. InsyaAllah.

Untuk spa pula, sekarang Ee Beauty Spa dah upgrade servis tau ☺️ Bukan rawatan spa je ada. Pakej berpantang pun ada. Dan impian saya, saya nak sangat bantu ibu-ibu berpantang dengan senang dan mudah. Seronok tau bila dapat tengok orang jadi lebih sihat 😊


🔮 KEWANGAN 


Soal kewangan ni jadi salah satu perkara penting bagi semua orang kan? Ye la. Zaman ni semua benda pun perlukan duit. Jadi pengurusan kewangan sangat penting.

InsyaAllah tahun ni saya aim untuk ada simpanan RM10k. Dan saya tahu saya kena bekerja keras untuk capai benda ni.

Bila aim yang kita letak tu tinggi, maka makin banyak la usaha kita untuk capai benda tu. InsyaAllah semoga Allah mudahkan.

Daripada segi pengurusan hutang pula, insyaAllah tahun ni saya nak setelkan hutang kenderaan dengan kadar 50% dan hutang-hutang kecil yang lain juga.

Saya tak tunjuk amaun kat sini ye. Tapi saya dah siap tulis besar-besar kat rumah😂 Penting supaya kita tahu dan sentiasa sedar, kita kena usaha dengan lebih keras.


🔮 KELUARGA


Sesibuk mana pun kita, keluarga tu sangat penting. Saya memang aim siap-siap. Setiap hari, saya akan peruntukkan 3 jam masa emas dengan mereka. Suami dan anak-anak. Terutamanya waktu solat.

Sejak ada anak masa 2016, beberapa kali je kami sempat solat jemaah. Mulai tahun ni, kena amalkan balik solat jemaah ni.

Sangat terasa kekuatan kasih sayang tu bila kita amalkan solat jemaah. Bergaduh manja waktu asar, waktu maghrib dah baik balik dah. Masa lepas solat tu, salam terus minta maaf. Kadang-kadang siap boleh buat sesi luahan perasaan lagi 😂 barulah saling harmoni keluarga kan.

Tahun 2019 ni juga permulaan untuk belanja keluarga ke tempat-tempat istimewa atau hotel mewah 2 kali setahun. Kadang-kadang enjoy lepas penat kerja kan.

Dan insyaAllah, Ogos pula akan ke Perth, Autralia. Yeay! Impian ke Perth ni dah lama tau. Sekali Master Ainul, pengasas TWB bagitau, trip tahun ni ke Perth dan boleh ajak pasangan! SubhanAllah bestnya. Sebab tu dari sekarang dah memang kena menabung jugak untuk ke Perth 😍

Backpacking, travel, twb trip
Perth. Cantik kan? 

Dan insyaAllah, duit untuk mak abah tu memang wajib bagi. Berapa pun yang ada. InsyaAllah 2019 ni, aim untuk bagi mak abah lebih 50% daripada jumlah biasa. Aamin.


Ok korang. Tu je yang saya nak kongsi untuk entry kali ni. Korang baca-baca tu, tolong doakan sekali ye. ☺️


Oh ye, bagi sesiapa yang masih tak tahu, saya juga merupakan leader dalam bisnes Shaklee tau. Jadi kalau anda nak join untuk buat bisnes atau nak makan sendiri tapi nak beli dengan harga ahli, hubungi je saya ye. 0102888494.


InsyaAllah saya akan bantu anda untuk capai apa yang saya dah capai dan akan capai. Sama-sama kita berniaga kerana Allah, dan sama-sama kita baiki kewangan kita ke arah yang lebih baik. Aamin.


Kuantan, twb, spa


Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH