10 sebab kenapa perlu memilih pakej berpantang twb |
10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB
Walaupun zaman dah moden, namun masih ramai yang mementingkan penjagaan ibu berpantang. Ramai ibu-ibu yang sedang hamil pening nak memilih pakej berpantang terbaik, untuk diri sendiri dan anak selepas bersalin nanti. Waktu nak bersalin dah tak lama. Bila google, ada banyak sangat pakej berpantang yang ditawarkan di segenap negeri.
Terbaru, The Walking Beauty (TWB) menyediakan kursus berpantang bagi ahli sedia ada TWB. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dan kebolehan setiap ahli TWB, tidak terhad kepada servis spa sahaja.
Pakej Berpantang TWB
Kursus berpantang & Penjagaan ibu bersalin |
TWB baru sahaja melancarkan kursus berpantang TWB bermula bulan September yang lalu. Ia dibuka kepada ahli sedia ada TWB dan insyaAllah akan dibuka kepada orang ramai bermula November 2018.
Pakej kursus berpantang & urutan selepas bersalin TWB yang disedikan merangkumi,
1. Urutan tradisional
2. Rawatan selepas bersalin
3. Cara bertungku
4. Cara bertangas kering dan basah
5. Cara sengkak yang tidak memudaratkan
6. Spa & Rawatan baby
7. Cara pembuatan param & pilis
8. Demo/praktis
1. Urutan tradisional
2. Rawatan selepas bersalin
3. Cara bertungku
4. Cara bertangas kering dan basah
5. Cara sengkak yang tidak memudaratkan
6. Spa & Rawatan baby
7. Cara pembuatan param & pilis
8. Demo/praktis
Dan alhamdulillah, saya merupakan salah seorang yang dah selamat jalani kursus berpantang TWB. Dan saya sekarang merupakan Confinement Lady (CL) yang sah. Alhamdulillah. Berbekalkan ilmu yang ada melalui kursus berpantang lain yang saya sertai sebelum ini, saya menggabungkan teknik dan ilmu berpantang moden dan traditional dalam pakej berpantang yang saya sediakan.
10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB Dengan Ee Mobile Spa
Ada 10 sebab kenapa anda perlu memilih pakej berpantang TWB yang Ee Mobile Spa sediakan. Anda pasti berpuas hati dengan servis kami.
1. CL mendapat training daripada bidan kampung yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang perawatan ibu bersalin.
Ye! 20 tahun pengalaman. Kedua-dua kursus yang saya sertai diajar oleh 2 bidang kampung berlainan yang mana kedua-duanya mempunyai minimum 20 tahun pengalaman dalam bidang ini. Oleh itu, kami mempunyai tempat rujukan terbaik untuk setiap keadaan pelanggan yang kami rawat.
Malah, mereka juga telah banyak melatih dan melahirkan CL yang bagus dan mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang perawatan ibu berpantang. Bermula daripada penjagaan ibu kepada penjagaan bayi.
CL mendapat ilmu berpantang daripada bidan yang mempunyai 20 tahun pengalaman |
2. Menggunakan produk dan bahan semulajadi yang dijamin selamat dan berkesan.
Kami menggunakan bahan semulajadi dan digabungkan dengan produk yang dijamin selamat dan berkesan. Kami sangat menjaga kualiti bahan yang digunakan untuk kebaikan ibu berpantang.
Shaklee sanggup laburkan jumlah yang besar untuk pastikan produk yang keluar selamat dan berkesan. |
Lebih 100k ujian kualiti dijalankan setiap tahun |
3. Mementingkan penjagaan luaran dan dalaman.
Kami bukan sahaja mementingkan penjagaan luaran seperti berurut dan bertungku, namun kami juga mementingkan penjagaan dalaman seperti pengawalan emosi ibu lepas bersalin dan proses penyembuhan luka ibu. Kami yakin dengan mementingkan kedua-dua elemen mampu memberikan ibu pengalaman berpantang yang manis, indah dan mudah.
4. Membantu dan menyokong penyususan ibu sepenuhnya.
Kami sangat mementingkan penyususan ibu sepenuhnya kerana kami yakin susu ibu merupakan susu terbaik bagi bayi. Oleh itu kami bukan sahaja sediakan urutan untuk melancarkan susu ibu, malah kami juga menyediakan suplemen dan vitamin yang akan membantu penghasilan susu ibu dengan lebih sempurna, lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh bayi anda.
Ia juga merupakan saranan kerajaan untuk menyusukan bayi secara eksklusif terutamanya 6 bulan pertama. |
5. CL mempunyai pengetahuan dalam bidang nutrisi untuk ibu dan bayi.
Pendapat saya, nutrisi yang lengkap sangat penting untuk ibu dan bayi. Ibu dalam pantang perlukan nutrisi yang lengkap untuk bantu proses penyembuhan luka dan keperluan tenaga yang cukup, lebih-lebih lagi ibu dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.
Bagi bayi pula, keperluan nutrisi yang lengkap melalui penyusuan ibu sangat membantu perkembangan otak, tulang dan otot yang sihat.
6. Pembuatan param dan pilis sendiri.
Param dan pilis istimewa daripada TWB mampu membuang lebihan angin dan menyegarkan badan ibu. Lebihan angin dalam badan boleh mengakibatkan ibu sakit badan dan sakit kepala, yang boleh menyebabkan angin meroyan.
Pembuatan param dan pilis sendiri |
Seronok belajar :) |
7. Gabungan teknik tradisional dan moden.
Dengan ilmu dan teknik tradisional dan moden dalam modul TWB mampu membuatkan ibu selesa dan segar sepanjang proses berpantang.
8. CL bantu untuk ibu kurus tanpa mengurangkan susu badan.
Dilema sesetengah ibu adalah bimbang dan tidak tahu cara yang betul untuk kurus dan turunkan berat badan tanpa mengurangkan susu badan. Kami ada caranya dan kami sedia bantu anda kembali kurus dan dalam masa yang sama boleh menyusukan anak tanpa sebarang kebimbangan.
9. Teknik urutan mudah yang mampu buat pelanggan puas hati.
Kami menggunakan teknik urutan yang mudah dan tidak menyakitkan, namun boleh membuatkan pelanggan berpuas hati. Kami juga menyediakan servis sengkak rahim yang tidak memudaratkan.
10. Vitamin disediakan.
Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari set berpantang dalaman kerana kami telah sediakan sekali Set Berpantang Shaklee yang lengkap untuk anda. Saya sendiri berpantang dengan set berpantang Shaklee dan saya sangat berpuas hati.
Boleh baca perkongsian saya di sini >> Pakej Rawatan Selepas Bersalin
Set berpantang yang lengkap dengan set penyusuan Shaklee |
Pakej Berpantang Yang Disediakan Oleh Ee Beauty Spa
Di sini saya kampirkan pakej berpantang yang disediakan oleh Ee Beauty Spa, mobile spa Shaklee Kuantan. Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan booking. Selewat-lewatnya booking 3 minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin untuk penyediaan bahan-bahan. :)
Salam sayang,
Shasratul Ameerah Kamaruddin
Independent Shaklee Distributor
ID No. 1095681
Tel. No. 0102888494
FB : Ameerah Ee
FB Page : A Step For A Healthy Life
Blog : shasratul89.blogspot.com
No comments:
Post a Comment