Assalamualaikum semua! Apa khabar?
Saya doakan semuanya berada dalam keadaan sihat ye. Sihat iman, sihat akhlak,
sihat tubuh badan. Amin..
Ok, hari ni saya nak kongsikan
mengenai kulit manusia. Kita tahu kulit kita ni istimewa kan? Ia organ terbesar
dalam badan kita. Apa? Organ? Ye, organ. Memandangkan kulit meliputi sebahagian
besar badan kita, apa salahnya kita ambil masa dalam 5 minit sahaja untuk kenal
kulit kita dengan lebih mendalam. Bila dah kenal kulit kita ni, senanglah kita
nak buat pilihan terbaik untuk jaga kulit kita ni J
Kulit
manusia ni terdiri dari tiga lapisan, Epidermis, Dermis, dan Hipodermis.
---------------------------------------------------------------
KOMPONEN DAN FUNGSI SETIAP LAPISAN
---------------------------------------------------------------
i)
EPIDERMIS
Merupakan
lapisan yang paling nipis. Di lapisan Epidermis, terdapat lapisan sel
keratinosit (protein) yang memainkan peranan penting dalam penghasilan sel kulit yang baru. Lapisan epidermis
ini tidak mempunyai sebarang saluran darah dan terdapat sel pembentuk pigmen
yang di panggil melanin. Melanin memainkan fungsi utama melindungi kulit
daripada sinaran uv dan memberi kesan pada warna kulit. Kesan yang macam mana?
Semakin banyak melanin pada kulit seseorang, semakin gelap warna kulitnya.
ii)
DERMIS
Lapisan
yang mempegaruhi kedutan pada muka. Pada lapisan ini terdapat pembuluh darah,
folikel rambut, kalenjar minyak, serabut saraf dan lemak. Jika protein banyak terdapat
pada lapisan epidermis, lapisan dermis pula mengandungi banyak kolagen dan kolagen
inilah yang berfungsi memberi kesan elastik dan tegang pada wajah.
Semakin
banyak kolagen dalam lapisan dermis, semakin tegang dan elastik kulit seseorang.
Semakin kurang kolagen pada lapisan ini, semakin kendur, berkedut dan lembik kulit
seseorang. Ini sebabnya kita sangat di sarankan untuk mengamalkan pemakanan
yang boleh meransang lebih banyak penghasilan kolagen.
Kolagen ni penting. Ia
ibarat tali yang hubungkan kulit dengan kulit. Kalau tali ni longgar atau
putus, maka kulit pun sama, akan makin kendur.
Pembuluh
darah pada lapisan ini pula berfungsi untuk
menghantar oksigen dan nutrien penting yang sangat diperlukan oleh epidermis
dan dermis.
iii)
HIPODERMIS (LAPISAN LEMAK)
Terletak
di bawah lapisan dermis dan mengandungi lebih banyak lemak yang mana memainkan peranan
sebagai penebat haba. Melindungi tubuh daripada sinaran matahari dan mikroorganisme.
Jadi jangan fikir lemak tu sebagai benda yang tak baik. Setiap yang Allah
jadikan tu ada tujuannya, Cuma kenalah berpada. Janganlah sampai lemak tu
berlebihan sehingga menutupi organ lain. Tak gitu?
JENIS-JENIS KULIT
Secara
amnya, terdapat enam jenis kulit yang berbeza. Kulit yang normal boleh berubah menjadi
kulit kering dan matang pada bila-bila masa, atas faktor cuaca, kesihatan,
perubahan hormon. Inilah sebab utama mengapa kita perlu member nutrisi yang
mencukupi dan perlindungan yang kuat untuk kulit kita.
Enam
jenis kulit yang dimaksudkan adalah kulit normal, kulit kering, kulit matang,
kulit gabungan, kulit berminyak dan kulit sensitif. Penting untuk kita tahu
jenis kulit kita supaya kita tak tersalah memilih produk.
i)
KULIT NORMAL
Kulit yang seimbang. Terdapat sedikit minyak juga kering sedikit. Bayi
biasanya memiliki kulit normal, kulit lembut bersinar dan sihat.
ii)
KULIT KERING
Kulit yang kebiasaanya bebas jerawat, kusam, tona tidak sekata,
terdapat garisan halus pada mata dan dahi walaupun dalam keadaan tidak senyum. Jeragat
biasanya ada pada mereka yang memiliki kulit kering.
iii)
KULIT MATANG
Jenis kulit yang tidak cukup nutrien-nutrien penting. Kebiasaanya mereka yang
tidak mengamalkan gaya pemakanan sihat seperti tidak mengambil sayur dan buah.
Bukan sahaja dari segi pemakanan, malah penjagaan luar juga tidak dititikberatkan.
Keadaan kulit matang lebih kurang sama seperti kulit kering tetapi, segalanya lebih,
lebih berjeragat, lebih banyak tona tidak sekata dan lebih banyak garisan halus.
iv) KULIT GABUNGAN
90% antara kita memiliki kulit jenis gabungan. Keadaan kulit gabungan
adalah keadaan di mana kawasan
‘ T-ZONE
’(dahi, hidung dan dagu) sering bermasalah. Bintik hitam, bintik putih,
kering juga berminyak.
v) KULIT BERMINYAK
Keadaan kulit berminyak adalah liang roma terbuka dan kelihatan seperti
kulit limau, berjerawat samada jerawat halus
atau jerawat besar. Liang roma yang terbuka menyebabkan banyak habuk dan kuman mudah
melekat.
vi)
KULIT SENSITIF
Contoh kulit sensitif adalah eczema, proarisis dan juga kulit yang
mengandungi pengelupasan yang teruk. Jenis kulit ini sangat tipis dan kemerahan,
kapilari darah banyak yang pecah kelihatan jelas kebiasaannya pada tepi hidung.
Mereka yang pernah menggunakan produk pemutihan cenderung untuk mengalami kulit
sensitif. Inilah bahaya penggunaan krim pemutihan
hari ini. Tersalah pilih, rosak kulit.
Cuba perhatikan. Yang mana satukah jenis kulit anda? Bila kita
mngetahui jenis kulit kita, mudah untuk kita membuat pilihan mengenai produk
yang ingin kita gunakan. Penggunaan produk yang semberono tanpa menghiraukan
jenis kulit anda adalah satu tindakan yang tidak bijak. Anda bukan sahaja boleh
merosakkan kulit, malah anda juga mungkin mendedahkan kulit anda kepada bahaya.
Untuk pemilihan yang tepat, anda boleh lihat Set
Kulit Shaklee (link). Berhati-hati supaya anda tak buat pilihan yang salah.
Pilih produk yang betul untuk kulit yang betul. Anda mampu memilihnya ;)
Untuk konsultansi lebih lanjut, sila hubungi saya di
0102888494. Konsultansi ekslusif diberikan hanya kepada pelanggan saya. Anda
pasti bertuah untuk memilih saya sebagai perunding kecantikan anda ;)
34 comments:
Saya rasa saya jenis kulit gabungan. Berminyak dan kadangkala kering juga. Saya rasa faktor tempat kerja juga, sebab kadang2 terdedah dengan matahari dan kadang2 sejuk dalam office. :(
Saya rasa saya antara combination/ oily. Tapi berudah ikut musim, kalau sejuk je takde minyak pun hehe
Saya punya kulit combination kot. Nasib la jenis kulit muka yang takde masalah.
TB punya kulit combination rasanya.. tak berminyak sangat.. tak kering sangat tapi kadang tang zon T ada minyak lebih.. eh betul ke combiantion skin ye? hahaha.. main taram je
Akak punya kulit jenis kombinasi....ada part yg berminyak ada part yang dry
fuhhh detailnya.. kulit sy pun makin teruk nak kena jaga balik asyik kena panas jer
ini sangat detailed. I have oily combination kulit. very frustrating
Saya ada kulit kombinasi. Selalu nya akan berminyak dekat bahagian hidung, dahi dan pipi. Tapi alhamdullilah sangat tak ada masalah jerawat
Kulit Lia jenis berminyak. Rasanya boleh kumpul goreng apa2 jer. Jerawat kadang-kdang je ada. Minyak tu memang ada & kerap guna kertas minyak.
Ramai yg jenis kulit berminyak. mungkin Shaklee ada solusinya
Kulit saya kering. Haha.
i think mine is kulit gabungan... nasib baik still control well. haha
4D3N Star Cruise 2017
Kulit saya jenis combination.
Penting amalkan pemakanan sihat, minum air kosong, dan amalkan supplimen.
sisintan.blogspot.my/2017/12/shaklee-baby-set-mandian-baby-organik.html?m=1
I punya kulit combination oil, dan i prefer organik skincare untuk skin I
I punya kulit jenis berminyak dekat T zone. Tp sy xpakai skincare apa2 pon sampailah sekarang. Alhamdulillah kulit muka xde masalah jerawat yg serious.
Kulit saya memang sensitif dengan matahari. Mudah nak terbakar dan menggelupas tapi susah nak back to normal. Selama ni guna produk aloe verra klu kulit pedih atau terbakar.
Bila sejuk dalam office, actually kita pun akan kurang minum air. Betul tak? Automatik kelembapan kurang. Badan kita baca as 'kering' so dia akan produce lebih banyak minyak. Sebab kulit akan jadi berminyak.
Banyakkan minum air ye. Dan jangan lupa facial sebulan sekali 😄
Depends juga pada persekitaran. Kulit kita ni dia adjust ikut persekitaran dan apa kita makan 😄
Happy to hear that.. yang penting, kulit kena jaga tau. 😊
Kalau kat T-zone tu berminyak, betul la tu combination 😊
👍😊
Penting jaga kulit tau. Bukan untuk luaran juga. Dalaman jugak. Kalau asyik kena panas tu maksudnya dah terdedah banyak dengan uv. Bahaya juga kalau takde sunblock 😊
Jangan frust dear 😊 Nanti you pergi facial sebulan sekali, mesti nampak hasil baik.
Jangan lupa jaga pemakanan juga.
Alhamdulillah takde masalah jerawat 😊 kulit kombinasi, facial sebulan sekali, jaga makan, ambil vitamin C insyaAllah senang jaga
Kulit jenis berminyak sangat kena jaga apa yang kita makan. Kurangkan makanan berminyak ye. Ambil vitamin C, minum banyak air.
InsyaAllah ada. Tapi kena pm dulu untuk tahu betul ke kulit berminyak. Ada tips tambahan juga 😊
Kulit kering kena pakai moisturiser ye. Banyakkan minum air.
Pelembap kulit bukan untuk perempuan je tau 😄
Happy to hear that 😊 memang kena control. Baru kulit sentiasa cantik
Ye, saya sangat setuju 😊
Yes! Organic skincare memang sangat bagus. Me too are choosing organic skincare from Shaklee 😄
Alhamdulillah.. tak pakai skincare apa2 pon tu lebih baik sebenarnya berbanding pakai skincare yang banyak chemical berbahaya 😊
Bila nak keluar rumah, cuba pakai sunblock. Dan cuba rawat daripada dalam. Boleh cuba ESP & Vitamin C Shaklee. Sangat membantu 😊
Saya combination skin...
Kdg2 susah jugak bila combination ni...
Sebab ada certain2 part ja yg prob kan
Kulit kita boleh jadi semua di atas pada waktu berbeza. Masa datang haid, kulit berminyak. Bila habis haid kulit glow dan normal. Kulit kering bila cuaca tak menentu. Masa hampir haid combination skin pula. Kering la, T Zone berminyak. Macam-macam. Hahaha. So, banyakkan minum air kosong, at least kurang breakout. Supaya bleh pakai mekap.
Post a Comment