Pages -Menu for Ee Beauty Spa

17 August 2016

Boleh percaya ke Shaklee ni?

Assalamualaikum :-)

Waa.. Dah lama rasanya tak update blog ni. Bukan setakat bersawang ni. Kalau kayu agaknya dah reput dah dimakan anai2 :-P

Okay, for my first entry for this year, I would like to share why I am so loyal with this bussiness. What bussiness? Shaklee of course ;-)

Banyak faktor sebenarnya. Tapi Ee kongsi antara faktor utama kenapa Ee memang suka sangat dengan bisnes ni.


PERTAMA : PATUH SYARIAH

Ok, yang ni Ee pernah ulas dalam tahun lepas. Boleh klik sini untuk baca lebih lanjut. Ee sebenarnya memang sangat fobia tau dengan bisnes ni lebih-lebih lagi yang berkonsep MLM. Memang Ee pernah join banyak MLM tapi semuanya menindas. Menindas orang bawahan sedangkan yang dapat untung orang atas, 

Tapi bila mula kenal Shaklee ni, Ee cuba baca betul-betul konsep perniagaan Shaklee ni. SubhanAllah. Memang adil. Walaupun kita dah jadi ketua, tapi bila mana kita tak buat betul-betul, kita tak akan dapat apa-apa. Orang bawah kita pulak, kalau dia usaha betul-betul, dia akan dapat hak dia. Memang tak ada konsep tindas menindas ke, bunuh membunuh ke.



KEDUA : TIADA RISIKO

Shaklee adalah bisnes yang kurang atau tiada risiko. Kenapa Ee boleh kata tiada risiko? Sebab kita tak perlu modal Ringgit Malaysia. Tak perlu nak keluarkan duit RM2000, RM3000, RM5000 untuk beli barang. 

Namun! Apa yang penting, kita kena tahu, modalnya adalah hati yang cekal, semangat untuk berkongsi dan membantu lebih ramai orang, usaha yang tak luntur, doa yang tak putus dan harapan yang menggunung. 

Kita boleh tengok tau. Ramai yang berjaya dengan Shaklee bila dia betul-betul bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh bergantung hanya pada Allah di samping usaha yang berterusan.


KETIGA : RELEVAN SEPANJANG MASA

Dunia kita semakin tenat. Semakin hari semakin banyak penyakit yang timbul. Kanser sekarang ni ibarat perkara normal. Kat mana-mana pun dengar orang ada kanser. Takut kan?

Setiap hari juga ada ibu mengandung, ada ibu yang bimbang pasal susu badan yang makin kurang, ibu yang bimbang kesihatan diri dan anaknya. Ada yang berusaha keras untuk hamil, kurus, cantik. Sangat banyak. Dan mereka ni sangat-sangat mencari bantuan. Dalam dunia sekarang, makanan tambahan (suplemen) sangat penting.

Ee sendiri akan cari suplemen tau. Sebab kita tahu pemakanan kita sekarang ni pun penuh dengan cucuk sana, cucuk sini. Memang tak sihat, Itu tak masuk lagi guna penambah perasa, MSG semua. Kena pulak kalau dalam seminggu tu tak sempat nak buat senaman semua. Memang terasa tak sihat. Sebab tu Ee memang pilih untuk konsisten makanan tambahan dan pilihan Ee mestilah Shaklee.



KEEMPAT : BANYAK KELEBIHAN

Ye! Shaklee adalah sebuah syarikat yang sangat banyak bagi kelebihan pada ahli-ahlinya. Ada banyak bonus mengikut usaha masing-masing. Ada percutian yang 100% Shaklee taja. Dan kita boleh je target bonus 1 Juta sekalipun! Unlimited!

Dan dia boleh tawarkan banyak bonus ni sebab Shaklee sangat-sangat stabil. Dah berpuluh tahun dalam pasaran dunia. Ada turun naiknya tapi Shaklee tetap bertahan. Dan kajian Shaklee sendiri, pengguna Shaklee yang makan produk Shaklee dan merasai perubahan positifnya, akan terus setia dengan Shaklee selama 15-20 tahun! Nampak tak peluangnya?




Terus terang Ee kata, tujuan Ee masa mula-mula join Shaklee ni sebab nak guna sendiri je. Sebab Ee memang puas hati sangat dengan perubahan yang Ee rasa. Sekarang ni, tujuan Ee dah bertambah.

Ee nak gembirakan suami, anak-anak, mak abah dan semua orang yang Ee sayang. Di mana Ee tak kan ada masalah untuk hulurkan duit sebanyak mana pun yang mereka perlukan.

Ee nak jadi ibu yang ada sepenuh masa untuk anak-anak. Impian Ee dari dulu, Ee memang nak homeschooling anak-anak tau. Doakan Ee berjaya capai impian tu. 

Kat bawah ni Ee kongsi fakta hidup pada usia 65 tahun.





Ee nak termasuk dalam golongan ungu tu. Ee nak tua, sihat, kaya dan bahagia dan Ee sedang ciptanya sekarang.

Anda bagaimana?

Your future life will be exactly what you decide to make it - Dr. Forrest C Shaklee



Andai anda sudah membuat pilihan bijak, teruskan langkah seterusnya dengan menghubungi saya :)

Shasratul Ameerah Kamaruddin (Ee)
010-2888494
shasratul.kamaruddin@gmail.com
Pengasas Ee Sense of Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.
ID : 1095681






Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH