Pages - Menu

16 October 2016

Anda Hamil? Nak buat apa ni?!

Assalamualaikum bakal ibu yang sihat dan cantik :)



Seronok kan bila kita dapat tahu ada satu jasad yang sedang membesar dalam tubuh kita. Jasad yang bukan sekadar jasad, jasad yang diberi roh, perlu dijaga rohaninya. Dan sekarang bermulalah tugas kita sebagai ibu.


Sebagai pelindung.
Sebagai pembimbing.
Sebagai sahabat.
Sebagai pencorak.



Kita dah biasa hidup seorang, jaga diri kita sendiri, buat hal kita sendiri. Sekarang masa untuk mula berfikir mengenai orang yang tersayang.


Apa nak buat lepas ujian UPT kita positif?

Kebiasaanya kita akan gunakan UPT yang kita beli dari kedai untuk cek sama ada kita hamil atau tak. Ee pun sama. Ee guna UPT RM1 je :p


ihsan dari Google

Lepas dah nampak dua garisan pada UPT tu, saat tu kita la paling gembira. Dalam kes Ee, Ee memang menangis. Menangis bila Allah beri Ee peluang untuk kandungkan satu jasad, yang insyaAllah akan jadi aset akhirat Ee. InsyaAllah.

Tapi perlu diingatkan, UPT tak semestinya tepat. Apa pun, pergi cek kembali di klinik. Pihak klinik atau hospital akan cek melalui darah dan tengok paras hCG kita, satu hormon yang hanya dihasilkan oleh wanita hamil.


Vitamin Prenatal

Vitamin prenatal sangat penting. Ia sangat membantu perkembangan janin dan membantu ibu kekalkan kesihatan dan sentiasa bertenaga.

Boleh rujuk Vitamin Prenatal yang Ee makan di sini.

Satu pesanan, tolong jangan ambil mudah dengan vitamin-vitamin ni. Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri yang mana ia sangat penting sebelum kehamilan apatah lagi semasa kehamilan.


Buang tabiat buruk!

Merokok bukanlah idea yang baik untuk kesihatan bayi kita. Termasuklah berada dalam kalangan orang yang merokok. Jika suami anda merokok,pujuklah dia agar berhenti sementara. Fikirkan bayi anda.


Untuk hentikan tabiat kita bukanlah sesuatu yang mudah namun ibu dan ayah perlu faham betapa asap rokok akan memburukkan lagi keadaan. Pendedahan kepada asap rokok berlebihan mungkin akan membuatkan anda keguguran, mempunyai masalah sepanjang kandungan atau menyebabkan bayi anda mengalami kecacatan atau masalah perkembangan.


Ibu juga perlu mula hadkan pengambilan kafein dalam kehidupan seharian. Cuba hadkan hanya kepada satu cawan kopi atau teh sehari.

Elakkan juga makan ikan yang tinggi nilai merkurinya seperti ikan sardin. Pastikan juga makanan anda masak sepenuhnya.

Boleh rujuk makanan yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan di sini. 


Sihat dan gembira

Semestinya sangat penting untuk kita kekal sihat sama ada lelaki mahupun perempuan. Apatah lagi sekarang kita sedang bawa satu lagi jasad yang dah diamanahkan kepada kita.

Ibu harus berhati-hati dengan setiap aktiviti, pemakanan, waktu tidur, tekanan darah dan banyak lagi untuk paatikan perkembangan bayi kita berada di tahap optimum dan terbaik.


Sentiasa membaca!

Jika ini kehamilan pertama anda, banyakkan membaca! Pastikan kita tahu apa yang berlaku di setiap perkembangan janin dalam rahim kita.

Banyak sumber yang kita boleh capai. Majalah, manual kehamilan, blog, internet, youtube. Banyak sangat. Tapi pastikan sumbernya boleh dipercayai.

Jika ini kehamilan yang kedua, ketiga mahupun seterusnya? Tak rugi jika anda terus mencari dan menggali ilmu. Lagipun banyak perkara yang sering berubah maklumatnya. Sentiasa pastikan ilmu kita diperbaharui.


Setakat ini itu sahaja yang Ee boleh kongsikan. InsyaAllah Ee akan kongsikan lebih banyak lagi info pada masa akan datang. 

Terima Kasih

9 Fakta Menarik Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum semua! Lama Ee tak bersiaran kan? Rindu tak? 😄

Berdebar sebenarnya ni. Tengah tunggu hari je nak melahirkan mujahidah ni. Tik tok! Tik tok! Fuh dia punya berdebar, Allah je yang tahu.

Jadi sementara menghitung hari ni, Ee banyak buat pembacaan mengenai susu ibu. InsyaAllah Ee nak sangat guna peluang yang ada 2 tahun untuk menyusukan mujahidah ni secara eksklusif. 2 tahun yang tak kan berulang tau. Kalau terlepas 2 tahun ni, dah takkan dapat dah peluang ni.

Kat sini Ee kongsi 11 fakta menarik pasal penyusuan ibu ni.

*********************************
9 fakta menarik penyusuan ibu
*********************************

1. Bakar bertan-tan kalori!

Pakar-pakar anggarkan lebih kurang 500kcal terbakar untuk hasilkan 24 - 28 auns susu ibu sehari. Banyak ok. Amaun ni sama dengan kita makan 20 batang lobak merah tau!

2.  Susu ibu akan keluar daripada banyak lubang, bukan hanya daripada puting.

Menarik kan? Orang yang tak tahu (macam Ee) mesti sangka dia keluar daripada puting semata. Padahal sebenarnya banyak lubang2 kecil yang memang khas untuk keluarkan susu je. Menariknya ia ada dalam bilangan 4 - 20 lubang tau kat sekitar puting kita.

Sebab tu, lekapan mulut bayi pada buah dada kita penting. Kalau tak kita akan rasa sakit atau sengal-sengal gitu. Sebabnya susu tu tak dapat nak keluar dengan baik. Sebab tu lekapan yang baik adalah mulut bayi melekap memenuhi areola (kawasan hitam) kita.

3.  Buah dada kita mungkin akan rasa sakit sangat.

Ini biasa. Ia mungkin sakit untuk beberapa minggu pertama penyusuan. Tapi kita kena kuat semangat ye ibu-ibu. Kita kan nak yang terbaik untuk anak tercinta.

Anak akan ambil masa untuk betul-betul melekap dengan baik. Kita mungkin akan rasa puting kita pedih. Dan ia mungkin akan membuatkan ia merekah dan berdarah.

Jika perlu, beli je 'nipple butter'. Ia akan kurangkan rekahan dan kita pun selesa je. Kalau Ee, Ee memang sangat cadangkan ESP. ESP akan bantu lembapkan kulit dan tambahkan susu. Jadi kulit di sekeliling puting tak akan kering dan sakit.

4. Suami mungkin tertarik untuk melihat aktiviti penyusuan ni.

Jangan terkejut! Kebanyakan lelaki rasa tertarik nak lihat aktiviti ni. Ia akan menimbulkan rasa seronok, mungkin disebabkan oleh aura ibu & anak tu 😊

Kalau ibu rasa tak selesa, bagitau suami dengan baik. Kalau nak bagi dia tengok pun lebih baik. Itu akan eratkan kasih sayang keluarga 😃

5.  Kita mungkin akan terangsang.

Ini normal. Penyusuan ni ada kesan sampingan ni sebab kawasan areola memang sangat sensitif pada sentuhan.
Tapi itu tak akan mengganggu emosi anda pada bayi. Jangan risau 😅

6. Kita mungkin akan kejang.

Bila bayi menghisap susu, badan kita akan bebaskan hormon oksitoksin dan prolaktin. Oksitoksin akan menyebabkan tegangan pada uterus kita. Memang sedikit kurang selesa, tapi ia membantu rahim kita kembali pada keadaan asal. Bagus bukan?

7. Saiz payudara tak menentukan jumlah penghasilan susu.

Tak semestinya saiz besar menghasilkan susu yang banyak dan begitulah sebaliknya. Ia bergantung pada salur susu. Dan untuk merangsang pengeluaran susu yang banyak, Ee pilih alfalfa 😘

8. Mendengar tangisan bayinboleh menyebabkan payudara kita keluarkan susu.

Percaya atau tak, inilah hasil daripada kajian yang dilakukan! Penghasilan susu ni kita panggil 'let-down reflex'. Biasanya terjadi bila anak kita dah hisap susu tu dalam masa 2 minit. Bagi ibu yang dah biasa menyusukan anak, ibu akan perasan payudara sebelah lagi akan keluarkan susu jugak. Inilah yang kita panggil 'let-down reflex'.

Bukan hisapan anak je tau. Emosi ibu pun boleh menyebabkan  ni terjadi. Terutamanya bila ibu fikirkan anak, tengok video anak, rindukan anak. Biasa terjadi pada ibu bekerja.

9. Anda mungkin ketagih dengan penyusuan ni 😍

Kajian menunjukkan wanita mengaku bahawa mereka ketagih dengan penyusuan ni disebabkan oleh perasaan gembira yang terhasil bila kita menyusukan bayi.

Semoga bermanfaat ye ibu-ibu sekalian  😘


Terima Kasih

21 September 2016

Soya Penyebab Kanser? - 7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu!

Assalamualaikum :)
Sehari tak menulis, rindu rasanya. Memang membuak-buak nak kongsi info dengan semua orang.


Kali ni saya nak kongsi pasal soya. Kita selalu sangat kan dengar soya ni boleh sebabkan kanser. Betul ke penyataan tu? Meh saya kongsi 7 perkara ni. Dan anda boleh nilai sendiri ok.


-------------------------------------------------
7 Kriteria Penting Mengenai Soya!
--------------------------------------------------

Masa nak pilih soya mana yang terbaik dan tidak membahayakan kesihatan, 7 kriteria ni wajib anda tahu! Pastikan soya yang masuk ke badan anda adalah soya yang selamat.


  • Soya tersebut mesti tumbuh dan membesar secara organik.

Kenapa mesti organik? Kacang soya yang TIDAK ORGANIK yang menggunakan baja kimia dan racun pestisid mengandungi khasiat yang rendah. Tambah lagi, ia menyimpan kandungan nitrat yang tinggi. Kandungan nitrat inilah yang membawa kepada risiko KANSER!



  • Kacang soya tersebut mestilah Non-GMO (Tidak dihasilkan secara genetik)


Kacang soya GMO sememangnya lebih murah untuk dihasilkan. Sebab itu tak mustahil anda banyak terjumpa psoya yang murah di luar sana. Hakikatnya ia berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan TOKSIN yang tinggi dalam badan kita!



  • Protein soya tersebut mesti mengandungi 9 asid amino perlu.



Badan kita memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk hasilkan hormon, antibodi dan enzim. Andai salah satu asid amino tak cukup, sistem imun badan akan terganggu. Bukan sedikit, 30%! Dan fungsi badan juga mungkin akan terganggu atau berhenti.


  • Dalam proses pembuatan soya, soyflakes mestilah dibersihkan dengan air, bukannya alkohol!

.
Isoflavone dapat kurangkan risiko KANSER PAYUDARA, KANSER RAHIM dan KANSER PROSTAT. Ia juga sangat bermanfaat dalam keseimbanagan hormon dan menambah jisim tulang.


  • Bahan anti-tiroid mesti disingkirkan.

 Untuk pengetahuan anda, soya mentah mengandungi bahan 'anti-growth'  dan 'anti-tyrosine' . Kedua-dua bahan ini akan mengganggu fungsi tubuh dan meningkatkan risiko kanser.



  • Proses pembuatannya sebaiknya tanpa pemanasan.


  • Berbalik kepada Kimia Tingkatan 4, protein (asid amino) sangat sensitif pada suhu yang panas. Protein akan rosak dan hilang pada suhu yang tinggi. Kekurangan asid amino ini dalam badan akan merenjatkan hormon, tisu badan dan secara tidak langsung mengganggu kesihatan kita.


    • Protein soya tersebut mesti ditambah dengan unsur kalsium!

    Kajian menunjukkan serbuk soya adalah sangat berasid. Apabila nilai keasidannya tinggi, ia boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Disebabkan ini, kalsium perlu ditambah ke dalam protein soya untuk meneutralkan kembali serbuk soya tersebut.

    Dan anda perlu tahu, kebanyakan pengusaha atau pengeluar produk protein tidak menambah unsur kalsium ini!


    --------------------------------------------------
    Jadi, apa cadangan soya yang terbaik?
    ---------------------------------------------------

    Pilihan orang ramai dan semestinya pilihan saya, ESP!



    Tak perlu bimbang untuk mengambil ESP. Ini kerana ESP menepati ketujuh-tujuh ciri di atas!


    •  ESP ditanam secara organik
    •  ESP adalah non-gmo
    •  Mengandungi 9 amino asid perlu dan mineral & vitamin lain 
    •  Ia dibersihkan dengan menggunakan air.
    •  Tiada bahan anti-tiroid / anti-growth
    •  Diproses tanpa pemanasan
    •  Ditambah dengan kalsium 500mg



    Dan kenapa anda perlu membeli ESP daripada saya?

    • Saya juga pengguna setia ESP. Jadi saya mahir mengenai cara pemakanan yang betul.
    • Konsultansi eksklusif daripada saya kepada anda.
    • Sentiasa menggembirakan pelanggan dengan hadiah percuma yang menarik :)


    Salam sayang,


    Shasratul Ameerah Kamaruddin
    Independent Shaklee Distributor
    ID No. 1095681
    Tel. No. 0102888494
    FB : Ameerah Ee
    FB Page : A Step For A Healthy Life
    Blog : shasratul89.blogspot.com


    Terima Kasih

    © Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH