Pages -Menu for Ee Beauty Spa

Showing posts with label Life Experience. Show all posts
Showing posts with label Life Experience. Show all posts

17 September 2019

Kisah Kejayaan Saya Dalam Bisnes Shaklee


Bila kita sebut kejayaan, konsepnya sangat luas. Dalam Shaklee pula, kejayaan dalam bisnes, kejayaan dapat Shaklee Effect, kejayaan dalam pembangunan diri.


Bagi saya sendiri, Shaklee dah banyak sangat ubah diri saya. Terlalu banyak kelebihan yang ada pada Shaklee.


Asbab terjebak dalam bisnes Shaklee, saya mula berubah. Daripada seorang pemalu, keyakinan diri yang sangat kurang, tidak sistematik, penakut. Semua ni berubah bila saya mula serius untuk berbisnes Shaklee. To be exact, sejak saya join projek The Walking Beauty (dibawah naungan Master Ainul).




Siapa sangka Ee yang penakut boleh live macam ni walaupun hanya depan kamera ๐Ÿค—


DETIK BERMULANYA CINTA..



Saya bermula pada akhir tahun 2013, hanya untuk makan Shaklee. Saya mula makan set untuk kuruskan badan. Secara rasminya saya mula makan ESP, Lecithin dan Alfalfa Complex. Daftar sebagai ahli masa tu sebab nak dapat harga ahli.


SubhanAllah. Paling best rasanya sebab tak sangka dalam masa 2 minggu, turun 2kg! Apa lagi, terus jatuh cinta dengan Shaklee.


Masa tu masih kerja. Tapi teringin nak share pasal Shaklee. Jadi tetap buat bisnes, cuma tak serius.


MULA KENAL KURSUS MOBILE SPA TWB




Saya betul-betul mula serius tahun 2015, bila diperkenalkan dengan TWB. Korang bayangkan masa tu buat mobile spa part time je. Tapi saya berjaya dapat income lebih daripada gaji saya sebagai seorang guru swasta! Yela. Sebab TWB je ada 6 penjuru pendapatan termasuk pendapatan Shaklee.


Yang best adalah bila skill spa digabungkan dengan bisnes Shaklee. Di samping bantu orang lain cantik, kita bantu orang lain jadi lebih sihat. MasyaAllah, rasa sangat dipermudahkan.


Pendapatan saya bersama TWB dan Shaklee pernah jejak lebih RM5000 sebulan. Dan saya rasa sangat bersyukur diperkenalkan dengan TWB ni.


Antara income Shaklee

Income Shaklee Ogos 2018


Bisnes Shaklee sendiri dah sangat power. Ia menyediakan terlalu banyak peluang. Kita la pula yang kena doa, tawakal dan usaha. Bila ia bergabung dengan TWB, subhanAllah mudah sangat nak dapat instant cash.


Baca > Jadi jutawan dengan bisnes Shaklee. 


Alhamdulillah sejak saya berhenti kerja tahun lepas, saya msih mampu bayar ansuran kenderaan bernilai RM520 sebulan. Saya boleh belanja mak dan ayah berbulan madu di Royal Chulan Cherating. Saya boleh belikan anak-anak mainan dan buku yang mereka suka.



Saya boleh belanja suami dan anak-anak makan sedap-sedap. Semuanya dengan izin Allah. Shaklee dan TWB sebagai jambatan rezeki.


Daripada wajah kusam, kepada wajah berseri dan mula pandai make up. 

Sebelum : Tanpa apa-apa suplemen
Selepas : Set kulit cantik Shaklee + Youth


Sejujurnya, saya akan terus setia dengan Shaklee dan TWB. Terlalu banyak peluang yang disediakan. Anda pun boleh dapat perkara yang sama. Nak bersama saya menuju mercu kejayaan dalam bisnes Shaklee dan spa TWB?


Pimpin tangan saya kuat-kuat. Kita meroket untuk berjaya.




Start small, think big, go fast ๐Ÿ’ช


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB
Terima Kasih

02 May 2019

KURSUS MOBILE SPA TWB : 5 Nilai Yang Adibah Dapat Melalui TWB

Begitu banyak nilai-nilai yang dikongsi oleh alumni TWB. InsyaAllah kali ini saya akan kongsikan nilai yang diperoleh daripada Nur Adibah Hassan, si cantik yang saya train pada bulan Ogos 2018 merangkap downline saya.

Kuantan, trainer spa, the walking beauty, duit raya


5 Nilai Yang Adibah Dapat Melalui Mobile Spa TWB



๐Ÿ’Ž Apa Nilai Saya Dapat Sejak Join TWB ๐Ÿ’Ž


Hai assalammualaikum. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Malam ni diba nak bercerita sikit tentang TWB, bagi yang dah kenal diba mesti tahu bisnes apa yang diba sedang jalankan ni, kan?


The Walking Beauty secara singkatannya TWB ni merupakan satu bisnes mobile spa. TWB ni under Shaklee jadi TWB juga dikenali sebagai mobile spa Shaklee!


Diba berminat join TWB ni sebab peluang bisnes dan career development dari TWB. Pengasas TWB, Master Ainul Shahrazad seorang mentor yang hebat!


๐Ÿ’Ž Nilai yang diba dapat sejak join TWB ๐Ÿ’Ž


๐Ÿ“Œ Berani Mencuba


Alhamdulillah diba join TWB sejak Ogos 2018. Cukup bulan Mac ni maknanya dah 7 bulan diba seorang Alumni TWB.

Korang bayangkan ya. Diba nak join TWB tu diba guna simpanan ASB diba. Hati memang nekad gilaa. Mak diba ada juga ragu-ragu dia, adik pernah pesan fikir banyak kali. Sebab mereka tak yakin sebab diba tak pernah terlibat dengan mana-mana bisnes dan jual servis sebelum ni.

Diba minta petunjuk Allah. Allah tunjuk TWB. Alhamdulillah sekarang diba dah berpeluang jana 2 daripada 6 income TWB! Slow-slow nak jana lebih lagi. Terus terang diba cakap diba tak pernah menyesal join TWB dan rasa bertuah diperkenalkan TWB ni ( Thanks to my mentor Shasratul Ameerah ) ❤️


๐Ÿ“Œ Ilmu TWB


Antara sebab diba join TWB ni juga adalah ilmu spa yang diajar TWB. Korang bayangkan kursus spa TWB RM 1999 yang diba join diajar 5 kursus spa!

Masa tu diba ada godek juga kursus spa lain. Saja nak intai, nak bandingkan harga. Yelah masa tu nampak TWB je. Bila banding harga dengan kursus spa lain yang ajar facial saja pun dah beratus-ratus, macam mana dengan kursus spa yang lain?

Berbaloi tak join TWB? Jawapan diba ringkas je. Sangat berbaloi! Modal yang rendah. Risiko yang rendah. Peralatan asas spa, produk penjagaan kulit dan kesihatan disediakan dengan lengkap. Lepas kursus terus run spa atas nama sendiri. Happy sangat! ❤️


๐Ÿ“Œ Confident


Hehe bila sebut pasal confident ni diba akui dari zaman sekolah lagi diba ni seorang yang pendiam. Faham-faham la orang yang pendiam ni ada rasa tak berapa yakin dengan diri sendiri kan. Nak bercakap dengan orang pun selalu fikir "aku tak cukup bagus."

Bila diba join TWB ni, diba tahu diba tak boleh duduk diam. Nak tak nak diba kena pecahkan tembok malu dan kurang yakin pada diri sendiri. Slow-slow TWB ajar diba bina keyakinan pada diri dan mula share tentang bisnes kita dengan orang lain.

"Practice makes perfect". Yes slow-slow keyakinan tu bertambah dan paling best diba dah tak rasa kekurangan diba jadi penghalang nak bina keyakinan diri.

Paling penting diba confident sangat bila perkenalkan produk skincare Youth Shaklee pada customer spa! Hasilnya superb. Confident sebab produk Shaklee ni memang terbukti natural, selamat dan berkesan. ❤️


๐Ÿ“Œ Dekat dengan Dia


Mentor pernah cakap, kita berbisnes ni, boss kita adalah Allah. Bukan manusia. Jadi, kita minta dengan Dia. ๐Ÿ’ฏ kebergantungan kita dalam berbisnes ni adalah pada Allah. Untung orang berbisnes ni boss kita cuma perlukan kita berusaha, berusaha, berusaha, berdoa dan bertawakal. ❤️

Niat penting. Setiap kali diba pergi ke rumah customer spa untuk treatment facial dll, diba selalu niat dan doa dalam hati. Sebab misi TWB kita jelas, kita nak cantikkan customer dengan produk dan servis kita.

Amalan-amalan rohani yang dikongsi oleh mentor juga sangat membantu. Solat tahajud, solat dhuha, baca Al-Quran (khususnya al-Waqiah) dan bersedekah sebenarnya sangat-sangat membantu untuk diri sendiri dan bisnes juga.

Alhamdulillah untuk segala rezeki dan nikmat yang Allah beri. Jangan putus doa dan sentiasa ingat THE POWERFUL OF DOA ❤️


๐Ÿ“Œ Highclass TWB


Mentor dan master TWB selalu kongsikan cerita-cerita mereka. Bagaimana mereka bermula dari bawah, cabaran dan halangan yang mereka tempuh. Cerita-cerita mereka yang membakar semangat tau!

Ada surirumah yang tak bekerja join TWB, kini jana pendapatan 4-5 angka dengan TWB.

Ramai yang buat fulltime dengan TWB, ada juga part time. Masing-masing buat instant cash. Belum lagi 5 income TWB yang lain. Bahagia bila sebut duit tu. ๐Ÿ’•


Diba target 4 benda ni bila join TWB :

๐ŸŒธ Money Freedom
๐ŸŒธ Time Freedom
๐ŸŒธ Travel Freedom
๐ŸŒธ Shopping Freedom


InshaAllah aamiin.

Happy diba dapat share nilai-nilai yang diba perolehi daripada TWB. SANGAT BERHARGA! ❤️

Skill dari TWB sangat mementingkan kualiti dan kami mengunakan produk skincare yang terbukti dengan kajian klinikal tau.

Alhamdulillah, diba miliki spa milik diba sendiri iaitu Diba Beauty Spa asbab TWB. ❤️

Bagi korang yang nak risik-risik bisnes part time atau fulltime yang boleh jana income mewah dengan TWB, meh whatsapp diba.

http://www.wassap.my/601111467420

Diba Hasan
Alumni TWB
Diba Beauty Spa


TWB Bukan Sekadar Kursus Spa



TWB bukan sekadar kursus spa. Ia lebih daripada itu. Ia dah banyak membantu para wanita menambahbaik kehidupan mereka.

Adibah sudah mulakan langkah, anda bagaimana? Jika anda nak mula ubah diri dan kehidupan menjadi lebih baik melalui medium TWB, saya sangat alu-alukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej kursus mobile spa yang kami tawarkan, boleh klik di link di bawah.

> Pakej Kursus Mobile Spa TWB

Atau anda boleh hubungi saya. Saya akan terangkan dengan lebih detail.


Salam sayang daripada saya ❤️




Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
ID Nombor : 1095681
0102888494 
Leader in Shaklee Business 
Trainer for TWB

Terima Kasih

06 February 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019

Assalamualaikum semua ☺️ InsyaAllah pagi ni saya nak kongsi dengan semua orang, apa yang saya dah aim untuk tahun 2019 ni. InsyaAllah.


Tahun 2019 lebih kepada pengurusan rohani, ibadah dan kewangan bagi saya. Alhamdulillah, setakat ni dalam tahun 2019, dah ada 2 impian besar saya tercapai.

➡️ Tinggal di rumah sendiri. 

Alhamdulillah, 2 Februari baru ni, dah masuk rumah baru. Syukur sangat bila Allah bagi kami peluang untuk ada rumah sendiri pada usia sebelum 30 tahun.


Pandangan luar

Semi d, shaklee, pahang, kuantan
Sesi pemasangan dan pembersihan. Thanks to my husband for the efforts. Dan maaf tak dapat nak tolong. 


➡️ Dapat anak kedua ๐Ÿ˜˜

Alhamdulillah juga. 21 Januari baru ni, lahirlah seorang putera untuk menghiasi keluarga kecil kami. Alhamdulillah dah sepasang. Jadi lepas ni, boleh la jarak lama sikit ๐Ÿ˜†

Kakak Ayra & adik Aqil

Dan apa yang saya perasan, 2 benda ni saya berjaya capai bila saya mula kongsi dengan semua orang, apa yang saya nak. Walaupun masih belum dapat benda tu, saya asyik sebut je. Dan saya yakin, itulah doa kita sebenarnya.


Apa yang kita cakap, kita tulis, kita fikir, tu semua doa. Sebab tu, dalam entry kali ni, saya suka nak kongsi dengan anda apa yang saya impikan untuk tahun 2019. Semoga bila saya kongsi ni, anda pun sama-sama doakan saya. Aamin.


Jadi, apa yang saya nak capai untuk tahun 2019 ni?

Shaklee, kuantan
Ini vision board yang saya tulis pada 1 Januari 2019.


๐Ÿ”ฎ IBADAH / SPIRITUAL


Peningkatan daripada segi konsistensi dan penambahbaikan insyaAllah. Yang paling penting adalah untuk jaga solat awal 5 waktu dan luangkan masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk bercinta dengan Al-Quran. InsyaAllah.

Dan ada satu benda yang saya nak sangat amalkan tahun ni. Berhubung dengan alam. Salah satu caranya, pagi-pagi jogging @ brisk walk. Bestnya dapat hirup udara segar pagi hari kan? ๐Ÿ˜


๐Ÿ”ฎ KERJAYA


Orang kata, kalau takde aim untuk tingkatkan diri atau kerjaya, maka kita akan jadi macam robot. Ikut je rutin harian sampai ke tua. Tak best.

So, saya selalu aim untuk meningkat sikit demi sikit dalam kerjaya saya sekarang. Shaklee & Spa.

Dalam Shaklee, insyaAllah tahun ni bakal jadi tahun yang sangat bermakna bagi saya. Impian saya adalah untuk capai target
Senior Key Coordinator pada Disember 2019. 


Purata pendapatan bulanan dalam bisnes Shaklee. 

Saya tahu bukan senang, tapi bila kita betul-betul nak, kita akan dapat. Saya sangat yakin dengan tu.

Kenapa saya nak sangat capai pangkat Senior Key Coordinator ni? Sebab apa yang saya bakal dapat daripada Shaklee adalah sangat banyak! Kalau nak list satu-satu, memang tak cukup satu entri.

Dan apa yang Shaklee bagi tu, sangat special dan boleh bantu kita capai impian yang jauh lebih besar, lebih tinggi. InsyaAllah.

Untuk spa pula, sekarang Ee Beauty Spa dah upgrade servis tau ☺️ Bukan rawatan spa je ada. Pakej berpantang pun ada. Dan impian saya, saya nak sangat bantu ibu-ibu berpantang dengan senang dan mudah. Seronok tau bila dapat tengok orang jadi lebih sihat ๐Ÿ˜Š


๐Ÿ”ฎ KEWANGAN 


Soal kewangan ni jadi salah satu perkara penting bagi semua orang kan? Ye la. Zaman ni semua benda pun perlukan duit. Jadi pengurusan kewangan sangat penting.

InsyaAllah tahun ni saya aim untuk ada simpanan RM10k. Dan saya tahu saya kena bekerja keras untuk capai benda ni.

Bila aim yang kita letak tu tinggi, maka makin banyak la usaha kita untuk capai benda tu. InsyaAllah semoga Allah mudahkan.

Daripada segi pengurusan hutang pula, insyaAllah tahun ni saya nak setelkan hutang kenderaan dengan kadar 50% dan hutang-hutang kecil yang lain juga.

Saya tak tunjuk amaun kat sini ye. Tapi saya dah siap tulis besar-besar kat rumah๐Ÿ˜‚ Penting supaya kita tahu dan sentiasa sedar, kita kena usaha dengan lebih keras.


๐Ÿ”ฎ KELUARGA


Sesibuk mana pun kita, keluarga tu sangat penting. Saya memang aim siap-siap. Setiap hari, saya akan peruntukkan 3 jam masa emas dengan mereka. Suami dan anak-anak. Terutamanya waktu solat.

Sejak ada anak masa 2016, beberapa kali je kami sempat solat jemaah. Mulai tahun ni, kena amalkan balik solat jemaah ni.

Sangat terasa kekuatan kasih sayang tu bila kita amalkan solat jemaah. Bergaduh manja waktu asar, waktu maghrib dah baik balik dah. Masa lepas solat tu, salam terus minta maaf. Kadang-kadang siap boleh buat sesi luahan perasaan lagi ๐Ÿ˜‚ barulah saling harmoni keluarga kan.

Tahun 2019 ni juga permulaan untuk belanja keluarga ke tempat-tempat istimewa atau hotel mewah 2 kali setahun. Kadang-kadang enjoy lepas penat kerja kan.

Dan insyaAllah, Ogos pula akan ke Perth, Autralia. Yeay! Impian ke Perth ni dah lama tau. Sekali Master Ainul, pengasas TWB bagitau, trip tahun ni ke Perth dan boleh ajak pasangan! SubhanAllah bestnya. Sebab tu dari sekarang dah memang kena menabung jugak untuk ke Perth ๐Ÿ˜

Backpacking, travel, twb trip
Perth. Cantik kan? 

Dan insyaAllah, duit untuk mak abah tu memang wajib bagi. Berapa pun yang ada. InsyaAllah 2019 ni, aim untuk bagi mak abah lebih 50% daripada jumlah biasa. Aamin.


Ok korang. Tu je yang saya nak kongsi untuk entry kali ni. Korang baca-baca tu, tolong doakan sekali ye. ☺️


Oh ye, bagi sesiapa yang masih tak tahu, saya juga merupakan leader dalam bisnes Shaklee tau. Jadi kalau anda nak join untuk buat bisnes atau nak makan sendiri tapi nak beli dengan harga ahli, hubungi je saya ye. 0102888494.


InsyaAllah saya akan bantu anda untuk capai apa yang saya dah capai dan akan capai. Sama-sama kita berniaga kerana Allah, dan sama-sama kita baiki kewangan kita ke arah yang lebih baik. Aamin.


Kuantan, twb, spa


Terima Kasih

14 October 2018

Perantauan 3 Hari Yang Sangat Bermakna

PERANTAUAN 3 HARI YANG SANGAT BERMAKNA




Sebenarnya, perjalanan ni bermula disebabkan oleh rasa teruja yang amat sangat untuk sertai Leadership Workshop anjuran LAT Family. Disebabkan jaraknya boleh tahan jauh (Kuantan - Selangor), suami agak berat hati nak lepaskan isterinya yang sedang mengandung ni pergi berdua je dengan anak kami, Ayra Zahra.


Kebetulan pada minggu yang sama, dia tak dapat nak temankan sebab ada tuntutan kerja. Nak tak nak, terpaksalah kami pergi berdua je. Pertama kali sebenarnya nak lepaskan isteri merantau dan bawa kereta seorang, untuk satu destinasi yang lebih 200km. Sebab tu la berat hati.


But we managed to do it! Yeay, alhamdulillah. Alhamdulillah berjaya yakinkan suami tercinta, dan berjaya buktikan juga, bila kita nak sesuatu, dan kita bergantung sepenuhnya pada Allah, Allah pasti mudahkan segala urusan kita. MashaAllah.


HARI PERTAMA (6 Oktober 2018)



shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Baiknya anak. Tidur je sepanjang perjalanan. Mudah bawa dia pergi jalan-jalan


Kami mula bertolak jam 1 tengahari. Dah selesai makan, kemas rumah, sediakan apa yang patut, kami terus bergerak ke Kajang. Alhamdulillah sampai jam 4.30 petang.


Bermula dengan sampai sana hari Sabtu, sampai-sampai je terus facialkan 2 orang di Kajang. Untungkan ada ilmu mobile spa ni? Pergi mana-mana je boleh dapat duit. Seronok 2 beranak dapat facial. Katanya dah lama tak pergi spa. Tak sempat. Itulah antara sebab wujudnya mobile spa tau. Untuk memudahkan pelanggan yang nak cantik. Tak keluar rumah pun, boleh rehatkan diri, rehatkan minda.


shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
2 orang customer siap tidur
Dapat jumpa sekali sahabat dunia akhirat masa kerja kat SM imtiaz Ulul Albab Melaka dulu. Spending times, chatting like there's no tomorrow :)


shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Dengan Kak Nina :)

 Malam tu bertolak ke Bangi, untuk tidur rumah sahabat dunia akhirat sorang lagi SemaNNur. Siap request nak facial jugak. Thanks dear. Untung kan ada ilmu :) Dan akhirnya kami berjaya lelapkan mata jam 1.30 malam.



HARI KEDUA (7 Oktober 2018)




๐Ÿ˜˜  Un



Ahad bertolak ke Ampang untuk Leadership Workshop di De'Palma Hotel, berdua dengan Ayra. Many thanks to my dearest daughter sebab jadi anak paling baik dan paling behave sepanjang ibu berprogram. Syukur sangat.

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Team SouL

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
SouL di hati

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Dengan Master Zahirah

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Another team SouL

Leadership workshop yang sangat best, subhanAllah. Best sangat sampai selak2 menangis bila masuk kereta. Banyak sangat ilmu yang bermanfaat.


SubhanAllah. Banyak sangat ilmu. Yang penting, Ee dah tau mana kekuatan Ee, dan Ee akan cuba guna sebaik mungkin for me myself & my team, for my family, for everyone. Best sangat dapat ada dalam circle yang sangat positif dan jumpa adik beradik SouL.


Saya ada ceritakan dengan lebih details di post ini :)


Selesai program, malam tu gerak lagi ke Kajang untuk tidur di rumah sahabat dunia akhirat, anak Shaklee yabg sangat dedicated, sahabat baik till Jannah, AtifahMokhtar. Sampai je dah lewat malam. Jadi plan untuk coaching dibawa ke sebelah pagi esoknya.


HARI KETIGA (8 Oktober 2018)



Pagi-pagi lagi, masing-masing dah semangat bangun awal untuk coaching. Coaching yang santai, story heart-to-heart, sampai terlepas waktu health checkup free kat HQ Shaklee. Hasil coaching, alhamdulillah jalan untuk berjaya dalam spa Shaklee ni lebih terang lagi bersuluh. Mudah je sebenarnya. Yang penting ada ilmu, dan ada formula penting yang perlu ada untuk berjaya.


๐Ÿ˜œ


Formula untuk berjaya ni kami ringkaskan sebagai MASTER.

M : Mentor
A : Action
S : Skills
T : Target
E : Execute
R : Results


Saya percaya satu benda. Bila Allah gerakkan hati untuk kita buat sesuatu, dan Allah mudahkan jalan tu bila kita dah nekad, tunggu je la rahmat dan kasih sayang Allah.

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Coaching dengan Master Athirah

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Dengan anak spa Shaklee yang dedicated!

Tengahari gerak ke HQ Shaklee di Sunway, alhamdulillah diberi peluang sekali lagi jumpa Master AthirahTieramiessyou, coaching lagi. Dapat makan burger King free. Alhamdulillah. Hehe. Sempat beli supplements for my customer ๐Ÿ˜˜


shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Bila mak-mak bawa anak-anak jalan

Setelkan solat, makan semua. Bertolak dari Sunway jam 5 petang, sampai kat tol Gombak jam 7 petang. Now I know, why my husband mati2 tak nak kerja kat KL. Jalan sangat jem.๐Ÿ˜‚

Alhamdulillah 9.15 malam sampai di Kuantan. Syukur sangat. Suami pun sambut dengan senyuman selebar langit. Lega agaknya tengok wajah ceria isteri & anaknya ni.


Finally 



Sampai juga di rumah. Long road trip, yet it's really a wonderful trip. It's actually a breakthrough for me for driving alone with my daughter yet I'm pregnant. It's almost 600km, driving here and there.

Atasi rasa takut, terus gerak dan terus redah je untuk majukan diri. Cabar diri. Throw out yourself from your comfort zone. Or u'll never have things new you achieve in your life. Live life to the fullest๐Ÿ’ช

Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH