Pages -Menu for Ee Beauty Spa

31 January 2018

10 Simptom Ibu Hamil Yang Anda Tak Boleh Pandang Sebelah Mata.

Ibu hamil biasanya mengalami pelbagai simptom kehamilan sepanjang proses pertumbuhan janin dalam ovari. Ia adalah normal memandangkan hormon dan tubuh kita berubah dan ia cuba menerima seorang manusia lain yang ada dalam badan kita.



Banyak sangat simptom yang ada. Kaki bengkak, deria bau yang semakin sensitif, hati yang semakin sensitif.


Tapi jangan lega dahulu. Terdapat 12 simptom kehamilan yang anda tak sepatutnya ambil mudah! Jika ada salah satu atau lebih simptom ni berlaku pada anda, jumpa doktor anda sekarang.


10 simptom kehamilan yang anda tak boleh pandang sebelah mata.



Simptom kehamilan #1
📌 Pendarahan vagina atau ada spotting (walaupun sedikit!)


Satu perkara yang kita tak boleh pandang remeh! Ia mungkin adalah sedikit, tidak menyakitkan dan menjadi perkara yang tidak berbahaya kepada seseorang. Namun jika dibiarkan ia mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar seperti keguguran atau ia juga mungkin petanda kandungan di luar rahim.


Saya pernah kongsikan kisah saya yang mengalami spotting beberapa kali, tidak menyakitkan dan 2 kali dimasukkan ke hospital. Akhirnya diagnos terakhir menyatakan ada lekangan antara plasenta dan dinding rahim. Baca artikel penuh di sini 




Simptom kehamilan #2
📌 Sakit badan atau belakang yang berlarutan.


Sakit badan adalah perkara biasa yng dialami oleh ibu hamil. Namun jika ia berterusan atau semakin sakit walaupun anda telah makan kalsium dan magnesium, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor anda. 


Simptom kehamilan #3
📌 Rasa dahaga yang amat sangat.


Rasa dahaga yang amat sangat menunjukkan simptom dehidrasi. Dan lebih teruk lagi, ia juga salah satu petanda bagi kencing manis semasa hamil atau lrbih dikenali sebagai Gestational Diabetes ,(GDM).


Kebimbangan terbesar bagi ibu yang menghidap GDM adalah melahiraknkan bayi yang besar. Risiko yang mungkin berlaku apabila bayu besar adalah kesukaran ketika melahirkan atau ibu terpaksa melahirkan anak dengan kaedah ceaserean.


Simptom kehamilan #4
📌 Pergerakan bayi yang lebih aktif atau kurang aktif.


Ibu sangat kena peka pada pergerakan bayi. Sebarang kelainan pada pergerakan bayi hendaklah dirujuk kepada doktor. 


Sebagai panduan, ibu-ibu dah boleh rasa pergerakan bayi lebih kurang pada minggu ke 14 ke atas. Masih tak rasa pada minggu ke 14? Jangan bimbang. Ada ibu yang mula rasa lambat, ada yang cepat.


Bila ibu dah mula rasa pergerakan bayi, pada waktu inilah ibu perlu mula peka pada pola pergerakan mereka. 



Simptom kehamilan #5
📌 Ibu selalu rasa pening dan nak pitam, adakalanya jantung berdegup laju tanpa sebab yang jelas.


Ini adalah simptom tekanan darah rendah. Ia jarang berlaku namun jika anda ada simptom ini, terus rujuk pada doktor anda.



Simptom kehamilan #6
📌 Migrain, sakit kepala yang kuat.


Ini mungkin simptom preeclampsiaIa adalah simptom tekanan darah tinggi yang mana jika dibiarkan boleh memberi kesan kepada bayi anda. Jika tahapnya biasa, bayi mungkin akan lahir lebih kecil atau lebih awal (premature).


Jika tahapnya lebih teruk, ia mungkin akan mengganggu pertumbuhan mahupun proses dlam buah pinggang dan hati bayi. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan kematian. Rujukan : Simptom preeclampsia


Jika anda ada simptom ini, terus berjumpa dengan doktor anda. Mencegah lebih baik. Jika tak sempat nak cegah, maka merawatnya pada tahap awal adalah lebih baik daripada membiarkannya.


Tambahan info : simptom ini juga disertai dengan pembengkakan kaki yang berterusan.


Simptom kehamilan #7
📌 Demam melebihi 38°C


Ia boleh menyebabkan badan menjadi terlalu panas dan sekaligus akan mengganggu perkembangan bayi. Berjumpa doktor adalah jalan yang baik untuk diambil.


Simptom kehamilan #8
📌 Muntah berterusan


Muntah berterusan akan membuatkan badan terdehidrat. Oleh itu, anda boleh mencuba halia + peppermint untuk mengurangkan rasa loya dan simptom muntah.


Di samping itu, banyakkan minum air dan pastikan badan anda sentiasa terhidrat. Jika masih berlarutan, dapatkan nasihat doktor anda.


Simptom kehamilan #9
📌 Lebih daripada 4 kali sakit contraction dalam masa 1 jam (bagi kehamilan 37 minggu ke bawah)


Anda mungkin akan melahirkan anak pra-matang. Oleh itu, bila anda merasai simptom ini, jangan berlengah lagi. Terus ke hospital berdekatan.


Simptom kehamilan #10
📌 Terjatuh atau terlanggar sesuatu pada bahagian badan anda.


Pelanggaran yang kuat boleh mengganggu pertumbuhan bayi dalam perut anda.  Dapatkan khidmat nasihat doktor jika anda terasa sakit atau ngilu di mana-mana bahagian badan anda.


PENUTUP


Saya doakan ibu-ibu dimudahkan segala urusan ketika hamil, melahirkan anak dan membesarkan nak. 


Di sini saya kongsi sedikit pengalaman pertama saya hamil anak pertama pada tahun 2016. Semoga ia sedikit sebanyak memberi manfaat. InsyaAllah 😊



»» 5 Tips Mudah Hilangkan Bengkak Kaki Bagi Ibu Hamil ««



»» Nutrisi Tambahan Yang Penting Bagi Ibu Hamil ««



»» Anda Hamil? Apa Nak Buat Ni?««




Satu benda yang Ee rasa seronok sangat nak buat adalah bantu anda yang alami masalah sama dengan Ee. Betul kan? Bila kita alami sesuatu perkara, kita akan lebih faham keadaan orang yang alami perkara yang sama dengan kita :-)



Shasratul Ameerah Kamaruddin (Ee)
010-2888494
Pengasas Ee Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
ID : 1095681



Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH