Confinement Lady VS Jagaan Mak |
Menurut kamus dewan edisi keempat, berpantang ni membawa maksud tidak boleh makan atau melakukan sesuatu. Ada larangannya dalam melakukan sesuatu. Sumber : Dewan bahasa dan Pustaka.
Bagi saya, saya masih berpegang pada perlunya berpantang. Sebab saya sendiri dah lihat dan jumpa mereka yang berpantang dengan betul, mereka yang acah-acah berpantang dan mereka yang tak berpantang langsung. Memang sangat berbeza! Saya boleh katakan, sangat perlu untuk kita berpantang sebenarnya. InsyaAllah saya akan rungkaikan lebih mendalam dalam post saya yang lain.
Kursus Berpantang TWB : Confinement Lady VS Jagaan Mak
Bagi ibu-ibu yang memilih untuk berpantang, ada ibu yang rasa pening nak fikir. Nak suruh mak jaga ke atau nak panggil confinement lady? Dua-dua ni ada kelebihan masing-masing. Jadi, mari kita baca apa kelebihan yang ada antara 2 pilihan ni.
Jagaan mak
Saya mulakan dengan berpantang dalam jagaan mak. Sebab biasanya ini pilihan pertama ibu-ibu. Saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya berpantang di bawah jagaan mak ye. Alhamdulillah, tanggal 13 November 2016, lahirlah seorang bayi yang sangat comel, mata sepet dan gebu gebas, asbab ibunya suka minum ESP masa hamil. Hehe.
Ayra Zahra. Keluar punya gebu gebas, 2 minggu duduk bawah lampu sebab jaundis, terus gelap. Nasib baik kembali gebu. Hehe |
Permata hati pertama, pengalaman mengandung pertama. Memang masa ni mind set dah tanam siap-siap nak berpantang dengan mak. Alhamdulillah mak pun sangat teruja. Sebab ini pun cucu pertama mak.
Semuanya berjalan dengan baik.Berpantang dengan mak ni agak kurang rigid. Mak memang jaga makan. Cuma mak tak titikberatkan soal berparam dan berpilis. Berpantang dengan mak ni sebenarnya bergantung kepada sejauh mana mak kita berpantang dahulu. Ilmu mereka mengenai berpantang pun adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri dan orang lain.
Alhamdulillah, saya memang seronok berpantang dengan mak. Cuma, saya rasa kesian. Mak dah lanjut umurnya, walaupun masih cergas asbab amalkan Vivix. Namun jauh di sudut hati saya, mash rasa sangat kesian pada mak.
Mak yang setia memandu hantar kami ke klinik |
Dalam sehari, mak lah yang mandikan baby, mak yang masak, makbasuh baju baby, kain lampin. Pendek kata semua mak buat. Dan mak jugalah yang bantu barutkan dan bengkungkan. Namun, hati ni rasa sayu sangat. Mak dah nak masuk 60 tahun (pada waktu tu), tapi masih gigih dan gagah menjaga anaknya ni berpantang dan cucunya yang baru nak kenal dunia.
Bagi saya, jagaan mak memang 5 bintang! Cuma kena fikir dan cari jalan, macamana nak berpantang kat rumah mak, tapi boleh kurangkan beban mak. maka saya menjumpai satu lagi jawapan.
Confinement Lady
Alhamdulillah. Ini jalan keluar saya. Sekarang saya pun tengah mengandung 6 bulan. Tak lama lagi saya akan menimang cahaya mata yang kedua insyaAllah. Saya masih nak berpantang di rumah mak, tapi pilihan saya untuk mengurangkan keletihan dan kelelahan mak menjaga kami adalah dengan mencari confinement lady.
Kenapa confinement lady? Sebab mereka ni adalah terapis terlatih yang boleh menguruskan penjagaan ibu berpantang dengan baik. Ada pelbagai pakej kat luar sana. Alhamdulillah juga, saya juga dah selamat menjadi seorang confinement lady sekarang :)
Sesi pembuatan param & pilis |
Param & pilis buatan sendiri - eksklusif TWB |
Sesi pembuatan param & pilis TWB |
Teknik tangas kering yang sangat powerful |
Bergerak di bawah nama TWB, saya juga menjalankan perkhidmatan pengurusan ibu berpantang seperti berikut:
- Berurut
- Urutan Susu
- Bertungku
- Berparam & Berpilis
- Mandi Serum
- Berbengkung
- Mandian Bayi
- Bertangas Kering / Basah
- Sengkak Rahim
Dan ada juga tambahan daripada kursus urutan bersalin dan berpantang yang saya dah join sebelum ni,
- Mandi Limau
- Urutan Sengkak Seri Wajah
Menarik? Sangat menarik! Berpantang dengan confinement lady ni sebenarnya lebih memudahkan urusan harian kita. Biasanya CL akan datang ke rumah mengikut pakej. Sama ada separuh hari, sehari atau bermalam. Terpulang pada pakej yang disediakan.
Bagi sesiapa yang nak tahu pakej yang saya tawarkan,boleh hubungi saya melalui nombor telefon di bawah. InsyaAllah pakej yang kami sediakan adalah antara pakej termurah dan terbaik di Kuantan dan sekitarnya.
Sekian daripada saya,
Shasratul Ameerah Kamaruddin
Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
No comments:
Post a Comment