Pages -Menu for Ee Beauty Spa

06 December 2014

As-Sami', Yang Maha Mendengar

Setiap apa yang kita fikir, kita rasa mahupun yang kita bisik pada diri kita, tidak kan ada seorang pun yang tahu melainkan kita sendiri yang beritahu hal itu kepada orang lain.
Walaupun hakikatnya orang luar boleh membaca raut wajah kita, namun tidak semestinya tekaan itu betul. Kadang-kadang kita rasa seperti nak luahkan pada seseorang, tetapi tidak pasti siapakah orangnya. Pernah rasa macam tu? Mesti pernah kan..

Yakin pada Allah, jangan bersedih, Allah Maha Mendengar


Kita mungkin lupa, sebenarnya ada yang Maha Mendengar, tidak ada satu pun yang terkecuali daripada pendengaran Allah. As-Sami' sangat dekat dengan kita bahkan lebih dekat daripada pembuluh darah kita. Terlalu dekat kan? Tetapi kita tidak sedar atau kita mungkin sedar, cuma kita tidak pernah aplikasikan dalam kehidupan kita. 

Selalu sahaja kita harapkan ada orang yang akan mendengar setiap luahan hati kita, tetapi kita lupa bahawa kita ada Allah. Allah sentiasa ingin mendengar setiap rintihan hambaNya.
Jom kita bincang, apa yang kita boleh hayati daripada nama Allah yang satu ini.

1. Senang sangat hendak mengadu pada Allah. Kita tidak perlu sebut pun, Allah boleh dengar. Kita fikir sahaja pun Allah boleh tahu. Mudahnya mengadu pada Allah.

2. Peneman yang paling baik adalah Allah. Dia sangat dekat dengan kita, mengetahui setiap perkara yang terdetik, memahami setiap isi hati kita. Allah mendengar rintihan hati kita. Allah memberi kekuatan kepada kita.

3. Berfikir sebelum menyuarakan sesuatu sama ada secara lahiriah atau zahiriah. Setiap fikiran itu ada nilainya di sisi Allah. Fikirkan hanya perkara yang baik. InsyaAllah baik yang kita mintak, baiklah yang Allah akan bagi. Dan ingat bahawa Allah sentiasa ada dekat dengan kita :)


Pertolongan Allah, dekat


Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH