Kronologi
Wah tak sabar ni nak kongsikan dengan anda semua pasal ni. Syukur sangat. Lepas Ee bersalin bulan Januari yang lalu, dalam masa pantang tu alhamdulillah turun 12 kg. Daripada 78kg menjadi 66kg.
Tapi masih jauh sebenarnya jika nak capai BMI yang normal. Yela tinggi pun malu-malu je. 152cm je 😄
Jadi Ee pun mencari cara macamana nak dapatkan balik BMI normal. Dah cuba diet, tak menjadi. Dah tambah senaman, pun masih di situ. Menyusukan anak? Ye, memang itulah rutinnya.
Jadi Ee dah mula tahu. Ok. Ini dah masuk fasa plateau. Apa tu plateau? Plateau ni adalah keadaan di mana ia tiada perubahan dalam aktiviti ataupun apa sahaja yang kita sedang buat. Dalam kes ni, nak kurus la kan.
Jadi saya kaji la macamana cara nak kuruskan badan dengan sihat. Dan cepat. Haha.
Ada beberapa cara yang saya jumpa. Detox, eat clean, suku-suku separuh, intermittent fasting. Semua saya kaji. Dan ternyata yang paling menarik bagi saya adalah detox.
Kenapa detox? Sebab ia bukan sahaja selesaikan masalah berat badan saya. Malah ia juga bantu selesaikan masalah hormon saya. Kebetulan masa tu period tak stabil dan tak tetap.
Dan banyak lagi kelebihan detox yang saya dah kongsi di sini > Detox selesaikan banyak masalah kesihatan.
Jadi saya pun mulakan pengembaraan detox Shaklee saya selama 17 hari. Ia sememangnya 17 hari yang sangat amazing!
Apa yang saya dapat dalam program Jom Detox Jutawan?
1. Coaching selama 17 hari.
Kita akan dimasukkan dalam satu kumpulan. Ada beberapa orang coach dalam tu dan kita di bawah pantauan seorang coach yang telah ditetapkan.
Program berlangsung selama 17 hari. Dalam masa 17 hari ni, pelbagai ilmu kita boleh dapat. Dan kita kena update juga berat kita setiap hari.
2. Meal plan disediakan.
Meal plan ni serius gempak! Ia dibuat oleh doktor-doktor nutrisi yang Shaklee upah untuk buat menu khas detox. Memang power.
Meal plan yang digunakan ni sangat terbukti mampu memberikan kesan dan keputusan yang sangat baik. Siapa ikut, wajib kurus. Begitulah.
Oh ye. Ada juga meal plan yang diubahsuai untuk mereka yang nak tambah berat badan. Wow! Dua-dua boleh.
3. Grocery list pun disediakan!
Best uii. Tak perlu serabut otak nak fikir barang apa nak beli. Dah siap sedia ada dah. Cuma perlu ikut je.
Ni antara peserta yang kongsikan gambar sebelum start detox. Best tengok pelbagai warna ada 😍
4. Coach berpengalaman
Coach yang diambil ni bukan sebarangan orang tau. Mereka sendiri dah melalui program detox ni beberapa kali sehingga mereka dapat berat yang mereka inginkan.
Barisan coach. Mereka ni semua terdiri daripada mereka yang dah pakar dalam detox. Mereka buat, mereka guide. Dan kita sama-sama dapat manfaat.
5. Pelbagai resepi yang best!
Haa ni best. Benda ni membuatkan korang rasa, "Eh tak sangka detox pun boleh makan best-best".
Cuba tengok ni. Ni semua resepi detox kami tau. Jangan terkejut. Hehe.
Tengok ni je pun lapar 🤣 Yang bestnya, coach pun ada share resepi-resepi yang sangat mudah nak buat.
So, apa keputusan yang Ee dapat lepas join program Jom Detox Jutawan?
Banyak! Kita senaraikan sikit la ye.
1. Berjaya turunkan 4.4kg dalam masa 13 hari!
Alamak aii. Berbunga-bunga hati taip ni. Bayangkan dah 6 bulan dalam fasa plateau. Lepas join je detox, terus menjunam turun. Siapa yang tak happy kan.
Dan bila buat diet biasa pun, penurunan tak secepat ni. Paling best, dah habis program detox tu, walaupun kadang-kadang tak terjaga makan sebab kenduri, hari raya dan sebagainya, berat tak naik.
Amazing kan? Sebab kita dah buang segala impurities yang badan kita tak perlukan. Sebab tu berat tak jadi yo-yo effect. Berbeza dengan diet biasa. Sekali tak jaga, memang out.
2. Inch loss adalah sebanyak 12 inci.
Banyak tau 12 inci hilang tak sampai 2 minggu. Memang best! Paling ketara bahagian yang hilang adalah perut dan lengan.
3. Lebih senang bangun tidur.
Saya ni sebenarnya sejenis yang agak liat nak bangun tidur. Banyak sangat toksin ni. Haha.
Tapi beza sangat bila saya start detox. Bangun pagi rasa macam segar sangat. Tak boleh nak sambung tidur ke apa. Rasa badan lebih ringan. Tak kunci alarm pun takpe. Saya akan bangun sendiri.
4. Hormon makin stabil
Lepas bersalin, saya ada masalah period tak lawas. Nak keluar pun malu-malu. Dan masa juga tak menentu.
Saya memang tak biasa dengan keabnormalan macam ni. Biasanya ok je. Jadi saya dah mula bimbang. Darah haid yang tak lawas boleh mendatangkan penyakit tau.
Alhamdulillah bila saya mula detox, ia kembali normal. Syukur sangat.
Kesimpulan
Detox ni memang best! Ia tak perlu buat setiap hari. Cukup lah 2 bulan sekali. Di antaranya kita boleh buat eat clean ke, intermittent fasting ke, diet kalori ke. Terpulang. Yang penting, segala impurities dah terbuang daripada badan kita.
Ingat, DETOX BUKAN DIET tau. Detox untuk singkirkan impurities dalam badan dan tingkatkan tahap kesihatan kita. Kurus itu bonus 😄
Nak join Jom Detox Jutawan? Feel free to contact me.
Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat