Pages -Menu for Ee Beauty Spa

Showing posts with label Pakej berpantang. Show all posts
Showing posts with label Pakej berpantang. Show all posts

02 October 2018

Kursus Berpantang TWB : Confinement Lady VS Jagaan Mak

TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Confinement Lady VS Jagaan Mak



Zaman dahulu kala, mana-mana ibu berpantang mesti akan pilih untuk berpantang dengan mak. Sama ada mak sendiri atau mak mertua. Betul kan? Ada yang setuju berpantang, ada yang menolak. Terpulang pada ketahanan badan masing-masing. Sebenarnya apa definisi pantang bersalin ni?


Menurut kamus dewan edisi keempat, berpantang ni membawa maksud tidak boleh makan atau melakukan sesuatu. Ada larangannya dalam melakukan sesuatu. Sumber : Dewan bahasa dan Pustaka.


Bagi saya, saya masih berpegang pada perlunya berpantang. Sebab saya sendiri dah lihat dan jumpa mereka yang berpantang dengan betul, mereka yang acah-acah berpantang dan mereka yang tak berpantang langsung. Memang sangat berbeza! Saya boleh katakan, sangat perlu untuk kita berpantang sebenarnya. InsyaAllah saya akan rungkaikan lebih mendalam dalam post saya yang lain.


Kursus Berpantang TWB : Confinement Lady VS Jagaan Mak




Bagi ibu-ibu yang memilih untuk berpantang, ada ibu yang rasa pening nak fikir. Nak suruh mak jaga ke atau nak panggil confinement lady? Dua-dua ni ada kelebihan masing-masing. Jadi, mari kita baca apa kelebihan yang ada antara 2 pilihan ni.


Jagaan mak



Saya mulakan dengan berpantang dalam jagaan mak. Sebab biasanya ini pilihan pertama ibu-ibu. Saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya berpantang di bawah jagaan mak ye. Alhamdulillah, tanggal 13 November 2016, lahirlah seorang bayi yang sangat comel, mata sepet dan gebu gebas, asbab ibunya suka minum ESP masa hamil. Hehe.


TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Ayra Zahra. Keluar punya gebu  gebas, 2 minggu duduk bawah lampu sebab jaundis, terus gelap. Nasib baik kembali gebu. Hehe

Permata hati pertama, pengalaman mengandung pertama. Memang masa ni mind set dah tanam siap-siap nak berpantang dengan mak. Alhamdulillah mak pun sangat teruja. Sebab ini pun cucu pertama mak.


Semuanya berjalan dengan baik.Berpantang dengan mak ni agak kurang rigid. Mak memang jaga makan. Cuma mak tak titikberatkan soal berparam dan berpilis. Berpantang dengan mak ni sebenarnya bergantung kepada sejauh mana mak kita berpantang dahulu. Ilmu mereka mengenai berpantang pun adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri dan orang lain.


Alhamdulillah, saya memang seronok berpantang dengan mak. Cuma, saya rasa kesian. Mak dah lanjut umurnya, walaupun masih cergas asbab amalkan Vivix. Namun jauh di sudut hati saya, mash rasa sangat kesian pada mak.


TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Mak yang setia memandu hantar kami ke klinik


Dalam sehari, mak lah yang mandikan baby, mak yang masak, makbasuh baju baby, kain lampin. Pendek kata semua mak buat. Dan mak jugalah yang bantu barutkan dan bengkungkan. Namun, hati ni rasa sayu sangat. Mak dah nak masuk 60 tahun (pada waktu tu), tapi masih gigih dan gagah menjaga anaknya ni berpantang dan cucunya yang baru nak kenal dunia.


Bagi saya, jagaan mak memang 5 bintang! Cuma kena fikir dan cari jalan, macamana nak berpantang kat rumah mak, tapi boleh kurangkan beban mak. maka saya menjumpai satu lagi jawapan.


Confinement Lady



Alhamdulillah. Ini jalan keluar saya. Sekarang saya pun tengah mengandung 6 bulan. Tak lama lagi saya akan menimang cahaya mata yang kedua insyaAllah. Saya masih nak berpantang di rumah mak, tapi pilihan saya untuk mengurangkan keletihan dan kelelahan mak menjaga kami adalah dengan mencari confinement lady.


Kenapa confinement lady? Sebab mereka ni adalah terapis terlatih yang boleh menguruskan penjagaan ibu berpantang dengan baik. Ada pelbagai pakej kat luar sana. Alhamdulillah juga, saya juga dah selamat menjadi seorang confinement lady sekarang :)


TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Sesi pembuatan param & pilis

TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Param & pilis buatan sendiri - eksklusif TWB

TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Sesi pembuatan param & pilis TWB

TWB, the walking beauty, pakej berpantang kuantan, jagaan mak, confinement lady, CL
Teknik tangas kering yang sangat powerful

Bergerak di bawah nama TWB, saya juga menjalankan perkhidmatan pengurusan ibu berpantang seperti berikut:

  • Berurut 
  • Urutan Susu
  • Bertungku
  • Berparam & Berpilis
  • Mandi Serum
  • Berbengkung
  • Mandian Bayi
  • Bertangas Kering / Basah
  • Sengkak Rahim

Dan ada juga tambahan daripada kursus urutan bersalin dan berpantang yang saya dah join sebelum ni,

  • Mandi Limau
  • Urutan Sengkak Seri Wajah

Menarik? Sangat menarik! Berpantang dengan confinement lady ni sebenarnya lebih memudahkan urusan harian kita. Biasanya CL akan datang ke rumah mengikut pakej. Sama ada separuh hari, sehari atau bermalam. Terpulang pada pakej yang disediakan. 


Bagi sesiapa yang nak tahu pakej yang saya tawarkan,boleh hubungi saya melalui nombor telefon di bawah. InsyaAllah pakej yang kami sediakan adalah antara pakej termurah dan terbaik di Kuantan dan sekitarnya.


Sekian daripada saya,

Sekian daripada saya,  facial, servis, kuantan, pahang, pantai timur, youth, shaklee, spa shaklee, twb, the walking beauty  Shasratul Ameerah Kamaruddin Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty 010-2888494 FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan

Shasratul Ameerah Kamaruddin
Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan


Terima Kasih

29 September 2018

Mobile Spa TWB : Pakej Rawatan Selepas Bersalin & Berpantang

"Alamak! Nak bersalin tak lama dah. Tinggal masa sebulan je lagi ni nak bersalin. Kena cepat booking pakej rawatan selepas bersalin ni. Lambat nanti, slot penuh pulak".



Haa, semua ibu pun pernah lalui saat ni kan? Sibuk je, sampai tak perasan tak booking slot lagi untuk penjagaan dalam pantang, rawatan selepas bersalin. Kena cepat tau. Sebab slot penjagaan dalam pantang ni sangat laku. Sebaiknya 2 bulan sebelum tarikh bersalin, dah booking dah siap-siap.


pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Pakej rawatan selepas bersalin.


PENGALAMAN SAYA




Pengalaman saya sendiri masa mengandungkan Ayra Zahra, saya dah siap sedia dengan senarai semak sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bukan untuk bayi sahaja. Tapi untuk ibu sekali. Siapa yang nak rujuk, boleh rujuk pautan ni.




Dan antara perkara penting yang saya masukkan dalam senarai semak tu adalah pakej rawatan selepas bersalin dan set bersalin dan berpantang Shaklee. Kenapa set bersalin dan berpantang Shaklee?



Sebab saya tahu Shaklee ni semulajadi, selamat dan terbukti berkesan. Dan menariknya, set berpantang Shaklee ni bukan semata-mata untuk kegunaan semasa berpantang sahaja, Ia boleh diteruskan selepas berpantang untuk membantu penyusuan ibu dan memastikan keperluan nutrisi ibu dan anak cukup. Masa saya hamil pun, saya memang amalkan set hamil Shaklee. Jadi saya berniat untuk teruskan dengan produk Shaklee je. Puas hati sangat.


UJIAN SEMASA BERSALIN DAN TEMPOH BERPANTANG


Nak dijadikan cerita, memang saya diuji masa bersalin dan berpantang. Antaranya,

  •  Anak keluar secara normal tapi menggunakan bantuan vakum. Korang memang tak boleh nak bayangkan cup vakum yang besar tu masuk bawah untuk keluarkan baby. Koyakannya memang besar.
  • Anak kena tahan kat SCN sebab jaundis. 2 minggu tau. Bayangkan dalam masa 2 minggu, saya tak berurut, tak berbengkung. Dan saya memang pernah bentan satu hari.
  • Sembelit! Ini sangat buat kita fobia. Siap pakej dengan darah keluar. Siapa pernah rasa, dia memang tahu.
  • 3 hari pertama, memang tiada susu badan. Menangis tersedu-sedu tau. Nasib baik ada ilmu. Jadi tak la sampai tahap depresi.  Kenapa sampai nangis tersedu-sedu? Sebab kesian bila tengok anak menangis. Kita bagi dia hisap susu badan sedangkan kita tahu hakikatnya tiada susu yang keluar. 
  • Mula sakit badan. Tak boleh pusing kiri dan kanan. Sebab tak jaga pantang daripada awal. Berlarutan selama hampir sebulan. Alhamdulillah semakin berkurang bila mula berurut dan konsisten makan suplemen.
  • Pernah marah Ayra sebab tak berhenti menangis waktu malam. Memang stress. Masa tu awal-awal lagi. Kita pun ibu baru kan.

APA SAYA BUAT?


Dan alhamdulillah. Semua ni dapat diatasi dengan baik bila berpantang dengan cara yang betul dan konsisten makan set berpantang Shaklee. Antara perubahan ketara yang saya dapati bila saya konsisten amalkan set berpantang Shaklee ni adalah,


  • Luka sangat cepat baik. Seminggu lepas Ayra keluar, jururawat dah puji dah. Luka @ koyakan besar, tapi boleh pulih dengan cepat. Alhamdulillah. Masa ni kat hospital lagi. Saya cuma amalkan ESP je masa ni. Yang lain tak bawa lagi ke hospital.

  • Sembelit saya pulih! Alhamdulillah lepas dah balik rumah, dah berjaya konsisten dengan Ostematrix, saya tak lagi alami sembelit. Ostematrix ni kesan dia sangat cepat. Saya makan sehari je pun dah nampak kesan. Apatah lagi bila konsisten. Sebab tu saya memang amalkan Ostematrix ni sampai sekarang. Hilang segala penat dan sakit badan. Alhamdulillah.

  • Susu badan saya makin meriah. Permulaanya, konsepnya tetap samaa. Supply vs demand. Langkah seterusnya untuk pastikan susu yang terhasil tu cukup, pekat dan berkualiti adalah berdasarkan apa yang ibu makan. Bagi saya, nutrisi ibu berpantang agak kurang lengkap. Sebab tu sangat disyorkan ambil suplemen untuk lengkapkan nutrisi.

  • Emosi saya lebih stabil. Saya percaya dorongan dan kekuatan daripada orang sekeliling juga penting. Alhamdulillah juga, B-Complex sangat membantu di saat saya stress bila orang sekeliling minta saya topup susu formula untuk cepatkan pemulihan jaundis anak. Bahaya tau ibu berpantang stress.

  • Bidan puji. Peranakan cepat kecut katanya. Alhamdulillah.

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Ini perubahan yang saya alami. Yang penting selepas 6 bulan, saya berjaya turunkan berat badan saya sebanyak 20kg

SET BERSALIN DAN BERPANTANG SHAKLEE




Di bawah ni saya selitkan apa yang ada dalam set berpantang Shaklee ni dan kegunaan setiap suplemen.


pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Set berpantang Shaklee


Kegunaan setiap suplemen


ESP                 : Memberi tenaga kepada ibu
                          Memekatkan susu ibu - bayi lebih kenyang dan tidur lebih lena
                          Milk - booster
                          Mencantikkan dan menganjalkan kulit
Vitalea            : Multivitamin lengkap dengan zat besi untuk keperluan tubuh
                         Membina sel darah merah
                         Membantu tumbesaran bayi

Vitamin C       : Menyembuhkan luka lepas bersalin
                          Hilangkan stretch mark semasa hamil
                          Tingkatkan sistem imun

Alfalfa             : Milk-booster - membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu
                           Jamu moden - mengecutkan peranakan

Ostematrix       : Menggantikan kalsium yang hilang semasa hamil dan melahirkan anak
                           Untuk kesihatan tulang dan gigi ibu dan bayi
                           Mengelakkan sembelit ketika berpantang
                           Membantu penghasilan susu ibu

Omega Guard   : Menjaga kesihatan jantung dan tahap kolesterol ibu
                            Untuk perkembangan otak dan mata bayi
                            Bantu ibu kembali kurus.



B-Complex      : Mengelakkan masalah kemurungan atau meroyan lepas bersalin
                           Memberi tenaga
                           Memberikan rasa tenang kepada ibu


Untuk tambahan sekiranya perlu, ibu boleh menambah suplemen berikut.


Lecithin            : Mengurangkan bengkak susu
                           Membakar lemak dan mengurangkan berat ibu.

Zink                 : Untuk mengelakkan keguguran rambut yang serius
                           Membantu baiki luka daripada dalam


pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Pengalaman indah menyusu dengan set berpantang Shaklee

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Seronok sangat

Testimoni Set Bersalin dan Berpantang Shaklee

Saya selitkan juga beberapa testimoni lain daripada pengguna dan pengamal set bersalin dan berpantang Shaklee.


pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 1

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 2

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 3

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 4

pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Testimoni berpantang dengan Set berpantang Shaklee 5

PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN DAN BERPANTANG.




Disebabkan saya rasa pakej rawatan selepas bersalin ni agak sedikit dan susah nak book disebabkan kekurangan orang yang buat, maka Ee Mobile Spa mencari satu inisiatif untuk mewujudkan pakej rawatan selepas bersalin. Alhamdulillah.


So here I am, your confinement lady in the house :)


Ini merupakan pakej rawatan selepas bersalin yang ditawarkan oleh Ee Mobile Spa. Terbuka kepada mereka di kawasan Kuantan, Pekan, Gambang dan Kemaman insyaAllah.


Saya lampirkan pakej asas rawatan selepas bersalin yang disediakan untuk anda. Jika anda nak dapatkan quotation harga untuk pakej premium dan pakej permaisuri, boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan booking :)


pakej berpantang shaklee, set hamil shaklee, set berpantang shaklee, set bersalin shaklee, confinement lady, kuantan, kuala terengganu, pekan, gambang
Pakej berpantang Ee Mobile Spa Kuantan

Itu sahaja yang saya nak kongsikan hari ini. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan kongsi lebih banyak lagi mengenai kursus mobile spa TWB dan pakej rawatan seleas bersalin dan berpantang. :)


Sekian daripada saya,


Sekian daripada saya,  facial, servis, kuantan, pahang, pantai timur, youth, shaklee, spa shaklee, twb, the walking beauty  Shasratul Ameerah Kamaruddin Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty 010-2888494 FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan

Shasratul Ameerah Kamaruddin
Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan


Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH