Pages -Menu for Ee Beauty Spa

Showing posts with label Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Kuantan. Show all posts

02 October 2018

Kursus Berpantang TWB : Confinement Lady VS Jagaan Mak

TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Confinement Lady VS Jagaan Mak



Zaman dahulu kala, mana-mana ibu berpantang mesti akan pilih untuk berpantang dengan mak. Sama ada mak sendiri atau mak mertua. Betul kan? Ada yang setuju berpantang, ada yang menolak. Terpulang pada ketahanan badan masing-masing. Sebenarnya apa definisi pantang bersalin ni?


Menurut kamus dewan edisi keempat, berpantang ni membawa maksud tidak boleh makan atau melakukan sesuatu. Ada larangannya dalam melakukan sesuatu. Sumber : Dewan bahasa dan Pustaka.


Bagi saya, saya masih berpegang pada perlunya berpantang. Sebab saya sendiri dah lihat dan jumpa mereka yang berpantang dengan betul, mereka yang acah-acah berpantang dan mereka yang tak berpantang langsung. Memang sangat berbeza! Saya boleh katakan, sangat perlu untuk kita berpantang sebenarnya. InsyaAllah saya akan rungkaikan lebih mendalam dalam post saya yang lain.


Kursus Berpantang TWB : Confinement Lady VS Jagaan Mak




Bagi ibu-ibu yang memilih untuk berpantang, ada ibu yang rasa pening nak fikir. Nak suruh mak jaga ke atau nak panggil confinement lady? Dua-dua ni ada kelebihan masing-masing. Jadi, mari kita baca apa kelebihan yang ada antara 2 pilihan ni.


Jagaan mak



Saya mulakan dengan berpantang dalam jagaan mak. Sebab biasanya ini pilihan pertama ibu-ibu. Saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya berpantang di bawah jagaan mak ye. Alhamdulillah, tanggal 13 November 2016, lahirlah seorang bayi yang sangat comel, mata sepet dan gebu gebas, asbab ibunya suka minum ESP masa hamil. Hehe.


TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Ayra Zahra. Keluar punya gebu  gebas, 2 minggu duduk bawah lampu sebab jaundis, terus gelap. Nasib baik kembali gebu. Hehe

Permata hati pertama, pengalaman mengandung pertama. Memang masa ni mind set dah tanam siap-siap nak berpantang dengan mak. Alhamdulillah mak pun sangat teruja. Sebab ini pun cucu pertama mak.


Semuanya berjalan dengan baik.Berpantang dengan mak ni agak kurang rigid. Mak memang jaga makan. Cuma mak tak titikberatkan soal berparam dan berpilis. Berpantang dengan mak ni sebenarnya bergantung kepada sejauh mana mak kita berpantang dahulu. Ilmu mereka mengenai berpantang pun adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri dan orang lain.


Alhamdulillah, saya memang seronok berpantang dengan mak. Cuma, saya rasa kesian. Mak dah lanjut umurnya, walaupun masih cergas asbab amalkan Vivix. Namun jauh di sudut hati saya, mash rasa sangat kesian pada mak.


TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Mak yang setia memandu hantar kami ke klinik


Dalam sehari, mak lah yang mandikan baby, mak yang masak, makbasuh baju baby, kain lampin. Pendek kata semua mak buat. Dan mak jugalah yang bantu barutkan dan bengkungkan. Namun, hati ni rasa sayu sangat. Mak dah nak masuk 60 tahun (pada waktu tu), tapi masih gigih dan gagah menjaga anaknya ni berpantang dan cucunya yang baru nak kenal dunia.


Bagi saya, jagaan mak memang 5 bintang! Cuma kena fikir dan cari jalan, macamana nak berpantang kat rumah mak, tapi boleh kurangkan beban mak. maka saya menjumpai satu lagi jawapan.


Confinement Lady



Alhamdulillah. Ini jalan keluar saya. Sekarang saya pun tengah mengandung 6 bulan. Tak lama lagi saya akan menimang cahaya mata yang kedua insyaAllah. Saya masih nak berpantang di rumah mak, tapi pilihan saya untuk mengurangkan keletihan dan kelelahan mak menjaga kami adalah dengan mencari confinement lady.


Kenapa confinement lady? Sebab mereka ni adalah terapis terlatih yang boleh menguruskan penjagaan ibu berpantang dengan baik. Ada pelbagai pakej kat luar sana. Alhamdulillah juga, saya juga dah selamat menjadi seorang confinement lady sekarang :)


TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Sesi pembuatan param & pilis

TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Param & pilis buatan sendiri - eksklusif TWB

TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Sesi pembuatan param & pilis TWB

TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Teknik tangas kering yang sangat powerful

Bergerak di bawah nama TWB, saya juga menjalankan perkhidmatan pengurusan ibu berpantang seperti berikut:

  • Berurut 
  • Urutan Susu
  • Bertungku
  • Berparam & Berpilis
  • Mandi Serum
  • Berbengkung
  • Mandian Bayi
  • Bertangas Kering / Basah
  • Sengkak Rahim

Dan ada juga tambahan daripada kursus urutan bersalin dan berpantang yang saya dah join sebelum ni,

  • Mandi Limau
  • Urutan Sengkak Seri Wajah

Menarik? Sangat menarik! Berpantang dengan confinement lady ni sebenarnya lebih memudahkan urusan harian kita. Biasanya CL akan datang ke rumah mengikut pakej. Sama ada separuh hari, sehari atau bermalam. Terpulang pada pakej yang disediakan. 


Bagi sesiapa yang nak tahu pakej yang saya tawarkan,boleh hubungi saya melalui nombor telefon di bawah. InsyaAllah pakej yang kami sediakan adalah antara pakej termurah dan terbaik di Kuantan dan sekitarnya.


Sekian daripada saya,

Sekian daripada saya,  facial, servis, kuantan, pahang, pantai timur, youth, shaklee, spa shaklee, twb, the walking beauty  Shasratul Ameerah Kamaruddin Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty 010-2888494 FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan

Shasratul Ameerah Kamaruddin
Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan


Terima Kasih

29 September 2018

Mobile Spa TWB : Pakej Rawatan Selepas Bersalin & Berpantang

"Alamak! Nak bersalin tak lama dah. Tinggal masa sebulan je lagi ni nak bersalin. Kena cepat booking pakej rawatan selepas bersalin ni. Lambat nanti, slot penuh pulak".



Haa, semua ibu pun pernah lalui saat ni kan? Sibuk je, sampai tak perasan tak booking slot lagi untuk penjagaan dalam pantang, rawatan selepas bersalin. Kena cepat tau. Sebab slot penjagaan dalam pantang ni sangat laku. Sebaiknya 2 bulan sebelum tarikh bersalin, dah booking dah siap-siap.


pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Pakej rawatan selepas bersalin.


PENGALAMAN SAYA




Pengalaman saya sendiri masa mengandungkan Ayra Zahra, saya dah siap sedia dengan senarai semak sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bukan untuk bayi sahaja. Tapi untuk ibu sekali. Siapa yang nak rujuk, boleh rujuk pautan ni.




Dan antara perkara penting yang saya masukkan dalam senarai semak tu adalah pakej rawatan selepas bersalin dan set bersalin dan berpantang Shaklee. Kenapa set bersalin dan berpantang Shaklee?



Sebab saya tahu Shaklee ni semulajadi, selamat dan terbukti berkesan. Dan menariknya, set berpantang Shaklee ni bukan semata-mata untuk kegunaan semasa berpantang sahaja, Ia boleh diteruskan selepas berpantang untuk membantu penyusuan ibu dan memastikan keperluan nutrisi ibu dan anak cukup. Masa saya hamil pun, saya memang amalkan set hamil Shaklee. Jadi saya berniat untuk teruskan dengan produk Shaklee je. Puas hati sangat.


UJIAN SEMASA BERSALIN DAN TEMPOH BERPANTANG


Nak dijadikan cerita, memang saya diuji masa bersalin dan berpantang. Antaranya,

  •  Anak keluar secara normal tapi menggunakan bantuan vakum. Korang memang tak boleh nak bayangkan cup vakum yang besar tu masuk bawah untuk keluarkan baby. Koyakannya memang besar.
  • Anak kena tahan kat SCN sebab jaundis. 2 minggu tau. Bayangkan dalam masa 2 minggu, saya tak berurut, tak berbengkung. Dan saya memang pernah bentan satu hari.
  • Sembelit! Ini sangat buat kita fobia. Siap pakej dengan darah keluar. Siapa pernah rasa, dia memang tahu.
  • 3 hari pertama, memang tiada susu badan. Menangis tersedu-sedu tau. Nasib baik ada ilmu. Jadi tak la sampai tahap depresi.  Kenapa sampai nangis tersedu-sedu? Sebab kesian bila tengok anak menangis. Kita bagi dia hisap susu badan sedangkan kita tahu hakikatnya tiada susu yang keluar. 
  • Mula sakit badan. Tak boleh pusing kiri dan kanan. Sebab tak jaga pantang daripada awal. Berlarutan selama hampir sebulan. Alhamdulillah semakin berkurang bila mula berurut dan konsisten makan suplemen.
  • Pernah marah Ayra sebab tak berhenti menangis waktu malam. Memang stress. Masa tu awal-awal lagi. Kita pun ibu baru kan.

APA SAYA BUAT?


Dan alhamdulillah. Semua ni dapat diatasi dengan baik bila berpantang dengan cara yang betul dan konsisten makan set berpantang Shaklee. Antara perubahan ketara yang saya dapati bila saya konsisten amalkan set berpantang Shaklee ni adalah,


  • Luka sangat cepat baik. Seminggu lepas Ayra keluar, jururawat dah puji dah. Luka @ koyakan besar, tapi boleh pulih dengan cepat. Alhamdulillah. Masa ni kat hospital lagi. Saya cuma amalkan ESP je masa ni. Yang lain tak bawa lagi ke hospital.

  • Sembelit saya pulih! Alhamdulillah lepas dah balik rumah, dah berjaya konsisten dengan Ostematrix, saya tak lagi alami sembelit. Ostematrix ni kesan dia sangat cepat. Saya makan sehari je pun dah nampak kesan. Apatah lagi bila konsisten. Sebab tu saya memang amalkan Ostematrix ni sampai sekarang. Hilang segala penat dan sakit badan. Alhamdulillah.

  • Susu badan saya makin meriah. Permulaanya, konsepnya tetap samaa. Supply vs demand. Langkah seterusnya untuk pastikan susu yang terhasil tu cukup, pekat dan berkualiti adalah berdasarkan apa yang ibu makan. Bagi saya, nutrisi ibu berpantang agak kurang lengkap. Sebab tu sangat disyorkan ambil suplemen untuk lengkapkan nutrisi.

  • Emosi saya lebih stabil. Saya percaya dorongan dan kekuatan daripada orang sekeliling juga penting. Alhamdulillah juga, B-Complex sangat membantu di saat saya stress bila orang sekeliling minta saya topup susu formula untuk cepatkan pemulihan jaundis anak. Bahaya tau ibu berpantang stress.

  • Bidan puji. Peranakan cepat kecut katanya. Alhamdulillah.

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Ini perubahan yang saya alami. Yang penting selepas 6 bulan, saya berjaya turunkan berat badan saya sebanyak 20kg

SET BERSALIN DAN BERPANTANG SHAKLEE




Di bawah ni saya selitkan apa yang ada dalam set berpantang Shaklee ni dan kegunaan setiap suplemen.


pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Set berpantang Shaklee


Kegunaan setiap suplemen


ESP                 : Memberi tenaga kepada ibu
                          Memekatkan susu ibu - bayi lebih kenyang dan tidur lebih lena
                          Milk - booster
                          Mencantikkan dan menganjalkan kulit
Vitalea            : Multivitamin lengkap dengan zat besi untuk keperluan tubuh
                         Membina sel darah merah
                         Membantu tumbesaran bayi

Vitamin C       : Menyembuhkan luka lepas bersalin
                          Hilangkan stretch mark semasa hamil
                          Tingkatkan sistem imun

Alfalfa             : Milk-booster - membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu
                           Jamu moden - mengecutkan peranakan

Ostematrix       : Menggantikan kalsium yang hilang semasa hamil dan melahirkan anak
                           Untuk kesihatan tulang dan gigi ibu dan bayi
                           Mengelakkan sembelit ketika berpantang
                           Membantu penghasilan susu ibu

Omega Guard   : Menjaga kesihatan jantung dan tahap kolesterol ibu
                            Untuk perkembangan otak dan mata bayi
                            Bantu ibu kembali kurus.



B-Complex      : Mengelakkan masalah kemurungan atau meroyan lepas bersalin
                           Memberi tenaga
                           Memberikan rasa tenang kepada ibu


Untuk tambahan sekiranya perlu, ibu boleh menambah suplemen berikut.


Lecithin            : Mengurangkan bengkak susu
                           Membakar lemak dan mengurangkan berat ibu.

Zink                 : Untuk mengelakkan keguguran rambut yang serius
                           Membantu baiki luka daripada dalam


pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Pengalaman indah menyusu dengan set berpantang Shaklee

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Seronok sangat

Testimoni Set Bersalin dan Berpantang Shaklee

Saya selitkan juga beberapa testimoni lain daripada pengguna dan pengamal set bersalin dan berpantang Shaklee.


pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 1

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 2

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 3

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 4

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Testimoni berpantang dengan Set berpantang Shaklee 5

PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN DAN BERPANTANG.




Disebabkan saya rasa pakej rawatan selepas bersalin ni agak sedikit dan susah nak book disebabkan kekurangan orang yang buat, maka Ee Mobile Spa mencari satu inisiatif untuk mewujudkan pakej rawatan selepas bersalin. Alhamdulillah.


So here I am, your confinement lady in the house :)


Ini merupakan pakej rawatan selepas bersalin yang ditawarkan oleh Ee Mobile Spa. Terbuka kepada mereka di kawasan Kuantan, Pekan, Gambang dan Kemaman insyaAllah.


Saya lampirkan pakej asas rawatan selepas bersalin yang disediakan untuk anda. Jika anda nak dapatkan quotation harga untuk pakej premium dan pakej permaisuri, boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan booking :)


pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Pakej berpantang Ee Mobile Spa Kuantan

Itu sahaja yang saya nak kongsikan hari ini. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan kongsi lebih banyak lagi mengenai kursus mobile spa TWB dan pakej rawatan seleas bersalin dan berpantang. :)


Sekian daripada saya,


Sekian daripada saya,  facial, servis, kuantan, pahang, pantai timur, youth, shaklee, spa shaklee, twb, the walking beauty  Shasratul Ameerah Kamaruddin Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty 010-2888494 FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan

Shasratul Ameerah Kamaruddin
Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan


Terima Kasih

04 September 2018

Kursus Mobile Spa TWB : Kursus Berpantang 2018


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah September yang dinantikan dah tiba!


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa





Dimana The Walking Beauty (TWB) anjurkan kursus berpantang dan penjagaan bersalin dengan harga paling murah iaitu RM100 je. Bulan ni, kursus berpantang ni khas untuk ahli TWB sedia ada.


Kenapa TWB sediakan kursus berpantang ni?


Kerana kami sedar. Malaysia masih kekurangan Confinement Lady (CL) yang boleh bantu ibu-ibu lepas bersalin, berpantang dengan baik.


Penjagaan badan selepas bersalin ni sangat penting. Mungkin ada rumors mengatakan wanita tak perlu berpantang lepas bersalin.


Penting untuk kita kaji sebelum ikut. Walaupun perkara ni disampaikan oleh golongan doktor. Badan wanita lepas bersalin perlukan proses penyembuhan. Ia perlukan masa untuk pulih. Jadi wanita kena beringat ye. Kita tak nak menyesal di kemudian hari.


Alhamdulillah. Kami ahli TWB sedar akan kepentingan berpantang dan pengurusan selepas bersalin ni. Sebab itulah wujudnya Pakej Berpantang dan Urutan Selepas Bersalin.


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa


Pakej berpantang & urutan selepas bersalin TWB. Anda akan pelajari :

1. Urutan tradisional
2. Rawatan selepas bersalin
3. Cara bertungku
4. Cara bertangas kering dan basah
5. Cara sengkak yg tak memudaratkan
6. Spa & Rawatan baby
7. Cara pembuatan jamu
8. Demo/praktis


All-in-one complete package.


Menariknya, peserta juga akan didedahkan dengan kepentingan suplemen sepanjang waktu kehamilan dan berpantang dengan menggunakan Set Hamil Shaklee dan Set Berpantang & Menyusu Shaklee :)


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa



Boleh baca perkongsian saya di link yang disediakan kat atas. Klik je. Penting sangat penjagaan berpantang dengan cara yang betul. Bila hati gembira, badan akan lebih cepat pulih dan penghasilan susu pun banyak. Ibu seronok, anak pun seronok.


Anda berminat untuk sertai kursus berpantang ni? Boleh hubungi saya. Saya tinggalkan link di bawah ye. Anda juga boleh turut sama sertai Kursus Mobile Spa TWB dengan harga yang sangat berpatutan.


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa


Shasratul Ameerah Kamaruddin
Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty
010-2888494
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan

Terima Kasih

16 August 2018

Kursus Mobile Spa TWB : Hebatnya Facial dengan Team Spa TWB


Asslamualaikum semua J 


Alhamdulillah semakin hari semakin ramai yang join kursus mobile spa TWB. Semakin ramai yang sedar kelebihan bisnes mobile spa berbanding bisnes lain. Dan yang lebih penting, semakin ramai yang sedar tawaran yang diberikan oleh TWB adalah yang terbaik! Alhamdulillah.


kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit
Ini yang ditawarkan oleh TWB. Menarik kan?


Sekejap sangat ahli TWB dah bertambah menjadi 447 orang sejak tahun 2015. Ini yang masuk group tau. Ada lagi yang belum masuk group. Ramai? Sudah semestinya! Tapi kami berjaya dan masih berusaha untuk membantu dan merealisasikan banyak impian wanita dalam TWB ni.


Jangan tak percaya, semakin ramai pengusaha spa yang dah sertai TWB. Kebanyakannya mempunyai sebab yang hampir sama iaitu modal untuk menguruskan spa adalah sangat besar, tak sempat nak rolling duit dan pelanggan semakin kurang datang ke spa. Ini semua kerana bisnes spa bergerak tanpa kedai yang  tumbuh bak cendawan selepas hujan.


Ramai wanita sekarang pula lebih suka manjakan diri di rumah. Mudah, senang dan jimat. Tak perlu dah nak fikir nak mengadap jem, nak bersusah payah mencari parking dan pening nak tinggalkan anak-anak di mana. Bila ada servis mobile spa ni, semuanya mudah., semuanya di hujung jari. Hubungi je ahli terapi kecantikan dan tunggu saja mereka datang ke rumah.


kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit
Boleh pergi ke rumah customer.

kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit
Malam atau siang.

kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit
Atau pelanggan datang ke rumah.

kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit
Mudah je kan?

Pelanggan-pelanggan spa TWB pula memberikan reaksi yang cukup memberangsangkan apabila mereka berfacial’ dengan produk penjagaan wajah terbaik, Youth Shaklee. Nak tengok apa kesannya?


kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit, youth shaklee
Ini mak saya sendiri. Mak pun guna Youth Shaklee tau. Perasan tak kedut di dahi dah berkurang?

kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit, youth shaklee
Pelanggan pun gembira bila kulit semakin flawless.

kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit, youth shaklee
Kulit pun jadi lebih lembap.


kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit, youth shaklee
Kedut berkurang!


kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit, youth shaklee
Kulit lebih licin dan lembap. Produk power dalam TWB bantu haluskan kulit tau.


kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit, youth shaklee
Garis halus pun malu dah nak muncul.


kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit, youth shaklee
V-shape? Tak perlu bazir duit beli produk mahal.Teknik yang mudah dengan bantuan produk hebat pasti boleh lakukannya dengan mudah.


kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit, youth shaklee
Dan ini adalah model training siang tadi! Garis halus hilang kan? Kulit pelanggan pun lembap. Suka tengok.



Seronok kan bila lihat perubahan serta merta pada wajah mereka? Dan memang terbukti Youth mampu memberikan kesan yang terbaik bagi kulit manusia. Boleh baca di sini kenapa kami pilih Youth Shaklee sebagai produk penjagaan wajah yang kami gunakan dalam spa kami.


kursus spa, kursus mobile spa, TWB, The Walking Beauty, belajar spa, kursus berpantang, jana income, cari kerja, cari duit, youth shaklee
Menawan kan? 


Berminat atau sangat berminat?


Anda boleh dapatkan servis spa dengan Ee Beauty Spa (mobile spa Shaklee kuantan ) atau anda boleh menjadi salah seorang ahli terapi kecantikan bersama team TWB yang ohsem!

Boleh hubungi saya terus di 010-2888 494 atau boleh layari facebook page saya Mobile Spa Shaklee kuantan.

Siapa saya?




Saya beautician merangkap trainer bagi projek The Walking Beauty, Shasratul Ameerah atau lebih dikenali sebagai Ee J


Terima Kasih

08 August 2018

Kursus Mobile Spa TWB : Bisnes Mobile Spa TWB

Assalamualaikum semua J 


Alhamdulillah pagi ni berjaya juga luangkan sikit masa untuk menulis dalam blog yang tak berapa cantik tapi padat dengan isi dan peluang untuk jadi kaya. Hehe.


Alhamdulillah, 3 hari ni saya tak sempat nak update blog disebabkan sibuk menguruskan pendaftaran dan kelas bagi protege baru yang nak join kursus bisnes mobile spa TWB dan beberapa pembelian vitamin Shaklee yang lain.


Ramai rupanya yang berminat dengan bisnes mobile spa ni cuma tak berpeluang untuk dapatkan segala info apatah lagi cara untuk mulakan.


Jadi dalam post kali ni, saya nak kongsikan apa sebenarnya bisnes mobile spa ni dan bagaimana ia mampu mengubah hidup anda. Nak tahu? Jom teruskan pembacaan.


Bisnes Mobile Spa TWB


BISNES MOBILE SPA TWB : Bisnes yang semakin trending


Sekarang ni mobile spa dah trending. Dah femes. Lain kalau nak dibandingkan dengan masa mula-mula saya join pada tahun 2015. Masa tu suam-suam kuku je tapi kami tetap yakin, bisnes ni akan trending dalam masa 2-3 tahun. Dan betul!


Bermula tahun 2017,dah nampak sangat peningkatannya. Lagi la bila bulan Disember 2017, DS Rosmah Mansor pula lancarkan program mobile spa. Lagi la mencanak nama mobile spa kat Google Trends.

Pelancaran mobile spa oleh DS Rosmah Mansur.

Cuma saya perasan. Masih agak ramai yang tak tahu apa tu bisnes mobile spa. Ok jom saya terangkan secara ringkas mengenai bisnes mobile spa ni.


BISNES MOBILE SPA TWB : Bisnes mobile spa ni macamana?



Hanya dengan menggunakan barang yang mudah dan senang didapati, anda dah boleh gerakkan mobile spa anda.


Servis boleh dibuat di mana-mana sahaja.

Bisnes mobile spa ni konsepnya mudah je. Ahli terapi kecantikan akan bergerak ke rumah pelanggan bila ada permintaan atau temujanji. Mudah kan? Dalam erti kata lain, ia memudahkan semua orang.


Pelanggan rasa mudah sebab mereka tak perlu nak keluar daripada rumah atau tempat kerja untuk cantikkan diri. Mereka pun tak perlu bersusah payah cari masa untuk dapatkan rawatan di spa.


Kebanyakan premis spa pula biasanya berada di kawasan bandar. Boleh bayangkan betapa seksanya nak redah jem dan mencari parking yang tak kunjung tiba?


Bagi pihak ahli terapi kecantikan pula, ia lebih menjimatkan masa. Kita hanya bergerak apabila ada temujanji. Tak perlu kita duduk di premis spa dan menunggu pelanggan. Dan percayalah, bisnes mobile spa ni sangat menjimatkan!


Ahli terapi kecantikan tak perlu susah nak keluarkan duit untuk sewa premis spa, bayar gaji pekerja, bayar bil air dan elektrik serta kos pengurusan yang kadang-kadang kita tak sedar pun kosnya mencecah ratusan ringgit setiap bulan.


Bila anda jalankan bisnes mobile spa, keuntungan adalah milik anda 100%.Dan anda dapat instant cash! Tak perlu tunggu hujung bulan.


 Jadi, anda dah  mula rasa yakin untuk mulakan bisnes mobile spa? Menarik! Anda mesti tertanya-tanya apa tawaran menarik daripada team TWB bagi mereka yang ambil kursus mobile spa TWB dengan kami kan?


 BISNES MOBILE SPA TWB : Tawaran bisnes mobile spa bersama TWB




  1. Anda akan belajar 5 servis spa semasa training.
  2. Kami sediakan peralatan asas, produk skincare yang sememangnya selamat, berkesan dan terbukti. Yang penting HALAL.
  3.  Peluang untuk dapat 5 penjuru pendapatan dan salah satunya adalah instant cash!
  4. Peluang untuk melancong ke luar negara bersama TWB setiap tahun.
  5. Anda akan dimasukkan ke dalam support group dan anda layak dapat lifetime coaching.

Nak tahu semua ni dengan lebih detail? Boleh tengok post saya di (Kursus Mobile Spa TWB) atau di (Kelas Sehari Bersama TWB).


BISNES MOBILE SPA TWB : Bukti instatnt cash bersama TWB

Di sini saya lampirkan beberapa bukti daripada ahli terapi kecantikan kami. Anda pasti teruja J


2 hari je balik kampung dah boleh dapat RM330. Orang lain balik kampung keluar duit tau. yang ni masuk duit :)


Bila ada 5 penjuru pendapatan, mudah sangat nak dapat duit.


2 hari je RM935! Maraton akak ni. Hebat.


Bila orang tengok kita buat servis pada orang lain, mesti ada yang nak join sekaki lepas tu :)


Kipas tak besar katanya. Siapa yang nak bagi kita RM150 saja-saja malam hari kan?

Ini baru sikit tau. InsyaAllah saya akan kongsi lagi dari semasa ke semasa. Boleh juga terus follow saya di laman FB saya untuk update segera. Terima kasih :)


Jika anda rasa kursus spa TWB ni berbaloi,terus hubungi saya ok.


Hubungi :


Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
IG : eebeautyspa


Carian :

Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa

Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH