Alhamdulillah
Ayra Zahra dah 5 bulan J Cepat betul anak ibu membesar. Ibu doakan Ayra sentiasa
dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamin. Dalam nak menjengah ke 5 bulan ni,
ada dalam 2 kali jugak la Ayra selesema dan batu berkahak. Memang ibu bimbang
betul.
Jadi ibu
bawa Ayra ke klinik pakar. Alhamdulillah semuanya ok. Paru-paru ok. Pernafasan
ok. Cuma selesema dan batuk berkahak ni buatkan Ayra tak selesa. Tidur malam
pun terganggu. Doktor Yaw pun cakap, bayi terdedah pada infeksi daripada
persekitaran dan cuaca. Yela. Tengok je la cuaca sekarang. Sekejap panas,
sekejap hujan. Badan bayi pula baru nak bina imun. Jadi ini biasa.
Dan biasalah
kita sebagai ibu ni. Tak senang duduk bila anak sakit. Katanya zaman Google.
Ibu pun mulakanlah penyiasatan. Dalam banyak-banyak cara yang ibu jumpa, ada
beberapa cara yang ibu buat digabungkan dengan tips-tips daripada orang-orang
sekeliling. Nak hilangkan selesema dan batuk berkahak pada bayi ni bukan sehari
dua tau. Memang ambil masa sikit. Tapi insyaAllah membantu tenangkan dan
legakan mereka. Yela, kesian bayi mana la reti nak keluarkan kahak. Betul?
Ok, jom baca
tips yang Kak E nak kongsi ni.
TIPS MUDAH
HILANGKAN SELESEMA DAN BATUK BERKAHAK.
1. Biar anak rehat
secukupnya di rumah.
Kalau tiada keperluan, tak usahlah bawa anak keluar. Secara tak langsung
kita kurangkan risiko jangkitan pada anak. Ini penting untuk penyembuhan yang
cepat. Sekurang-kurangnya persekitaran rumah kita boleh kawal. Persekitaran
luar susah juga tu nak kawal. Kan?
2. Banyakkan peluk
anak.
Anak akan
rasa bahagia bila kita banyak bersama dengan dia. Pelukan juga boleh berikan
anak rasa ketenangan dan tenteram. Ini membantu proses penyembuhan anak. Percayalah!
3. Aliran udara
yang baik.
Amalkan membuka
tingkap dan pintu rumah setiap pagi untuk memastikan pengaliran udara adalah
baik. Dengan cara ni kita akan kurangkan pengumpulan bacteria dalam rumah
sekaligus dapat mempercepatkan proses penyembuhan anak.
4. Gunakan kunyit.
Kunyit ni
bukan guna dalam masakan je ye. Ia sangat hebat. Kunyit ni satu ciptaan Allah
yang hebat. Serius. Mudah sangat nak gunakan kunyit untuk legakan selesema bayi.
Ambil sedikit kunyit. Oleskan pada lesung batu atau racik nipis-nipis. Untuk
dapatkan airnya. Air tu nanti sapu atas hidung bayi. InsyaAllah bayi dapat
tidur dengan lena.
5. Minyak bawang
putih.
Kita semua
tahu bawang putih ni boleh membantu menguatkan imun badan. Ini cara tradisional
untuk kurangkan kahak bayi. Dengan perkataan yang lebih tepat, cairkan kahak.
Caranya senang
je. Ambil seulas bawang putih bersama kulit. Bakar sampai kulitnya terbakar. Tapi
jangan sampai bawang putih tu renting pulak.
Campurkan dengan
minyak zaitun. Atau apa-apa minyak yang sesuai. Boleh juga guna minyak kelapa.
Sapukan nipis
di dada, belakang, dan betis bayi.
PERINGATAN :
Jangan sapu sekali dengan bawang putih. Ambil minyaknya sahaja. Bimbang kulit
bayi tak sesuai, melecur pula nanti. Kalau tak yakin, boleh cuba sapu di
bahagian kaki dulu. Biarkan seketika. Jika tiada apa-apa kesan, boleh teruskan
sapuan di bahagian lain.
6. Daun sireh.
Boleh juga
gunakan daun sireh. Sapu dulu balm ke dada bayi. Layurkan daun sireh di atas
api. Sejukkan sebentar dan lekat pada dada dan belakang bayi. Cara ni berkesan pada
sesetengah bayi, namun ada juga yang tidak sesuai pada sesetengah bayi yang
lain. Boleh cuba dulu. Apa pun, ikhtiar itu lebih baik kan?
Sumber : Google |
7. Tepuk percussion
Tepuk percussion
bertujuan untuk melonggarkan kahak yang ada di peparu bayi. Cara yang betul
adalah tepuk di bahagian kanan dan kiri belakang bayi dengan tangan yang
membentuk ‘cupping’. Cara ni sangat disarankan oleh doctor dan pengamal
perubatan untuk legakan kahak bayi.
Bayi akan keluarkan
kahak atau lendir melalui najis atau muntah. Alhamdulillah Ayra pandai
keluarkan kahak melalui air liur. Tinggal ibunya nak lap je. J
Cara 'cupping' yang betul |
8. Mandi air lemon.
InsyaAllah
sangat menenangkan. Aromanya pun sedap. Adik Kak E yang cadangkan cara ni.
Katanya perkongsian daripada rakan-rakan sekerja. Alhamdulillah memang lepas
mandi lemon, Ayra nampak lega sangat. Dan lendir keluar dengan banyak melalui
hidung. Jangan bimbang. Itu adalah salah satu cara bayi keluarkan lendir yang
ada dalam badan mereka.
9. Ibu jaga
pemakanan.
Ini sangat
penting. Ibu sangat perlu jaga pemakanan. Ibu kena elakkan mengambil makanan
yang boleh menyebabkan mukus. Boleh rujuk gambar di bawah.
Makanan penyebab mukus dan menghilangkan mukus. Pilihan di tangan anda. |
Dan untuk memastikan
Kak E sentiasa mempunyai zat yang cukup dalam badan, Kak E konsisten amalkan
set berpantang Shaklee + Garlic Complex. Kenapa set berpantang? Sebab dalam set
ni ada semua vitamin-vitamin dan nutrien penting yang badan perlukan semasa
menyusukan anak.
Sebab Kak E
sangat faham bahawa apa yang kita makan, anak kita akan dapat sekali zatnya. Kalau
baik makanan kita, baiklah yang anak dapat. Kalau makan kita tak terjaga, itu
jugalah yang anak dapat.
Jika anda
mencari-cari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee dah membuktikan bahawa
produk kami mampu membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
Pilihan di tangan anda. Saya sendiri telah memilih yang terbaik dan saya sangat
yakin ini juga yang terbaik untuk anda.
Semoga
perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk
Shaklee mahupun menyertai Shaklee, anda boleh berhubung terus dengan saya san
saya akan membantu anda untuk sama-sama berjaya. InsyaAllah.
Shasratul
Ameerah
SID :
1095681
0102888494
Your trusted
Shaklee distributor
Shaklee
Kuantan