Pages -Menu for Ee Beauty Spa

17 September 2016

Set Penyusuan Shaklee - Set Penyusuan Terbaik!

Assalamualaikum ibu-ibu :)



Pertamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada anda kerana saya yakin, bila anda berada di post ini, anda adalah seorang ibu yang hendakkan yang terbaik untuk anak anda. Betul?


Dalam post ringkas ni, Ee akan kongsi mengenai set penyusuan terbaik yang menjadi pilihan Ee, Ye! Set penyusuan Shaklee semestinya :)


Sebelum tu, mari kita baca sikit mengenai penyusuan ibu ni.




----------------------------------------------------------------------------
SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK. BETUL KE?
-----------------------------------------------------------------------------

Ye! Sangat benar. Kalau kita kaji dan tanya mana-mana pakat kesihatan sekalipun, mereka akan kata perkara yang sama. Mereka akan siap galakkan penyusuan eksklusif selama 6 bulan untuk bayi baru lahir (Kementerian Kesihatan Malaysia dan Organisasi Kesihatan Dunia). Eksklusif ni bermaksud bayi hanya minum susu ibu sahaja, Air masak pun tak boleh.




Susu ibu ni sangat hebat! Ia mampu bantu badan bayi untuk elakkan penyakit seperti :
  • gastroenteritis (cirit birit dan muntah)
  • pneumonia (keradangan pada paru-paru)
  • bronkiolitis (jangkitan pada saluran penafasan- di bronkiol)
  • jangkitan salur kencing
  • ekzema
  • jangkitan telinga

Ada satu kajian menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu ibu mempunyai imun badan yang lebih tinggui berbanding bayi yang diberi susu formula. Mereka mempunyai :


  • tekanan darah lebih rendah
  • tahap kolesterol lebih rendah
  • kurang risiko untuk hidapi diabetes tahap 2 bila dah dewasa.


Tunggu. Itu baru faedah untuk bayi kita. Ibu pun sama akan dapat banyak kebaikan jugak. Antaranya :


  • kurangkan risiko kanser payudara sebelum menopous
  • lindungi ibu daripada kanser ovari
  • kurangkan risiko diabetes tahap 2


-------------------------------------------------------
APA ADA DALAM SUSU IBU?
-------------------------------------------------------




Susu ibu ni sumber makanan lengkap. Semua nutrien ada. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan lawan penyakit yang tidak ada dalam susu formula. Malah kandungan nutrien berubah ikut usia bayi kita.
Hebatnya Allah!


Betapa Allah itu Maha Pengasih, Allah juga nak kita sesama manusia berkasih sayang. Anda tahu tak? Bila ibu menyusu bayi, ada satu ikatan istimewa di situ. Dan ikatan tu terlalu istimewa sehingga kita akan nampak perbezaan antara anak yang menyusu penuh dengan anak yang tidak menyusu badan. SubhanAllah.


Ikutkan pengalaman daripada orang sekeliling Ee, anak yang menyusu badan sehingga 2 tahun, dia lebih rapat dan hormat ibunya. Mungkin nampak manja, tapi sebenarnya tak! Cuba tinggalkan dia, mungkin letak sehari di rumah nenek, kita akan nampak dia sangat pandai berdikari. Susu ibu membantu perkembangan otak mereka. Dan cepat mematangkan mereka.


------------------------------------------------
SUSU TAK BANYAK?
------------------------------------------------


Ini antara masalah yang dihadapi oleh ibu. Nak sangat menyusukan anak tapi masalahnya susu tak banyak. Apa nak buat?




-----------------------------------------------------------
SET PENYUSUAN SHAKLEE
-----------------------------------------------------------

Ini dia! Set penyusuan terbaik :) Ada 3 set yang Ee cadangkan dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayi anda.


i. Set A (Set Bajet)


Set bajet mengandungi ESP dan Alfalfa Complex. Bertindak sebagai penggalak susu (milk booster) dan penambah tenaga.


ii. Set B (Set Medium)


Set medium mengandungi B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa Complex dan Vita-Lea. Bertindak sebagai penggalak susu (milk booster) dan memberi nutrisi lengkap.


iii. Set C (Set Premium)


Set premium mengandungi B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa Complex, Vita-Lea dan Ostematrix. Bertindak sebagai penggalak susu (milk booster) , memberi nutrisi lengkap dan bekalan kalsium.


iv. Set D (Set Optimum)


Set medium mengandungi B-Complex, Sustained Release Vita-C, Alfalfa Complex, Vita-Lea, Ostematrix dan ESP. Bertindak selengkapnya sebagai penggalak susu (milk booster) , memberi nutrisi lengkap,bekalan kalsium dan menambah tenaga.


Dan jika anda ada bajet yang cukup, saya memang sangat cadangkan set lengkap. Set lengkap ni adalah set sekali dengan set berpantang. Sangat sesuai untuk mereka yang nak kurus selepas bersalin tanpa mengehadkan pemakanan. Jangan dilupa, pemakanan penting untuk penghasilan susu ibu :)


Mari kita lihat kelebihan set ini secara total.



  •  Membantu ibu kembali sihat bertenaga dan selepas bersalin
  • Memulihkan luka bersalin dengan lebih cepat
  • Membantu penghasilan susu lebih pekat untuk menjayakan penyusuan bayi 
  • Elakkan sembelit serta risiko buasir
  • Membantu stabilkan hormon ibu untuk elakkan masalah meroyan
  • Membantu mengatasi masalah rambut gugur dan masalah kedingian 
  • Mencantikkan kulit serta mengurangkan strecth mark selepas bersalin


---------------------------------------------------
FUNGSI SETIAP SUPLEMEN
--------------------------------------------------


Untuk menerangkan fungsi setiap suplemen dalam set penyusuan ini, saya kongsi di bawah ye. :)


1- ESP

  • Mengandungi isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen. Membantu dalam meningkatkan penghasilan susu.
  • Membantu melembapkan, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara.
  • Mengandungi protein yang tinggi untuk disalurkan kepada bayi. Sangat membantu tumbesaran bayi.


2- Alfalfa Complex


  • Digunakan sekian lama sebagai satu tradisi untuk menambah susu ibu.
  • Sangat bagus untuk kesihatan buah pinggang. Berfungsi sebagai agen detoks.
  • Boleh merendahkan kandungan kolesterol.





3- B-Complex


  • Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda.
  • Membantu untuk kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi.
  • Membantu dalam penghasilan tenaga dan darah.
  • Boleh mengawal stress.





4- SR Vita-C Plus



  • Mengoptimumkan sistem imun anda dan bayi.
  • Membantu dalam penghasilan kolagen.
  • Sangat bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.




5- Vita-Lea


  • Suplemen paling penting kerana ia mengandungi vitamin lengkap untuk memastikan kesihatan anda dan bayi berada di tahap yang paling baik.






6- Ostematrix



  • Memastikan kesihatan gigi dan tulang anda.
  • Ini adalah kerana, susu ibu memerlukan kalsium yang tinggi. Kalsium ini akan diambil daripada ibu. Apabila ibu tidak mempunyai kalsium yang mencukupi, ibu mudah menjadi rongak, sakit belakang, sengal-sengal tulang.
  • Oleh itu, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup.





Biar Ee kongsikan beberapa tips yang Ee dapat daripada ibu berpengalaman, group Whatsapp I Love Breastfeeding , dan beberapa pembacaan daripada blog.



Apa yang wajib anda kena tahu adalah apa-apa suplemen tambah susu yang anda makan tidak akan berkesan andai ibu :


  • Tiada ilmu penyusuan yang cukup
  • Tidak pam susu secara konsisten dan mengikut jadual
  • Makan suplemen tapi dengan cara yang salah




Apa pun, Ee tetap yakin, dengan cara makan yang betul, pam ikut jadual, dan ilmu penyusuan yang penuh di dada, anda mampu menyusukan anak anda sehingga 2 tahun. Yang penting, mind set! Terus sematkan dalam hati dan fikiran, SAYA NAK SUSUKAN ANAK SAYA SEHINGGA 2 TAHUN!



Nanti Ee akan kongsikan lebih lagi mengenai penyusuan susu ibu. Seperti anda juga, Ee juga inginkan yang terbaik untuk anak. InsyaAllah Ee doakan usaha kita ni berjaya dan mendapat rahmat daripada Allah. Ee juga doakan Allah permudahkan urusan kita dalam menjayakan penyusuan ibu ni :)



Salam sayang,

Shasratul Ameerah Kamaruddin
Independent Shaklee Distributor
ID No. 1095681
Tel. No. 0102888494
FB : Ameerah Ee
FB Page : A Step For A Healthy Life
Blog : shasratul89.blogspot.com



Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH