Pages -Menu for Ee Beauty Spa

Showing posts with label Prenatal. Show all posts
Showing posts with label Prenatal. Show all posts

10 March 2019

Vitamin Untuk Wanita Hebat : PROMOSI SHAKLEE MAC 2019

Assalamualaikum wanita hebat. Selamat hari wanita buat semua wanita hebat di luar sana.

Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat

VITAMIN UNTUK WANITA HEBAT



Sebagai wanita hebat, kita haruslah sentiasa jaga kesihatan diri sendiri supaya kekal cergas, cantik dan menawan.


Oleh sebab itulah, promosi Shaklee pada bulan ni berfokus kepada vitamin-vitamin untuk wanita. Ada 3 vitamin yang menjadi pilihan Shaklee pada bulan ini.


1. Vita-Lea Iron Formula
2. GLA Complex
3. OsteMatrix


1. Vita-Lea Iron Formula


Vitalea ni merupakan multivitamin. Ia diformulasi khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Bererti ia diperlukan oleh sesiapa sahaja orang dewasa terutamanya mereka yang tidak mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi, mempunyai gaya hidup yang kurang atau tidak sihat.


Setiap hidangan Vitalea memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal yang badan perlukan. Termasuklah vitamin C dan beta karotena untuk perlindungan antioksidan.


Satu perkara yang menarik mengenai Vitalea adalah, ia merupakan MULTIVITAMIN PERTAMA di USA tau! Dan ia adalah 103 tahun yang lalu. Wow! Terbaik kan?


Berikut merupakan beberapa manfaat Vitalea kepada kita.


Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat, vitalea


2. GLA Complex



GLA Complex ni pula diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesihatan secara menyeluruh terutamanya melibatkan kitaran haid bulanan.


GLA Complex dihasilkan daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi, antara 17% sehingga 25%, tulen dan semulajadi. Ia juga dalam bentuk yang mudah diserap. 


GLA Complex diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari dan vitamin E untuk kekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.


GLA Complex mengandungi pelbagai kebaikan. Berikut merupakan sebahagian daripada kebaikan GLA Complex.

Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat, gla complex


3. Ostematrix



Ostematrix diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting, termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Tak pelik la kenapa Ostematrix ni menjadi pilihan utama ramai wanita. 


Ostematrix boleh membantu anda untuk mengatasi masalah-masalah berikut.


Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat, ostematrix


PROMOSI SHAKLEE MAC 2019


Apa yang ditawarkan oleh Shaklee pada bulan ini? 


Dengan pembelian set berikut, dapat e voucher RM30 

🌷Beli 5 botol OSTEMATRIX
🌷Beli 4 botol VITA-LEA IRON PLUS
🌷Beli 4 botol GLA COMPLEX


Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat

Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat

Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat


Manakala, pembelian set berikut, dapat e voucher RM50

🌷EYE TREATMENT + SERUM YOUTH
🌷EYE TREATMENT + RADIANCE C&E YOUTH


Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat


Menariknya, e-voucher ni korang boleh claim dalam pembelian seterusnya ☺️ Nak lagi untung, jom daftar ahli terus. Dan saya akan guide anda untuk berjaya dalam bisnes ni. InsyaAllah.


Untuk pertanyaan mahupun pembelian, boleh hubungi

Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
0102888494 
ID Shaklee : 1095681
Leader in Shaklee Business 
Trainer for TWB

Terima Kasih

04 September 2018

Kursus Mobile Spa TWB : Kursus Berpantang 2018


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah September yang dinantikan dah tiba!


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa





Dimana The Walking Beauty (TWB) anjurkan kursus berpantang dan penjagaan bersalin dengan harga paling murah iaitu RM100 je. Bulan ni, kursus berpantang ni khas untuk ahli TWB sedia ada.


Kenapa TWB sediakan kursus berpantang ni?


Kerana kami sedar. Malaysia masih kekurangan Confinement Lady (CL) yang boleh bantu ibu-ibu lepas bersalin, berpantang dengan baik.


Penjagaan badan selepas bersalin ni sangat penting. Mungkin ada rumors mengatakan wanita tak perlu berpantang lepas bersalin.


Penting untuk kita kaji sebelum ikut. Walaupun perkara ni disampaikan oleh golongan doktor. Badan wanita lepas bersalin perlukan proses penyembuhan. Ia perlukan masa untuk pulih. Jadi wanita kena beringat ye. Kita tak nak menyesal di kemudian hari.


Alhamdulillah. Kami ahli TWB sedar akan kepentingan berpantang dan pengurusan selepas bersalin ni. Sebab itulah wujudnya Pakej Berpantang dan Urutan Selepas Bersalin.


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa


Pakej berpantang & urutan selepas bersalin TWB. Anda akan pelajari :

1. Urutan tradisional
2. Rawatan selepas bersalin
3. Cara bertungku
4. Cara bertangas kering dan basah
5. Cara sengkak yg tak memudaratkan
6. Spa & Rawatan baby
7. Cara pembuatan jamu
8. Demo/praktis


All-in-one complete package.


Menariknya, peserta juga akan didedahkan dengan kepentingan suplemen sepanjang waktu kehamilan dan berpantang dengan menggunakan Set Hamil Shaklee dan Set Berpantang & Menyusu Shaklee :)


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa



Boleh baca perkongsian saya di link yang disediakan kat atas. Klik je. Penting sangat penjagaan berpantang dengan cara yang betul. Bila hati gembira, badan akan lebih cepat pulih dan penghasilan susu pun banyak. Ibu seronok, anak pun seronok.


Anda berminat untuk sertai kursus berpantang ni? Boleh hubungi saya. Saya tinggalkan link di bawah ye. Anda juga boleh turut sama sertai Kursus Mobile Spa TWB dengan harga yang sangat berpatutan.


kursus mobile spa, spa bergerak, spa kuantan, spa pantai timur, trainer spa


Shasratul Ameerah Kamaruddin
Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty
010-2888494
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan

Terima Kasih

25 April 2018

"Saya Makan Omega Guard Untuk Lelah, Tapi Rupanya.." - Perkongsian Seorang Penghidap Mental Disorder

"Saya pon makan Omega antara first supplement since saya ada lelah. Tapi, harini baru saya sedar dan tahu yang omega ni juga membantu dengan untuk depression dan lain-lain mental disorder.."
-Mawaddah

Saya kongsikan perkongsian menarik daripada seorang pesakit mental disorder.

Omega guard, mental disorder, kolesterol, otak, cerdik, anak cerdik


PERKONGSIAN 


Saya merupakan pesakit Major Depression Disorder (MDD). Saya sendiri tak tahu apa sebabnya. Tapi saya mengalami kemurungan dan tekanan perasaan yang agak teruk ketika di tahun 2 universiti. Dan, apabila saya pergi ke hospital sakit mental. Sangat ramai pesakit MDD, anxiety, alzheimer dan lain-lain.

Sehingga bila saya pergi hospital, saya rasa.. saya adalah yang paling normal dan sihat..

Alhamdulillah memang keadaan saya jauh lebih baik daripada dulu. Dalam ni ada kawan-kawan saya yang memang sentiasa ada dengan saya waktu saya sangat murung dulu..

Waktu tu saya on off shaklee lagi. Ambil peppermint untuk gastrik je kalau tak silap.

Bila saya pergi jumpa pakar. Ujian darah memang ada bagitahu yang ada hormon saya yang dah semakin deplete.

which buat saya rasa sentiasa sedih.

chemical imbalance dalam otak.

bila saya study omega guard then saya rasa macam dapat kaitkan.. mungkin pemakanan saya tidak mencukupi untuk support EPA dan DHA dalam otak..

Dulu.. saya rasa orang yang ada mental disorder ni mengada-ngada. Attention seeker. bila dah kena pada diri baru saya tahu perasaan tu.

Saya nak jadi gembira, saya nak jadi normal, happy macam org lain.

Tapi at the same time saya tak mampu dan tak dapat keluar daripada kegelapan dan kesedihan.

Rasa sesak dan tak tahu nak buat apa.

Orang cakap, kena dekatkan diri pada Tuhan. Saya mengaji, berdoa.

Tapi still.. berbulan-bulan saya tetap sedih..

Sehingga sekarang saya still kena ambil ubat daripada hospital.. luvox..

sangat penting untuk jaga kesihatan mental kita.

sekarang saya rasa semangat pulak nak try omega..

nak consume omega as supplement everyday..

sangat interesting bila baca bagaimana omega-3 boleh bantu perkembangan otak, positif mood dan lain2 😊

sebab since saya makan ubat hosp, tidur saya jadi teratur dan mood saya lebih positif..

cuma bila ambil ubat hospital ada banyak side effects..

so bila ada supplements untuk mencegah, better kita ambil daripada awal..

kalau ada yang stress2, kena makan omega banyak sikit! InsyaAllah dengan doa semua. Saya doakan semua akan selalu sentiasa happy dan sihat..

bukan je sihat fizikal. tapi mental!

kerana bila sihat mental, insyaAllah banyak benda yang boleh dicapai 🤗 "


APA SEBENARNYA OMEGA?




Omega-3 merupakan lemak tidak tepu yang diperlukan oleh badan manusia. Kiranya, lemak baik lah. Bukan lemak-lemak jahat yang menggemukkan.

Badan manusia tak mampu bina sendiri asid lemak omega-3 ni. Tapi kita boleh dapatkan omega 3 ni daripada makanan yang kita ambil.

Apa makanan yang mengandungi Omega-3 ni?

Ikan, kacang walnut, sayuran hijau, algae dll. Tapi adakah cukup asid lemak omega-3 ni jika kita hanya bergantung kepada apa yang kita makan sahaja?


3 jenis omega-3 yang utama adalah :
1. DHA (docosahexaenoic acid)
2. EPA (eicosapentanoic acid)
3. ALA (alpha-linolenic acid).



Asid lemak omega-3 ni actually dalam bahasa inggeris adalah (Omega-3 fatty acids).




KENAPA PERLU PILIH OMEGA GUARD SHAKLEE?

Omega guard, mental disorder, kolesterol, otak, cerdik, anak cerdik

Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak iaitu EPA, DHA dan lima lagi asid lemak semulajadi.

Omega Guard Shaklee sangat istimewa kerana :


1. Proses Penyulingan Molekul Berperingkat

🐟Menyingkirkan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCB's dll.
🐟Proses ini juga membantu memekatkan dan menulenkan omega-3.
🐟Mengurangkan bau dan rasa hanyir.

2. Minyak ikan kecil dari laut dalam

Kenapa Shaklee pilih ikan kecil laut dalam?
Kerana, laut dalam jauh dari pencemaran seperti kapal dan toksik..

Kenapa ikan kecil?
Kerana, secara logiknya jika ikan besar maka semakin banyak kandungan toksik yang ada pada ikan tersebut.

3. Kualiti terjamin, minyak ikan bergred farmaseutikal.

4. Diiktiraf oleh Friends of The Sea.

Yang ini adalah fakta paling menarik mengenai Omega Guard Shaklee iaitu, shaklee punya omega guard mengandungi kandungan DHA dan EPA yang sangat tinggi yang mana ia sangat baik untuk badan kita.



APA YANG OMEGA GUARD SHAKLEE BOLEH BANTU?


1. Kesihatan Jantung

⭕️ Mengurangkan keradangan
Keradangan boleh menyebabkan kerosakan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung

EPA dan DHA membantu dalam:
⭕️ Mengawal triglyceride
(kolestrol) dan tekanan darah
⭕️ Menambahbaik peredaran darah
⭕️ Mengekalkan degupan jantung yang normal

2. Fungsi Otak

Otak kita diperbuat daripada 60% lemak dan kebanyak sistem saraf adalah daripada kemak. Bahagian cerebral cortex mengandungi lebih kurang 20% DHA..

EPA & DHA membantu :
⭕️ Pemindahan maklumat diantara neuron
⭕️ Kesan positif terhadap emosi, perlakuan, kognitif, memori dan pembelajaran.
⭕️ Memperlahankan apa-apa penyakit berkaitan kerosakan otak seperti Alzheimer dan dementia.

3. Kesihatan sendi dan tulang

⭕️ Membantu mengekalkan kepadatan mineral tulang.
⭕️ Membantu pergerakan sendi ; lebih fleksibel, kurangkan bengkak dan sakit.

4. Kebaikan bagi ibu hamil dan menyusu

⭕️ Membantu dalam perkembangan otak anak-anak dan sistem imunisasi
⭕️ Membantu ibu berpantang untuk sentiasa positif
⭕️ Mengurangkan risiko elergik pada bayi


Menarik? Semestinya! Banyak sangat yang Omega Guard ni dah bantu. InsyaAllah saya kongsikan testimoni dalam post saya yang akan datang.


Jika anda berminat untuk dapatkan Omega Guard atau ingin dapatkan sebarang konsultasi, boleh hubungi saya. Untuk pembelian, boleh juga tekan terus butanv di bawah 😊



Hubungi :


Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Shaklee Independent Distributor : ID 1095681
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa



Terima Kasih

31 January 2018

10 Simptom Ibu Hamil Yang Anda Tak Boleh Pandang Sebelah Mata.

Ibu hamil biasanya mengalami pelbagai simptom kehamilan sepanjang proses pertumbuhan janin dalam ovari. Ia adalah normal memandangkan hormon dan tubuh kita berubah dan ia cuba menerima seorang manusia lain yang ada dalam badan kita.



Banyak sangat simptom yang ada. Kaki bengkak, deria bau yang semakin sensitif, hati yang semakin sensitif.


Tapi jangan lega dahulu. Terdapat 12 simptom kehamilan yang anda tak sepatutnya ambil mudah! Jika ada salah satu atau lebih simptom ni berlaku pada anda, jumpa doktor anda sekarang.


10 simptom kehamilan yang anda tak boleh pandang sebelah mata.



Simptom kehamilan #1
📌 Pendarahan vagina atau ada spotting (walaupun sedikit!)


Satu perkara yang kita tak boleh pandang remeh! Ia mungkin adalah sedikit, tidak menyakitkan dan menjadi perkara yang tidak berbahaya kepada seseorang. Namun jika dibiarkan ia mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar seperti keguguran atau ia juga mungkin petanda kandungan di luar rahim.


Saya pernah kongsikan kisah saya yang mengalami spotting beberapa kali, tidak menyakitkan dan 2 kali dimasukkan ke hospital. Akhirnya diagnos terakhir menyatakan ada lekangan antara plasenta dan dinding rahim. Baca artikel penuh di sini 




Simptom kehamilan #2
📌 Sakit badan atau belakang yang berlarutan.


Sakit badan adalah perkara biasa yng dialami oleh ibu hamil. Namun jika ia berterusan atau semakin sakit walaupun anda telah makan kalsium dan magnesium, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor anda. 


Simptom kehamilan #3
📌 Rasa dahaga yang amat sangat.


Rasa dahaga yang amat sangat menunjukkan simptom dehidrasi. Dan lebih teruk lagi, ia juga salah satu petanda bagi kencing manis semasa hamil atau lrbih dikenali sebagai Gestational Diabetes ,(GDM).


Kebimbangan terbesar bagi ibu yang menghidap GDM adalah melahiraknkan bayi yang besar. Risiko yang mungkin berlaku apabila bayu besar adalah kesukaran ketika melahirkan atau ibu terpaksa melahirkan anak dengan kaedah ceaserean.


Simptom kehamilan #4
📌 Pergerakan bayi yang lebih aktif atau kurang aktif.


Ibu sangat kena peka pada pergerakan bayi. Sebarang kelainan pada pergerakan bayi hendaklah dirujuk kepada doktor. 


Sebagai panduan, ibu-ibu dah boleh rasa pergerakan bayi lebih kurang pada minggu ke 14 ke atas. Masih tak rasa pada minggu ke 14? Jangan bimbang. Ada ibu yang mula rasa lambat, ada yang cepat.


Bila ibu dah mula rasa pergerakan bayi, pada waktu inilah ibu perlu mula peka pada pola pergerakan mereka. 



Simptom kehamilan #5
📌 Ibu selalu rasa pening dan nak pitam, adakalanya jantung berdegup laju tanpa sebab yang jelas.


Ini adalah simptom tekanan darah rendah. Ia jarang berlaku namun jika anda ada simptom ini, terus rujuk pada doktor anda.



Simptom kehamilan #6
📌 Migrain, sakit kepala yang kuat.


Ini mungkin simptom preeclampsia. Ia adalah simptom tekanan darah tinggi yang mana jika dibiarkan boleh memberi kesan kepada bayi anda. Jika tahapnya biasa, bayi mungkin akan lahir lebih kecil atau lebih awal (premature).


Jika tahapnya lebih teruk, ia mungkin akan mengganggu pertumbuhan mahupun proses dlam buah pinggang dan hati bayi. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan kematian. Rujukan : Simptom preeclampsia


Jika anda ada simptom ini, terus berjumpa dengan doktor anda. Mencegah lebih baik. Jika tak sempat nak cegah, maka merawatnya pada tahap awal adalah lebih baik daripada membiarkannya.


Tambahan info : simptom ini juga disertai dengan pembengkakan kaki yang berterusan.


Simptom kehamilan #7
📌 Demam melebihi 38°C


Ia boleh menyebabkan badan menjadi terlalu panas dan sekaligus akan mengganggu perkembangan bayi. Berjumpa doktor adalah jalan yang baik untuk diambil.


Simptom kehamilan #8
📌 Muntah berterusan


Muntah berterusan akan membuatkan badan terdehidrat. Oleh itu, anda boleh mencuba halia + peppermint untuk mengurangkan rasa loya dan simptom muntah.


Di samping itu, banyakkan minum air dan pastikan badan anda sentiasa terhidrat. Jika masih berlarutan, dapatkan nasihat doktor anda.


Simptom kehamilan #9
📌 Lebih daripada 4 kali sakit contraction dalam masa 1 jam (bagi kehamilan 37 minggu ke bawah)


Anda mungkin akan melahirkan anak pra-matang. Oleh itu, bila anda merasai simptom ini, jangan berlengah lagi. Terus ke hospital berdekatan.


Simptom kehamilan #10
📌 Terjatuh atau terlanggar sesuatu pada bahagian badan anda.


Pelanggaran yang kuat boleh mengganggu pertumbuhan bayi dalam perut anda.  Dapatkan khidmat nasihat doktor jika anda terasa sakit atau ngilu di mana-mana bahagian badan anda.


PENUTUP


Saya doakan ibu-ibu dimudahkan segala urusan ketika hamil, melahirkan anak dan membesarkan nak. 


Di sini saya kongsi sedikit pengalaman pertama saya hamil anak pertama pada tahun 2016. Semoga ia sedikit sebanyak memberi manfaat. InsyaAllah 😊



»» 5 Tips Mudah Hilangkan Bengkak Kaki Bagi Ibu Hamil ««



»» Nutrisi Tambahan Yang Penting Bagi Ibu Hamil ««



»» Anda Hamil? Apa Nak Buat Ni?««




Satu benda yang Ee rasa seronok sangat nak buat adalah bantu anda yang alami masalah sama dengan Ee. Betul kan? Bila kita alami sesuatu perkara, kita akan lebih faham keadaan orang yang alami perkara yang sama dengan kita :-)



Shasratul Ameerah Kamaruddin (Ee)
010-2888494
Pengasas Ee Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
ID : 1095681



Terima Kasih

08 January 2018

17 Risiko Yang Kita Perlu Hadap Bila Kita Kurang Protein.

Selamat pagi.. Assalamualaikum korang 😄
Rindu tak bila E tak update? 🤣 Jadi pagi ni E nak kongsi sikit pasal protein ni.

Korang ingat tak dulu waktu sekolah menengah cikgu ajar pasal protein ni? 


Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh badan kita. Asal perkataan “protos” (Yunani) bermaksud pertama muncul atau mengambil tempat pertama. 


Tubuh badan kita pula terdiri daripada #protein - tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma. Yang terbentuk daripada protein - antibodi, enzim, hormon. Sebahagiannya adalah protein - hemoglobin (berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh). 


Sel-sel tubuh badan kita pula, bergantung kepada protein untuk berfungsi dengan baik bagi membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu yang dah lama (tua) serta menggantikan tisu-tisu yang rosak. Maka jelaslah Protein sangat penting untuk tubuh badan kita.


Jadi apa yang berlaku bila badan kita kekurangan protein?


Esp shaklee


17 #RISIKO Kekurangan Protein
==========================

✓ 1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah). 

Kalau anda selalu rasa pening, nak pitam, adalah lebih baik jika anda cek di klinik atau hospital. Anda mungkin mengalami anemia.

✓ 2. Kidney disease (penyakit buah pinggang). 

Ramai orang selalu kongsi kalau lebih protein akan menyebabkan penyakit buah pinggang. Hakikatnya kekurangan protein juga boleh menyebabkan penyakit ini. 


Dos yang disarankan diet (RDA) untuk protein untuk mereka bagi setiap kilogram berat badan.

  • 4 hingga 13 - ia adalah 0.95 gram per kilogram atau 0.43 gram per paun
  • 14 hingga 18 - ia adalah 0.85 gram per kilogram atau 0.39 gram per paun.
  • 18 tahun ke atas - 0.8 gram per kilogram atau 0.36 gram per paun. 

✓ 3. Liver (penyakit hati)

✓ 4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)

✓ 5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)

✓ 6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)

✓ 7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)

✓ 8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)

✓ 9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)

Protein sendiri merupakan binaan asas sel. Apabila badan kita luka sama ada luka kecil atau luka pembedahan, sel di bahagian luka telah cedera atau rosak.

Protein yang akan bertindak untuk membaik pulih sel yang rosak atau cedera. Oleh itu, protein membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

✓ 10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)

✓ 11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)

✓ 12. Irritability (Badan menggeletar)

✓ 13. Fatigue (Letih lesu)

✓ 14. Weakness (Lemah)

✓ 15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)

✓ 16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)

✓ 17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Pastikan anda mendapat protein secukupnya setiap hari :)


Shaklee kuantan, ee shaklee
Saya dah selesai minum protein saya  😄

Saya dah selesai dah ambil keperluan protein saya pagi ni 😄 Malam karang tambah lagi. Dan pilihan setia saya mestilah ESP 😙


Setiap hidangan ESP ni membekalkan 14gram non-GMO proteim soya berkualiti tinggi. Semua asid amino pun ada dalam ni. Termasuklah 9 asid amino yang badan tak boleh nak hasilkan sendiri. 


Saya dah menggembirakan badan saya pada hari ini. Anda pun boleh.


Jangan lepaskan prluang untuk dapatkan ESP anda sekarang ye. Ini nombor telefon saya. 0102888494. Whatsapp saya dan boleh panggil saya E 😊


Atau anda boleh terus klik pada butang di bawah ni.





Dengan setiap pembelian, anda layak dapat konsultasi percuma tau. Untung sangat.


Selamat berkenalan sahabat baru 😊 Saya E, pengedar Shaklee anda yang terbaik!


kursus spa bergerak




Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB) juga Pengedar Shaklee yang Sah.
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa yang menggunakan 100% produk Shaklee.
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
                   Rumah Sihat Ee
IG : eebeautyspa
       Vitamin.sihat.cantik




Terima Kasih

16 October 2016

Anda Hamil? Nak buat apa ni?!

Assalamualaikum bakal ibu yang sihat dan cantik :)



Seronok kan bila kita dapat tahu ada satu jasad yang sedang membesar dalam tubuh kita. Jasad yang bukan sekadar jasad, jasad yang diberi roh, perlu dijaga rohaninya. Dan sekarang bermulalah tugas kita sebagai ibu.


Sebagai pelindung.
Sebagai pembimbing.
Sebagai sahabat.
Sebagai pencorak.



Kita dah biasa hidup seorang, jaga diri kita sendiri, buat hal kita sendiri. Sekarang masa untuk mula berfikir mengenai orang yang tersayang.


Apa nak buat lepas ujian UPT kita positif?

Kebiasaanya kita akan gunakan UPT yang kita beli dari kedai untuk cek sama ada kita hamil atau tak. Ee pun sama. Ee guna UPT RM1 je :p


ihsan dari Google

Lepas dah nampak dua garisan pada UPT tu, saat tu kita la paling gembira. Dalam kes Ee, Ee memang menangis. Menangis bila Allah beri Ee peluang untuk kandungkan satu jasad, yang insyaAllah akan jadi aset akhirat Ee. InsyaAllah.

Tapi perlu diingatkan, UPT tak semestinya tepat. Apa pun, pergi cek kembali di klinik. Pihak klinik atau hospital akan cek melalui darah dan tengok paras hCG kita, satu hormon yang hanya dihasilkan oleh wanita hamil.


Vitamin Prenatal

Vitamin prenatal sangat penting. Ia sangat membantu perkembangan janin dan membantu ibu kekalkan kesihatan dan sentiasa bertenaga.

Boleh rujuk Vitamin Prenatal yang Ee makan di sini.

Satu pesanan, tolong jangan ambil mudah dengan vitamin-vitamin ni. Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri yang mana ia sangat penting sebelum kehamilan apatah lagi semasa kehamilan.


Buang tabiat buruk!

Merokok bukanlah idea yang baik untuk kesihatan bayi kita. Termasuklah berada dalam kalangan orang yang merokok. Jika suami anda merokok,pujuklah dia agar berhenti sementara. Fikirkan bayi anda.


Untuk hentikan tabiat kita bukanlah sesuatu yang mudah namun ibu dan ayah perlu faham betapa asap rokok akan memburukkan lagi keadaan. Pendedahan kepada asap rokok berlebihan mungkin akan membuatkan anda keguguran, mempunyai masalah sepanjang kandungan atau menyebabkan bayi anda mengalami kecacatan atau masalah perkembangan.


Ibu juga perlu mula hadkan pengambilan kafein dalam kehidupan seharian. Cuba hadkan hanya kepada satu cawan kopi atau teh sehari.

Elakkan juga makan ikan yang tinggi nilai merkurinya seperti ikan sardin. Pastikan juga makanan anda masak sepenuhnya.

Boleh rujuk makanan yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan di sini. 


Sihat dan gembira

Semestinya sangat penting untuk kita kekal sihat sama ada lelaki mahupun perempuan. Apatah lagi sekarang kita sedang bawa satu lagi jasad yang dah diamanahkan kepada kita.

Ibu harus berhati-hati dengan setiap aktiviti, pemakanan, waktu tidur, tekanan darah dan banyak lagi untuk paatikan perkembangan bayi kita berada di tahap optimum dan terbaik.


Sentiasa membaca!

Jika ini kehamilan pertama anda, banyakkan membaca! Pastikan kita tahu apa yang berlaku di setiap perkembangan janin dalam rahim kita.

Banyak sumber yang kita boleh capai. Majalah, manual kehamilan, blog, internet, youtube. Banyak sangat. Tapi pastikan sumbernya boleh dipercayai.

Jika ini kehamilan yang kedua, ketiga mahupun seterusnya? Tak rugi jika anda terus mencari dan menggali ilmu. Lagipun banyak perkara yang sering berubah maklumatnya. Sentiasa pastikan ilmu kita diperbaharui.


Setakat ini itu sahaja yang Ee boleh kongsikan. InsyaAllah Ee akan kongsikan lebih banyak lagi info pada masa akan datang. 

Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH