Pages -Menu for Ee Beauty Spa

17 December 2017

6 TIPS MEMILIH KURSUS SPA BERGERAK TERBAIK

Assalamualaikum  :)



Anda dah sampai sini ni. Dah tentu-tentu tengah cari kursus spa bergerak kan? Rileks. Anda kena timbang kelebihan dan kekurangan sesuatu kursus sebelum masuk dan labur duit anda ye. Saya pun tak nak anda labur duit banyak-banyak tapi nanti anda terkontang-kanting seorang diri.



Hari ni saya kongsi sikit mengenai 6 tips yang saya rasa penting sebelum anda join sesuatu kursus spa. Penting tau! Ini yuran kebijaksanaan anda. Jadi kena gunakan dengan bijak.



6 TIPS MEMILIH KURSUS SPA BERGERAK TERBAIK.


1.  Pastikan MODAL yang dikeluarkan kurang daripada RM2000. Ini yang sebaiknya. Ini juga ada saya kongsikan di post saya ( 7 Tips Penting Sebelum Memulakan Bisnes!)


2. Pastikan ada PROVEN RESULT, iaitu bukti yang menunjukkan ilmu yang anda akan dapat ni mampu memberikan pulangan yang lumayan. Bukan sekadar teori semata.


3. Masa dan training yang FLEKSIBEL supaya anda tak perlu susah-susah untuk merantau jauh-jauh untuk dapat ilmu yang berharga tu.


4. DIPERCAYAI. Anda semestinya tak nak ditipu kan?


5. MUDAH DAN PADAT. Biat ilmu yang anda dapat itu mudah untuk anda aplikasikan tapi ia padat dengan tips dan cara untuk bina spa bergerak anda.


6. Pastikan ianya BERBALOI. Tolong survey dulu kelas yang anda nak pergi tu.




Nah 6 tips penting untuk anda. Saya pun dulu buat kira-kira ni untuk join kursus spa tau. Dan akhirnya saya tetap dengan pendirian saya untuk pilih THE WALKING BEAUTY!



kursus spa bergerak
Kursus spa bergerak The Walking Beauty

Kenapa saya kata KURSUS SPA BERGERAK THE WALKING BEAUTY adalah yang terbaik?



1. MODAL untuk join kursus spa bergerak ni tak sampai RM1K pun! Harini belajar, esok dah boleh gerakkan spa dan ambil pelanggan.


2. PROVEN RESULT yang sangat banyak. Boleh tengok beberapa testimoni yang saya lampirkan di sini (The Walking Beauty : Kursus Spa Murah di Malaysia) . Saya juga lampirkan testimoni saya sendiri. (Review : The Walking Beauty). 

*notakaki : Pakej spa yang ditawarkan di link tersebut dah berubah :)


3. Ia sangat FLEKSIBEL. Anda boleh bincang dengan kami mengenai masa dan tempat latihan. 


the walking beauty
Sambil buaikan anak boleh

kursus spa bergerak
Sambil bercuti pun boleh.

4. DIPERCAYAI. Tiada sebarang cas tersembunyi. Dan anda boleh nikmati sepuasnya apa sahaja hasil yang anda dapat daripada TWB, itu adalah hak kepunyaan anda 100%. Tiada satu sen pun keuntungan anda yang perlu anda berikan kepada kami :)


5. MUDAH DAN PADAT. Bayangkan anda akan belajar 5 courses + 1 advanced course hanya dalam masa 3-4 jam! Terkejut kan? Tapi itulah TWB. Walaupun tak sampai sehari, ilmu dan praktikal ni sangat powerful dan padat. Sila sediakan plastik sebab anda mungkin termuntah dengan lambakan ilmu spa yang akan kami kongsikan kepada anda.


6. BERBALOI sangat! Bayangkan hanya dengan modal RM999, anda akan dapat belajar

1.    Facial + Face Massage
2.    Body scrub
3.    Sauna
4.    Aura bath
5.    Foot & hand spa

+ 1 course yang sangat special. Bagaimana bina spa bergerak anda langkah demi langkah. Satu-satu kami akan terangkan.

Anda juga akan mendapat :

1.    Sijil
2.    Trial kit spa
3.    Access ke Group Support
4.    Produk kecantikan


Dan yang lebih menarik, training yang kami adalah adalah secara one-to-one. Boleh
setkan jika anda nak training 2 - 4 orang juga. Yang penting ianya bersifat eksklusif
dan anda tak perlu bersesak-sesak dalam dewan yang ramai.


kursus spa bergerak
Kami akan bekalkan kit spa dalam kotak TWB yang comel dan eksklusif tu.


Masih ragu-ragu? Buang ia jauh-jauh. Tetapkan dalam hati,


“AKU AKAN BERJAYA JADI JUTAWAN SPA THE WALKING BEAUTY!”


Welcome to TWB :)


Hubungi :

kursus spa bergerak



Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa


Carian :

Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa



Terima Kasih

26 comments:

Ezna Khalili said...

La ni orang agak sibuk nak pergi ke spa jadi spa bergerak ni alternatif buat mereka yang sibuk.

Dr Yingzangel said...

Wao. Sehari dah boleh dapat cert? Boleh tau trainer dia certification dari mana?

ajuyarashid said...

best nya...AR pun minat jugak spa2 ni tapi dengan askar tu yg buat tak dapat nak ber spa sangat. kalau dpt roger spa bergerak best jugak ni

Māmy Syu said...

Waa..ini memang peluang perniagaan yg cerah masa ni. Sebab pengalaman AS, bidan2 urut tradisional skrg ni dah makin pupus, sebab xde waris nak teruskan kerja diorang.

Tengkubutang said...

bagusnya ada spa bergerak macam ni.. senang ibu-ibu yang susah nak keluar rumah tu ber spa di rumah aje kan..

Hasif Hamsyari said...

wah... spa bergerak yang ni untuk perempuan kan? kalau lelaki ada ke? haha. kadang-kadang was-was dengan tempelan iklan yang merata tu sebab risau bukan yang diiktiraf. apapun, bagus rujukan ni untuk kaum Hawa.

Fadzi Razak said...

Fadzi pernah dengar jugak pasal spa bergerak ni. Nak cuba tapi tak tercuba-cuba lagi. Dulu lepas pregnant je mak bidan datang berurut. Tu agak-agak kire spa bergerak tak hahahaa

Ana Suhana said...

Siapa yang berminat nak ceburi bidang spa boleh lah belajar dengan TWB. Murah dan proven result. Belajar hari ni esok dah boleh apply apa yg dibelajar.

Nisa said...

'Spa bergerak' memang sangat-sangat membantu. Waktu posy natal dulu, memang ada ambil seorang gadis untuk mengurut tetapi disebabkan beliau tiada certificate, hanya bergantung kepada pengalaman bekerja di spa dahulu... kami ambil juga. Alhamdulillah, tiada perkara yang negatif berlaku. Anyways, bagi sesiapa yang ingin build up a business in spa... try to join this! Really worth it and inshaAllah, ramai yang akan yakin.

Rafzan Tomomi said...

tak perlu nak ke spa dah lebih ni sister-sister. bagus ada service macam ni :)

Shasratul Ameerah said...

Betul tu 😄 Seronok orang oamper kita dari rumah je.

Shasratul Ameerah said...

Dear Ho, certificate is from Ainul D'Secret, berdaftar dengan SSM 😊

Shasratul Ameerah said...

Best 😄😄 Boleh roger je kalau nak. Kami ounya team dah meluas di seluruh negeri 😊😊

Shasratul Ameerah said...

* punya

Shasratul Ameerah said...

Betul.. Ini peluang perniagaan yang sangat baik. Tapi bukan urut tradisional 😅 Ia lebih kepada relaxing

Shasratul Ameerah said...

Betul sangat 😂 Ibu-ibu ni kadang-kadang tak dan nak kawal anak-anak. Jadi nak bawak keluar pi kedai spa tu is almost impossible

Shasratul Ameerah said...

Perempuan sahaja. Kami tak buka untuk lelaki. Bimbang ada yang salah guna. Kita yang menyampaikan ilmu ni jugak yang nak kena menjawab nanti 😅😅

Ini diiktiraf insyaAllah. Berdaftar dengan SSM 😊

Shasratul Ameerah said...

Lebih kurang la tu 😂😂 tapi tu lebih pada tukang urut bergerak kot. Haha

Shasratul Ameerah said...

InsyaAllah.. Modulnya senang. Mudah nak apply.

Shasratul Ameerah said...

Itulah. Sekarang ni certificate tu penting untuk rujukan. Sebagai bukti memang betul dah menuntut ilmu.

Shasratul Ameerah said...

Tq 😄😄 boleh suggest pada mak , adik, kakak. Memang worth it. Selamat pun selamat. Buat kat rumah je

Bonde Zaidalifah said...

best juga ada spa bergerak.. sesuai bagi suri rumah yang tak dapat nak keluar rumah kerana mengurusan anak atau yang malas nak drive lalu sesak jalan raya , cari parking susah, byr parking mahal memang sesuai sangat nih tunggu dan ready dekat rumah sahaja

Ying 頑壞 said...

Interesting course indeed. I myself prefer call in massage, sometimes just lazy to drive all the way out 😂

Maya said...

Kursus spa bergerak ni memang bagus untuk mereka yang baru nak berjinak dalam bidang spa. Bagus

MaisarahSidi said...

salah satu cara untuk menambah pendapatan dalam bidang spa. sangat bagus bagi sesiapa yang berminat.

www.maisarahsidi.com

Syafiera Yamin said...

I nak cari tukang urut yang tak ikut jam, urut sampai lega ada tak huhuhuh

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH