Pages -Menu for Ee Beauty Spa

Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

25 April 2018

"Saya Makan Omega Guard Untuk Lelah, Tapi Rupanya.." - Perkongsian Seorang Penghidap Mental Disorder

"Saya pon makan Omega antara first supplement since saya ada lelah. Tapi, harini baru saya sedar dan tahu yang omega ni juga membantu dengan untuk depression dan lain-lain mental disorder.."
-Mawaddah

Saya kongsikan perkongsian menarik daripada seorang pesakit mental disorder.

Omega guard, mental disorder, kolesterol, otak, cerdik, anak cerdik


PERKONGSIAN 


Saya merupakan pesakit Major Depression Disorder (MDD). Saya sendiri tak tahu apa sebabnya. Tapi saya mengalami kemurungan dan tekanan perasaan yang agak teruk ketika di tahun 2 universiti. Dan, apabila saya pergi ke hospital sakit mental. Sangat ramai pesakit MDD, anxiety, alzheimer dan lain-lain.

Sehingga bila saya pergi hospital, saya rasa.. saya adalah yang paling normal dan sihat..

Alhamdulillah memang keadaan saya jauh lebih baik daripada dulu. Dalam ni ada kawan-kawan saya yang memang sentiasa ada dengan saya waktu saya sangat murung dulu..

Waktu tu saya on off shaklee lagi. Ambil peppermint untuk gastrik je kalau tak silap.

Bila saya pergi jumpa pakar. Ujian darah memang ada bagitahu yang ada hormon saya yang dah semakin deplete.

which buat saya rasa sentiasa sedih.

chemical imbalance dalam otak.

bila saya study omega guard then saya rasa macam dapat kaitkan.. mungkin pemakanan saya tidak mencukupi untuk support EPA dan DHA dalam otak..

Dulu.. saya rasa orang yang ada mental disorder ni mengada-ngada. Attention seeker. bila dah kena pada diri baru saya tahu perasaan tu.

Saya nak jadi gembira, saya nak jadi normal, happy macam org lain.

Tapi at the same time saya tak mampu dan tak dapat keluar daripada kegelapan dan kesedihan.

Rasa sesak dan tak tahu nak buat apa.

Orang cakap, kena dekatkan diri pada Tuhan. Saya mengaji, berdoa.

Tapi still.. berbulan-bulan saya tetap sedih..

Sehingga sekarang saya still kena ambil ubat daripada hospital.. luvox..

sangat penting untuk jaga kesihatan mental kita.

sekarang saya rasa semangat pulak nak try omega..

nak consume omega as supplement everyday..

sangat interesting bila baca bagaimana omega-3 boleh bantu perkembangan otak, positif mood dan lain2 😊

sebab since saya makan ubat hosp, tidur saya jadi teratur dan mood saya lebih positif..

cuma bila ambil ubat hospital ada banyak side effects..

so bila ada supplements untuk mencegah, better kita ambil daripada awal..

kalau ada yang stress2, kena makan omega banyak sikit! InsyaAllah dengan doa semua. Saya doakan semua akan selalu sentiasa happy dan sihat..

bukan je sihat fizikal. tapi mental!

kerana bila sihat mental, insyaAllah banyak benda yang boleh dicapai 🤗 "


APA SEBENARNYA OMEGA?




Omega-3 merupakan lemak tidak tepu yang diperlukan oleh badan manusia. Kiranya, lemak baik lah. Bukan lemak-lemak jahat yang menggemukkan.

Badan manusia tak mampu bina sendiri asid lemak omega-3 ni. Tapi kita boleh dapatkan omega 3 ni daripada makanan yang kita ambil.

Apa makanan yang mengandungi Omega-3 ni?

Ikan, kacang walnut, sayuran hijau, algae dll. Tapi adakah cukup asid lemak omega-3 ni jika kita hanya bergantung kepada apa yang kita makan sahaja?


3 jenis omega-3 yang utama adalah :
1. DHA (docosahexaenoic acid)
2. EPA (eicosapentanoic acid)
3. ALA (alpha-linolenic acid).



Asid lemak omega-3 ni actually dalam bahasa inggeris adalah (Omega-3 fatty acids).




KENAPA PERLU PILIH OMEGA GUARD SHAKLEE?

Omega guard, mental disorder, kolesterol, otak, cerdik, anak cerdik

Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak iaitu EPA, DHA dan lima lagi asid lemak semulajadi.

Omega Guard Shaklee sangat istimewa kerana :


1. Proses Penyulingan Molekul Berperingkat

🐟Menyingkirkan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCB's dll.
🐟Proses ini juga membantu memekatkan dan menulenkan omega-3.
🐟Mengurangkan bau dan rasa hanyir.

2. Minyak ikan kecil dari laut dalam

Kenapa Shaklee pilih ikan kecil laut dalam?
Kerana, laut dalam jauh dari pencemaran seperti kapal dan toksik..

Kenapa ikan kecil?
Kerana, secara logiknya jika ikan besar maka semakin banyak kandungan toksik yang ada pada ikan tersebut.

3. Kualiti terjamin, minyak ikan bergred farmaseutikal.

4. Diiktiraf oleh Friends of The Sea.

Yang ini adalah fakta paling menarik mengenai Omega Guard Shaklee iaitu, shaklee punya omega guard mengandungi kandungan DHA dan EPA yang sangat tinggi yang mana ia sangat baik untuk badan kita.



APA YANG OMEGA GUARD SHAKLEE BOLEH BANTU?


1. Kesihatan Jantung

⭕️ Mengurangkan keradangan
Keradangan boleh menyebabkan kerosakan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung

EPA dan DHA membantu dalam:
⭕️ Mengawal triglyceride
(kolestrol) dan tekanan darah
⭕️ Menambahbaik peredaran darah
⭕️ Mengekalkan degupan jantung yang normal

2. Fungsi Otak

Otak kita diperbuat daripada 60% lemak dan kebanyak sistem saraf adalah daripada kemak. Bahagian cerebral cortex mengandungi lebih kurang 20% DHA..

EPA & DHA membantu :
⭕️ Pemindahan maklumat diantara neuron
⭕️ Kesan positif terhadap emosi, perlakuan, kognitif, memori dan pembelajaran.
⭕️ Memperlahankan apa-apa penyakit berkaitan kerosakan otak seperti Alzheimer dan dementia.

3. Kesihatan sendi dan tulang

⭕️ Membantu mengekalkan kepadatan mineral tulang.
⭕️ Membantu pergerakan sendi ; lebih fleksibel, kurangkan bengkak dan sakit.

4. Kebaikan bagi ibu hamil dan menyusu

⭕️ Membantu dalam perkembangan otak anak-anak dan sistem imunisasi
⭕️ Membantu ibu berpantang untuk sentiasa positif
⭕️ Mengurangkan risiko elergik pada bayi


Menarik? Semestinya! Banyak sangat yang Omega Guard ni dah bantu. InsyaAllah saya kongsikan testimoni dalam post saya yang akan datang.


Jika anda berminat untuk dapatkan Omega Guard atau ingin dapatkan sebarang konsultasi, boleh hubungi saya. Untuk pembelian, boleh juga tekan terus butanv di bawah 😊



Hubungi :


Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Shaklee Independent Distributor : ID 1095681
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa



Terima Kasih

10 Produk Shaklee Paling Laris Yang Korang Wajib Tahu

Korang rasa Shaklee ada berapa vitamin dalam pasaran Shaklee? Ni tak termasuk penjagaan wajah, penjagaan rumah dan barang bayi tau.


Vivix, omega, vitamin c, esp, collagen, ostematrix, vitamin E, alfalfa,

Haa, untuk pengetahuan korang, Shaklee ada 24 jenis vitamin. Masing-masing ada fungsi dan manfaat tersendiri. 


Dalam post ni, saya nak kongsi 10 produk Shaklee paling laris di Malaysia ni. Walaupun banyak konspirasi yang cuba nak jatuhkan Shaklee ni, tapi Shaklee tetap dengan pendirian untuk berkongsi manfaat ni dengan semua orang. Ok mesti korang tertanya-tanya apa 10 produk paling laris tu kan? Jom kita tengok.


Vivix, omega, vitamin c, esp, collagen, ostematrix, vitamin E, alfalfa,


  1. Vivix
  2. ESP
  3. Omega Guard
  4. SR Vita-C Plus
  5. Ostematrix
  6. Alfalfa Complex
  7. Vita-E Complex
  8. Vita-Lea
  9. Collagen Powder
  10. Lecithin


Kenapa agaknya 10 produk ni jadi yang paling laris agaknya? Haa, korang boleh klik link yang ada kat atas tu. Untuk yang belum ada, nanti saya akan tambahkan yang lain.


Well, antara 10 kat atas tu, saya dah makan semua dah. Semua saya dah rasa dan Shaklee Effect dia memang superb!


Untuk pertanyaan lanjut, korang boleh je hubungi saya terus ok 😘



Hubungi :


Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Shaklee Independent Distributor : ID 1095681
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa

Terima Kasih

31 January 2018

10 Simptom Ibu Hamil Yang Anda Tak Boleh Pandang Sebelah Mata.

Ibu hamil biasanya mengalami pelbagai simptom kehamilan sepanjang proses pertumbuhan janin dalam ovari. Ia adalah normal memandangkan hormon dan tubuh kita berubah dan ia cuba menerima seorang manusia lain yang ada dalam badan kita.



Banyak sangat simptom yang ada. Kaki bengkak, deria bau yang semakin sensitif, hati yang semakin sensitif.


Tapi jangan lega dahulu. Terdapat 12 simptom kehamilan yang anda tak sepatutnya ambil mudah! Jika ada salah satu atau lebih simptom ni berlaku pada anda, jumpa doktor anda sekarang.


10 simptom kehamilan yang anda tak boleh pandang sebelah mata.



Simptom kehamilan #1
📌 Pendarahan vagina atau ada spotting (walaupun sedikit!)


Satu perkara yang kita tak boleh pandang remeh! Ia mungkin adalah sedikit, tidak menyakitkan dan menjadi perkara yang tidak berbahaya kepada seseorang. Namun jika dibiarkan ia mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar seperti keguguran atau ia juga mungkin petanda kandungan di luar rahim.


Saya pernah kongsikan kisah saya yang mengalami spotting beberapa kali, tidak menyakitkan dan 2 kali dimasukkan ke hospital. Akhirnya diagnos terakhir menyatakan ada lekangan antara plasenta dan dinding rahim. Baca artikel penuh di sini 




Simptom kehamilan #2
📌 Sakit badan atau belakang yang berlarutan.


Sakit badan adalah perkara biasa yng dialami oleh ibu hamil. Namun jika ia berterusan atau semakin sakit walaupun anda telah makan kalsium dan magnesium, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor anda. 


Simptom kehamilan #3
📌 Rasa dahaga yang amat sangat.


Rasa dahaga yang amat sangat menunjukkan simptom dehidrasi. Dan lebih teruk lagi, ia juga salah satu petanda bagi kencing manis semasa hamil atau lrbih dikenali sebagai Gestational Diabetes ,(GDM).


Kebimbangan terbesar bagi ibu yang menghidap GDM adalah melahiraknkan bayi yang besar. Risiko yang mungkin berlaku apabila bayu besar adalah kesukaran ketika melahirkan atau ibu terpaksa melahirkan anak dengan kaedah ceaserean.


Simptom kehamilan #4
📌 Pergerakan bayi yang lebih aktif atau kurang aktif.


Ibu sangat kena peka pada pergerakan bayi. Sebarang kelainan pada pergerakan bayi hendaklah dirujuk kepada doktor. 


Sebagai panduan, ibu-ibu dah boleh rasa pergerakan bayi lebih kurang pada minggu ke 14 ke atas. Masih tak rasa pada minggu ke 14? Jangan bimbang. Ada ibu yang mula rasa lambat, ada yang cepat.


Bila ibu dah mula rasa pergerakan bayi, pada waktu inilah ibu perlu mula peka pada pola pergerakan mereka. 



Simptom kehamilan #5
📌 Ibu selalu rasa pening dan nak pitam, adakalanya jantung berdegup laju tanpa sebab yang jelas.


Ini adalah simptom tekanan darah rendah. Ia jarang berlaku namun jika anda ada simptom ini, terus rujuk pada doktor anda.



Simptom kehamilan #6
📌 Migrain, sakit kepala yang kuat.


Ini mungkin simptom preeclampsia. Ia adalah simptom tekanan darah tinggi yang mana jika dibiarkan boleh memberi kesan kepada bayi anda. Jika tahapnya biasa, bayi mungkin akan lahir lebih kecil atau lebih awal (premature).


Jika tahapnya lebih teruk, ia mungkin akan mengganggu pertumbuhan mahupun proses dlam buah pinggang dan hati bayi. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan kematian. Rujukan : Simptom preeclampsia


Jika anda ada simptom ini, terus berjumpa dengan doktor anda. Mencegah lebih baik. Jika tak sempat nak cegah, maka merawatnya pada tahap awal adalah lebih baik daripada membiarkannya.


Tambahan info : simptom ini juga disertai dengan pembengkakan kaki yang berterusan.


Simptom kehamilan #7
📌 Demam melebihi 38°C


Ia boleh menyebabkan badan menjadi terlalu panas dan sekaligus akan mengganggu perkembangan bayi. Berjumpa doktor adalah jalan yang baik untuk diambil.


Simptom kehamilan #8
📌 Muntah berterusan


Muntah berterusan akan membuatkan badan terdehidrat. Oleh itu, anda boleh mencuba halia + peppermint untuk mengurangkan rasa loya dan simptom muntah.


Di samping itu, banyakkan minum air dan pastikan badan anda sentiasa terhidrat. Jika masih berlarutan, dapatkan nasihat doktor anda.


Simptom kehamilan #9
📌 Lebih daripada 4 kali sakit contraction dalam masa 1 jam (bagi kehamilan 37 minggu ke bawah)


Anda mungkin akan melahirkan anak pra-matang. Oleh itu, bila anda merasai simptom ini, jangan berlengah lagi. Terus ke hospital berdekatan.


Simptom kehamilan #10
📌 Terjatuh atau terlanggar sesuatu pada bahagian badan anda.


Pelanggaran yang kuat boleh mengganggu pertumbuhan bayi dalam perut anda.  Dapatkan khidmat nasihat doktor jika anda terasa sakit atau ngilu di mana-mana bahagian badan anda.


PENUTUP


Saya doakan ibu-ibu dimudahkan segala urusan ketika hamil, melahirkan anak dan membesarkan nak. 


Di sini saya kongsi sedikit pengalaman pertama saya hamil anak pertama pada tahun 2016. Semoga ia sedikit sebanyak memberi manfaat. InsyaAllah 😊



»» 5 Tips Mudah Hilangkan Bengkak Kaki Bagi Ibu Hamil ««



»» Nutrisi Tambahan Yang Penting Bagi Ibu Hamil ««



»» Anda Hamil? Apa Nak Buat Ni?««




Satu benda yang Ee rasa seronok sangat nak buat adalah bantu anda yang alami masalah sama dengan Ee. Betul kan? Bila kita alami sesuatu perkara, kita akan lebih faham keadaan orang yang alami perkara yang sama dengan kita :-)



Shasratul Ameerah Kamaruddin (Ee)
010-2888494
Pengasas Ee Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
ID : 1095681



Terima Kasih

12 November 2014

Cadangan Pengambilan Omega Guard

Assalamualaikum semua!


Macam mana hari ni? Semua sihat? Kalau sihat, alhamdulillah. Kalau tak, insyaAllah itu dugaan daripada Allah. Kita sebagai hamba kena percaya dengan dugaan. Apa pun, selain tu usaha sungguh-sungguh untuk kembali sihat, insyaAllah.

Ok, entry kali ni nak kongsi beberapa gabungan terbaik untuk Omega Guard Shaklee. InsyaAllah percaya dan yakin dengan usaha kita, insyaAllah Allah bagi yang terbaik. Jom kita review..

1. OMEGA GUARD + ADVANCE JOINT HEALTH
+ kesihatan sendi

+ memudahkan pergerakkan
+ meningkatkan kesihatan pesakit arthritis dan gout


2. OMEGA GUARD + ALFALFA COMPLEX
+ detox dan bantu bakar lemak
+ kawalan kolestrol
+ kesihatan jantung
+ bermanfaat untuk pesakit gout dan arthritis
+ kesihatan sendi
+ meringankan sembelit dan buasir

    

3. OMEGA GUARD + CAROTOMAX
+ kesihatan mata
+ mengurangkan risiko mata kering
+ melegakan masalah kulit
+ kesihatan tisu kulit
+ meningkatkan imuniti


4. OMEGA GUARD + CHEWABLE VIT C
+ meningkatkan kesihatan anak
+ manfaat untuk pesakit asma
+ kulit yang sihat


5. OMEGA GUARD + COQ HEALTH PLUS
+ kesihatan jantung
+ kawalan kolestrol
+ mencegah salur darah tersumbat
+ kecantikan kulit
+ kesuburan lelaki


6.OMEGA GUARD + ESP
+ tenaga berpanjangan
+ kawalan paras kolestrol
+ kecantikkan
+ sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak
+ kulit yang sihat berseri
+ slimming

  

7.OMEGA GUARD + GARLIC COMPLEX
+ mengawal darah tinggi
+ kawalan kolestrol
+ mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
+ bantu rawat asma


8. OMEGA GUARD + GLA COMPLEX
+ kawalan kolestrol
+ kecantikan
+ melembapkan kulit
+ menangani jeragat
+ kesihatan sendi
+ anti radang
+ kesuburan wanita
+ mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon pms wanita




9.OMEGA GUARD + HERB LAX
+ slimming
+ meringankan sembelit dan buasir
+ mengempiskan perut


10.OMEGA GUARD + LECITHIN
+ slimming
+ kawalan paras kolestrol
+ kesihatan jantung
+ kesihatan sendi
+ tingkatkan perkembangan memori(janin..knk2..org dewasa)
+ mengurangkan @ mencegah penyakit berkaitan hati


11.OMEGA GUARD + NUTRIFERON
+ meningkatkan pertahanan tubuh
+ melindungi dari batuk dan selesema
+ manfaat untuk pesakit asma dan eczema


12.OMEGA GUARD + OSTEMATRIX
+ membantu melegakan simptom senggugut
+ menggalakkn kulit yang cantik
+ menggalakkn tulang ang kuat
+ membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
+ melegakan sakit2 sendi


13.OMEGA GUARD + SUSTAINED RELEASE VIT C
+ manfaat kesihatan kulit
+ meringankan asma
+ meringankan eczema
+ meningkatkn sistem pertahanan bdn
+ meringankn batuk n selsema
+ kawalan kolestrol
+ mempertingkatkan kecerdasan mental
+ kecantikan
+ manfaat utk perkembangan saraf dan otak bayi
+ sesuai utk ibu mengandung dan menyusukan anak


14.OMEGA GUARD + VIT E COMPLEX
+ kesihatan jantung
+ kecantikan kulit
+ kesuburan lelaki
+ mencegah saluran darah dr tersumbat

15.OMEGA GUARD + ZINC COMPLEX
+ kawalan diabetis
+ tingkatkan sistem imun
+ kesuburan lelaki
+ kesihatan lelaki


16.OMEGA GUARD + MEALSHAKES
+ manfaat utk masalah asma n eczema knk2
+ tingkatkn kesihatan
+ kuatkan daya ingatan n tumpuan
+ beri tenaga dan selera
+ meningkatkan daya tumpuan


Mau cuba? Whatsapp sekarang untuk tawaran yang terbaik! 



P/s : Setiap pembelian melalui saya, anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya.
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli, saya memberi jaminan bahawa :
1) Anda memilih rumah yang betul
2) Masuk ke dalam Whatsapp group rahsia rumah kami
3) Bantuan dan tunjuk ajar yang jitu

Untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli, anda boleh menghubungi saya :

Ameerah
010-2888494
Instagram : eeameera
FB Page : A step for a healthy life
https://www.facebook.com/ameerah.shaklee?ref=hl


Lots of love,



Terima Kasih

10 November 2014

8 Manfaat Omega Guard Shaklee Yang Perlu Kita Tahu

omega guard shaklee
Omega Guard Shaklee merupakan suplemen minyak ikan terbaik (Klik di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut) dan ia sangat sesuai untuk seisi keluarga. Omega ni boleh diambil oleh anak seawal usia setahun sehinggalah kepada golongan atok nenek kita.

Penting ke Omega-3 ni?


Yes, sangat penting. Asid lemak Omega-3 mengandungi EPA dan DHA yang penting untuk perkembangan otak. Tapi, badan kita tak boleh nak hasilkan asid lemak Omega-3 ni. Kita hanya dapat asid lemak Omega-3 daripada sumber makanan atau suplemen sahaja.


Kenapa Omega Guard Shaklee?

Ramai yang tanya, apa bestnya Omega Guard Shaklee? Kan banyak lagi suplemen yang mempunyai asid lemak Omega-3? Betul, banyak suplemen yang menyediakan asid lemak Omega-3 ni. Tapi kenapa Omega Guard Shaklee menjadi pilihan hati?


Sebab minyak ikan Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia, dan ia mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

Untuk penerangan lebih lanjut, sila klik di sini.

8 manfaat Omega Guard Shaklee

Antara manfaat yang boleh didapati dalam minyak ikan Omega Guard Shaklee adalah :

1. Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak. 




   Khasiat DHA yang terdapat dalam Omega Guard Shaklee sangat penting untuk perkembangan otak
   kita apatah lagi bayi. Oleh itu, Omega Guard sangat disarankan kepada ibu mengandung
   dan ibu menyusu. Supaya bayi mendapat asid lemak omega-3 dengan kadar yang mencukupi.
   Bila anak dah cecah umur setahun, Omega Guard boleh dicampur ke dalam makanan anak.

2. Baik untuk memori dan fokus


    Sangat sesuai untuk mereka yang kurang fokus dan mudah lupa. Disarankan kepada pelajar. Saya
 sendiri dah rasai perbezaan. Kalau dulu, asyik lupa je mana letak barang-barang penting. Sekarang
    alhamdulillah, ingatan dah makin tajam. tak macam dulu lagi :)

3. Menyokong kesihatan kardiovaskular




Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan tak tersumbat. Omega Guard Shaklee membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan. Which means, ia akan merendahkan risiko penyakit jantung atau strok.

4. Mengawal paras kolesterol


Omega Guard membantu melawan kolesterol jahat (LDL) dan akan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. (Klik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kolesterol). Ia akan mengurangkan kandungan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kandungan kolesterol baik (HDL).


5. Mengurangkan gejala asthma


Omega-3 amat baik untuk menghalang radang kerana ia bersifat anti-radang. Oleh sebab itu, secara tidak langsung, minyak ikan Omega Guard akan mengurangkan gejala selesema, asthma ataupun radang paru-paru.


6. Mengurangkan sakit sendi


Banyak kajian menunjukkan suplemen minyak ikan yang mengandungi EPA dan DHA amat bermanfaat untuk mengurangkan keradangan pada sendi dan kekebasan. Ia juga membantu dalam merawat penyakit rheumatoid arthritis.


7. Menguraikan lemak


Omega Guard membantu mencegah pengumpulan lemak dan boleh mengelakkan masalah obesiti.


8. Memelihara kesihatan kulit


Omega Guard membantu melicinkan kulit dan membaiki masalah kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain masalah alahan kulit.


Wow! Banyak kan manfaat Omega Guard Shaklee? Serius rugi kalau tak cuba. Tambah lagi Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada ikan laut dalam, jadi insyaAllah bebas daripada pencemaran air laut. Susah nak cari produk yang dihasilkan secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya. Jadi kenapa perlu tanggung risiko?

Mau cuba? Whatsapp saya sekarang untuk tawaran yang terbaik! 



P/s : Setiap pembelian melalui saya, anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya.
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli, saya memberi jaminan bahawa :
1) Anda memilih rumah yang betul
2) Masuk ke dalam Whatsapp group rahsia rumah kami
3) Bantuan dan tunjuk ajar yang jitu

Untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli, anda boleh menghubungi saya :

Ameerah
010-2888494
Instagram : eeameera
FB Page : A step for a healthy life
https://www.facebook.com/ameerah.shaklee?ref=hl


Lots of love,




Terima Kasih

07 November 2014

APA TU KOLESTEROL?

Kita selalu dengar perkataan kolesterol. Tapi siapa tahu makna sebenar kolestrol, angkat tangan! (Macam tanya anak-anak imtiaz.. Hihi). Ok, jom kita kaji dulu apa tu kolesterol.

APA ITU KOLESTROL? 

Kolesterol sebenarnya adalah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel haiwan, ditemui juga dalam peredaran darah manusia. Kolesterol boleh menjadi kawan atau lawan. 

Kolesterol merupakan komponen yang penting untuk fungsi normal tubuh bilamana ia berada di tahap normal, namun apabila ia berada di tahap yang tinggi dalam darah, ia mampu meletakkan kita di risiko serangan jantung.

Kolesterol adalah berasaskan lemak, oleh sebab itu ia tak akan bercampur dengan darah yang berasaskan air. Oleh itu, ia dibawa dalam darah oleh lipoprotein.

JENIS DAN FUNGSI KOLESTEROL

Kolesterol ini dibawa oleh dua jenis lipoprotein iaitu :
  • Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) - Dikenali sebagai kolesterol jahat
  • Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) - Dikenali sebagai kolesterol baik

Kolesterol mempunyai empat fungsi utama yang mana kita tak akan dapat hidup jika ia tiada. Fungsi tersebut adalah :
  1. Menyumbang kepada struktur dinding sel
  2. Membentuk asid hempedu dalam usus untuk proses pencernaan
  3. Membenarkan tubuh menghasilkan vitamin D
  4. Membolehkan tubuh membuat hormon tertentu.
APA YANG MENYEBABKAN KOLESTEROL TINGGI?

Kolesterol tinggi / hiperkolesterolemia / hiperlipidemia / dyslipidemia merupakan faktor utama yang menyumbang kepada risiko penyakit jantung koronari, penyebab serangan jantung dan mengurangkan tahap lipid dalam darah.



Peningkatan LDL akan menyebabkan pengumpulan kolesterol dalam arteri manakala HDL akan membawa kolesterol ke hati untuk disingkirkan daripada badan. Pengumpulan kolesterol di dalam arteri akan menyempitkan pembuluh darah yang disebut arterosklerosis, yang mana akan membentuk plak dan menyebabkan perjalanan darah tersekat. 

PUNCA / FAKTOR PENYEBAB KOLESTEROL TINGGI

Terdapat banyak sebab terjadinya kolestero tinggi dalam darah. Berikut merupakan 2 faktor penting yang menjadi penyebab meningkatnya kadar kolesterol dalam badan. 

1. Faktor yang tidak dapat dikawal
  • Keturunan. Jika ada dalam keluarga kita yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, maka semakin tinggilah risiko kita untuk mempunyai kolesterol yang tinggi. Risiko anak untuk menghidapi gangguan kesihatan adalah 6 kali lebih besar daripada orang tua.
  • Usia. Apabila usia telah mencecah 20 tahun, kolesterol akan lebih cenderung meningkat. Bagi orang lelaki, kolesterol akan mudah naik setelah umur 50 tahun. Bagi wanita pula, kolesterol akan lebih mudah naik setelah menopause.
2. Faktor yang dapat dikawal
  • Terlalu banyak makan makanan berlemak, seperti mentega, biskut dan makanan ringan
  • Lebih berat badan
  • Kurang bersenam
  • Merokok
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Stress
  • Diabetes
  • Minum kopi berlebihan
  • Obesiti
  • Diet yang salah
8 TIPS KAWAL KOLESTEROL

Berikut adalah 8 tips untuk mengawal tahap kolesterol dalam badan.


Dalam erti kata lain, ubah faktor yang dapat dikawal tadi. Amalkan gaya hidup sihat. InsyaAllah masalah kolesterol ini dapat diatasi.

OMEGA DAN KOLESTEROL

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang  penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari.   Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik. 

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  

1.     Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
2.     Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
3.     Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
4.     Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
5.     Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
6.     Mengurangkan risiko darah beku
7.     Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
8.     Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
9.     Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak

Wow.. Memang banyak kelebihan Omega-3 kalau nak disenaraikan..


Dan Omega-3 terbaik tentulah Omega Guard Shaklee!
Kenapa Omega Guard Shaklee? Apa kelebihannya berbanding omega-3 lain?



Akan saya ulas di post seterusnya :)


Ameerah
010-2888494
Instagram : eeameera
FB Page : A step for a healthy life




https://www.facebook.com/ameerah.shaklee?ref=hl


Lots of love,







Sumber :


1. http://www.medicalnewstoday.com/articles/9152.php
2. http://kolesteroltinggi.net/
3. http://doknorm.blogspot.com/2012/08/apa-itu-omega-3-apa-faedahnya-kepada.html

Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH