Pages -Menu for Ee Beauty Spa

14 October 2018

Leadership Workshop Anjuran Keluarga Legasi Anugerah Terindah (LAT Family)

Leadership Workshop Anjuran Keluarga Legasi Anugerah Terindah (LAT Family)



Alhamdulillah syukur kepada Allah. Saya berpeluang menghadiri satu bengkel yang dinamakan Leadership Workshop, anjuran Legasi anugerah Terindah (LAT Family). Jujur saya katakan, saya ingatkan ini adalah bengkel biasa. Namun ia memang di luar jangkaan saya! Dan sayalah orang paling gembira bila suami izinkan pergi ke bengkel ni.


Leadership workshop ni diadakan selama sehari, pada 7 Oktober 2018, daripada pagi sampai ke petang di De'Palma Hotel, Ampang. Rasa tak cukup je masa. Serius sangat seronok.


leader shaklee, bisnes shaklee, shaklee kuantan
Hasil usaha gabungan 6 master

Leadership Workshop kali ni agak berlainan sebenarnya berbanding bengkel kepimpinan sebelum ni. Kali ni ada pelatih istimewa dijemput khas oleh barisan master untuk melatih kami. Mereka adalah Master Aizan dan Tuan Hanafiah Md. Isa. Tajuk yang disampaikan kali ni adalah "The I in the team".

leader shaklee, bisnes shaklee, shaklee kuantan


Objektif Leadership Workshop



Objektif Leadership Workshop ni diadakan adalah untuk :


  • Kenali diri dan kekuatan diri sendiri dengan menggunakan kaedah MBTI
  • Mengenali jenis-jenis orang lain macamana. Jadi kita akan tahu cara nak respon dan uruskan orang sekeliling dengan cara yang terbaik. Termasuklah keluarga, pelanggan dan rakan kongsi perniagaan kita.
  • Penekanan konsep kerjasama dalam kumpulan. Jadi kita tahu macamana nak kembangkan kumpulan yang efektif dalam bisnes. Bukan secara berseorangan, tapi secara berjemaah.

Untungnya kami yang berada dalam keluarga LAT ni, kami hanya perlu bayar RM80 untuk Leadership Workshop ni, satu training yang berharga RM2500! Training macam ni biasanya dibuat oleh syarikat korporat seperti Petronas, TNB dan lain-lain syarikat besar yang lain. Dan yang seronoknya, nilai RM80 tu merangkumi sewa dewan hotel makan 3 kali sehari sepanjang program, buku SOP yang sangat power ni, dan juga kos training! Allahuakbar. Beruntung sangat.


leader shaklee, bisnes shaklee, shaklee kuantan
Semua peserta Leadership Workshop

Tentatif Leadership Workshop


Tentatif Leadership Workshop kali ni adalah,

8.30 a.m     : Pendaftaran
9.00 a.m     : Pembukaan + ice breaking
9.15 a.m     : Modul 1 (Pembetulan mindset)
10.30 a.m   : Rehat 
10.45 a.m   : Modul 2 (Kaedah MBTI & Belbin Test)
12.30 p.m   : Rehat tengahari dan solat
2.00 p.m     : Modul 3 (Pembuatan Kereta - Kerjasama)
3.30 p.m     : Rehat
3.45 p.m     : Sembang santai bersama Masters
5.00 p.m     : Bersurai


Alhamdulillah, banyak sangat yang kami belajar sepanjang program berlangsung. Banyak juga sebenarnya halangan untuk ke bengkel ni terutamanya suami yang bimbang sangat-sangat nak lepaskan saya pergi. Boleh baca perkongsian saya pengalaman 3 hari yang sangat best di sini.


Modul yang diajar dalam Leadership Workshop



Ada 3 modul utama yang ditekankan dalam Leadership Workshop ini. Dan ketiga-tiga modul inilah yang berharga RM2500 yang sangat diperlukan oleh syarikat-syarikat besar. Modul ringkas, tapi sangat powerful.


Modul 1 : MBTI Test


MBTI Test merujuk kepada ujian personaliti individu untuk mengetahui lebih mendalam mengenai diri sendiri. Ujian ini mudah, namun penerangan yang diberikan oleh pelatih adalah part yang sangat penting. 


Selepas kami selesaikan ujian MBTI, kami diberikan penerangan mengenai setiap personaliti yang ada. Tana kita sedar, sebenarnya kita ada kemampuan yang mungkin kita tak perasan selama ni. Dan setiap kelemahan yang ada, kita perlu bijak untuk ubah dan gunakannya pada masa yang sesuai.


Kami juga diajar cara bagaimana untuk kenal pelanggan dan anak buah melalui ujian MBTI ni. Mudahlah bagi kami lepas ni untuk kenalpasti kemampuan dan jenis individu supaya kami dapat latih dan guide dia untuk berjaya dalam bisnes spa Shaklee ni :)


Modul 2 : Belbin Test


Belbin Test adalah untuk mengenalpasti jenis dan tugas individu dalam sesuatu kumpulan. Berdasarkan ujian ni, kita akan tahu, keupayaan kita tanpa kita sedr, dan boleh digunakan untuk membentuk satu kumpulan yang kuat.


Saya percaya. Bekerja dengan kumpulan adalah lebih hebat berbanding bekerja sendirian. If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together in a team.


Gabungan kedua-dua ujian ni mampu berikan impak besar dalam kehidupan dan kejayaan kita. Sebab tu saya rasa sangat beruntung bila dapat join bengkel ni. Ia bukan bengkel biasa. Sebab untuk berjaya, kita kena kenal diri kita sendiri terlebih dahulu.


Modul 3 : Penghasilan kereta



Ini adalah part paling best! Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan gabungan kesemua kumpulan membentuk satu kilang. Kami diarahkan untuk membuat 45 buah kereta dalam 3 shift. Manager kilang, ketua pasukan, semua dilantik berdasarkan mesyuarat sebulat suara.


Setiap 5 kumpulan diarahkan untuk membuat part berbeza.

Kumpulan 1 : Asas kereta
Kumpulan 2 : Badan dalam kereta & ekzos
Kumpulan 3 : Bahagian depan kereta (aerodinamik) dan tingkap.
Kumpulan 4 : Badan luar
Kumpulan 5 : Tayar


leader shaklee, bisnes shaklee, shaklee kuantan
Workstation 4

leader shaklee, bisnes shaklee, shaklee kuantan
Workstation 5

leader shaklee, bisnes shaklee, shaklee kuantan
Workstation 3

Ok, sekarang tiba masa untuk penghasilan kereta. Masa yang diberikan untuk shift 1 adalah 10 minit. bergegas kami siapkan part masing-masing. Alhamdulillah, selepas 10 minit tamat, jumlah kereta lengkap yang dihasilkan adalah 25 buah. Tak berjaya kami hasilkan 45 buah, tapi ia sebenarnya kejayaan yang sangat membanggakan.


Tuan Hanafiah berkongsi pengalaman bila buat perkara yang sama bersama staf Petronas. Cuba teka berapa buah kereta yang mereka hasilkan dalam masa 10 minit?


Kosong!


Terkejut kan? Kami pun terkejut. Tapi Tuan Hanafiah kongsikan, dia tak terkejut. Sebab inilah beza antara minda mereka yang makan gaji dengan business owner. Orang yang berbisnes sentiasa mahukan sesuatu dengan laju. Mereka tahu apa mereka mahukan dan mereka akan cuba sedaya upaya untuk capai target dalam masa yang ditetapkan.


Hakikatnya, orang berbisnes biasanya letakkan tarhet yang lebih tinggi sebenarnya. Sebab kami percaya, lebih tinggi target yang kami letak, lebih tinggi dan kuat usaha yang kami lakukan untuk capai target tersebut.


KESIMPULAN


It's the best workshop ever! Tak rugi saya laburkan sedikit duit untuk ilmu yang sangat berharga ni. Siapa sangka, kita ada potensi yang belum kita sedar dan sebenarnya bila ia digilap, kita mampu terus zuuupppp naik menuju kejayaan. Alhamdulillah :)

leader shaklee, bisnes shaklee, shaklee kuantan
Alhamdulillah kami juga dapat buku power ni.



Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH