Pages -Menu for Ee Beauty Spa

Showing posts with label Set Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Set Menyusu. Show all posts

25 April 2018

Anda Yakin Anda Dah Cukup Kalsium? Anda Wajib Baca Ni


Siapa kat sini selalu rasa sengal-sengal badam? Sengal gigi? Sakit belakang?


Haa, itu tandanya anda kurang kalsium. Ramai orang salah anggap bahawa kalsium ni hanya diperlukan pada tahap umur tertentu. Contohnya ibu hamil, ibu menyusu, atau bayi yang nak membesar.

Kalsium, shaklee, magnesium, tulang, gigi, bayi, hamil


Hakikatnya semua orang perlukan kalsium. Setiap peringkat umur kita tu, kita perlukan jumlah kalsium yang berbeza.


Kalsium, shaklee, magnesium, tulang, gigi, bayi, hamil
Graf kepadatan tulang



Cuba tengok graf ni. Peringkat umur bayi dan meningkat remaja, masa ni kita perlukan kalsium untuk tumbesaran. Nak tinggi, nak membesar dengan baik dan mampatkan tulang.


Bila umur kita dah capai 20-an, kalsium akan disimpan dalam bank kalsium. Masa ni kita ambil dengan banyak pun tak ada masalah sebab kalsium tu akan disimpan dalam tabung tulang kita. Tapi jika kita tak cukup ambil kalsium, bila tabung kita nak penuh kan?


Tabung tulang ni adalah untuk persiapn hri tua kita. Bila usia kita dah cecah 30-an, kalsium tidak lagi disimpan dalam tabung. Waktu ni, kalsium yang kita ambil akan digunakan sepenuhnya. Jika tak cukup ambil kalsium? Kalsium daripada tabung akan digunakan.


Jadi pada waktu umur kita dah capai 50 tahun ke atas, bayangkan berapa banyak je kalsium yang tinggal dalam tabung kita andai pengambilan kalsium kita setiap hari tak mencukupi?

Kalsium, shaklee, magnesium, tulang, gigi, bayi, hamil


Takut tau bila bayangkan.


Kalsium ni kita bukan guna pada tulang semata. Otot pun guna. Apa sahaja benda yang kita buat, yang melibatkan pergerakan, di situlah kalsium digunakan.


Senyum pun guna kalsium tau 😊


KALSIUM NI ADA KAWAN BAIK


Sepertimana vitamin lain, kalsium ni pun ada kawan baik. Bila adanya kawan baik ni bersama, ia akan berfungsi dan terserap dengan lebih baik.

Kalsium, shaklee, magnesium, tulang, gigi, bayi, hamil


Antara mineral yang penting adalah

✔ Magnesium
✔ Vitamin D
✔ Boron
✔ Manganese Copper Zink

Ni semua bantu untuk badan dapat kalsium semaksima yang mungkin.


Shaklee dah buat kajian awal-awal pasal ni. Sebab tu la terhasilnya Ostematrix. Dalam Ostematrix Shaklee, kesemua kawan baik Kalsium ni dimasukkan. Supaya dia boleh dimaksimakan penggunaannya.


Bahan yang ada dalam Ostematrix Shaklee


Untuk pengetahuan anda, pengambilan kalsium optimum bagi seseorg yang sihat adalah 1000mg sehari. Ini bermaksud, anda perlukan lebih kurang 4-8 gelas susu sehari. Bergantung kepada kandungan kalsium dalam susu tersebut.


Tapi mampu ke nak minum 8 gelas susu sehari? Mau kembung perut 😂


Sebab itulah Ostematrix ni terhasil. Untuk membantu anda dapat kalsium yang mencukupi lebih-lebih lagi kepada mereka yang tak suka atau tak boleh minum susu.


APA ADA PADA OSTEMATRIX SHAKLEE?

Kalsium, shaklee, magnesium, tulang, gigi, bayi, hamil

Ostematrix Shaklee ada Kalsium, Magnesium dan Vitamin D sebagai bahan utama yang telah diuji secara klinikal.


Ostematrix juga ada Zinc, Copper, Manganese, dan Boron tapi dalam peratus yang amat sedikit.


Semua-nutrien kat atas ni perlu diambil bersama2 untuk penyerapan baik oleh badan. Dan ia juga menghalang daripada berlakunya endapan sesetengah mineral.


Kalsium ni mineral yang keras tau.. tanpa kawan baik dia, kemungkinan besar jika zat tidak diserap dengan baik, ia akan tinggalkan saki baki dalam badan dalam bentuk endapan.


Sebab itulah kawan baik kalsium ni sangat penting untuk bersama-sama kalsium.


Mari kita tengok apa fungsi2 setiap satu ni. Ni untuk setiap hidangan (4 caplets) tau.

1) Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap.

2) Magnesium (400mg) - Bantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka

3) Vitamin D (400iu) - Merangsang penyerapan kalsium

4) Boron - Bantu dalam metabolisme tulang

5) Mangan, copper dan Zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Nampak tak betapa setiap mineral tu menyokong mineral yang lain.


Lagipun ia lebih jimat.


Jika nak banding kita beli susu segar tu.

1L susu =RM8 kalau takde promo. Tahan 3 hari. Sehari kita laburkan lebih kurang RM2.65 untuk susu sahaja. Itupun kena tengok, ada tak kawan baik kalsium tu.


Kalau OsteMatrix, sebiji lebih kurg RM0.45 je. Kalau sekali hidangan... haa cuba kira.


Mana murah?😎 mana berbaloi?



Berminat untuk tahu lebih mengenai Ostematrix? Boleh hubungi saya.


Jika berminat untuk dapatkan Ostematrix, boleh hubungi saya juga atau tekan je butang di bawah 😊


Hubungi :


Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Shaklee Independent Distributor : ID 1095681
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa



Terima Kasih

22 April 2017

9 CARA MUDAH PULIHKAN SELESEMA DAN BATUK BERKAHAK BAYI BAWAH 6 BULAN


Alhamdulillah Ayra Zahra dah 5 bulan J Cepat betul anak ibu membesar. Ibu doakan Ayra sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamin. Dalam nak menjengah ke 5 bulan ni, ada dalam 2 kali jugak la Ayra selesema dan batu berkahak. Memang ibu bimbang betul.



Jadi ibu bawa Ayra ke klinik pakar. Alhamdulillah semuanya ok. Paru-paru ok. Pernafasan ok. Cuma selesema dan batuk berkahak ni buatkan Ayra tak selesa. Tidur malam pun terganggu. Doktor Yaw pun cakap, bayi terdedah pada infeksi daripada persekitaran dan cuaca. Yela. Tengok je la cuaca sekarang. Sekejap panas, sekejap hujan. Badan bayi pula baru nak bina imun. Jadi ini biasa.

Dan biasalah kita sebagai ibu ni. Tak senang duduk bila anak sakit. Katanya zaman Google. Ibu pun mulakanlah penyiasatan. Dalam banyak-banyak cara yang ibu jumpa, ada beberapa cara yang ibu buat digabungkan dengan tips-tips daripada orang-orang sekeliling. Nak hilangkan selesema dan batuk berkahak pada bayi ni bukan sehari dua tau. Memang ambil masa sikit. Tapi insyaAllah membantu tenangkan dan legakan mereka. Yela, kesian bayi mana la reti nak keluarkan kahak. Betul?

Ok, jom baca tips yang Kak E nak kongsi ni.

TIPS MUDAH HILANGKAN SELESEMA DAN BATUK BERKAHAK.

1. Biar anak rehat secukupnya di rumah.

Kalau tiada keperluan, tak usahlah bawa anak keluar. Secara tak langsung kita kurangkan risiko jangkitan pada anak. Ini penting untuk penyembuhan yang cepat. Sekurang-kurangnya persekitaran rumah kita boleh kawal. Persekitaran luar susah juga tu nak kawal. Kan?


2.  Banyakkan peluk anak.

Anak akan rasa bahagia bila kita banyak bersama dengan dia. Pelukan juga boleh berikan anak rasa ketenangan dan tenteram. Ini membantu proses penyembuhan anak. Percayalah!


3. Aliran udara yang baik.

Amalkan membuka tingkap dan pintu rumah setiap pagi untuk memastikan pengaliran udara adalah baik. Dengan cara ni kita akan kurangkan pengumpulan bacteria dalam rumah sekaligus dapat mempercepatkan proses penyembuhan anak.


4. Gunakan kunyit.

Kunyit ni bukan guna dalam masakan je ye. Ia sangat hebat. Kunyit ni satu ciptaan Allah yang hebat. Serius. Mudah sangat nak gunakan kunyit untuk legakan selesema bayi. Ambil sedikit kunyit. Oleskan pada lesung batu atau racik nipis-nipis. Untuk dapatkan airnya. Air tu nanti sapu atas hidung bayi. InsyaAllah bayi dapat tidur dengan lena.


5. Minyak bawang putih.

Kita semua tahu bawang putih ni boleh membantu menguatkan imun badan. Ini cara tradisional untuk kurangkan kahak bayi. Dengan perkataan yang lebih tepat, cairkan kahak.

Caranya senang je. Ambil seulas bawang putih bersama kulit. Bakar sampai kulitnya terbakar. Tapi jangan sampai bawang putih tu renting pulak.

Campurkan dengan minyak zaitun. Atau apa-apa minyak yang sesuai. Boleh juga guna minyak kelapa.
Sapukan nipis di dada, belakang, dan betis bayi.

PERINGATAN : Jangan sapu sekali dengan bawang putih. Ambil minyaknya sahaja. Bimbang kulit bayi tak sesuai, melecur pula nanti. Kalau tak yakin, boleh cuba sapu di bahagian kaki dulu. Biarkan seketika. Jika tiada apa-apa kesan, boleh teruskan sapuan di bahagian lain.


6. Daun sireh.

Boleh juga gunakan daun sireh. Sapu dulu balm ke dada bayi. Layurkan daun sireh di atas api. Sejukkan sebentar dan lekat pada dada dan belakang bayi. Cara ni berkesan pada sesetengah bayi, namun ada juga yang tidak sesuai pada sesetengah bayi yang lain. Boleh cuba dulu. Apa pun, ikhtiar itu lebih baik kan?

Sumber : Google


7. Tepuk percussion

Tepuk percussion bertujuan untuk melonggarkan kahak yang ada di peparu bayi. Cara yang betul adalah tepuk di bahagian kanan dan kiri belakang bayi dengan tangan yang membentuk ‘cupping’. Cara ni sangat disarankan oleh doctor dan pengamal perubatan untuk legakan kahak bayi.
Bayi akan keluarkan kahak atau lendir melalui najis atau muntah. Alhamdulillah Ayra pandai keluarkan kahak melalui air liur. Tinggal ibunya nak lap je. J

Cara 'cupping' yang betul



8.  Mandi air lemon.

InsyaAllah sangat menenangkan. Aromanya pun sedap. Adik Kak E yang cadangkan cara ni. Katanya perkongsian daripada rakan-rakan sekerja. Alhamdulillah memang lepas mandi lemon, Ayra nampak lega sangat. Dan lendir keluar dengan banyak melalui hidung. Jangan bimbang. Itu adalah salah satu cara bayi keluarkan lendir yang ada dalam badan mereka.


9.  Ibu jaga pemakanan.

Ini sangat penting. Ibu sangat perlu jaga pemakanan. Ibu kena elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan mukus. Boleh rujuk gambar di bawah.

Makanan penyebab mukus dan menghilangkan mukus. Pilihan di tangan anda.


Dan untuk memastikan Kak E sentiasa mempunyai zat yang cukup dalam badan, Kak E konsisten amalkan set berpantang Shaklee + Garlic Complex. Kenapa set berpantang? Sebab dalam set ni ada semua vitamin-vitamin dan nutrien penting yang badan perlukan semasa menyusukan anak.

Sebab Kak E sangat faham bahawa apa yang kita makan, anak kita akan dapat sekali zatnya. Kalau baik makanan kita, baiklah yang anak dapat. Kalau makan kita tak terjaga, itu jugalah yang anak dapat.


Jika anda mencari-cari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee dah membuktikan bahawa produk kami mampu membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Pilihan di tangan anda. Saya sendiri telah memilih yang terbaik dan saya sangat yakin ini juga yang terbaik untuk anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee mahupun menyertai Shaklee, anda boleh berhubung terus dengan saya san saya akan membantu anda untuk sama-sama berjaya. InsyaAllah.

Shasratul Ameerah
SID : 1095681
0102888494
Your trusted Shaklee distributor

Shaklee Kuantan

Terima Kasih

21 September 2016

Soya Penyebab Kanser? - 7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu!

Assalamualaikum :)
Sehari tak menulis, rindu rasanya. Memang membuak-buak nak kongsi info dengan semua orang.


Kali ni saya nak kongsi pasal soya. Kita selalu sangat kan dengar soya ni boleh sebabkan kanser. Betul ke penyataan tu? Meh saya kongsi 7 perkara ni. Dan anda boleh nilai sendiri ok.


-------------------------------------------------
7 Kriteria Penting Mengenai Soya!
--------------------------------------------------

Masa nak pilih soya mana yang terbaik dan tidak membahayakan kesihatan, 7 kriteria ni wajib anda tahu! Pastikan soya yang masuk ke badan anda adalah soya yang selamat.


  • Soya tersebut mesti tumbuh dan membesar secara organik.

Kenapa mesti organik? Kacang soya yang TIDAK ORGANIK yang menggunakan baja kimia dan racun pestisid mengandungi khasiat yang rendah. Tambah lagi, ia menyimpan kandungan nitrat yang tinggi. Kandungan nitrat inilah yang membawa kepada risiko KANSER!



  • Kacang soya tersebut mestilah Non-GMO (Tidak dihasilkan secara genetik)


Kacang soya GMO sememangnya lebih murah untuk dihasilkan. Sebab itu tak mustahil anda banyak terjumpa psoya yang murah di luar sana. Hakikatnya ia berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan TOKSIN yang tinggi dalam badan kita!



  • Protein soya tersebut mesti mengandungi 9 asid amino perlu.



Badan kita memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk hasilkan hormon, antibodi dan enzim. Andai salah satu asid amino tak cukup, sistem imun badan akan terganggu. Bukan sedikit, 30%! Dan fungsi badan juga mungkin akan terganggu atau berhenti.


  • Dalam proses pembuatan soya, soyflakes mestilah dibersihkan dengan air, bukannya alkohol!

.
Isoflavone dapat kurangkan risiko KANSER PAYUDARA, KANSER RAHIM dan KANSER PROSTAT. Ia juga sangat bermanfaat dalam keseimbanagan hormon dan menambah jisim tulang.


  • Bahan anti-tiroid mesti disingkirkan.

 Untuk pengetahuan anda, soya mentah mengandungi bahan 'anti-growth'  dan 'anti-tyrosine' . Kedua-dua bahan ini akan mengganggu fungsi tubuh dan meningkatkan risiko kanser.



  • Proses pembuatannya sebaiknya tanpa pemanasan.


  • Berbalik kepada Kimia Tingkatan 4, protein (asid amino) sangat sensitif pada suhu yang panas. Protein akan rosak dan hilang pada suhu yang tinggi. Kekurangan asid amino ini dalam badan akan merenjatkan hormon, tisu badan dan secara tidak langsung mengganggu kesihatan kita.


    • Protein soya tersebut mesti ditambah dengan unsur kalsium!

    Kajian menunjukkan serbuk soya adalah sangat berasid. Apabila nilai keasidannya tinggi, ia boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Disebabkan ini, kalsium perlu ditambah ke dalam protein soya untuk meneutralkan kembali serbuk soya tersebut.

    Dan anda perlu tahu, kebanyakan pengusaha atau pengeluar produk protein tidak menambah unsur kalsium ini!


    --------------------------------------------------
    Jadi, apa cadangan soya yang terbaik?
    ---------------------------------------------------

    Pilihan orang ramai dan semestinya pilihan saya, ESP!



    Tak perlu bimbang untuk mengambil ESP. Ini kerana ESP menepati ketujuh-tujuh ciri di atas!


    •  ESP ditanam secara organik
    •  ESP adalah non-gmo
    •  Mengandungi 9 amino asid perlu dan mineral & vitamin lain 
    •  Ia dibersihkan dengan menggunakan air.
    •  Tiada bahan anti-tiroid / anti-growth
    •  Diproses tanpa pemanasan
    •  Ditambah dengan kalsium 500mg



    Dan kenapa anda perlu membeli ESP daripada saya?

    • Saya juga pengguna setia ESP. Jadi saya mahir mengenai cara pemakanan yang betul.
    • Konsultansi eksklusif daripada saya kepada anda.
    • Sentiasa menggembirakan pelanggan dengan hadiah percuma yang menarik :)


    Salam sayang,


    Shasratul Ameerah Kamaruddin
    Independent Shaklee Distributor
    ID No. 1095681
    Tel. No. 0102888494
    FB : Ameerah Ee
    FB Page : A Step For A Healthy Life
    Blog : shasratul89.blogspot.com


    Terima Kasih

    18 September 2016

    Testimoni : Set Penyusuan Shaklee

    Assalamualaikum :)


    Saya doakan sahabat yang baca post ni selalu dimurahkan rezeki, diberi peluang untuk menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun, menjadi ibu yang baik dan dikurniakan anak yang cerdas akalnya dan elok akhlaknya. Ameen.


    Harini saya nak kongsi beberapa testimoni pelanggan mengenai set penyusuan Shaklee. InsyaAllah jika kita yakin, kita pasti akan berjaya. 


    Sumber : Secret Group Mummy Shaklee


    1- Mulanya ambil ESP semasa hamil. Seperti yang saya pernah kongsikan mengenai penyusuan ibu, ESP sememangnya membantu penghasilan susu ibu sejak ibu hamil lagi. BONUS : Kulit ibu dan bayi juga cantik dan gebu :)



    2- ESP memberikan tenaga yang cukup, bukan sahaja kepada ibu mengandung, anda yang tidak mengandung juga sangat digalakkan ambil ESP. Ia sumber tenaga terbaik! Dan ye. ESP juga sangat membantu mereka yang gastrik. Saya akan kongsikan di post yang akan datang.





    3- Hanya ibu yang tahu betapa penatnya menjadi isteri dan ibu sama ada bekerjaya atau tidak. Anda sememangnya sangat memerlukan sumber protein yang tinggi.



    4- Bila protein dalam badan cukup, hasilnya akan terserlah keluar. Dan inilah hasilnya :) Untuk kulit yang gebu, mulus dan cantik, makanlah ESP :)



    5- ESP kurangkan alahan kulit juga!



    6- Memberi tenaga kepada ibu untuk melakukan ibadat puasa dengan sebaik mungkin :)



    7- Si isteri semakin cantik, si suami semakin sihat. Alhamdulillah :) 



    8- KESUBURAN. Ia sangat berkait rapat dengan cukupnya zat dalam badan kita. Bila badan kita kurang zat, badan tidak akan bersedia untuk menerima ahli baru. Cukupkan zat anda,dan banyakkan berdoa. InsyaAllah rezeki sentiasa ada :)



    9- Shaklee tak pernah mendukacitakan. Satu produk mengandungi pelbagai faedah dan kebaikan. Apatah lagi produk Shaklee yang lain? Buat pilihan bijak anda sekarang :)



    Alhamdulillah selesai perkongsian saya hari ni. Banyak kan khasiat ESP ni. Ini kata mereka. Apa kata anda sendiri cuba dan rasai perubahannya? Mungkin kita boleh berkongsi cerita :)


    InsyaAllah dari semasa ke semasa saya juga akan berkongsi mengenai perubahan yang berlaku pada saya juga. Berminat untuk menjadi pengedar Shaklee yang sah? Mahu saya membimbing anda sehingga anda berjaya? Mahu keluar daripada zon selesa anda?


    Ye! Buat pilihan bijak anda dengan menghubungi saya untuk dapatkan konsultansi eksklusif atau menjadi sebahagian daripada kami.



    Salam sayang,

    Shasratul Ameerah Kamaruddin
    Independent Shaklee Distributor
    ID No. 1095681
    Tel. No. 0102888494
    FB : Ameerah Ee
    FB Page : A Step For A Healthy Life
    Blog : shasratul89.blogspot.com



    Terima Kasih

    © Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH