Assalamualaikum
semua terutamanya ibu-ibu yang nak bersedia nak susukan anak sepenuhnya ni.
Tengok tajuk pun tahu kan? Biasanya yang akan klik untuk isu ni ibu muda yang
baru nak belajar mengenai penyusuan susu ibu atau ibu-ibu yang cuba nak
memperbaiki kualiti penyusuan.
Alhamdulillah.
Besar sangat pahala kita bila kita menyusukan anak dengan ikhlas. Saya doakan kita
semua berjaya dalam penyusuan susu ibu ni sampai anak kita 2 tahun. Aamin.
4 PERSEDIAAN
PENTING UNTUK PENYUSUAN 2 TAHUN
InsyaAllah
harini saya kongsi 4 persediaan penting untuk pastikan kuantiti susu kita tetap
cukup. Formulanya senang lagi mudah. F.E.E.D. Ingat penyusuan ingat FEED.
1. F – Frequent
Kekerapan kita memerah
dan mengosongkan payudara sangat penting. Lebih kerap kita kosongkan payudara, lebih
banyak susu terhasil. Bagaimana?
Bila payudara kita kerap
kosong, badan akan hantar isyarat pada otak, ‘BAYI PERLUKAN SUSU LEBIH’. Jadi,
lebih cepat susu akan dipenuhi semula.
Jika payudara jarang
kosong, badan akan hantar isyarat susu dah cukup. Jadi tiada tindak balas
daripada badan untuk hasilkan lebih banyak susu. Baginya susu sudah cukup. Jadi
tidak perlu hasilkan banyak susu.
Dapat sesuatu?
2. E – Effective
Keberkesanan apa ni? Keberkesanan payudara untuk keluarkan susukah? Sabar.
J Saya maksudkan dengan keberkesanan
pam susu. Kita kena sentiasa ingat. Bukan semua pam susu sesuai untuk kita. Cara
penggunaan pam juga sangat penting. Ia mempengaruhi jumlah susu yag akan
dikeluarkan.
Pengalaman saya, saya
pernah guna satu pam manual jenama A. Masa tu suami yang belikan. Saya masih di
wad. Tak sempat kami beli bersama sebab Ayra nak keluar awal. Pam ni tiada silicon
lembut untuk meyuokong payudara, dan kekuatan ia mengepam juga agak kuat.
Hasilnya seminggu saya terpaksa menahan kesakitan akibat puting luka.
Kemudian saya bertukar
pada pam jenama Lacte’. Alhamdulillah serasi dengan saya. Hasil pengepaman juga
memuaskan hati. Bukan saya nak promot jenama ni ye. Saya hanya nak beritahu
bukan semua jenis pam sesuai dengan kita.
Jadi bagaimana nak beli
yang sesuai? Anda boleh pergi ke beberapa kedai yang menjual alat pengepam susu
yang menyediakan khidmat ‘try your pump’. Anda boleh cuba kat situ juga. Anda boleh
serasikan corong pam dengan saiz payudara dan lihat juga kekuatan ia mengepam. Cari
yang selesa ye.
3. E – Exclusive
Bayi di bawah 6 bulan
perlu diberi susu badan secara eksklusif tanpa diberi makanan atau minuman
lain. Termasuk air masak. Ia adalah sangat dilarang.
Beri mereka susu badan
semaksimum mungkin. Teringat pula Ayra semasa dia dalam usia 6 bulan pertama. Setiap
2 jam maksimum dia akan minta susu. Kebanyakan masa, biasanya sejam sekali dia
akan minta susu.
Pada masa ni, memang
penat. Tapi sangat seronok. Ia pengalaman paling indah sebagai ibu.
4. D – Demand Vs
Supply
Apabila permintaan
terhadap susu tinggi, banyak susu akan terhasil. Siap tersedia. Tinggal bayi
nak minum je. Dan bagaimana kita nak pastikan permintaan ini sentiasa tinggi?
Bila bayi berada di sisi, susukan
sebanyak yag mungkin. Dan bila mereka tiada di sisi, jaga jadual pam. Pam sekurang-kurangnya
2-3 jam sekali. Jangan terlalu lama jarak masanya. Ia boleh menyebabkan
payudara bengkak seterusnya boleh menyebabkan mastitis.
PENYUSUAN
YANG INDAH
Empat perkara
ni sangat saya jaga. Ia penting untuk memastikan kelangsungan penghasilan susu
yang cukup. Sebab itu Ayra pun sangat gembira J
Ayra yang pantang tengok kamera. |
Di samping
empat perkara penting ni, saya tetap amalkan pemakanan yang cukup dan baik. Setberpantang Shaklee pun tak pernah saya tinggalkan. Saya nak anak saya dapat zat
sebaik mungkin daripada penyusuannya.
Kenapa saya
pilih set berpantang? Sebab ia lengkap untuk penyusuan yang baik, kesihatan ibu
dan anak serta kecantikan dalaman dan luaran. Kalau dulu, ada orang takut nak
susukan anak. Bimbang nanti badan dah tak cantik. Dengan set ni, saya langsung
tak bimbang perkara tu. Bila kita faham konsep penyusuan ni, insyaAllah kita
akan rasa sangat bangga bila boleh susukan anak sendiri.
InsyaAllah
anda juga boleh. Jangan mengalah sebelum berjuang. Pertahankan hak anak,
insyaAllah Allah akan jaga hak kita.
Selamat menyusukan
anak comel anda!
Salam
sayang,
Shasratul
Ameerah
SID
: 1095681
0102888494
Your
trusted Shaklee distributor
1 comment:
yalah kan...menyusu bayi dengan susu badan ikut teori ekonomi juga...
ada permintaan maka ada penawaran
Post a Comment