Pages -Menu for Ee Beauty Spa

04 August 2018

TWB The Glamorous Mobile Spa

Assalamualaikum & Hola semua 🙋


Malam ni saya sangat teruja nak kongsikan dengan anda mengenai TWB, the glamorous mobile spa in Malaysia & sebenarnya sedang berkembang juga ke negara-negara lain seperti Mesir, Brunei, New Zealand & Perth!


Twb, mobile spa, kursus Mobile spa, kursus spa, malaysia
Latar belakang poster mestilah gambar geng TWB di Perth ☺

Jadi boleh ke saya kata TWB ni glamor? Of course! Isn't it?


Tapi sebelum tu, mesti ada yang tertanya-tanya. Apa itu TWB? Huruf-huruf ni mewakili apa agaknya?


TWB THE GLAMOROUS MOBILE SPA : Apa itu TWB?


TWB ni sebenarnya mewakili The Walking Beauty. Ia merupakan sebuah kursus mobile spa yang sangat mudah, seronok dan sangat menguntungkan! Ia langsung tak sama seperti kursus spa biasa.


Khas untuk semua yang bergelar wanita. Dan kita berkhidmat pun untuk wanita sahaja ☺ Itulah TWB.

The walking beauty, mobile spa, kursus spa,kursus mobile spa, kuantan, mobile spa kuantan, muslimah,
Perjumpaan mini TWB

The walking beauty, mobile spa, kursus spa,kursus mobile spa, kuantan, mobile spa kuantan, muslimah,
Dengan tema All White

TWB ni diwujudkan untuk bantu ramai wanita supaya boleh berdikari dan mampu jadi wanita berkelas tinggi. Ada pendapatan sendiri, tidak bergantung semata-mata kepada orang lain.


Anda boleh baca mengenai TWB dengan lebih lanjut di post saya sebelum ni. Saya sediakan pautan di bawah ye. Kalau dah klik tu, pastikan kembali ke pautan ni balik ye. Banyak lagi ni nak kongsi 😉


» Apa itu TWB?
» 30 FAQ mengenai TWB


Anda dah klik? Menarik kan? Ok tunggu, tunggu. Banyak lagi kejutan ni. Sebelum kita tengok apa yang TWB boleh bagi pada anda, jom tengok beberapa testimoni daripada pelanggan spa TWB dan juga testimoni daripada peserta kursus spa TWB.


TWB THE GLAMOROUS MOBILE SPA : Testimoni pelanggan spa TWB.



Jom saya kongsikan beberapa feedback pelanggan mengenai servis mobile spa TWB ni.


» Percaya atau tidak, artis pun gunakan servis TWB tau. Siapa kenal pelakon cantik dalam cerita Sayangku Kapten Mukhriz ni? Glamor kan TWB?



» Dah cuba banyak servis mobile spa. Terbukti servis mobile spa TWB adalah yang terbaik! Ranking nombor satu lagi.



» Customer's most favourite treatment. Mestilah urutan hilangkan stress. Bila ahli terapi kecantikan TWB tekan je titik tertentu pada muka dan belakang tengkuk, itulah saat paling tenang yang pelanggan rasa.



» Apa kata kita lihat perubahan sebelum dan selepas servis facial dengan TWB pula? Nampak perbezaanya bila kita gunakan produk berkualiti tinggi walaupun gunakan teknik yang simple.

The walking beauty, mobile spa, kursus spa,kursus mobile spa, kuantan, mobile spa kuantan, muslimah,
Sebelum dan selepas facial. Tanpa gunakan instrumen yang mahal pun boleh tegangkan kulit muka.

The walking beauty, mobile spa, kursus spa,kursus mobile spa, kuantan, mobile spa kuantan, muslimah,
Sebelum dan selepas spa tangan. Produk yang hebat mampu berikan impak yang hebat.

The walking beauty, mobile spa, kursus spa,kursus mobile spa, kuantan, mobile spa kuantan, muslimah,
Perasan tak bintik putih di muka dah terus hilang? Teknik scrub kami sangat hebat tau.

The walking beauty, mobile spa, kursus spa,kursus mobile spa, kuantan, mobile spa kuantan, muslimah,
Kaki merekah? Teknik spa kaki dan produk TWBmampu atasi masalah tersebut.

The walking beauty, mobile spa, kursus spa,kursus mobile spa, kuantan, mobile spa kuantan, muslimah,
Urat hijau di tepi mata hilang? Kulit pun lebih berseri kan? ☺

Teruja lihat perubahan pada kulit pelanggan? Anda mesti lagi teruja bila dengar perkongsian pengalaman daripada ahli terapi kecantikan dalam keluarga TWB kami.


TWB THE GLAMOROUS MOBILE SPA : Testimoni ahli terapi kecantikan TWB.


Saya kongsikan satu pengalaman ahli terapi kecantikan TWB yang sanggup laburkan wang sebagai modal untuk join kursus mobile spa TWB dan lihat apa yang mereka telah capai sekarang.


» Ahli terapi kecantikan Iris.


Nak share dgn korang ni. Cite sedih juga masa mula2 nak join twb kan actually time tu baru jer resign. Sbln tak kerja. Duit masa tu ade 1k jer dlm acc sbb byr hutang. Pastu kan jumpa blog mas, whtsap mas nk tnya pasal mobile spa. Pastu dia suh dtg umah dia. Terus p tak pikir apa dah.

Ada satu ayat mas ckp, dia akan buat apa saja utk join twb. Kalau kena pinjam duit dgn orang pun dia akan pinjam nak join twb punya pasal sbb dia kata dia tau apa yg twb boleh bagi dan twb ni ade masa depan. 

Balik dari rumah mas tu, tak bleh tido sbb pikir dlm acc ade 1k jer. Nak join twb masa tu 999. Klu labur kat 999 tu dlm acc cuma akan tinggal singgit jer😭

Pastu whtsap mas tanya dlm 999 tu dpt ape, sbb nak kena kira ROI brapa dan bila boleh dpt blk. Dlm keadaan tak kerja tau masa tu 999 tu utk mkn minum minyak keta modal utk cari keje semua. 

Nak minta kat ayah n makcik malu. Sebab nanti depa tau yang saya tengah susah time tu. Nanti dah susahkan depa pula. Tu yg kena fikir pnjang. Entahlah myb jenis segan nak minta dgn org😩

Pastu istikharah doa minta klu btol join twb ni rezeki permudahkan sbb nak bagi mkn anak2😔. Seminggu lps tu klu tk silap la saya whtsap mas minta no acc nk transfer 999 nk join twb. Pejam mata transfer. Masa nak transfer tu niat nak kumpul blk kurang2 ada simpanan dalam bank 10k sebelum 15/12/2018 mean sebelum thn 2019.

Dah habis training semua, mas kata cari 5org praktis dulu nak bagi mahir n nak ingt step. Caj murah2 dah. Tapi tular baru nak mula kan, segan malu semua ada. Sebab org tk kenal kita. 1st skali try kat muka makcik. Ingt nak buat free jer tp dia bg 50time tu, mcm dia tau tgh tkde duit😂 mulut ckp tkyah lar, tapi tangan ambil duit tu😜

Lps sebuln dah dpt blk modal. Time tu tk sngka boleh dpt. Then pelan2 planning itu ini beli steamer segalas pekakas yg nak guna. Dalam masa yg sama g belajar mengurut blk, amik course yg murah2. sebab dh lama tk urut org kan tkut terlupa step. 

Alhamdulillah skrang dah ok. Stabil skit dari awal2 masa nk join twb. Ada bulan brapa tah tak ingat, bln tu lnsung tkde permintaan. Pastu call mas g jmpa dia tanya tips. Bulan tu down la balik, lps jumpa mas tu Ahamdulillah nampk jalan blk cmne nak run busines spa ni😬

Cuma tu lar belum ade rezeki utk anak spa n jual shaklee laju2 cam korang dpt bonus lebat2. Doakan saya yer utk tak malu buka mulut share offline pasal shaklee. Nak bonus jugaaaa

Sekarang saya dah bebas hutang kecuali hutang mara. Kete pun dah habis byr pakai duit spa jer. Sebab sy mmg tkde income lain kecuali buat spa ni jer. Pastu tu kan tiap2 bulan reward diri sendiri supaya lebih berkeja keras cari duit. Atleast hargai diri sndiri. Mas kata klu kita byk duit tak bother pun kita tkde laki. Menusukkkk!!😂

Struggle yakmat sebenarnya. Kadang2 tgh malam menangis sensorang sbb tak larat mcm nak mati rase😝 tkde sape pun tau susah kita. Orang tau mengata jer. Tapi tak kesahlah B-complex kan ade, agak2 nak stress telan lebih skit🤣🤣🤣

Tu jer lar nak kongsi dgn korang.
Sekian monolog iris tgh mlm ni🤣🤣🤣

Dan sekarang. Inilah jumlah simpanan yang Iris ada sejak Iris mula join. Tak sampai setahun. Dan jumlah simpanannya melebihi apa yang dia target ☺

The walking beauty, mobile spa, kursus spa,kursus mobile spa, kuantan, mobile spa kuantan, muslimah,


Saya cuma kongsikan satu kisah dahulu. InsyaAllah lepas ni saya akan kongsikan lagi banyak kisah-kisah lain dalam TWB.


Anda juga boleh baca testimoni ahli terapi kecantikan TWB lain di pautan yang saya sediakan di bawah ni.

» Testimoni buat duit dengan TWB
» Berbaloikah join TWB?



Secara ringkasnya, mari kita sama-sama baca apa yang TWB boleh berikan kepada anda.


TWB THE GLAMOROUS MOBILE SPA : Apa yang TWB boleh bagi pada saya?


Seperti yang saya sebut tadi, TWB langsung tidak sama dengan kursus spa biasa. TWB sentiasa tawarkan tawaran yang tak mampu anda tolak. Ok jom kita lihat satu per satu.


1. TWB sediakan 5 penjuru pendapatan

Dan ini tidak ditawarkan dalam mana-mana kursus spa lain. Malangnya, kami tak boleh dedahkan ia di sini. Syyhh. Ia rahsia kursus mobile spa TWB 😉


2. Peluang untuk melancong setahun sekali ke luar negara dengan harga yang sangat minima.


TWB ni mula ditubuhkan Julai 2015. Tahun pertama tu memang dah ada satu trip ke Melbourne, tapi masa tu cuma 3 orang yang pergi bersama pengasas projek TWB. Ia bertujuan sebagai kaji selidik untuk bawa kumpulan yang lebih besar pada tahun berikutnya.


Bermula tahun 2016, iaitu tahun kedua TWB ditubuhkan, bermulalah operasi lawatan ke luar negara TWB pada setiap tahun. 2016, ahli TWB jejakkan kaki ke Perth dengan belanja cuma RM1600 all-in!


The walking beauty, mobile spa, kursus spa,kursus mobile spa, kuantan, mobile spa kuantan, muslimah,
2016 - Perth

Pada tahun ketiga iaitu tahun 2017, ahli TWB bersantai di Maldives pula. Sangat cantik 😍 Rasa-rasanya berapa kosnya?


Cuma RM1600 all-in! Macam tak percaya kan macamana TWB boleh adakan lawatan kr luar negara dengan kos serendah tu. Bukan 2 hari je tau. 5 hari 😎


2017 - Maldives

Dan insyaAllah tahun ni TWB bakal bertapak di Paris pula 👏 Seronok? Ini bukan sekadar seronok. Ini sangat mengujakan!


3. Kursus lengkap dengan harga paling rendah


Anda mesti tertanya-tanya kan, "Apa yang disediakan dalam kursus mobile spa TWB ni?"


Anda boleh baca info mengenai kursus mobile spa TWB di sini. Menariknya, bulan Ogos 2018 merupakan bulan bertuah bagi mereka yang join kursus mobile spa TWB. Nak tahu kenapa?


Kerana anda akan dapat barang ini secara PERCUMA! Ye, percuma je tau. Nak beli sendiri? Boleh je. Kat luar, harganya RM900 satu tau. Dalam TWB, anda dapat percuma je.


The walking beauty, mobile spa, kursus spa,kursus mobile spa, kuantan, mobile spa kuantan, muslimah,
Satu alat, banyak kegunaan.



Jangan katakan anda. Saya ahli terapi kecantikan yang dah lama join pun nak dapatkan alat ni. Sangat membantu dalam servis spa kita kan? 😉


Sertai kami sekarang ! 😊


Hubungi :


Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa



Carian :

Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa


Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH