Saat magika bersama The Walking Beauty |
It's a beginning, to a new, more freedom in this world 😊
Kita tak tahu bila kita akan naik dan jatuh. Kita tak tahu bila kita diuji. Tapi saat diuji tu la, Allah akan buka lagi 1000 peluang untuk kita jadi lebih baik.
Bermadah pulak 😘 Hehe.
Ok korang. Harini saya teringin sangat nak kongsi saat-saat magika saya dalam The Walking Beauty ni. Tak sangka TWB ni banyak ubah diri saya.
Dulu-dulu, saat kegemilangan (ye kot?), saya gembira bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka. Nama je sekolah swasta, tapi tangga gaji macam kerajaan tau. Masa tu pun solo, jadi kalau sibuk memanjang tu takde hal la kan.
Gaji masa tu RM3000. Masa tu dah rasa cukup sangat dah tu. Tahun 2012. Memang boleh enjoy la hidup solo gaji RM3000 kan? So masa tu beli jugak kereta Saga tercinta ni. Senang nak ulang alik ke rumah sewa. Yela, rumah mak kat Terengganu. Kita pulak merantau di negeri orang. Gitu.
Saga tercinta. Nak jual ni. Ada yang nak beli? |
Nak dijadikan cerita, tahun 2014, Allah rezekikan saya berkahwin dengan suami tercinta. Kami mulakan hidup alam perkahwinan ni jarak jauh. Tapi berapa lama je boleh tahan kan?
Saat bahagia disatukan |
Jadi akhir bulan 12 tahun 2014, saya mintak jadi guru di sekolah lain di Kuantan. Nak sama-sama duduk sebumbung serumah dengan suami. Tak daya nak ulang alik tiap-tiap minggu. Alhamdulillah, doa saya didengari dan saya mulakan profession perguruan saya di Kuantan pula.
Cuma..
Apa yang ketara adalah perbezaan gaji. Saya bekerja di sekolah swasta ni dengan gaji hanya RM1200. Beza sebanyak RM1800 dengan gaji sebelum ni!
Mula-mula memang ok. Tapi dengan komitmen nak bayar kereta, nak bantu suami lagi, nak bagi kat mak abah lagi. Gaji RM1200 tu memang tak cukup. Jujur.
Tiba tahun 2015, Master Ainul Shahrazad perkenalkan projek The Walking Beauty, home & mobile spa. Allahu, apa pulak mobile spa ni? Buat spa dalam kereta ke? Mana nak muat nak buat spa dalam saga? 😂 Innocent tak? Haha.
Tapi terdetik kat hati. Ini mungkin peluang aku. Nak tambah pendapatan. Masa ni takde anak lagi. Jadi apa salahnya mencuba kan?
Masa tu yuran murah lagi. RM750. Tapi belajar facial je tau. Korang la yang untung, RM1999, dapat segala bagai mak nenek beg spa, steamer, alat-alat, bahan, siap produk! Jeles 😂😂
Ok back to the story.
Ehh tak boleh jadi ni. Memang nak kena pergi belajar ni. So, ku pejam mata. Korek duit ASB, pinjam mak sikit (buat berkat), mintak restu mak dan suami, ku turun Bangi belajar facial.
Hari training. Alahai menggamit memori sangat. |
Dapat modul dan siap ada task wei.
Amazingly, lepas siapkan task tu, menderu-deru orang booking nak facial. Daripada yang dekat-dekat sampai la orang yang tak kenal. Cuak wei.
Tapi nak cakap, teknik TWB senang, mudah yang amat! Ku boleh relax je facialkan orang yang tak kenal pun. Nak cakap bahawa teknik dia ni sangat la menyakinkan.
Alhamdulillah, sebulan pertama je ku berjaya balik modal! Yeay, alhamdulillah 😊😊
Ni beberapa testimoni daripada pelanggan Ee Beauty Spa 😊
Tahun 2018, saya pecat bos saya. Eh? Haha. Ok. Itu propa. Saya berhenti kerja. Niat saya nak jaga anak, nak spend banyak masa saya dengan anak. Susah jadi surirumah. Bukan semudah yang disangka tau. Tapi Allah bagi saya kekuatan. Allah bagi saya rezeki melalui projek The Walking Beauty.
Dan serius wei, duit hasil TWB ni sangat banyak bantu saya dalam hidup.
Tiba-tiba nak kena tukar bateri, bukak tabung spa, ada.
Tiba-tiba takde duit nak bayar ansuran kereta, bukak tabung spa, ada. (Ni terjadi lepas saya berhenti kerja.)
Paling terkesan dalam hidup saya, saya dapat belanja mak honeymoon kat Royale Chulan Cherating 😍😍 (kos kongsi adik beradik). Memang mak nangis terharu.😭
Hadiah istimewa |
Mak ayah |
Cantik kan?? 😍 |
Dalam spa TWB ada 5 penjuru pendapatan. Alhamdulillah lima-lima saya dah rasa. Saya dah dapat. Seronok sangat.
Jauh lagi langkah saya ni. Saya ada banyak sangat impian dan saya yakin saya boleh capai dengan #spaShaklee #TheWalkingBeauty ni.
Saya dah rasa. Dah ada magika yang mengalir dalam hidup saya sekarang. Anda bagaimana?
Boleh juga baca ni
AKU AKAN BERJAYA JADI JUTAWAN SPA THE WALKING BEAUTY!”
Welcome to TWB :)
Hubungi :
Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa
IG : eebeautyspa
Carian :
Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa