Pages -Menu for Ee Beauty Spa

14 October 2019

Saya berjaya turunkan berat sebanyak 4.4kg dalam masa 13 sahaja!

Assalamualaikum. Hai korang! 😊



Kronologi



Wah tak sabar ni nak kongsikan dengan anda semua pasal ni. Syukur sangat. Lepas Ee bersalin bulan Januari yang lalu, dalam masa pantang tu alhamdulillah turun 12 kg. Daripada 78kg menjadi 66kg.


Tapi masih jauh sebenarnya jika nak capai BMI yang normal. Yela tinggi pun malu-malu je. 152cm je 😄


Jadi Ee pun mencari cara macamana nak dapatkan balik BMI normal. Dah cuba diet, tak menjadi. Dah tambah senaman, pun masih di situ. Menyusukan anak? Ye, memang itulah rutinnya.


Jadi Ee dah mula tahu. Ok. Ini dah masuk fasa plateau. Apa tu plateau? Plateau ni adalah keadaan di mana ia tiada perubahan dalam aktiviti ataupun apa sahaja yang kita sedang buat. Dalam kes ni, nak kurus la kan.


Jadi saya kaji la macamana cara nak kuruskan badan dengan sihat. Dan cepat. Haha.


Ada beberapa cara yang saya jumpa. Detox, eat clean, suku-suku separuh, intermittent fasting. Semua saya kaji. Dan ternyata yang paling menarik bagi saya adalah detox.


Kenapa detox? Sebab ia bukan sahaja selesaikan masalah berat badan saya. Malah ia juga bantu selesaikan masalah hormon saya. Kebetulan masa tu period tak stabil dan tak tetap.


Dan banyak lagi kelebihan detox yang saya dah kongsi di sini > Detox selesaikan banyak masalah kesihatan.


Jadi saya pun mulakan pengembaraan detox Shaklee saya selama 17 hari. Ia sememangnya 17 hari yang sangat amazing!


Apa yang saya dapat dalam program Jom Detox Jutawan?



1. Coaching selama 17 hari. 


Kita akan dimasukkan dalam satu kumpulan. Ada beberapa orang coach dalam tu dan kita di bawah pantauan seorang coach yang telah ditetapkan.


Program berlangsung selama 17 hari. Dalam masa 17 hari ni, pelbagai ilmu kita boleh dapat. Dan kita kena update juga berat kita setiap hari. 


2. Meal plan disediakan.


Meal plan ni serius gempak! Ia dibuat oleh doktor-doktor nutrisi yang Shaklee upah untuk buat menu khas detox. Memang power.


Meal plan yang digunakan ni sangat terbukti mampu memberikan kesan dan keputusan yang sangat baik. Siapa ikut, wajib kurus. Begitulah.


Oh ye. Ada juga meal plan yang diubahsuai untuk mereka yang nak tambah berat badan. Wow! Dua-dua boleh.


3. Grocery list pun disediakan! 


Best uii. Tak perlu serabut otak nak fikir barang apa nak beli. Dah siap sedia ada dah. Cuma perlu ikut je.




Ni antara peserta yang kongsikan gambar sebelum start detox. Best tengok pelbagai warna ada 😍


4. Coach berpengalaman


Coach yang diambil ni bukan sebarangan orang tau. Mereka sendiri dah melalui program detox ni beberapa kali sehingga mereka dapat berat yang mereka inginkan. 




Barisan coach. Mereka ni semua terdiri daripada mereka yang dah pakar dalam detox. Mereka buat, mereka guide. Dan kita sama-sama dapat manfaat. 


5. Pelbagai resepi yang best! 


Haa ni best. Benda ni membuatkan korang rasa, "Eh tak sangka detox pun boleh makan best-best".


Cuba tengok ni. Ni semua resepi detox kami tau. Jangan terkejut. Hehe. 







Tengok ni je pun lapar 🤣 Yang bestnya, coach pun ada share resepi-resepi yang sangat mudah nak buat. 



So, apa keputusan yang Ee dapat lepas join program Jom Detox Jutawan? 



Banyak! Kita senaraikan sikit la ye. 


1. Berjaya turunkan 4.4kg dalam masa 13 hari! 





Alamak aii. Berbunga-bunga hati taip ni. Bayangkan dah 6 bulan dalam fasa plateau. Lepas join je detox, terus menjunam turun. Siapa yang tak happy kan.


Dan bila buat diet biasa pun, penurunan tak secepat ni. Paling best, dah habis program detox tu, walaupun kadang-kadang tak terjaga makan sebab kenduri, hari raya dan sebagainya, berat tak naik. 


Amazing kan? Sebab kita dah buang segala impurities yang badan kita tak perlukan. Sebab tu berat tak jadi yo-yo effect. Berbeza dengan diet biasa. Sekali tak jaga, memang out. 



2. Inch loss adalah sebanyak 12 inci. 




Banyak tau 12 inci hilang tak sampai 2 minggu. Memang best! Paling ketara bahagian yang hilang adalah perut dan lengan. 


3. Lebih senang bangun tidur. 



Saya ni sebenarnya sejenis yang agak liat nak bangun tidur. Banyak sangat toksin ni. Haha. 


Tapi beza sangat bila saya start detox. Bangun pagi rasa macam segar sangat. Tak boleh nak sambung tidur ke apa. Rasa badan lebih ringan. Tak kunci alarm pun takpe. Saya akan bangun sendiri. 


4. Hormon makin stabil



Lepas bersalin, saya ada masalah period tak lawas. Nak keluar pun malu-malu. Dan masa juga tak menentu. 


Saya memang tak biasa dengan keabnormalan macam ni. Biasanya ok je. Jadi saya dah mula bimbang. Darah haid yang tak lawas boleh mendatangkan penyakit tau. 


Alhamdulillah bila saya mula detox, ia kembali normal. Syukur sangat. 


Kesimpulan



Detox ni memang best! Ia tak perlu buat setiap hari. Cukup lah 2 bulan sekali. Di antaranya kita boleh buat eat clean ke, intermittent fasting ke, diet kalori ke. Terpulang. Yang penting, segala impurities dah terbuang daripada badan kita. 


Ingat, DETOX BUKAN DIET tau. Detox untuk singkirkan impurities dalam badan dan tingkatkan tahap kesihatan kita. Kurus itu bonus 😄


Nak join Jom Detox Jutawan? Feel free to contact me. 


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat




Terima Kasih

13 October 2019

6 Kelebihan Bisnes Shaklee Yang Anda Perlu Tahu!



Zaman sekarang dah tak sama macam zaman dulu. Semakin hari, nilai mata wang semakin naik. Harga barang semakin naik.


Saya yakin, ramai yang setuju jika saya kat akan, RM3000 pada zaman ni mengalir macam air. Cukup-cukup makan bagi mereka yang berumahtangga. Agak sesak bagi mereka yang mempunyai seorang anak. Apatah lagi ramai anak.


Oleh sebab itu, ramai yang mula mencari wang sampingan untuk sara kehidupan keluarga. Tak kurang juga surirumah yang mencari peluang bisnes untuk menggenggam wang sendiri. Wang simpanan sendiri sangat penting kerana kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.


Ada banyak peluang bisnes yang anda boleh ceburi. Yang terbaik, kena lah cari bisnes yang boleh bertahan lama, mempunyai jaminan dan bertujuan untuk membantu orang ramai.


Salah satunya adalah Shaklee. Saya sendiri dah lebih 7 tahun menjadi pengguna setia Shaklee. Alhamdulillah dah banyak benefit yang saya dapat sepanjang bersama Shaklee.


6 KELEBIHAN BISNES SHAKLEE YANG ANDA PERLU TAHU! 





1. Masa fleksibel



Anda boleh mulakan bisnes Shaklee di mana sahaja. Sama ada dari rumah atau dari tempat kerja, online atau offline. Bergantung kepada kesesuaian masa anda.


Saya pasti, ramai orang bekerja yang berfikir mengenai kekangan masa untuk berbisnes. Malah ada juga surirumah yang pening untuk uruskan masa berbisnes dan menguruskan rumah serta anak.


Jangan bimbang. Bisnes Shaklee sangat fleksibel. Jika anda mahu, segalanya mungkin.


2. Syarikat yang stabil dan dikenali



Siapa tak kenal Shaklee? Setiap kali ada yang sebut Shaklee, kebanyakan orang pasti pernah dengar walaupun sekali. Bezanya cuma sama ada mereka consume atau tak. 


Untuk pengetahuan semua, Shaklee ditubuhkan sejak 1956 dan ia kekal bertahan sehingga sekarang. Agak sukar nak lihat sesuatu syarikat bertahan lama dalam keadaan kegawatan ekonomi global sebegini. 


Namun syarikat Shaklee tetap teguh dan tak pernah gagal untuk masukkan bonus kepada kami, para pengedar Shaklee setiap bulan. 


3. Produk berkualiti



Tanpa diragui, setiap produk yang Shaklee keluarkan telah menjalani lebih daripada 100,000 ujian klinikal. Shaklee sentiasa pastikan kualiti produk dijaga agar ia terus selamat, berkesan dan terbukti. 


Banyak kandungan produk Shaklee yang telah dipaten agar tidak ditiru oleh mana-mana pihak terutamanya pengeluar suplemen.




Shaklee juga komited dalam memastikan setiap produk bebas daripada bahan kimia berbahaya yang mungkin mengancam kesihtan manusia dalam jangka masa pendek atau panjang.




Ini merupakan salah satu hasil daripada Landmark Study yang dilakukan terhadap produk Shaklee. Ia menunjukkan keputusan yang sangat baik bagi pengamal suplemen Shaklee berbanding mereka yang tidak memakan suplemen dan mereka yang mengambil satu jenis suplemen sahaja.


4. Bisnes yang bertahan lama



Penting untuk pastikan bisnes yang kita nak ceburi tu adalah bisnes yang bertahan lama. Long-term bisnes. Shaklee adalah satu bisnes long-term dan ia boleh diwarisi kepada anak cucu cicit kita nanti.




Seperti mana kami di TWB menggabungkan spa dan Shaklee, kami tetap fokus lebih pada Shaklee. Kerana ia bisnes long term. 


5. Bonus & cash



Shaklee menyediakan pelbagai penjuru dan peluang untuk anda dapatkan bonus dan cash. Secara amnya, pendapatan Shaklee boleh dibahagikan kepada 3C. Boleh baca di link dibawah.


Highlight : Program 3C Shaklee


Namun jika kita pecahkan kepada skop yang lebih kecil, ada lebih kurang 11 penjuru kita boleh dapatkan bonus daripada Shaklee ni. Best kan? 


Namun, caranya kena tahu la. Nak tahu caranya? Whatsapp je saya. Saya akan guide daripada pendaftaran sampai la and jadi master coordinator dalam bisnes Shaklee. 


6. Bimbingan pakar nutrisi



Shaklee tak pernah gagal menyediakan kelas nutrisi untuk semua orang pada setiap bulan. Bukan sahaja ahli Shaklee, malah orang awam juga dijemput untuk hadir ke kelas untuk menuntut ilmu nutrisi.


Begitu juga dengan seminar dan bengkel. Ahli-ahli nutrisi yang bekerja dengan Shaklee sentiasa membantu setiap permasalahan yang ada.




Bersama nutritionist Sarah yang sanggup turun ke Terengganu untuk kongsikan ilmu mengenai nutrisi. Kelas nutrisi memang di jalankan di seluruh Malaysia pada setiap bulan mengikut jadual yang telah mereka tetapkan. 


KESIMPULAN



Ini cuma sebahagian daripada kelebihan bisnes Shaklee yang saya sempat share dengan anda sekarang. InsyaAllah ada mas lain kali saya akan kongsikan lagi beberapa kelebihan bisnes Shaklee yang lain. 


Yang pastinya, menjalankan bisnes Shaklee dengan TEAM YANG TEPAT membantu anda grow dalam bisnes dengan sangat baik. InsyaAllah. 


Ingin bersama team saya untuk terus maju dalam bisnes Shaklee atau TWB? 


Disini saya lampirkan satu video kenapa anda perlu start BISNES MOBILE SPA bersama TWB sekarang! (Pssttt.. Bisnes mobile spa TWB ni menggunakan barang Shaklee. So automatik anda akan jadi ahli Shaklee. Ohsem kan?) 




Untuk mengetahui berkenaan bisnes Shaklee atau TWB, Whatsapp saya ok. 


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat


Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH