Pages -Menu for Ee Beauty Spa

Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

25 April 2018

10 Produk Shaklee Paling Laris Yang Korang Wajib Tahu

Korang rasa Shaklee ada berapa vitamin dalam pasaran Shaklee? Ni tak termasuk penjagaan wajah, penjagaan rumah dan barang bayi tau.


Vivix, omega, vitamin c, esp, collagen, ostematrix, vitamin E, alfalfa,

Haa, untuk pengetahuan korang, Shaklee ada 24 jenis vitamin. Masing-masing ada fungsi dan manfaat tersendiri. 


Dalam post ni, saya nak kongsi 10 produk Shaklee paling laris di Malaysia ni. Walaupun banyak konspirasi yang cuba nak jatuhkan Shaklee ni, tapi Shaklee tetap dengan pendirian untuk berkongsi manfaat ni dengan semua orang. Ok mesti korang tertanya-tanya apa 10 produk paling laris tu kan? Jom kita tengok.


Vivix, omega, vitamin c, esp, collagen, ostematrix, vitamin E, alfalfa,


  1. Vivix
  2. ESP
  3. Omega Guard
  4. SR Vita-C Plus
  5. Ostematrix
  6. Alfalfa Complex
  7. Vita-E Complex
  8. Vita-Lea
  9. Collagen Powder
  10. Lecithin


Kenapa agaknya 10 produk ni jadi yang paling laris agaknya? Haa, korang boleh klik link yang ada kat atas tu. Untuk yang belum ada, nanti saya akan tambahkan yang lain.


Well, antara 10 kat atas tu, saya dah makan semua dah. Semua saya dah rasa dan Shaklee Effect dia memang superb!


Untuk pertanyaan lanjut, korang boleh je hubungi saya terus ok ๐Ÿ˜˜



Hubungi :


Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Shaklee Independent Distributor : ID 1095681
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa

Terima Kasih

Alfalfa Shaklee - 1001 Kebaikan ❤


Siapa pernah dengar alfalfa, angkat tangan ๐Ÿ™‹๐Ÿ™‹ Bagi penggemar herba, mesti dah familiar sangat dengan alfalfa ni.

Shaklee, gout, kurus, hilang bau badan, kolesterol, buang toksin
Ni la rupa alfalfa tu ๐Ÿ˜Š

Kalau nak tahu, alfalfa ni asalnya dijumpai oleh orang-orang Arab tau sebenarnya. Bukan orang barat. Orang Arab jumpa dulu.

Dan disebabkan ia punyai banyak sgt khasiat, ia digelar raja segala tumbuh-tumbuhan.

Ibaratnya sampai 1000 khasiatnya.

Itu yg dapat nama Alfalfa. Berasal daripada kata nama Alfun. Dalam bahasa Arab, Alfun adalah 1000.

Jadi la Alfalfa. Dan seperti biasa lah orang Barat memanfaatkannya sama bila tahu khasiat hebat Alfalfa.

Menarik kan?


Dan lebih menarik, alfalfa ni dimanfaatkan oleh Shaklee dan dirumuskan dengan lebih banyak khasiat tau. Paling best, kami guna alfalfa ni dalam spa kami ๐Ÿ˜˜


LATAR BELAKANG ALFALFA SHAKLEE


Shaklee, gout, kurus, hilang bau badan, kolesterol, buang toksin
Alfalfa Shaklee yang jadi pujaan ramai ❤

Okay sebelum kita tahu apa yang alfalfa ni boleh buat, jom kita kaji dulu sikit sejarah alfalfa Shaklee ni.

✅ kenapa alfalfa digelar raja segala tumbuhan?

➡ Sebab alfalfa tu sendiri bermaksud raja segala makanan.


✅ kenapa alfalfa ni dikatakan salah satu tumbuhan yang sangat berkhasiat?

➡ Sebab akar tunjang dia boleh cecah 20kaki dalam tanah. Jadi alfalfa mampu menyerap lebih banyak nutrien daripada tanah ๐Ÿค—


✅ Mengikut kajian, ada lebih 300 nutrien & mineral dalam pokok alfalfa ni. Banyak kan?

Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin & klorofil.


✅ Untuk pengetahuan anda, alfalfa adalah produk signature shaklee tau. Dr C. Forrest Shaklee hasilkan alfalfa sejak tahun 1950. Fuhh dah dekat 70 tahun dah rupanya. ๐Ÿ˜ฑ


✅ Alfalfa Shaklee ni khas ditanam di kawasan subur di California. Shaklee gunakan serbuk daun alfalfa je untuk hasilkan tablet alfalfa. Sebab tu ia sangat senang larut dalam air.


KHASIAT ALFALFA



Kalau korang nak tahu, orang dulu-dulu guna daun alfalfa ni untuk ulser, sakit sendi dan banyakkan susu badan tau. Cuma mereka makan macam tu je. Macam ulam.

Itu dulu. Sekarang kan dah ada tablet alfalfa Shaklee. Jadi tak payah susah tanam dan petik. Telan je Alfalfa Shaklee. Hehe.

Banyak tau khasiat alfalfa ni. Antaranya,


1. Agen detoks

Elok sangat untuk sesiapa yang rasa badan berat dan banyak toksin, selalu letih dan tak bermaya.

Dan istimewa kepada sesiapa yang makan vitamin especially untuk kecantikan tapi macam takde perubahan, eloklah detoks dulu. Toksin yang banyak dalam badan boleh menganggu penyerapan tau.


2. Keputihan

Alfalfa bantu kurangkan keputihan, kegatalan & bau yang kurang menyenangkan.

Shaklee, gout, kurus, hilang bau badan, kolesterol, buang toksin


3. Ala-ala kacip fatimah & tongkat ali untuk pasangan yang dah berkahwin. Paham2 sendiri la ye ๐Ÿ™ˆ

Shaklee, gout, kurus, hilang bau badan, kolesterol, buang toksin


4. Banyakkan susu badan

Ini memang diperakui. Dah banyak orang makan alfalfa untuk banyakkan susu badan dan ia memang berhasil.

Alfalfa kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri dari protein,dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu.

5. Kesihatan tulang

Siapa yang tak suka susu atau tak boleh minum susu, alfalfa ni boleh bantu.

Nutritionist Shaklee pernah cakap. Makan 10 biji alfalfa bersamaan dengan minum segelas susu berkalsium tinggi tau. Sebab dalam alfalfa ni ada kandungan nutrien kalsium yang membantu pertumbuhan tulang yang sihat.


6. Masalah bau badan, kaki & mulut

Masalah badan berbau ni sangat berkait rapat dengan toksin. Cara untuk hilangkan bau badan adalah singkirkan toksin dalam badan dan salah satu caranya adalah makan alfalfa ๐Ÿ˜Š


7. Resdung

Ini tak dapat dinafikan lagi. Banyak sangat testimoni pengguna alfalfa untuk resdung. Nanti kita buat satu entry khas untuk resdung ni ye๐Ÿ˜Š

Shaklee, gout, kurus, hilang bau badan, kolesterol, buang toksin

Shaklee, gout, kurus, hilang bau badan, kolesterol, buang toksin


8. Gout
9. Lancarkan peredaran haid
10. Kawal gula dalam darah
11. Kawal kolesterol
12. Atasi masalah sembelit

Shaklee, gout, kurus, hilang bau badan, kolesterol, buang toksin


Dan sangat banyak lagi untuk disenaraikan. Pendek kata, alfalfa ni mesti ada untuk bantu vitamin terserap lebih baik ke dalam badan.


TAPI ANDA TAK BOLEH MAKAN ALFALFA JIKA..

Tapi, bukan semua orang tau boleh makan alfalfa. Ada pengecualian bagi individu tertentu.

Ada tiga golongan yang tak boleh makan alfalfa


1. Penghidap SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Dalam Alfalfa ada sedikit protin yang memberi tindak balas kepada pesakit SLE. Sebab itu la pesakit SLE tak boleh makan Alfalfa. Shaklee pun ada tulis kat botol Alfalfa tu.


2. Pesakit Psoriasis

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gatal dan adakala menyakitkan.

Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit Psoriasis masih belum diketahui, tetapi umumnya Psoriasis berkait dengan sistem imun dan genetik individu.


3. Ibu menyusu bayi G6PD deficiency

G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.

Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.


PENUTUP


Jika anda dah tak sabar-sabar nak memiliki Cik Alfalfa ni, boleh contact saya untuk belian ok. Atau anda boleh terus tekan butang di bawah ๐Ÿ˜Š


Semestinya konsultasi percuma seumur hidp daripada saya ๐Ÿ˜Š



Nanti boleh pilih nak botol kecil ke besar, ok ☺

Hubungi :

AKU AKAN BERJAYA JADI JUTAWAN SPA THE WALKING BEAUTY!”   Welcome to TWB :)   Hubungi :  kursus spa bergerak    Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB) Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa +6010-2888494 FB : Shasratul Ameerah FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa IG : eebeautyspa    Carian :  Kursus spa bergerak Kursus spa Kursus spa Kuantan Kursus spa Terengganu Kursus kecantikan Kursus spa perkahwinan Pakej spa perkahwinan Bina spa bergerak Spa bergerak Mobile spa Home spa How to set up home spa

Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Shaklee Independent Distributor : ID 1095681
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa



Terima Kasih

17 September 2016

Set Penyusuan Shaklee - Set Penyusuan Terbaik!

Assalamualaikum ibu-ibu :)



Pertamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada anda kerana saya yakin, bila anda berada di post ini, anda adalah seorang ibu yang hendakkan yang terbaik untuk anak anda. Betul?


Dalam post ringkas ni, Ee akan kongsi mengenai set penyusuan terbaik yang menjadi pilihan Ee, Ye! Set penyusuan Shaklee semestinya :)


Sebelum tu, mari kita baca sikit mengenai penyusuan ibu ni.




----------------------------------------------------------------------------
SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK. BETUL KE?
-----------------------------------------------------------------------------

Ye! Sangat benar. Kalau kita kaji dan tanya mana-mana pakat kesihatan sekalipun, mereka akan kata perkara yang sama. Mereka akan siap galakkan penyusuan eksklusif selama 6 bulan untuk bayi baru lahir (Kementerian Kesihatan Malaysia dan Organisasi Kesihatan Dunia). Eksklusif ni bermaksud bayi hanya minum susu ibu sahaja, Air masak pun tak boleh.




Susu ibu ni sangat hebat! Ia mampu bantu badan bayi untuk elakkan penyakit seperti :
  • gastroenteritis (cirit birit dan muntah)
  • pneumonia (keradangan pada paru-paru)
  • bronkiolitis (jangkitan pada saluran penafasan- di bronkiol)
  • jangkitan salur kencing
  • ekzema
  • jangkitan telinga

Ada satu kajian menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu ibu mempunyai imun badan yang lebih tinggui berbanding bayi yang diberi susu formula. Mereka mempunyai :


  • tekanan darah lebih rendah
  • tahap kolesterol lebih rendah
  • kurang risiko untuk hidapi diabetes tahap 2 bila dah dewasa.


Tunggu. Itu baru faedah untuk bayi kita. Ibu pun sama akan dapat banyak kebaikan jugak. Antaranya :


  • kurangkan risiko kanser payudara sebelum menopous
  • lindungi ibu daripada kanser ovari
  • kurangkan risiko diabetes tahap 2


-------------------------------------------------------
APA ADA DALAM SUSU IBU?
-------------------------------------------------------




Susu ibu ni sumber makanan lengkap. Semua nutrien ada. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan lawan penyakit yang tidak ada dalam susu formula. Malah kandungan nutrien berubah ikut usia bayi kita.
Hebatnya Allah!


Betapa Allah itu Maha Pengasih, Allah juga nak kita sesama manusia berkasih sayang. Anda tahu tak? Bila ibu menyusu bayi, ada satu ikatan istimewa di situ. Dan ikatan tu terlalu istimewa sehingga kita akan nampak perbezaan antara anak yang menyusu penuh dengan anak yang tidak menyusu badan. SubhanAllah.


Ikutkan pengalaman daripada orang sekeliling Ee, anak yang menyusu badan sehingga 2 tahun, dia lebih rapat dan hormat ibunya. Mungkin nampak manja, tapi sebenarnya tak! Cuba tinggalkan dia, mungkin letak sehari di rumah nenek, kita akan nampak dia sangat pandai berdikari. Susu ibu membantu perkembangan otak mereka. Dan cepat mematangkan mereka.


------------------------------------------------
SUSU TAK BANYAK?
------------------------------------------------


Ini antara masalah yang dihadapi oleh ibu. Nak sangat menyusukan anak tapi masalahnya susu tak banyak. Apa nak buat?




-----------------------------------------------------------
SET PENYUSUAN SHAKLEE
-----------------------------------------------------------

Ini dia! Set penyusuan terbaik :) Ada 3 set yang Ee cadangkan dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayi anda.


i. Set A (Set Bajet)


Set bajet mengandungi ESP dan Alfalfa Complex. Bertindak sebagai penggalak susu (milk booster) dan penambah tenaga.


ii. Set B (Set Medium)


Set medium mengandungi B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa Complex dan Vita-Lea. Bertindak sebagai penggalak susu (milk booster) dan memberi nutrisi lengkap.


iii. Set C (Set Premium)


Set premium mengandungi B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa Complex, Vita-Lea dan Ostematrix. Bertindak sebagai penggalak susu (milk booster) , memberi nutrisi lengkap dan bekalan kalsium.


iv. Set D (Set Optimum)


Set medium mengandungi B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa Complex, Vita-Lea, Ostematrix dan ESP. Bertindak selengkapnya sebagai penggalak susu (milk booster) , memberi nutrisi lengkap,bekalan kalsium dan menambah tenaga.


Dan jika anda ada bajet yang cukup, saya memang sangat cadangkan set lengkap. Set lengkap ni adalah set sekali dengan set berpantang. Sangat sesuai untuk mereka yang nak kurus selepas bersalin tanpa mengehadkan pemakanan. Jangan dilupa, pemakanan penting untuk penghasilan susu ibu :)


Mari kita lihat kelebihan set ini secara total.



  •  Membantu ibu kembali sihat bertenaga dan selepas bersalin
  • Memulihkan luka bersalin dengan lebih cepat
  • Membantu penghasilan susu lebih pekat untuk menjayakan penyusuan bayi 
  • Elakkan sembelit serta risiko buasir
  • Membantu stabilkan hormon ibu untuk elakkan masalah meroyan
  • Membantu mengatasi masalah rambut gugur dan masalah kedingian 
  • Mencantikkan kulit serta mengurangkan strecth mark selepas bersalin


---------------------------------------------------
FUNGSI SETIAP SUPLEMEN
--------------------------------------------------


Untuk menerangkan fungsi setiap suplemen dalam set penyusuan ini, saya kongsi di bawah ye. :)


1- ESP

  • Mengandungi isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen. Membantu dalam meningkatkan penghasilan susu.
  • Membantu melembapkan, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara.
  • Mengandungi protein yang tinggi untuk disalurkan kepada bayi. Sangat membantu tumbesaran bayi.


2- Alfalfa Complex


  • Digunakan sekian lama sebagai satu tradisi untuk menambah susu ibu.
  • Sangat bagus untuk kesihatan buah pinggang. Berfungsi sebagai agen detoks.
  • Boleh merendahkan kandungan kolesterol.





3- B-Complex


  • Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda.
  • Membantu untuk kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi.
  • Membantu dalam penghasilan tenaga dan darah.
  • Boleh mengawal stress.





4- SR Vita-C Plus



  • Mengoptimumkan sistem imun anda dan bayi.
  • Membantu dalam penghasilan kolagen.
  • Sangat bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.




5- Vita-Lea


  • Suplemen paling penting kerana ia mengandungi vitamin lengkap untuk memastikan kesihatan anda dan bayi berada di tahap yang paling baik.






6- Ostematrix



  • Memastikan kesihatan gigi dan tulang anda.
  • Ini adalah kerana, susu ibu memerlukan kalsium yang tinggi. Kalsium ini akan diambil daripada ibu. Apabila ibu tidak mempunyai kalsium yang mencukupi, ibu mudah menjadi rongak, sakit belakang, sengal-sengal tulang.
  • Oleh itu, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup.





Biar Ee kongsikan beberapa tips yang Ee dapat daripada ibu berpengalaman, group Whatsapp I Love Breastfeeding , dan beberapa pembacaan daripada blog.



Apa yang wajib anda kena tahu adalah apa-apa suplemen tambah susu yang anda makan tidak akan berkesan andai ibu :


  • Tiada ilmu penyusuan yang cukup
  • Tidak pam susu secara konsisten dan mengikut jadual
  • Makan suplemen tapi dengan cara yang salah




Apa pun, Ee tetap yakin, dengan cara makan yang betul, pam ikut jadual, dan ilmu penyusuan yang penuh di dada, anda mampu menyusukan anak anda sehingga 2 tahun. Yang penting, mind set! Terus sematkan dalam hati dan fikiran, SAYA NAK SUSUKAN ANAK SAYA SEHINGGA 2 TAHUN!



Nanti Ee akan kongsikan lebih lagi mengenai penyusuan susu ibu. Seperti anda juga, Ee juga inginkan yang terbaik untuk anak. InsyaAllah Ee doakan usaha kita ni berjaya dan mendapat rahmat daripada Allah. Ee juga doakan Allah permudahkan urusan kita dalam menjayakan penyusuan ibu ni :)



Salam sayang,

Shasratul Ameerah Kamaruddin
Independent Shaklee Distributor
ID No. 1095681
Tel. No. 0102888494
FB : Ameerah Ee
FB Page : A Step For A Healthy Life
Blog : shasratul89.blogspot.com



Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH