Pages -Menu for Ee Beauty Spa

14 March 2015

Kisah seorang budak nakal..

Assalamualaikum!

Hai semua. Hari ni ee nak kongsi kisah seorang budak ni. Rasa terkesan sebenarnya dengan penerangan Cikgu Afifah pasal kisah Firdaus dan Izham tu.

Kisah Firdaus dan Izham

Terkejut bila ada pihak yang siap suruh pukul Izham padahal dia budak lagi kan..

Jujur kalau ikut pengalaman yang tak seberapa ni, saya perasan masalah moral anak-anak ni mesti bermula dari rumah. Yela asyik kena marah, kena pukul. Masyarakat kita suka sangat pukul2 budak. Kadang-kadang kesian tau.

Jangan asyik marah dan pukul anak

……

Contoh macam satu hari tu. Ada sorang pelajar darjah 3 ni nakal sangat. Ya Allah, Allah je tahu betapa kena banyakknya sabar dengan dia ni. Bila marah, makin dia buat. Masa tu terdetik dalam hati. Agaknya budak ni kurang kasih sayang ni.

Jadi ada la satu hari tu, saya ambil pendekatan cara lembut. Memandangkan dia baru darjah 3 dan agak2 tak baligh lagi, sambil pegang belakang dia, saya tanya dia :

Muallimah: A, cuba duduk elok2. Dengar muallimah cakap. Kan A budak baik..

A: (Dengar tak dengar)

Muallimah: Muallimah nak tanya. A suka ke kena marah? Muallimah cuba tak nak marah. Boleh bantu muallimah?

A: Tak suka kena marah. Tapi kat rumah, ayah selalu marah. Tak buat salah pun kena marah. Penat la asyik kena marah.

Masa tu saya rasa macam tersentap jugak. Terfikir , kalau kat rumah asyik kena marah, tak kan la kat sekolah cikgu pun nak marah dia kan. Lama2 stress budak tu.

Jadi mula daripada hari tu, saya cuba tak marah dia. Kalau dia buat salah, apa yang saya buat adalah tegur dia dengan nada lembut. Tak tinggikan suara.

Tahu apa jadi lepas tu?

Sejak daripada tu, dialah pelajar paling baik dalam kelas saya! Dia orang pertama yang akan datang nak tasmik Quran, orang pertama hantar kerja , dia jugak yang akan tolong saya kawal kelas (memang ketua kelas pun). Dan dia jugak yang akan tolong saya angkat barang, buku dan lain2. Siap offer diri tu.

……

Daripada situ saya nampak, anak2 ni kita jangan asyik marah je. Tegas perlu, tapi jangan sampai tinggikan suara, tengking2 anak, apatah lagi pukul.

Kalau nak ajar bab solat tu lain cerita la. Kalau umur 10 tahun pun masih tinggal solat, itu boleh la rotan. Itu pun lepas 5475 kali suruh. Rotan tu pun dengan syarat bukanlah di bahagian sensitif  dan tidaklah sampai melukakan dan memudaratkan. Tujuannya nak bagitau bahawa solat tu wajib , tiang agama dan tak boleh main2.

Panduan mula ajar anak solat


……

Saya pun mulakan la pencarian saya pasal didikan Rasulullah ni. Tetiba saya terjumpa satu buku nota. Dalam tu ada perkongsian seorang ibu daripada Indonesia yang mana kesemua anaknya Al-Hafiz. Dan cara didikannya ialah dengan gaya didikan Rasulullah.

……

4 gaya didikan Rasulullah :

1) Umur 0 - 7 tahun
2) Umur 8 - 14 tahun
3) Umur 15 - 21 tahun
4) Umur 22 tahun je atas

Setiap fasa ni ada cara tersendiri. Nanti saya update lain ok. Saya akan link kan dengan pos ni nanti. Ok , selamat membaca kawan2 dan selamat beramal :)
Terima Kasih

2 comments:

Athirah Tieramiessyou said...

Tersentuh pulak baca..kdg2 kita rasa dgn marah bdk boleh obey. Hakikatnye mkn rebel kan. Tahniah ee sebab sabar.. seronok plk baca :')

Shasratul Ameerah said...

Sabar perlu dididik. Kadang2 kantoi jugak :')

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH