Pages -Menu for Ee Beauty Spa

Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

31 January 2018

10 Simptom Ibu Hamil Yang Anda Tak Boleh Pandang Sebelah Mata.

Ibu hamil biasanya mengalami pelbagai simptom kehamilan sepanjang proses pertumbuhan janin dalam ovari. Ia adalah normal memandangkan hormon dan tubuh kita berubah dan ia cuba menerima seorang manusia lain yang ada dalam badan kita.



Banyak sangat simptom yang ada. Kaki bengkak, deria bau yang semakin sensitif, hati yang semakin sensitif.


Tapi jangan lega dahulu. Terdapat 12 simptom kehamilan yang anda tak sepatutnya ambil mudah! Jika ada salah satu atau lebih simptom ni berlaku pada anda, jumpa doktor anda sekarang.


10 simptom kehamilan yang anda tak boleh pandang sebelah mata.



Simptom kehamilan #1
๐Ÿ“Œ Pendarahan vagina atau ada spotting (walaupun sedikit!)


Satu perkara yang kita tak boleh pandang remeh! Ia mungkin adalah sedikit, tidak menyakitkan dan menjadi perkara yang tidak berbahaya kepada seseorang. Namun jika dibiarkan ia mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar seperti keguguran atau ia juga mungkin petanda kandungan di luar rahim.


Saya pernah kongsikan kisah saya yang mengalami spotting beberapa kali, tidak menyakitkan dan 2 kali dimasukkan ke hospital. Akhirnya diagnos terakhir menyatakan ada lekangan antara plasenta dan dinding rahim. Baca artikel penuh di sini 




Simptom kehamilan #2
๐Ÿ“Œ Sakit badan atau belakang yang berlarutan.


Sakit badan adalah perkara biasa yng dialami oleh ibu hamil. Namun jika ia berterusan atau semakin sakit walaupun anda telah makan kalsium dan magnesium, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor anda. 


Simptom kehamilan #3
๐Ÿ“Œ Rasa dahaga yang amat sangat.


Rasa dahaga yang amat sangat menunjukkan simptom dehidrasi. Dan lebih teruk lagi, ia juga salah satu petanda bagi kencing manis semasa hamil atau lrbih dikenali sebagai Gestational Diabetes ,(GDM).


Kebimbangan terbesar bagi ibu yang menghidap GDM adalah melahiraknkan bayi yang besar. Risiko yang mungkin berlaku apabila bayu besar adalah kesukaran ketika melahirkan atau ibu terpaksa melahirkan anak dengan kaedah ceaserean.


Simptom kehamilan #4
๐Ÿ“Œ Pergerakan bayi yang lebih aktif atau kurang aktif.


Ibu sangat kena peka pada pergerakan bayi. Sebarang kelainan pada pergerakan bayi hendaklah dirujuk kepada doktor. 


Sebagai panduan, ibu-ibu dah boleh rasa pergerakan bayi lebih kurang pada minggu ke 14 ke atas. Masih tak rasa pada minggu ke 14? Jangan bimbang. Ada ibu yang mula rasa lambat, ada yang cepat.


Bila ibu dah mula rasa pergerakan bayi, pada waktu inilah ibu perlu mula peka pada pola pergerakan mereka. 



Simptom kehamilan #5
๐Ÿ“Œ Ibu selalu rasa pening dan nak pitam, adakalanya jantung berdegup laju tanpa sebab yang jelas.


Ini adalah simptom tekanan darah rendah. Ia jarang berlaku namun jika anda ada simptom ini, terus rujuk pada doktor anda.



Simptom kehamilan #6
๐Ÿ“Œ Migrain, sakit kepala yang kuat.


Ini mungkin simptom preeclampsia. Ia adalah simptom tekanan darah tinggi yang mana jika dibiarkan boleh memberi kesan kepada bayi anda. Jika tahapnya biasa, bayi mungkin akan lahir lebih kecil atau lebih awal (premature).


Jika tahapnya lebih teruk, ia mungkin akan mengganggu pertumbuhan mahupun proses dlam buah pinggang dan hati bayi. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan kematian. Rujukan : Simptom preeclampsia


Jika anda ada simptom ini, terus berjumpa dengan doktor anda. Mencegah lebih baik. Jika tak sempat nak cegah, maka merawatnya pada tahap awal adalah lebih baik daripada membiarkannya.


Tambahan info : simptom ini juga disertai dengan pembengkakan kaki yang berterusan.


Simptom kehamilan #7
๐Ÿ“Œ Demam melebihi 38°C


Ia boleh menyebabkan badan menjadi terlalu panas dan sekaligus akan mengganggu perkembangan bayi. Berjumpa doktor adalah jalan yang baik untuk diambil.


Simptom kehamilan #8
๐Ÿ“Œ Muntah berterusan


Muntah berterusan akan membuatkan badan terdehidrat. Oleh itu, anda boleh mencuba halia + peppermint untuk mengurangkan rasa loya dan simptom muntah.


Di samping itu, banyakkan minum air dan pastikan badan anda sentiasa terhidrat. Jika masih berlarutan, dapatkan nasihat doktor anda.


Simptom kehamilan #9
๐Ÿ“Œ Lebih daripada 4 kali sakit contraction dalam masa 1 jam (bagi kehamilan 37 minggu ke bawah)


Anda mungkin akan melahirkan anak pra-matang. Oleh itu, bila anda merasai simptom ini, jangan berlengah lagi. Terus ke hospital berdekatan.


Simptom kehamilan #10
๐Ÿ“Œ Terjatuh atau terlanggar sesuatu pada bahagian badan anda.


Pelanggaran yang kuat boleh mengganggu pertumbuhan bayi dalam perut anda.  Dapatkan khidmat nasihat doktor jika anda terasa sakit atau ngilu di mana-mana bahagian badan anda.


PENUTUP


Saya doakan ibu-ibu dimudahkan segala urusan ketika hamil, melahirkan anak dan membesarkan nak. 


Di sini saya kongsi sedikit pengalaman pertama saya hamil anak pertama pada tahun 2016. Semoga ia sedikit sebanyak memberi manfaat. InsyaAllah ๐Ÿ˜Š



»» 5 Tips Mudah Hilangkan Bengkak Kaki Bagi Ibu Hamil ««



»» Nutrisi Tambahan Yang Penting Bagi Ibu Hamil ««



»» Anda Hamil? Apa Nak Buat Ni?««




Satu benda yang Ee rasa seronok sangat nak buat adalah bantu anda yang alami masalah sama dengan Ee. Betul kan? Bila kita alami sesuatu perkara, kita akan lebih faham keadaan orang yang alami perkara yang sama dengan kita :-)



Shasratul Ameerah Kamaruddin (Ee)
010-2888494
Pengasas Ee Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
ID : 1095681



Terima Kasih

17 September 2016

Set Penyusuan Shaklee - Set Penyusuan Terbaik!

Assalamualaikum ibu-ibu :)



Pertamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada anda kerana saya yakin, bila anda berada di post ini, anda adalah seorang ibu yang hendakkan yang terbaik untuk anak anda. Betul?


Dalam post ringkas ni, Ee akan kongsi mengenai set penyusuan terbaik yang menjadi pilihan Ee, Ye! Set penyusuan Shaklee semestinya :)


Sebelum tu, mari kita baca sikit mengenai penyusuan ibu ni.




----------------------------------------------------------------------------
SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK. BETUL KE?
-----------------------------------------------------------------------------

Ye! Sangat benar. Kalau kita kaji dan tanya mana-mana pakat kesihatan sekalipun, mereka akan kata perkara yang sama. Mereka akan siap galakkan penyusuan eksklusif selama 6 bulan untuk bayi baru lahir (Kementerian Kesihatan Malaysia dan Organisasi Kesihatan Dunia). Eksklusif ni bermaksud bayi hanya minum susu ibu sahaja, Air masak pun tak boleh.




Susu ibu ni sangat hebat! Ia mampu bantu badan bayi untuk elakkan penyakit seperti :
  • gastroenteritis (cirit birit dan muntah)
  • pneumonia (keradangan pada paru-paru)
  • bronkiolitis (jangkitan pada saluran penafasan- di bronkiol)
  • jangkitan salur kencing
  • ekzema
  • jangkitan telinga

Ada satu kajian menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu ibu mempunyai imun badan yang lebih tinggui berbanding bayi yang diberi susu formula. Mereka mempunyai :


  • tekanan darah lebih rendah
  • tahap kolesterol lebih rendah
  • kurang risiko untuk hidapi diabetes tahap 2 bila dah dewasa.


Tunggu. Itu baru faedah untuk bayi kita. Ibu pun sama akan dapat banyak kebaikan jugak. Antaranya :


  • kurangkan risiko kanser payudara sebelum menopous
  • lindungi ibu daripada kanser ovari
  • kurangkan risiko diabetes tahap 2


-------------------------------------------------------
APA ADA DALAM SUSU IBU?
-------------------------------------------------------




Susu ibu ni sumber makanan lengkap. Semua nutrien ada. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan lawan penyakit yang tidak ada dalam susu formula. Malah kandungan nutrien berubah ikut usia bayi kita.
Hebatnya Allah!


Betapa Allah itu Maha Pengasih, Allah juga nak kita sesama manusia berkasih sayang. Anda tahu tak? Bila ibu menyusu bayi, ada satu ikatan istimewa di situ. Dan ikatan tu terlalu istimewa sehingga kita akan nampak perbezaan antara anak yang menyusu penuh dengan anak yang tidak menyusu badan. SubhanAllah.


Ikutkan pengalaman daripada orang sekeliling Ee, anak yang menyusu badan sehingga 2 tahun, dia lebih rapat dan hormat ibunya. Mungkin nampak manja, tapi sebenarnya tak! Cuba tinggalkan dia, mungkin letak sehari di rumah nenek, kita akan nampak dia sangat pandai berdikari. Susu ibu membantu perkembangan otak mereka. Dan cepat mematangkan mereka.


------------------------------------------------
SUSU TAK BANYAK?
------------------------------------------------


Ini antara masalah yang dihadapi oleh ibu. Nak sangat menyusukan anak tapi masalahnya susu tak banyak. Apa nak buat?




-----------------------------------------------------------
SET PENYUSUAN SHAKLEE
-----------------------------------------------------------

Ini dia! Set penyusuan terbaik :) Ada 3 set yang Ee cadangkan dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayi anda.


i. Set A (Set Bajet)


Set bajet mengandungi ESP dan Alfalfa Complex. Bertindak sebagai penggalak susu (milk booster) dan penambah tenaga.


ii. Set B (Set Medium)


Set medium mengandungi B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa Complex dan Vita-Lea. Bertindak sebagai penggalak susu (milk booster) dan memberi nutrisi lengkap.


iii. Set C (Set Premium)


Set premium mengandungi B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa Complex, Vita-Lea dan Ostematrix. Bertindak sebagai penggalak susu (milk booster) , memberi nutrisi lengkap dan bekalan kalsium.


iv. Set D (Set Optimum)


Set medium mengandungi B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa Complex, Vita-Lea, Ostematrix dan ESP. Bertindak selengkapnya sebagai penggalak susu (milk booster) , memberi nutrisi lengkap,bekalan kalsium dan menambah tenaga.


Dan jika anda ada bajet yang cukup, saya memang sangat cadangkan set lengkap. Set lengkap ni adalah set sekali dengan set berpantang. Sangat sesuai untuk mereka yang nak kurus selepas bersalin tanpa mengehadkan pemakanan. Jangan dilupa, pemakanan penting untuk penghasilan susu ibu :)


Mari kita lihat kelebihan set ini secara total.



  •  Membantu ibu kembali sihat bertenaga dan selepas bersalin
  • Memulihkan luka bersalin dengan lebih cepat
  • Membantu penghasilan susu lebih pekat untuk menjayakan penyusuan bayi 
  • Elakkan sembelit serta risiko buasir
  • Membantu stabilkan hormon ibu untuk elakkan masalah meroyan
  • Membantu mengatasi masalah rambut gugur dan masalah kedingian 
  • Mencantikkan kulit serta mengurangkan strecth mark selepas bersalin


---------------------------------------------------
FUNGSI SETIAP SUPLEMEN
--------------------------------------------------


Untuk menerangkan fungsi setiap suplemen dalam set penyusuan ini, saya kongsi di bawah ye. :)


1- ESP

  • Mengandungi isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen. Membantu dalam meningkatkan penghasilan susu.
  • Membantu melembapkan, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara.
  • Mengandungi protein yang tinggi untuk disalurkan kepada bayi. Sangat membantu tumbesaran bayi.


2- Alfalfa Complex


  • Digunakan sekian lama sebagai satu tradisi untuk menambah susu ibu.
  • Sangat bagus untuk kesihatan buah pinggang. Berfungsi sebagai agen detoks.
  • Boleh merendahkan kandungan kolesterol.





3- B-Complex


  • Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda.
  • Membantu untuk kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi.
  • Membantu dalam penghasilan tenaga dan darah.
  • Boleh mengawal stress.





4- SR Vita-C Plus



  • Mengoptimumkan sistem imun anda dan bayi.
  • Membantu dalam penghasilan kolagen.
  • Sangat bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.




5- Vita-Lea


  • Suplemen paling penting kerana ia mengandungi vitamin lengkap untuk memastikan kesihatan anda dan bayi berada di tahap yang paling baik.






6- Ostematrix



  • Memastikan kesihatan gigi dan tulang anda.
  • Ini adalah kerana, susu ibu memerlukan kalsium yang tinggi. Kalsium ini akan diambil daripada ibu. Apabila ibu tidak mempunyai kalsium yang mencukupi, ibu mudah menjadi rongak, sakit belakang, sengal-sengal tulang.
  • Oleh itu, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup.





Biar Ee kongsikan beberapa tips yang Ee dapat daripada ibu berpengalaman, group Whatsapp I Love Breastfeeding , dan beberapa pembacaan daripada blog.



Apa yang wajib anda kena tahu adalah apa-apa suplemen tambah susu yang anda makan tidak akan berkesan andai ibu :


  • Tiada ilmu penyusuan yang cukup
  • Tidak pam susu secara konsisten dan mengikut jadual
  • Makan suplemen tapi dengan cara yang salah




Apa pun, Ee tetap yakin, dengan cara makan yang betul, pam ikut jadual, dan ilmu penyusuan yang penuh di dada, anda mampu menyusukan anak anda sehingga 2 tahun. Yang penting, mind set! Terus sematkan dalam hati dan fikiran, SAYA NAK SUSUKAN ANAK SAYA SEHINGGA 2 TAHUN!



Nanti Ee akan kongsikan lebih lagi mengenai penyusuan susu ibu. Seperti anda juga, Ee juga inginkan yang terbaik untuk anak. InsyaAllah Ee doakan usaha kita ni berjaya dan mendapat rahmat daripada Allah. Ee juga doakan Allah permudahkan urusan kita dalam menjayakan penyusuan ibu ni :)



Salam sayang,

Shasratul Ameerah Kamaruddin
Independent Shaklee Distributor
ID No. 1095681
Tel. No. 0102888494
FB : Ameerah Ee
FB Page : A Step For A Healthy Life
Blog : shasratul89.blogspot.com



Terima Kasih

11 September 2016

Set Hamil Shaklee - Trimester Kedua dan Ketiga

Assalamualaikum mummies yang ceria!


Dah masuk trimester kedua ni mesti dah mula rasa teruja kan? Apatah lagi bagi yang dah masuk trimester ketiga. Dah mula rasa baby gerak-gerak, tendang-tendang. Sememangnya itulah saat paling indah sepanjang hamil ni. Bila dia gerak, kita tahu, dia ok kat dalam sana. 




Ok, kita sambung kepada keperluan nutrisi ibu hamil pada kedua-dua trimester ni. Untuk pengetahuan ibu, bila dah mula masuk trimester kedua ni, kita sangat kena jaga apa zat yang masuk dalam badan kita. Pada masa ni, janin sedang berkembang pesat bermula daripada organ, saraf, tulang. Sebab tu penting kita ada zat yang cukup untuk menampung keperluan bayi kita.


Kalau kita tak cukup zat, perkembangan bayi akan terganggu ke?

Ye! Sudah semestinya. Secara teorinya, segala zat akan diserap oleh bayi dahulu, kemudian lebihannya barulah diserap oleh badan ibu. Namun cuba kita bayangkan, zat yang kita ambil tu terlalu sedikit sehingga bayi boleh serap hanya sedikit zat. 


Dan kita? Langsung tak dapat zat. Itu yang menyebabkan ibu sentiasa lesu, letih, tidak sihat, sakit-sakit pinggang, sengal-sengal tulang.


Jadi pengambilan suplemen ni satu keperluan atau tidak?

Pengambilan suplemen pada zaman ni dah jadi satu keperluan. Kepada orang biasa, apatah lagi kepada ibu mengandung! Jadi ibu-ibu jangan ambil mudah tau. 


Jadi apa yang saya perlu lakukan?


Cukupkan zat anda. Daripada pemakanan dan suplemen. Pemakanan sahaja tidak memberikan zat yang mencukupi. Kenapa saya cakap macam tu? 


Zaman sekarang terlalu banyak makanan yang disuntik, tidak kurang juga makanan GMO. Semua ni akan menjurus kepada peningkatan radikal bebas yang lama-kelamaan akan memberi kesan kepada tubuh badan kita. Suplemen bertindak sebagai pencegah. Namun bukan semua suplemen yang boleh kita ambil sewenang-wenangnya.


Banyak suplemen yang berada di pasaran sekarang tidak diperakui keselamatannya. Kita tidak pasti dari mana sumbernya. Pilihan saya, saya hanya akan mengambil suplemen yang sememangnya halal, berkesan, tidak memudaratkan sama ada kepada saya atau bayi, semulajadi dan berbaloi. 


Pilihan saya insyaAllah kini dan selamanya


Dan di sini juga saya ada kongsikan set hamil Shaklee bagi trimester pertama.




--------------------------------------------------------------------
SET HAMIL TRIMESTER KEDUA & KETIGA
--------------------------------------------------------------------

Jadi apa yang boleh Ee cadangkan untuk trimester kedua dan ketiga?


Sama dengan set bagi trimester pertama, namun ditambahkan dengan Omega Guard Shaklee. Saya ringkaskan di sini. (Untuk maklumat lanjut boleh klik link di atas). Dan saya tambahkan juga kenapa saya cadangkan penambahan Omega Guard Shaklee.


1) Energizing Soy Protein (ESP)


  •  membekalkan tenaga 
  • mengawal berat badan
  • pembentukan janin  
  • susu ibu


2) Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)


  • 28 jenis vitamin dan mineral.
  • penting bagi ibu hamil dan menyusu. 
  •  menaikkan nilai Hb (Hemoglobin)






3) B-Complex


  • mengandungi 8 kumpulan Vitamin B dan asid folik 
  • pembinaan tulang 
  • mengelakkan kecacatan pada janin 






4) Sustained Release Vita-C


  • antioksidan
  • meningkatkan sistem imunisasi 
  • membantu ibu kekal bertenaga 
  • Membantu penyerapan zat besi 







5) Ostematrix

  • pembentukan tulang, gigi, darah dan saraf 
  • pembentukan susu ibu 
  • menstabilkan denyutan jantung
  • mengawal tekanan darah tinggi.
  • mengatasi masalah oedema (bengkak kaki)

6) Omega Guard (EPA & DHA)


  • DHA adalah asid lemak perlu yang terdapat dalam badan manusia terutama otak.
  • Ia sangat penting dalam proses pembentukan otak dan organ-organ dalam badan janin.
  • Bayi tidak dapat hasilkan DHA sendiri. Oleh itu ia diperoleh daripada susu ibu. Bagi janin pula, ia disalurkan melalui plasenta.
  • Omega Guard membantu perkembangan otak janin dan mengekalkan jumlah DHA ibu.
  • Mengatasi masalah cepat lupa.



Ibu-ibu dah nampak kepentingan suplemen-suplemen ni? Alhamdulillah. Saya sangat gembira dapat berkongsi dengan ibu-bu semua. InsyaAllah dalam post saya seterusnya saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri pula. Dan ibu-ibu akan faham kenapa saya sangat suka dengan set hamil Shaklee.


It's the best product I can say :)


Jika ibu berminat untuk mendapatkan set hamil ini, boleh whatsapp saya di 010-2888494. InsyaAllah saya akan membantu puan sebaimnya untuk membuat pilihan terbaik berdasarkan keadaan dan bajet puan. :)




Ameerah
010-2888494
Pengedar Shaklee Sah Kuantan
ID 1095681





Terima Kasih

Set Hamil Shaklee - Trimester Pertama

Assalamualaikum bakal ibu! :)
Saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria.


Ok, bila anda berada di post ni, saya pasti anda sekarang pasti sedang hamil trimester pertama. Betul tak? Dan memang kebiasaannya ibu hamil pada awal trimester ni akan perasan beberapa perubahan yang berlaku pada dirinya. Antaranya :


hamil, simptom, awal hamil, awal kehamilan, loya, muntah, kejang, sembelit, shaklee

  • Sakit kepala - mungkin terjadi disebabkan oleh rasa mual, lapar atau tekanan darah yang rendah.
  • Pening kepala - disebabkan oleh peningkatan aliran darah dalam tubuh badan anda. Sistem peredaran darah anda pula baru nak sesuaikan diri. Oleh sebab itu, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk kembali normal.
  • Cepat penat - Pada waktu ni, tubuh sedang aktif menyesuaikan diri secara fizikal dan emosional untuk proses kehamilan. Hormon juga berubah pada waktu ni.
  • Mual dan muntah - Ada ibu yang mengalami mual sahaja atau kedua-duanya sekali. Dalam kes saya, alhamdulillah saya hanya rasa mual sahaja. 
  • Banyak meludah - Ini perkara biasa. Jangan malu tau kalau rasa air liur kita banyak. Memang masa ni, rembesan air liur akan bertambah. Namun ia tak terjadi kepada semua ibu hamil.
  • Perubahan payudara - Kita akan perasan ia lebih besar daripada biasa. Pada masa ni juga, kita akan perasan kawasan sekitar puting akan berubah menjadi lebih gelap dan urat-urat akan jelas kelihatan.
  • Emosional
  • Kejang perut (cramp) - Rasa seakan-akan senggugut, tapi tak keluar apa-apa darah (haid).
  • Kerap buang air kecil - Apabila rahim mula mengembang, ia akan mula menekan pundi kencing anda.
  • Sembelit - Disebabkan oleh peningkatan hormon progesterone.

Namun, ibu-ibu tak perlu bimbang. Semua simptom ni adalah biasa. Dan insyaAllah ia boleh dikawal dengan pengambilan nutrisi yang betul, rehat yang mencukupi dan sokongan yang kuat daripada suami tercinta :)


--------------------------------------------------------------------------------------------
CADANGAN SET HAMIL SHAKLEE - TRIMESTER PERTAMA
--------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa saya cadangkan set hamil Shaklee? Sebab saya pasti ibu nak yang terbaik untuk anaknya. Set Hamil Shaklee bebas bahan kimia berbahaya, selamat, semulajadi dan berkesan. Dan ia sangat-sangat berbaloi. Ok, jom kita tengok satu demi satu.


1) Energizing Soy Protein (ESP)


  • ESP mampu membekalkan tenaga kepada ibu hamil memandangkan ibu hamil akan cepat rasa penat dan lesu.
  • Sangat membantu dalam mengawal berat badan. Menjadi ibu hamil tidak bermakna anda harus menggandakan berat badan anda. Kenaikan berat bedan mendadak mungkin memberi tanda anda mengalami Diabetes. Dalam erti kata lain, anda mungkin akan melahirkan bayi yang besar.
  • Membantu pembentukan janin dengan baik seperti kuku, rambut, otot. 
  • Tidak dilupakan, susu ibu juga perlukan sumber protein. ESP membantu memelihara tisu dan menggalakkan penghasilan susu ibu dengan baik.



2) Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)


  • Ia adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Mengandungi zat besi yang sangat penting bagi ibu hamil dan menyusu. Ibu hamil biasanya kekurangan zat besi yang akan menyebabkan ibu mudah rasa pening, nak pitam, lesu dan tidak bertenaga. 

  • Membantu ibu menaikkan nilai Hb (Hemoglobin) dalam darah.


3) B-Complex


  • Ibu mengandung memerlukan lebih kurang 200 - 400 mcg asid folik sehari.
  • B-Complex Shaklee mengandungi 8 kumpulan Vitamin B dan asid folik menjadikan ia pilihan terbaik ibu mengandung. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan mengelakkan kecacatan pada janin seperti spina bifida.



4) Sustained Release Vita-C


  • Bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan anak.
  • Diformulasi untuk melepaskan tenaga secara berperingkat selama 5 jam. Oleh itu ia sangat membantu ibu kekal bertenaga dan lebih bermaya.
  • Membantu penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin.


5) Ostematrix


  • Mengandungi kalsium untuk pembentukan tulang, gigi, darah dan saraf tanpa mengganggu kalsium ibu.
  • Kekurangan pengambilan kalsium akan menyebabkan ibu mengalami sengal-sengal tulang, sakit pinggang, tulang belakang, cepat letih dan lesu. Ini adalah kerana proses pembentukan susu ibu sangat memerlukan kalsium. Andai badan ibu tidak mengandungi cukup kalsium, kalsium akan diambil daripada stok kalsium sedia ada dalam badan ibu.
  • Kalsium juga membantu menstabilkan denyutan jantung dan mengawal tekanan darah tinggi.


-----------------------------------------------------
TESTIMONI SET HAMIL
-----------------------------------------------------

Saya lampirkan juga beberapa testimoni set hamil yang sempat saya kumpulkan. :)







-----------------------------------------------------
BERAPAKAH HARGANYA?
-----------------------------------------------------

Untuk melengkapkan satu Set Hamil Shaklee Trimester Pertama ni, kos keseluruhan adalah RM448. Berbaloi sangat! Saya boleh konklusikan, kos sebulan yang diperuntukkan cumalah RM141.


Lari bajet? Jangan bimbang. Saya menyediakan beberapa pakej yang anda boleh pilih. Malahan anda boleh dapatkan semua di atas secara beransur-ansur. Untuk dapatkan konsultansi personal daripada saya, boleh terus WHatsapp saya di 010-2888494. InsyaAllah saya akan bantu anda semampu saya. Saya yakin bila saya bantu anda, Allah akan bantu saya pula :)



Ameerah
010-2888494
Pengedar Shaklee Sah Kuantan
ID 1095681


Terima Kasih

05 September 2016

Set Hamil Shaklee - Set Terbaik di Pasaran

Assalamualaikum semua :)


Pertama sekali Ee ucapkan tahniah kepada anda kerana telah dipilih oleh Allah untuk menjadi ibu. Tak semua orang merasa untuk menjadi ibu. Ada yang cepat, ada yang lambat, malahan ada yang tidak berpeluang untuk menjadi ibu. 


Oleh itu, Ee nak ajak anda untuk sama-sama berhenti sekejap, pejamkan mata, dan ucapkan Alhamdulillah kepada Allah atas kurniaan dan rezeki yang tak ternilai ni. Semoga dengan kesyukuran kita yang sikit ni, Allah gandakan lagi rezeki kita semua. Ameen.


Okay, harini Ee nak kongsi dengan semua orang mengenai set hamil Shaklee. Semua orang pun mesti selalu dengar Shaklee kan dan keberkesanannya memang tak dapat kita nak sangkal lagi, InsyaAllah, apa pun semuanya atas izin Allah, kan? 


Kebiasaannya ibu mengandung mengalami macam-macam simptom dan masalah tak kira pada peringkat kehamilan yang mana. Ada 3 peringkat kehamilan. Trimester pertama, kedua dan ketiga. Dan simptom-simptom ni berbeza pada setiap peringkat kehamilan. 


---------------------------------------------
CABARAN IBU HAMIL
---------------------------------------------

Terdapat beberapa cabaran yang biasa ditempuh oleh ibu hamil, terutamanya pada 3 bulan pertama kehamilan. Cabaran ini mungkin berbeza mengikut individu.

  • Alahan teruk (muntah, loya, tidak boleh bau makanan).
  • Tidak boleh makan atau kurang selera makan.
  • Anemia (kurang darah merah) - Berbahaya jika tidak ditangani.
  • Rasa malas dan cepat letih.

Dan kebiasaannya, ia akan mengganggu aktiviti harian kita. Namun ia dapat diatasi dengan pengambilan nutrisi dan zat yang mencukupi.


------------------------------------------------
NUTRISI IBU HAMIL 
-----------------------------------------------

Secara amnya, ibu hamil perlu tambahkan keperluan kalori sebanyak 300kcal sehari lebih daripada keperluan normal ibu untuk keperluan ibu dan janin. Jangan terpengaruh dengan slogan "makan untuk dua orang". Ini mungkin akan menambah risiko anda kepada beberapa penyakit lazim ibu hamil yang lain seperti Diabetes.


Piramid makanan yang dicadangkan kepada ibu hamil


Ibu hamil sangat disarankan untuk mengambil sumber protein yang tinggi, tinggi kalsium, Vitamin B, asid folik dan beberapa zat dan vitamin yang lain. Antara makanan yang dicadangkan kepada ibu hamil adalah :


1) Ikan salmon - Ikan salmon mempunyai sumber protein yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi nutrisi Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk ibu hamil.

2) Telur - Ia adalah salah satu nutrisi yang sangat bermanfaat untuk tubuh. Telur mempunyai lebih daripada 12 vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh ibu hamil termasuklah Omega-3. Namun berjaga-jaga dengan nilai kolesterolnya. Disarankan pengambilan telur tidak lebih daripada 3 kali seminggu.

3) Sayur hijau - Penting untuk ibu hamil kerana ia mempunyai serat dan vitamin-vitamin penting. Serat akan membantu ibu mengurangkan masalah sembelit. Antara vitamin penting yang terdapat dalam sayur ialah Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K dan folat.

4) Daging merah - Membantu untuk menaikkan jumlah sel darah merah dan memberikan tenaga.

5) Buah-buahan - Mengandungi pelbagai vitamin penting, mineral dan serat yang tinggi. Buah juga kaya antioksidan untuk membantu ibu hamil menyingkirkan radikal bebas.


Makanan ibu hamil, makanan baik, pregnant


Ini adalah antara mekanan yang disarankan kepada ibu hamil. Namun sayangnya, kebanyakan zat dan nutrien yang terdapat dalam makanan kita musnah semasa proses tumbesaran, cara memasak dan penyediaan makanan tersebut. Sedangkan hakikatnya ibu hamil perlukan zat nutrisi 2 kali ganda lebih daripada orang biasa.


Oleh sebab itu, ibu hamil sangat perlukan suplemen (makanan tambahan) untuk membantu mencukupkan zat yang ibu hamil perlukan.


------------------------------------------------
SET HAMIL SHAKLEE
-----------------------------------------------

Sebagai ibu, kita pasti inginkan yang terbaik untuk anak dan diri sendiri. Oleh itu, saya sendiri amalkan Set Hamil Shaklee. Set Hamil Shaklee boleh dibahagikan kepada 2. Anda boleh klik link di bawah untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai set yang dicadangkan.




Semoga perkongsian ini bermanfaat :) Untuk bertanya dengan lebih personal atau ingin dapatkan konsultansi mengenai set yang dicadangkan, saya sangat berbesar hati andai anda boleh terus Whatsapp saya di 010-2888494. InsyaAllah seperti mana saya dibantu, saya juga akan membantu anda untuk membuat keputusan yang terbaik. Segala yang baik itu datang dari Allah :)


Ameerah
010-2888494
Pengedar Shaklee Sah Kuantan
ID 1095681





Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH