Pages -Menu for Ee Beauty Spa

25 January 2018

Kenapa Guna Produk Shaklee Dalam Kursus Spa Bergerak The Walking Beauty?


Assalamualaikum semua 😊 Selamat pagi dan selamat bekerja bagi yang bekerja. Pagi ni E nak sangat kongsi dengan anda semua, kenapa kami pilih produk Shaklee sebagai produk pilihan kami. Untuk kami gunakan dalam spa bergerak The Walking Beauty ni.

Spa bergerak, the walking beauty, twb
Kenapa pilih Shaklee?

KENAPA GUNA SHAKLEE DALAM SPA?

Produk semulajadi, selamat, berkesan, terbukti dan ia lebih daripada sekadar organik.

Mesti seronok kan bila kita dapat belai kulit wajah dan badan kita dengan bahan semulajadi dan lebih daripada sekadar organik. Kita tahu bahawa kulit wajah kita ni merupakan antara aset utama yang kita memang sangat kena jaga. Jadi semestinya kita tak nak main tempek je apa-apa produk atau bahan yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Betul kan?


Sangat membimbangkan bila banyak spa lebih suka memilih produk OEM yang mana produk-produk ni dikilangkan oleh kilang yang sama! Hanya jenama je yang berbeza. Dan produk sebegini biasanya harganya jauh lebih murah berbanding produk yang sangat menjaga kualiti dan bahan yang digunakan.


Jika anda sebagai customer, mana yang anda pilih. Anda nak biarkan produk OEM ditempek pada muka anda atau anda lebih suka membelai kulit wajah anda dengan produk yang dipercayai dan terbukti selamat?


Mestilah produk yang selamat kan? Kesilapan memakai produk yang banya bahan kimia bukan je boleh merosakkan kulit muka. Malah lebih teruk, ia boleh menjejaskan kesihatan anda. No wonder ramai yang ada penyakit kanser sekarang. Penggunaan produk yang tidak selamat ni adalah salah satu puncanya.


Kursus mobile spa, spa bergerak, belajar spa
Kita tak nak yang macam ni ye. Bila kulit rosak teruk, habislah. Makan masa bertahun-tahun nak baik.

Boleh baca artikel di sini mengenai produk kosmetik kilo / OEM ni. 



Spa The Walking Beauty sangat menekankan hal ni. Sebab tu kami akan pastikan bahan yang kami gunakan adalah selamat dan berkesan untuk pelanggan kami.


Tahukah anda, scrub dan masker yang kami gunak boleh dimakan? Ye! Ia selamat untuk dimakan jadi apatah lagi bila kita gunakan untuk kecantikan wajah.

Mobile spa, the walking beauty, twb
Penjagaan wajah bagi wanita sama pentingnya dengan penjagaan kesihatan.

Kenapa guna produk Shaklee? 
» Sentiasa selamat «

Shaklee sentiasa pastikan produk mereka selamat untuk dimakan dan digunakan. Setiap produk Shaklee yang ingin dikeluarkan ke pasaran dunia akan melalui ujian-ujian klinikal (bukan satu, tapi puluhan ribu 😱) yang terbukti selamat dimakan walaupun ia digunkan selama 15 tahun tanpa henti. 


Dan memang diakui, bukan senang untuk seseorang konsisten makan suplemen hanya daripada satu syarikat pengeluar suplemen sahaja selama lebih 15 tahun. Tapi dalam Shaklee, ada!

Twb, the walking beauty, kursus spa bergerak
Ini Master Haji Roslan. Dah 25 tahun berkecimpung dalam bisnes Shaklee dan selama itu jugalah consume Shaklee.


Ini salah seorang pengamal tegar Shaklee selama lebih 25 tahun! Alhamdulillah tak mengalami apa-apa penyakit atau side effect daripada pengambilan Shaklee berterusan malah masih sihat dan bertenaga walaupun dah mencecah angka 60 tahun. 👍👍

🌹 Shaklee jalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk pastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

🌹 Shaklee laburkan lebih USD 300 juta hanya untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan! Obses sangat mereka ni jaga kualiti.

🌹 Shaklee dah ada lebih 100 kertas saintifik berkenaan bahan yang digunakan dan kajian-kajian yang dah dilakukan. 

🌹 Kualitinya bukan sekadar organik. Tapi ia melangkaui organik! 

Bayangkan Shaklee pernah reject 700 tan alfalfa hanya disebabkan ada trace racun serangga. Padahal sikit sangat. Dan bukan ladang tu yang guna. Ia dibawa oleh ribut je. 

Dan Shaklee sentiasa pastikan tidak ada satu trace pun daripada bahan-bahan ini masuk ke dalam produk mereka.

SENARAI TIDAK SHAKLEE

❎ Paraben 
❎ Triklosan
❎ Phthalates
❎ Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
❎ Sodium Natrium Lauril Eter Sulfat (SLES)
❎ 1,4 Dioksana
❎ Glikol
❎ Bahan-bahan Cucian Organik yang “Volatile”
❎Asid Hidroklorik
❎ Ammonia
❎ Sodium Hidroksida
❎ Butyl Cellosolve
❎ Formaldehyde
❎ Bisfenol-A
❎ Petroleium Distillates
❎ Toulene
❎ Peluntur Warna
❎ Bahan Perisa
❎ Pewarna
❎ Lemak Trans
❎ Pemanis Tiruan
❎ Dakwat Toksin
❎ Bahan-bahan Terlarang

Kenapa guna produk Shaklee? 
» Sentiasa terbukti dan berkesan «

Shaklee mempunyai satu Kajian Pemakanan Suplemen Shaklee (Landmark Study). Menariknya, kajian ni bukan Shaklee sendiri yang jalankan.

Ia adalh satu kajian bebas oleh University of California, Berkeley ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka masa panjang pelbagai suplemen. 

Boleh baca jurnal saintifik mengenai kajian ni di sini 


Dan keputusannya sangat mengagumkan!
Secara menyeluruh, Shaklee membuktikan bahawa kesihatan pengguna Shaklee 

✔ Mempunyai tahap nutrien darah yang baik

✔ Kekerapan penyakit lebih rendah

✔ Penanda bio utama kesihatan jantung yang baik

✔ Tahap selamat vitamin D dan zat besi


Ok, kat sini saya kongsi sikit dapatan daripada kajian ni.


Shaklee, twb, mobile spa
Ini kumpulan kajian yang dilakukan. Mereka tak buat kajian pada haiwan tau. Tapi mereka memang cari golongan di atas untuk diperhatikan kesihatannya bagaimana.

Twb, the walking beauty, mobile spa, shaklee
Ini metod yang digunakan sepanjang kajian dijalankan. 


The walking beauty, kursus spa bergerak, mobile spa, shaklee
Kumpulan Shaklee (yang amalkan banyak suplemen » merujuk pada produk Shaklee)


Twb, the walking beauty, shaklee
Apa keputusannya?


Twb, the walking beauty, mobile spa
Lihat carta palang ni. Kandungan mikronutrien adalah paling baik bagi pengguna Shaklee.


Twb, kursus spa bergerak, mobile spa
Pengguna Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang paling baik berbanding 2 kumpulan lain.

Twb, kursus spa, mobile spa
Pengguna Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang paling baik berbanding 2 kumpulan lain.


Kursus spa, twb, mobile spa
Pengguna Shaklee mempunyai peratusan paling rendah terhadap penyakit.


The walking beauty, shaklee, mobile spa, kursus spa
InsyaAllah dan alhamdulillah. Pengguna Shaklee lebih sihat berbanding yang lain.


Kursus spa, shaklee, mobile spa
InsyaAllah dan alhamdulillah. Pengguna Shaklee lebih sihat berbanding yang lain.


Kursus spa, twb, mobile spa
InsyaAllah dan alhamdulillah. Pengguna Shaklee lebih sihat berbanding yang lain.

Inilah sebabnya kami sangat komited untuk gunakan Shaklee dalam spa kami. 

Kenapa guna produk Shaklee? 
» Sentiasa mesra alam «

Patuhi hukum alam semulajadi dan anda tidak akan tersilap langkah -Dr. Forrest C. Shaklee

Shaklee komited dalam menghasilkan produk yang menggunakan bahan semulajadi paling tulen. Dan mereka sangat tegas dan ambil langkah paling ketat untuk jauhi daripada racun perosak, baha pencemar dan lain-lain bahan bukan semuladi.

Untuk pengetahuan semua, Shaklee ni syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral tau!

Twb, kursus spa, mobile spa
Shaklee Difference

Kami komited untuk berikan yang terbaik kepada pelanggan kami.

Kami sangat yakin, penggunaan produk yang selamat dan betul mampu memberikan efek yang sangat baik untuk pelanggan kami. Siapa tak nak kalau diri dibelai dengan produk terbaik dengan harga yang sangat berpatutan.

Percayalah, ia menjadi salah satu sebab yang kukuh kenapa pelanggan kami akan ulang servis bersama kami berulang kali di samping servis yang tiptop.

Kami juga tak mampu dan tak sanggup untuk tanggung risiko kalau-kalau tersilap memilih produk yang akan membahayakan pelanggan. Itu bukan prinsip kami di TWB.

Kami mahu setiap pelanggan kami merasakan kemewahan dengan menggunakan produk hebat daripada Shaklee dan terpaksa menerima kesan baik daripada produk ni.

Seperti biasa. The Walking Beauty bukanlah spa cikai yang menggunakan produk tanpa usul periksa ke atas pelanggan kami. Kami sangat menjaga kualiti kami termasuklah barangan yang digunakan dalam spa kami.

Sebab tu, span muka kami pun dibasuh dengan menggunkan Basic-H. Kami komited untuk berikan yang terbaik.

Apa kata pelanggan spa #TWB?

Shaklee, mobile spa
Rasa fresh dan eye bag kurang.

Kursus spa, mobile spa, shaklee
Rasa nak lagi.

Kursus spa, mobile spa, shaklee
Kulit dah tak berminyak.

Shaklee, mobile spa, kursus spa
Sebelum ni pantang guna produk yang salah, mesti alahn. Guna Shaklee, tiada alahan.

Ini antara feedback yang saya sempat simpan. Dan sebenarnya ada sangat banyak lagi feedback yang sangat positif daripada pelanggan spa kami.


Berminat nak tahu lebih lanjut pasal Kursus Mobile Spa The Walking Beauty yang Termurah ni, hubungi saya terus, k!

Masih ragu-ragu? Buang ia jauh-jauh. Tetapkan dalam hati,


“AKU AKAN BERJAYA JADI JUTAWAN SPA THE WALKING BEAUTY!”


Welcome to TWB :)


Hubungi :

kursus spa bergerak



Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa



Carian :

Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH