Haa, semua ibu pun pernah lalui saat ni kan? Sibuk je, sampai tak perasan tak booking slot lagi untuk penjagaan dalam pantang, rawatan selepas bersalin. Kena cepat tau. Sebab slot penjagaan dalam pantang ni sangat laku. Sebaiknya 2 bulan sebelum tarikh bersalin, dah booking dah siap-siap.
PENGALAMAN SAYA
Pengalaman saya sendiri masa mengandungkan Ayra Zahra, saya dah siap sedia dengan senarai semak sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bukan untuk bayi sahaja. Tapi untuk ibu sekali. Siapa yang nak rujuk, boleh rujuk pautan ni.
Dan antara perkara penting yang saya masukkan dalam senarai semak tu adalah pakej rawatan selepas bersalin dan set bersalin dan berpantang Shaklee. Kenapa set bersalin dan berpantang Shaklee?
Sebab saya tahu Shaklee ni semulajadi, selamat dan terbukti berkesan. Dan menariknya, set berpantang Shaklee ni bukan semata-mata untuk kegunaan semasa berpantang sahaja, Ia boleh diteruskan selepas berpantang untuk membantu penyusuan ibu dan memastikan keperluan nutrisi ibu dan anak cukup. Masa saya hamil pun, saya memang amalkan set hamil Shaklee. Jadi saya berniat untuk teruskan dengan produk Shaklee je. Puas hati sangat.
UJIAN SEMASA BERSALIN DAN TEMPOH BERPANTANG
Nak dijadikan cerita, memang saya diuji masa bersalin dan berpantang. Antaranya,
- Anak keluar secara normal tapi menggunakan bantuan vakum. Korang memang tak boleh nak bayangkan cup vakum yang besar tu masuk bawah untuk keluarkan baby. Koyakannya memang besar.
- Anak kena tahan kat SCN sebab jaundis. 2 minggu tau. Bayangkan dalam masa 2 minggu, saya tak berurut, tak berbengkung. Dan saya memang pernah bentan satu hari.
- Sembelit! Ini sangat buat kita fobia. Siap pakej dengan darah keluar. Siapa pernah rasa, dia memang tahu.
- 3 hari pertama, memang tiada susu badan. Menangis tersedu-sedu tau. Nasib baik ada ilmu. Jadi tak la sampai tahap depresi. Kenapa sampai nangis tersedu-sedu? Sebab kesian bila tengok anak menangis. Kita bagi dia hisap susu badan sedangkan kita tahu hakikatnya tiada susu yang keluar.
- Mula sakit badan. Tak boleh pusing kiri dan kanan. Sebab tak jaga pantang daripada awal. Berlarutan selama hampir sebulan. Alhamdulillah semakin berkurang bila mula berurut dan konsisten makan suplemen.
- Pernah marah Ayra sebab tak berhenti menangis waktu malam. Memang stress. Masa tu awal-awal lagi. Kita pun ibu baru kan.
APA SAYA BUAT?
Dan alhamdulillah. Semua ni dapat diatasi dengan baik bila berpantang dengan cara yang betul dan konsisten makan set berpantang Shaklee. Antara perubahan ketara yang saya dapati bila saya konsisten amalkan set berpantang Shaklee ni adalah,
- Luka sangat cepat baik. Seminggu lepas Ayra keluar, jururawat dah puji dah. Luka @ koyakan besar, tapi boleh pulih dengan cepat. Alhamdulillah. Masa ni kat hospital lagi. Saya cuma amalkan ESP je masa ni. Yang lain tak bawa lagi ke hospital.
- Sembelit saya pulih! Alhamdulillah lepas dah balik rumah, dah berjaya konsisten dengan Ostematrix, saya tak lagi alami sembelit. Ostematrix ni kesan dia sangat cepat. Saya makan sehari je pun dah nampak kesan. Apatah lagi bila konsisten. Sebab tu saya memang amalkan Ostematrix ni sampai sekarang. Hilang segala penat dan sakit badan. Alhamdulillah.
- Susu badan saya makin meriah. Permulaanya, konsepnya tetap samaa. Supply vs demand. Langkah seterusnya untuk pastikan susu yang terhasil tu cukup, pekat dan berkualiti adalah berdasarkan apa yang ibu makan. Bagi saya, nutrisi ibu berpantang agak kurang lengkap. Sebab tu sangat disyorkan ambil suplemen untuk lengkapkan nutrisi.
- Emosi saya lebih stabil. Saya percaya dorongan dan kekuatan daripada orang sekeliling juga penting. Alhamdulillah juga, B-Complex sangat membantu di saat saya stress bila orang sekeliling minta saya topup susu formula untuk cepatkan pemulihan jaundis anak. Bahaya tau ibu berpantang stress.
- Bidan puji. Peranakan cepat kecut katanya. Alhamdulillah.
Ini perubahan yang saya alami. Yang penting selepas 6 bulan, saya berjaya turunkan berat badan saya sebanyak 20kg |
SET BERSALIN DAN BERPANTANG SHAKLEE
Di bawah ni saya selitkan apa yang ada dalam set berpantang Shaklee ni dan kegunaan setiap suplemen.
Set berpantang Shaklee |
Kegunaan setiap suplemen
ESP : Memberi tenaga kepada ibu
Memekatkan susu ibu - bayi lebih kenyang dan tidur lebih lena
Milk - booster
Mencantikkan dan menganjalkan kulit
Vitalea : Multivitamin lengkap dengan zat besi untuk keperluan tubuh
Membina sel darah merah
Membantu tumbesaran bayi
Vitamin C : Menyembuhkan luka lepas bersalin
Hilangkan stretch mark semasa hamil
Tingkatkan sistem imun
Alfalfa : Milk-booster - membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu
Jamu moden - mengecutkan peranakan
Ostematrix : Menggantikan kalsium yang hilang semasa hamil dan melahirkan anak
Untuk kesihatan tulang dan gigi ibu dan bayi
Mengelakkan sembelit ketika berpantang
Membantu penghasilan susu ibu
Omega Guard : Menjaga kesihatan jantung dan tahap kolesterol ibu
Untuk perkembangan otak dan mata bayi
Bantu ibu kembali kurus.
B-Complex : Mengelakkan masalah kemurungan atau meroyan lepas bersalin
Memberi tenaga
Memberikan rasa tenang kepada ibu
Untuk tambahan sekiranya perlu, ibu boleh menambah suplemen berikut.
Lecithin : Mengurangkan bengkak susu
Membakar lemak dan mengurangkan berat ibu.
Zink : Untuk mengelakkan keguguran rambut yang serius
Membantu baiki luka daripada dalam
Pengalaman indah menyusu dengan set berpantang Shaklee |
Seronok sangat |
Testimoni Set Bersalin dan Berpantang Shaklee
Saya selitkan juga beberapa testimoni lain daripada pengguna dan pengamal set bersalin dan berpantang Shaklee.
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 1 |
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 2 |
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 3 |
Testimoni berpantang dengan set berpantang Shaklee 4 |
Testimoni berpantang dengan Set berpantang Shaklee 5 |
PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN DAN BERPANTANG.
Disebabkan saya rasa pakej rawatan selepas bersalin ni agak sedikit dan susah nak book disebabkan kekurangan orang yang buat, maka Ee Mobile Spa mencari satu inisiatif untuk mewujudkan pakej rawatan selepas bersalin. Alhamdulillah.
So here I am, your confinement lady in the house :)
Ini merupakan pakej rawatan selepas bersalin yang ditawarkan oleh Ee Mobile Spa. Terbuka kepada mereka di kawasan Kuantan, Pekan, Gambang dan Kemaman insyaAllah.
Saya lampirkan pakej asas rawatan selepas bersalin yang disediakan untuk anda. Jika anda nak dapatkan quotation harga untuk pakej premium dan pakej permaisuri, boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan booking :)
Pakej berpantang Ee Mobile Spa Kuantan |
Itu sahaja yang saya nak kongsikan hari ini. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan kongsi lebih banyak lagi mengenai kursus mobile spa TWB dan pakej rawatan seleas bersalin dan berpantang. :)
Sekian daripada saya,
Shasratul Ameerah Kamaruddin
Beautician, Therapist & Trainer for The Walking Beauty
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
No comments:
Post a Comment