Pages -Menu for Ee Beauty Spa

18 August 2016

Kalau sayang suami, jangan layan dia macam raja!

To my dearest sisters..

Pesanan untuk yang bakal mendirikan rumah tangga atau baru je dirikan rumah tangga. Ni Ee sahre berdasarkan pengalaman orabg lain & nasihat2 yang Ee dapat daripada senior2 tau.

Entah camana la boleh keluar topik rumahtangga tak tahu la :-P Tapi antara pesanan2 yang Ee boleh share :

a) Awal2 perkahwinan ni, ajak suami buat kerja rumah sama2. Biar sama2 ada rasa tanggungjawab. Ada lelaki yang mak ayah dia ajar tak payah buat kerja rumah tau. So dia mungkin tak tahu & bagi dia kerja rumah ni memang 100% kerja isteri.

Jangan tau! Sebab nanti anak2 akan tengok kita sebagai ibu bapa. Macam mana kita handle rumah. So anak2 akan ikut. Bayangkan kalau anak lelaki kita tengok ayahnya balik kerja, lepak2, mintak kopi, baca surat khabar, makan, terus tidur. Agak2 apa persepsi anak? Mestilah bagi dia, lelaki tak payah buat apa2 kerja.

2) Bila dah ada anak pun, cuba bahagikan tugas. Contohnya, isteri jaga kebajikan anak, ayahnya jaga akhlak & akademik. Terpulang la pada kreativiti masing2. Kenapa?

Supaya suami ada rasa tanggungjawab. Biar suami faham, semuanya tanggungjawab bersama. Barulah dia takde masa nak fikir nak kahwin 2 :-SS Tapi ni betul tau. Bila kita layan dia macam raja, rehat je tak perlu buat apa2, kurang rasa tanggungjawab, cukuplah sekadar bg nafkah je, dia akan timbul rasa 'Mudahnya. Kalau macam ni boleh tambah isteri la.'

Setakat ni tu je. Ini pun Ee dapat daripada pengalaman orang lain. Bukan bermaksud kita queen control. Tak sama sekali! Jangan lupa syurga kita bawah tapak kaki suami. Jangan pulak kita asyik arahkan suami buat itu buat ini. Ajak suami buat sama2. Baru la indah rumahtangga.

Selamat mencuba :-)

#TipsRumahtangga
#SharingIsCaring


Terima Kasih

17 August 2016

Macamana nak jaga kulit? - Set Kulit Shaklee

Tahukah anda, kulit kita adalah organ terbesar pada badan kita? Ia terbina daripada air, protein, lemak dan berbagai jenis mineral yang lain. Fungsi utama kulit kita adalah untuk melindungi organ dan otot, dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman. Bagaimanapun, ia juga melibatkan faktor kosmetik yang mana, hampir semua di kalangan kita baik lelaki mahupun perempuan ingin memiliki kulit yang sihat, bersih, licin dan cantik.

Anda boleh lihat dan tentukan jenis kulit anda di sini Kenali jenis kulit anda. Pastikan anda kenal kulit anda terlebih dahulu ye! 

---------------------------------------------------------- 
SIAPA YANG PERLU MENJAGA KULIT?
----------------------------------------------------------



Golongan-golongan yang perlu menjaga kulit adalah :-
  • mereka yang sedang meningkat remaja (di sini perubahan hormone berlaku dengan banyak sekali)
  • mereka yang memiliki blackhead yang banyak, liang roma terbuka, jerawat, kulit kusam)
  • mereka yang mula memasuki usia 25 tahun ke atas (Pada masa ini, kolagen semulajadi dalam kulit semakin menghilang)

-   ----------------------------------------------------------------
CARA MEMASTIKAN KULIT KEKAL SIHAT
-----------------------------------------------------------------

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYu1OFkITjpqP9ZmeWb6GE15Aiucme9WtuxsgHe6OB6PTs3B9gY6Qg5r9cjGjIf2_reTZRB3JWHXwkyu4uIV9BhuKcmTkLyyl6q4RcyVl8Nr2vK5f25pYcR22gmxF6sp9tnZteRY7YCRT8/s400/kulit+sihat.png


1)            Cucimuka
2)            Nutrisi yang mencukupi
3)            Krim pelembapan
4)            Perlindungan kulit dalam dan luar

AWAS! KESAN BURUK AKIBAT MENGABAIKAN PENJAGAAN KULIT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgz_50z3-oXqMvQQlgOOeOsXX0R73uV-idE9pSLJWYRAKxYi5g1PF54mS3-X_a0Fu_7c7pM8YF0V47ur5wQNWEZ4Ky9ELD34bxhviFRkrC4ZEJkCCQWubS2rvx7hxxASFM1DPWU6kIOCw_d/s320/uv.png


Dengan keadaan pencemaran air, udara dan tanah di tambah dengan keadaan cuaca yang sangat panas, kulit kita boleh menjadi rosak serta merta dan kita sangat terdedah kepada risiko kanser kulit.

Mimpi ngeri khususnya buat wanita jika tidak menitikberatkan soal penjagaan kulit adalah :

- sel kulit rosak
- kulit berkedut, nampak tua sebelum usia
- bintik-bintik hitam pada hidung dan pipi
- jeragat (pigmentation)
- kanser kulit
- katarak, rosak retina dan sebagainya.

------------------------------------------------------------------ 
BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU
------------------------------------------------------------------ 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, empat cara penjagaan kulit yang betul adalah:

1)            Cuci muka
2)            Nutrisi yang mencukupi
3)            Krim pelembapan
4)            Perlindungan kulit dalam dan luar

Di sini dicadangkan rangkaian pencuci muka Shaklee dan vitamin-vitamin penting untuk kulit.

------------------------------------------------------------------
RANGKAIAN PENCUCI MUKA SHAKLEE – ENFUSELLE & NUTRIWHITE
------------------------------------------------------------------ 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihMWx0b0U3LH7U7bvBZ8JUUx8QhxO6oW_5kOh07ihNO38TXe2DA59XiFCA7H_Ymcb69KWQxb7gbP-0Iq_yYbnmi9EfU6Pp9CLmNsM73uhylZp4q4sgCUs4q5ctoLrnaQDdGa5juTRJCgAY/s400/14428781124281%255B1%255D.jpg

-       Make up remover
-       Foaming cleanser
-       Softener
-       Whitening essence
-       Ultimate protection whitening lotion
-       Spot whitening treatment
-       Overnight renewal whitening

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMfrGZxsQqvEcvkwztCdQpygY_Sp0SZlLZjfxIQUAaQeO-xiCI76dku1zgNaUWjfVAzm6jbbukAWNc4AFxKRk7DQvmU721gBW5BVfS0NhVc9hQWBWVtSf7S_BVnJm117qvxiif-180yNME/s320/20151101_081722%255B1%255D.jpg


Rangkaian Enfuselle Shaklee dihasilkan dengan vital repair + complex. Campuran sinergi 7 nutrien antioksida yang mampu meremajakan kulit . Terdapat dua pilihan set, iaitu set normal to oily skin dan juga set normal to dry skin.

Normal to oily skin

-        Purifying cleansing Gel
-        Purifying  toner
-        Balancing moisturizer


Normal to dry skin

-        Hydrating cleansing lotion
-        Hydrating toner
-        Hydrating Moisturizer

Set ini dilengkapi dengan eye treatment.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
RANGKAIAN PRODUK SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK PENJAGAAN KULIT
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1Aw-MmIcIJNnGJ9zdbfUgcHWERiC-7HM5WbfuIDWvslslV_jjGSVotTHOUcDDtA_MaZW9dXG7PHciCBOkxzXwsYBGdarSOTTKQEJZDfz_VLU8xj4u1WobecGZ5DllydzQqeVQjbk0hXmW/s320/1209285_697474363614406_1279354565_n.jpg


1)       1)VITAMIN C

Vitamin C sangat penting untuk pembentukan kolagen.  Bila ia diambil secara konsisten, kulit akan jadi lebih cerah, melambatkan proses penuaan, dan menyekat pembentukan pigmantasi dan jeragat. Vitamin C juga adalah bahan antioksida yang sangat penting. Ia membantu menghapuskan radikal bebas dalam badan yang merosakkan kulit-kulit sihat. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoi5qPBcJ3NwFnXWaAbveHRS-Nfq3FuhMGcf0HJQji4vfVmh6OI7XJIdICXnu9EncpdTAKsS7nL57FebwH-TF7Pdcvmj1lDANb9AHvQvuZTaxldkv6dxC3e-sJBwXZ2L2eHgkzLKTpMcSA/s320/1383823_697474390281070_491527376_n.jpg


2) VITAMIN E

Vitamin E juga antioksidan yang kuat dan sangat melindungi kita daripada sinaran UV. Juga membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak pada liang kulit. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRyIq1j8fhS8id5sFwypj47kscqeZ52X2SV9hZMVRUEFCDrMbCUoEAno5AozeQDMXP4JfRrcG5YYAP8dhdlHn1S7G-o2yp1qRld9Vl4gmdg8Ojs16nyTOutyh0rOUjZwq5sOefaMzUJsBH/s320/1381886_697474096947766_1238762753_n.jpg


3)           ENERGIZING SOY PROTEIN

Sangat penting untuk pembentukan kolagen dalam kulit dan berperanan mempercepat proses pemulihan pada kulit. Ha, kalau ada luka-luka tu, ESP ni cepat je boleh keringkan dan pulihkan kulit ke sediakala. Ia juga melindugi sel daripada rosak dan mengecilkan pori-pori dan menggantikan sel-sel kulit yang baharu.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5-PwyWMCov8JavWvtHqP-CQmPOKXTQWTxcLre_m1AM78zTdgiIEXNS6dPUJD1xTerHKguDSTPilt5bns0uQT6SqeVJIB4NXPLNxJG1vojTs3DoVWLpkVw7QHHSpg4gf0A42z9o0iA_4eK/s320/1377461_697474460281063_470627162_n.jpg


4)           VIVIX

Mengandungi resveratrol yang tinggi. Diekstrak daripada lobak ungu, anggur muscadine, buah elderberry dan poligonumcuspidatum. Vivix membantu melambatkan proses penuaan, member tenaga kepada sel dan membaiki sel daripada tahap DNA. Hasilnya kulit nampak muda dan berseri.


Penerangan lanjut akan diberikan untuk set ni di entry akan datang ye. :) Jadi nampak tak pentingnya tahu jenis kulit anda sebelum buat sebarang pemilihan untuk kulit muka anda.


Kulit ni anugerah. Jangan tersalah pilih, sebab merananya kulit kita tu makan masa yang lama. Tak salah asingkan sedikit duit khas untuk kecantikan dan kesihatan kulit anda. Biar berbaloi. Jangan cari yang murah semata, tapi akibatnya kita yang merana.


Jika berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai rangkaian produk Shaklee untuk kulit ni, bolehlah hubungi saya di 0102888494 atau pergi terus ke FB page saya (Ee Sense of Beauty Spa). Oh lupa nak bagitau. Saya merupakan beautician & pelatih spa. Jadi saya ada spa saya sendiri dan dalam masa yang sama, saya juga latih sesiapa yang berminat untuk buka spa sendiri. Senang je. Saya akan ajar anda macamana buka spa dari rumah je. Berminat ? :)



Terima Kasih

Boleh percaya ke Shaklee ni?

Assalamualaikum :-)

Waa.. Dah lama rasanya tak update blog ni. Bukan setakat bersawang ni. Kalau kayu agaknya dah reput dah dimakan anai2 :-P

Okay, for my first entry for this year, I would like to share why I am so loyal with this bussiness. What bussiness? Shaklee of course ;-)

Banyak faktor sebenarnya. Tapi Ee kongsi antara faktor utama kenapa Ee memang suka sangat dengan bisnes ni.


PERTAMA : PATUH SYARIAH

Ok, yang ni Ee pernah ulas dalam tahun lepas. Boleh klik sini untuk baca lebih lanjut. Ee sebenarnya memang sangat fobia tau dengan bisnes ni lebih-lebih lagi yang berkonsep MLM. Memang Ee pernah join banyak MLM tapi semuanya menindas. Menindas orang bawahan sedangkan yang dapat untung orang atas, 

Tapi bila mula kenal Shaklee ni, Ee cuba baca betul-betul konsep perniagaan Shaklee ni. SubhanAllah. Memang adil. Walaupun kita dah jadi ketua, tapi bila mana kita tak buat betul-betul, kita tak akan dapat apa-apa. Orang bawah kita pulak, kalau dia usaha betul-betul, dia akan dapat hak dia. Memang tak ada konsep tindas menindas ke, bunuh membunuh ke.



KEDUA : TIADA RISIKO

Shaklee adalah bisnes yang kurang atau tiada risiko. Kenapa Ee boleh kata tiada risiko? Sebab kita tak perlu modal Ringgit Malaysia. Tak perlu nak keluarkan duit RM2000, RM3000, RM5000 untuk beli barang. 

Namun! Apa yang penting, kita kena tahu, modalnya adalah hati yang cekal, semangat untuk berkongsi dan membantu lebih ramai orang, usaha yang tak luntur, doa yang tak putus dan harapan yang menggunung. 

Kita boleh tengok tau. Ramai yang berjaya dengan Shaklee bila dia betul-betul bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh bergantung hanya pada Allah di samping usaha yang berterusan.


KETIGA : RELEVAN SEPANJANG MASA

Dunia kita semakin tenat. Semakin hari semakin banyak penyakit yang timbul. Kanser sekarang ni ibarat perkara normal. Kat mana-mana pun dengar orang ada kanser. Takut kan?

Setiap hari juga ada ibu mengandung, ada ibu yang bimbang pasal susu badan yang makin kurang, ibu yang bimbang kesihatan diri dan anaknya. Ada yang berusaha keras untuk hamil, kurus, cantik. Sangat banyak. Dan mereka ni sangat-sangat mencari bantuan. Dalam dunia sekarang, makanan tambahan (suplemen) sangat penting.

Ee sendiri akan cari suplemen tau. Sebab kita tahu pemakanan kita sekarang ni pun penuh dengan cucuk sana, cucuk sini. Memang tak sihat, Itu tak masuk lagi guna penambah perasa, MSG semua. Kena pulak kalau dalam seminggu tu tak sempat nak buat senaman semua. Memang terasa tak sihat. Sebab tu Ee memang pilih untuk konsisten makanan tambahan dan pilihan Ee mestilah Shaklee.



KEEMPAT : BANYAK KELEBIHAN

Ye! Shaklee adalah sebuah syarikat yang sangat banyak bagi kelebihan pada ahli-ahlinya. Ada banyak bonus mengikut usaha masing-masing. Ada percutian yang 100% Shaklee taja. Dan kita boleh je target bonus 1 Juta sekalipun! Unlimited!

Dan dia boleh tawarkan banyak bonus ni sebab Shaklee sangat-sangat stabil. Dah berpuluh tahun dalam pasaran dunia. Ada turun naiknya tapi Shaklee tetap bertahan. Dan kajian Shaklee sendiri, pengguna Shaklee yang makan produk Shaklee dan merasai perubahan positifnya, akan terus setia dengan Shaklee selama 15-20 tahun! Nampak tak peluangnya?




Terus terang Ee kata, tujuan Ee masa mula-mula join Shaklee ni sebab nak guna sendiri je. Sebab Ee memang puas hati sangat dengan perubahan yang Ee rasa. Sekarang ni, tujuan Ee dah bertambah.

Ee nak gembirakan suami, anak-anak, mak abah dan semua orang yang Ee sayang. Di mana Ee tak kan ada masalah untuk hulurkan duit sebanyak mana pun yang mereka perlukan.

Ee nak jadi ibu yang ada sepenuh masa untuk anak-anak. Impian Ee dari dulu, Ee memang nak homeschooling anak-anak tau. Doakan Ee berjaya capai impian tu. 

Kat bawah ni Ee kongsi fakta hidup pada usia 65 tahun.





Ee nak termasuk dalam golongan ungu tu. Ee nak tua, sihat, kaya dan bahagia dan Ee sedang ciptanya sekarang.

Anda bagaimana?

Your future life will be exactly what you decide to make it - Dr. Forrest C Shaklee



Andai anda sudah membuat pilihan bijak, teruskan langkah seterusnya dengan menghubungi saya :)

Shasratul Ameerah Kamaruddin (Ee)
010-2888494
shasratul.kamaruddin@gmail.com
Pengasas Ee Sense of Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.
ID : 1095681






Terima Kasih

16 September 2015

REVIEW : The Walking Beauty Project

Assalamualaikum semua..!


Dah lama kan Ee tak update blog. Dah bersawang dah. Mencari masa je nak hapuskan sawang-sawang ni. Haa, ni kiranya first entry untuk sesi pembersihan sawang ni. Hehe.


Dan.. Ee memang sangat excited sebenarnya nak buat review ni. Sebab ada yang tanya tau, macam mana Ee boleh terjebak dengan The Walking Beauty ni. Apa The Walking Beauty ni? Ok, jom usha review ni.


projek spa
The Walking Beauty Project


Masa mula-mula Ee dengar pasal projek ni, masa tu takde lagi nama The Walking Beauty tau. Tapi masa tu Kak Ainul Shahrazad, pengasas projek ni dah sebut bahawa dia akan perkenalkan satu Projek Bina Spa tanpa Kedai. Wah! Menarik. Lagipun Ee memang sangat suka pergi spa. So, apa salahnya belajar kan?


Masa Ee mula-mula nak join tu, masa tu ada pakej RM750 je. Masalah utama Ee masa tu adalah kewangan. Tapi takpe. Ee yakin projek ni istimewa. Mestilah ada sebab kenapa Allah gerakkan hati Ee untuk join kan? Ee usaha, at last alhamdulillah Ee berjaya dapatkan modal tu. Thanks to Allah :)


Basically projek ni adalah daripada wanita kepada wanita. Dan ia ditubuhkan untuk membantu lebih ramai wanita untuk menjadi CANTIK, KAYA & BERJAYA melalui projek spa ni.


training spa
Projek spa yang memberi latihan secara PERCUMA khusus untuk wanita.

Siapa yang boleh join keluarga The Walking Beauty kami ni? Anda lah! Ye, anda , kaum wanita yang sedang baca ni. Sama ada anda berstatus solo, sudah berkahwin atau sudah menjadi ibu. Tidak ada masalah. Anda bekerja mahupun suri rumah? Juga tiada masalah. Kerana projek kami sangat istimewa, dibuka kepada seluruh wanita di dunia.


Ada beruntung tau. Dulu masa Ee mula-mula join, ada satu pakej je. Untuk bulan September yang special ni, kami tawarkan 3 pakej menarik yang mampu membuat mulut anda ternganga,


  • Pakej RM750 - Pakej Spa Seri Pengantin. Anda akan diajar dan mendapat :-
                                + Lulur @ scrub badan
                                + Mandian susu
                                + Foot scrub
                                + Hand scrub
                                + Facial
                                + Face massage
                                + Modul Seri Pengantin
          

  • Pakej RM550 - Pakej Wajah Berseri. Anda akan diajar :-
                                + Facial
                                + Face massage
                                + Eye treatment

  • Pakej RM350 - Pakej Smart Student. Pakej ini khas untuk PELAJAR berumur 18 - 25 tahun sahaja. Anda akan diajar :-

                                + Facial
                                + Face massage
                                + Eye treatment


the walking beauty


Menarik?? Ye! Sudah semestinya. Ramai yang pm Ee untuk join projek ni dan mereka sangat-sangat tertarik dengan projek ni. Percaya atau tidak, projek ni membolehkan anda dapat 3 INCOME dalam satu masa! Salah satunya mestilah daripada treatment kita kepada pelanggan. Lagi dua? Kalau nak tahu, kena Whatsapp Ee la. Tak boleh bagitahu kat sini. (Rahsia sulit ;))


Macam mana feedback pelanggan? 


Di sini Ee kumpulkan beberapa feedback bertulis daripada pelanggan Ee sendiri :) Lihat, rasa, dan bayangkan.


testimoni
Testimoni 1


review
Testimoni 2


testi
Testimoni 3


ee spa
Testimoni 4


Lumayan ke projek ni? Sangat lumayan! Bayangkan dengan ILMU yang bakal kami berikan, anda adalah MAGNET DUIT. Ke mana anda pergi, anda bawa ilmu tersebut. Dan di mana ada ilmu tersebut, di situ anda boleh buat duit. Jom Ee kongsikan beberapa pendapatan ahli TWB kami :)



Ke Melbourne pun boleh buat duit! Memang syok.








Biarkan gambar berbicara. Menarik? Tertarik? Anda dialu-alukan untuk join keluarga The Walking Beauty dan menjadi sebahagian daripada JUTAWAN SPA WANITA.


Untuk pertanyaan, boleh hubungi saya :-

Shasratul Ameerah Kamaruddin (Ee)
010-2888494
shasratul.kamaruddin@gmail.com
Pengasas Ee Sense of Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.






Terima Kasih

02 June 2015

Kenali 6 Jenis Kulit – Anda Yang Mana?


Assalamualaikum semua! Apa khabar? Saya doakan semuanya berada dalam keadaan sihat ye. Sihat iman, sihat akhlak, sihat tubuh badan. Amin..

Ok, hari ni saya nak kongsikan mengenai kulit manusia. Kita tahu kulit kita ni istimewa kan? Ia organ terbesar dalam badan kita. Apa? Organ? Ye, organ. Memandangkan kulit meliputi sebahagian besar badan kita, apa salahnya kita ambil masa dalam 5 minit sahaja untuk kenal kulit kita dengan lebih mendalam. Bila dah kenal kulit kita ni, senanglah kita nak buat pilihan terbaik untuk jaga kulit kita ni J

Kulit manusia ni terdiri dari tiga lapisan, Epidermis, Dermis, dan Hipodermis.



---------------------------------------------------------------
KOMPONEN DAN FUNGSI SETIAP LAPISAN
--------------------------------------------------------------- 


i) EPIDERMIS

Merupakan lapisan yang paling nipis. Di lapisan Epidermis, terdapat lapisan sel keratinosit (protein) yang memainkan peranan penting dalam penghasilan sel kulit yang baru. Lapisan epidermis ini tidak mempunyai sebarang saluran darah dan terdapat sel pembentuk pigmen yang di panggil melanin. Melanin memainkan fungsi utama melindungi kulit daripada sinaran uv dan memberi kesan pada warna kulit. Kesan yang macam mana? Semakin banyak melanin pada kulit seseorang, semakin gelap warna kulitnya.



ii) DERMIS

Lapisan yang mempegaruhi kedutan pada muka. Pada lapisan ini terdapat pembuluh darah, folikel rambut, kalenjar minyak, serabut saraf dan lemak. Jika protein banyak terdapat pada lapisan epidermis, lapisan dermis pula mengandungi banyak kolagen dan kolagen inilah yang berfungsi memberi kesan elastik dan tegang pada wajah.  

Semakin banyak kolagen dalam lapisan dermis, semakin tegang dan elastik kulit seseorang. Semakin kurang kolagen pada lapisan ini, semakin kendur, berkedut dan lembik kulit seseorang. Ini sebabnya kita sangat di sarankan untuk mengamalkan pemakanan yang boleh meransang lebih banyak penghasilan kolagen. 

Kolagen ni penting. Ia ibarat tali yang hubungkan kulit dengan kulit. Kalau tali ni longgar atau putus, maka kulit pun sama, akan makin kendur.

Pembuluh darah pada lapisan  ini pula berfungsi untuk menghantar oksigen dan nutrien penting yang sangat diperlukan oleh epidermis dan dermis.



iii) HIPODERMIS (LAPISAN LEMAK)

Terletak di bawah lapisan dermis dan mengandungi lebih banyak lemak yang mana memainkan peranan sebagai penebat haba. Melindungi tubuh daripada sinaran matahari dan mikroorganisme. Jadi jangan fikir lemak tu sebagai benda yang tak baik. Setiap yang Allah jadikan tu ada tujuannya, Cuma kenalah berpada. Janganlah sampai lemak tu berlebihan sehingga menutupi organ lain. Tak gitu?



 JENIS-JENIS KULIT




Secara amnya, terdapat enam jenis kulit yang berbeza. Kulit yang normal boleh berubah menjadi kulit kering dan matang pada bila-bila masa, atas faktor cuaca, kesihatan, perubahan hormon. Inilah sebab utama mengapa kita perlu member nutrisi yang mencukupi dan perlindungan yang kuat untuk kulit kita.


Enam jenis kulit yang dimaksudkan adalah kulit normal, kulit kering, kulit matang, kulit gabungan, kulit berminyak dan kulit sensitif. Penting untuk kita tahu jenis kulit kita supaya kita tak tersalah memilih produk.


i)                             KULIT NORMAL

Kulit yang seimbang. Terdapat sedikit minyak juga kering sedikit. Bayi biasanya memiliki kulit normal, kulit lembut bersinar dan sihat.


ii)                         KULIT KERING

Kulit yang kebiasaanya bebas jerawat, kusam, tona tidak sekata, terdapat garisan halus pada mata dan dahi walaupun dalam keadaan tidak senyum. Jeragat biasanya ada pada mereka yang memiliki kulit kering.


iii)                      KULIT MATANG

Jenis kulit yang tidak cukup nutrien-nutrien penting. Kebiasaanya mereka yang tidak mengamalkan gaya pemakanan sihat seperti tidak mengambil sayur dan buah. Bukan sahaja dari segi pemakanan, malah penjagaan luar juga tidak dititikberatkan. Keadaan kulit matang lebih kurang sama seperti kulit kering tetapi, segalanya lebih, lebih berjeragat, lebih banyak tona tidak sekata dan lebih banyak garisan halus.


iv)                      KULIT GABUNGAN

90% antara kita memiliki kulit jenis gabungan. Keadaan kulit gabungan adalah keadaan di mana kawasan  
‘ T-ZONE ’(dahi, hidung dan dagu) sering bermasalah. Bintik hitam, bintik putih, kering juga berminyak.


v)                         KULIT BERMINYAK

Keadaan kulit berminyak adalah liang roma terbuka dan kelihatan seperti kulit limau, berjerawat samada  jerawat halus atau jerawat besar. Liang roma yang terbuka menyebabkan banyak habuk dan kuman mudah melekat.


vi)                       KULIT SENSITIF

Contoh kulit sensitif adalah eczema, proarisis dan juga kulit yang mengandungi pengelupasan yang teruk. Jenis kulit ini sangat tipis dan kemerahan, kapilari darah banyak yang pecah kelihatan jelas kebiasaannya pada tepi hidung. Mereka yang pernah menggunakan produk pemutihan cenderung untuk mengalami kulit sensitif. Inilah bahaya penggunaan krim  pemutihan hari ini. Tersalah pilih, rosak kulit.     


Cuba perhatikan. Yang mana satukah jenis kulit anda? Bila kita mngetahui jenis kulit kita, mudah untuk kita membuat pilihan mengenai produk yang ingin kita gunakan. Penggunaan produk yang semberono tanpa menghiraukan jenis kulit anda adalah satu tindakan yang tidak bijak. Anda bukan sahaja boleh merosakkan kulit, malah anda juga mungkin mendedahkan kulit anda kepada bahaya. 

Untuk pemilihan yang tepat, anda boleh lihat Set Kulit Shaklee (link). Berhati-hati supaya anda tak buat pilihan yang salah. Pilih produk yang betul untuk kulit yang betul. Anda mampu memilihnya ;)

Untuk konsultansi lebih lanjut, sila hubungi saya di 0102888494. Konsultansi ekslusif diberikan hanya kepada pelanggan saya. Anda pasti bertuah untuk memilih saya sebagai perunding kecantikan anda ;)


Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH