Assalamualaikum bakal ibu yang sihat dan cantik :)
Seronok kan bila kita dapat tahu ada satu jasad yang sedang membesar dalam tubuh kita. Jasad yang bukan sekadar jasad, jasad yang diberi roh, perlu dijaga rohaninya. Dan sekarang bermulalah tugas kita sebagai ibu.
Sebagai pelindung.
Sebagai pembimbing.
Sebagai sahabat.
Sebagai pencorak.
Kita dah biasa hidup seorang, jaga diri kita sendiri, buat hal kita sendiri. Sekarang masa untuk mula berfikir mengenai orang yang tersayang.
Apa nak buat lepas ujian UPT kita positif?
Kebiasaanya kita akan gunakan UPT yang kita beli dari kedai untuk cek sama ada kita hamil atau tak. Ee pun sama. Ee guna UPT RM1 je :p
Lepas dah nampak dua garisan pada UPT tu, saat tu kita la paling gembira. Dalam kes Ee, Ee memang menangis. Menangis bila Allah beri Ee peluang untuk kandungkan satu jasad, yang insyaAllah akan jadi aset akhirat Ee. InsyaAllah.
Tapi perlu diingatkan, UPT tak semestinya tepat. Apa pun, pergi cek kembali di klinik. Pihak klinik atau hospital akan cek melalui darah dan tengok paras hCG kita, satu hormon yang hanya dihasilkan oleh wanita hamil.
Vitamin Prenatal
Vitamin prenatal sangat penting. Ia sangat membantu perkembangan janin dan membantu ibu kekalkan kesihatan dan sentiasa bertenaga.
Satu pesanan, tolong jangan ambil mudah dengan vitamin-vitamin ni. Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri yang mana ia sangat penting sebelum kehamilan apatah lagi semasa kehamilan.
Buang tabiat buruk!
Merokok bukanlah idea yang baik untuk kesihatan bayi kita. Termasuklah berada dalam kalangan orang yang merokok. Jika suami anda merokok,pujuklah dia agar berhenti sementara. Fikirkan bayi anda.
Untuk hentikan tabiat kita bukanlah sesuatu yang mudah namun ibu dan ayah perlu faham betapa asap rokok akan memburukkan lagi keadaan. Pendedahan kepada asap rokok berlebihan mungkin akan membuatkan anda keguguran, mempunyai masalah sepanjang kandungan atau menyebabkan bayi anda mengalami kecacatan atau masalah perkembangan.
Ibu juga perlu mula hadkan pengambilan kafein dalam kehidupan seharian. Cuba hadkan hanya kepada satu cawan kopi atau teh sehari.
Elakkan juga makan ikan yang tinggi nilai merkurinya seperti ikan sardin. Pastikan juga makanan anda masak sepenuhnya.
Boleh rujuk makanan yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan di sini.
Sihat dan gembira
Semestinya sangat penting untuk kita kekal sihat sama ada lelaki mahupun perempuan. Apatah lagi sekarang kita sedang bawa satu lagi jasad yang dah diamanahkan kepada kita.
Ibu harus berhati-hati dengan setiap aktiviti, pemakanan, waktu tidur, tekanan darah dan banyak lagi untuk paatikan perkembangan bayi kita berada di tahap optimum dan terbaik.
Sentiasa membaca!
Jika ini kehamilan pertama anda, banyakkan membaca! Pastikan kita tahu apa yang berlaku di setiap perkembangan janin dalam rahim kita.
Banyak sumber yang kita boleh capai. Majalah, manual kehamilan, blog, internet, youtube. Banyak sangat. Tapi pastikan sumbernya boleh dipercayai.
Jika ini kehamilan yang kedua, ketiga mahupun seterusnya? Tak rugi jika anda terus mencari dan menggali ilmu. Lagipun banyak perkara yang sering berubah maklumatnya. Sentiasa pastikan ilmu kita diperbaharui.
Setakat ini itu sahaja yang Ee boleh kongsikan. InsyaAllah Ee akan kongsikan lebih banyak lagi info pada masa akan datang.
Setakat ini itu sahaja yang Ee boleh kongsikan. InsyaAllah Ee akan kongsikan lebih banyak lagi info pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment