Pages -Menu for Ee Beauty Spa

19 August 2016

Sakit Pinggang Ketika Hamil - 6 Cara Mudah Kurangkannya!


Sakitnya pinggang! Lenguhnya Ya Rabbi!



Sakit pinggang ni merupakan simptom biasa bagi ibu hamil. Kadang-kadang rasa nak berjalan pun tak larat. Nak berdiri atau duduk lama pun bertambah sakit. Betul tak?

Ee pun mengalami simptom yang sama. Lebih-lebih lagi bila usia kandungan semakin meningkat. Jadi, Ee pun mencari info dan solusi bagi masalah ni. Kajian daripada buku kehamilan, blog, nota-nota kelas nutrisi, semua Ee belek balik. Yes! Dah dapat dah. Meh Ee kongsi :-)


----------------------------------------------
PUNCA SAKIT PINGGANG
----------------------------------------------

Sakit pinggang ni, atau biasanya kita sebut lenguh pinggang berlaku sebab banyak faktor. Kita boleh cek satu-satu apa punca kita sakit pinggang ni.

1) Ligamen, otot atau sendi kita tertekan. Tertekan yang macam mana? Biasanya disebabkan oleh postur badan yang tak betul. Terutamanya masa duduk atau baring.

Bayangkan kita duduk membongkok atau tidur secara duduk atau tidur atas lantai yang keras. Ok, itu memang tak selesa.

Satu lagi yang mungkin menyebabkan otot kita tertekan adalah teknik mengangkat barang yang salah. Cara nak angkat sesuatu barang atau anak kita yang dah besar adalah duduk dan angkat. Barulah otot kita bersedia dan dia pun tak terkejut bila kita tiba-tiba angkat barang yang berat.

2) Otot yang lemah sejak lahiriah atau pernah alami kecederaan.

3) Penggunaan kasut tumit tinggi. Bila kita pakai kasut tumit tinggi, secara tak langsung postur badan kita tak berada dalam keadaan yang baik. Malah bila kita berjalan, ia akan beri hentakan pada bahagian pinggang kita secara tak langsung. Tak mustahil la kan?

Dan sememangnya TIDAK bagi ibu hamil. Bahaya tau.

4) Sakit girdel pelvis. Ini sering berlaku pada ibu hamil. Sedikit info mengenai sakit girdel pelvis ni :

"Semasa hamil, badan anda menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil relaksin (relaxin). Relaksin melembutkan ligamen-ligamen (tisu-tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda) dalam pelvis dan sendi-sendi lain. Ini membantu bayi keluar daripada pelvis semasa dilahirkan. Akibatnya, sendi-sendi ini lebih banyak bergerak semasa hamil dan inilah yang menyebabkan kesakitan dan ngilu pada tulang tersebut"

Boleh baca maklumat lanjut di sini. Tapi kena tahu jugak. Ada orang tertukar antara girdel pelvis dan skiatika. Skiatika simptom dia lain sikit je daripada girdel pelvis. Boleh dapatkan info di sini.


--------------------------------------------------------------
3 CARA MENGELAKKAN SAKIT PINGGANG
--------------------------------------------------------------

Setiap perkara mesti ada cara nak elakkan. Betul tak? Sama juga dengan sakit pinggang ni. Kita boleh ikhtiarkan untuk elakkannya.

1) Aktif beriadah. Dalam erti kata lain, kita perlu cergas. Cergas bukan bermaksud perlu melompat, berlari, panjat sana sini. Cukuplah sekadar berjalan perlahan untuk benarkan darah tu mengalir dengan baik. Secara tak langsung, ia akan kuatkan otot pinggul jugak :-)

2) Periksa postur badan kita. Pastikan kita duduk, baring dan berdiri dengan betul. Jangan membongkok ke hadapan ketika duduk. Elakkan juga berbaring di atas sofa atau lantai yang keras. Kita akan menambahkan lagi sakit yang ada.

3) Elakkan mengangkat barang yang berat. Namun, jika perlu juga mengangkat barang tersebut, pastikan kita menggunakan teknik yang betul.


----------------------------------------------------------------------
6 CARA KURANGKAN SAKIT PINGGANG
----------------------------------------------------------------------

Namun, kadang-kadang sakit pinggang ni boleh datang bila-bila masa je. Lebih lagi pada ibu hamil. Ok, ini 6 cara mudah yang anda boleh buat apabila anda mengalami masalah ini.

1) Senaman

Senaman yang paling efektif pada masa ini ialah berada dalam posisi merangkak. Tarik dan hembus nafas perlahan-lahan. Sementara tu kemutkan otot pelvis selama 5-10 saat. Ulang senaman ni beberapa kali. Posisi yang dimaksudkan adalah seperti Rajah 2B.




Cuba berada dalam keadaan bertenang dan bersahaja. InsyaAllah ia akan hilang dalam masa beberapa minit selepas itu.


2) Lakukan urutan lembut pada bahagian pinggang.

Ambil kerusi, pegang bahagian belakang kerusi dan bongkokkan badan. Buat beberapa kali. Cara lain adalah baring mengiring.

Atau anda boleh minta suami tercinta untuk mengurut bahagian bawah belakang anda. Yela, bila lagi nak minta suami manjakan kita kan? ;-)


3) Pastikan postur badan sentiasa betul dan berada dalam keadaan baik

Elakkan duduk membongkok ke hadapan dan perlahan2 bengkokkan badan ke belakang sejauh yang anda rasa selesa. Ia akan mengurangkan tegangan pada pinggang anda. Masa buat ni, duduk di atas kusyen yang lembut ye.






4) Berenang!

Ok, ini sukan yang Ee sangat-sangat suka. Memang sangat bagus. Cuma kena pastikan juga, kolam renang yang kita gunakan tu selamat. Sebaiknya kolam renang persendirian (bagi yang hamil)
Bukan apa tau, bila kita pergi ke kolam renang awam, ramai yang akan masuk ke kolam renang tu dan kita tak tahu kondisi kesihatan setiap orang yang masuk tu.

Dan keadaan ibu hamil ni sangat sensitif. Bayangkan dalam ramai-ramai tu ada yang ada masalah keputihan yang kronik. Dan bakteria tu boleh tersebar dan terjangkit pada anda. Bahayanya adalah pada anak kita nanti.

Sebab tu kita kena berjaga-jaga. Namun bagi orang biasa yang tak hamil, feel free to go :-)


5) Gunakan bantal mengandung.

Sebaiknya gunakan bantal mengandung sebagai alas perut. Bila perut besar, secara tak langsung akan bagi tekanan pada pinggang. Bantal mengandung membantu anda mengawal kesakitan tersebut.


6) Pastikan anda mempunyai kalsium yang cukup!



Untuk pengetahuan anda, kalsium ni sangat-sangat penting. Setiap hari badan kita ni perlukan dos spesifik bergantung pada umur dan keadaan individu.

Setiap hari kita kena ambil makanan mengikut dos berikut. Rujuk gambar di bawah.




Tapi mampukah kita nak makan semua ni setiap hari? 7 hari pertama mungkin boleh, namun mampu ke kita nak teruskan seumur hidup?

Selain itu, penyerapan kalsium juga perlukan bantuan daripada mineral lain contohnya Magnesium, Boron, Mangan dan lain-lain. Kalau tak, penyerapan kalsium tu tak sempurna.

Adoi, banyaknya :-S

Tapi takpe. Ada cara mudah nak selesaikan masalah kalsium ni. Pilihan terbaik adalah ---> OSTEMATRIX.


------------------------------------------
KENAPA OSTEMATRIX?
------------------------------------------



1) Kalsium yang digunakan adalah daripada unsur semulajadi yang sangat mudah diserap oleh badan. Bila ia semulajadi, mudah la nak diserap secara semulajadi.

2) Ada juga kandungan Mangan, Vitamin D, Boron, Vitamin K dan Mangan. Kita boleh rujuk apa fungsi mineral ni kepada badan kita dalam gambar di bawah.

3) Terbukti secara klinikal. Jangan bimbang. Produk yang Shaklee keluarkan, setiap satunya dah dibuat kajian selama bertahun-tahun untuk pastikan ia betul-betul semulajadi, selamat dan berkesan.

-----------------------------------------------------
KEISTIMEWAAN OSTEMATRIX
-----------------------------------------------------

Banyak sangat sebenarnya. Tapi saya tulis yang penting dulu ye.

1) Kuatkan tulang dan gigi
2) Bantu melawaskan pembuangan air besar (Ini memang syok!)
3) Membantu mengatasi masalah sakit pinggang, lenguh badan, sengal dan sakit otot.
4) Kurangkan pembengkakan kaki semasa mengandung (ia mengawal takungan garam dan air dalam badan)
5) Bantu pengecutan otot dan transmisi saraf


Alhamdulillah selesai perkongsian Ee dengan anda semua. Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan Ostematrix ni, boleh dapatkan konsultansi dan ajukan pertanyaan terus di sini atau whatsapp Ee. 010-2888494. InsyaAllah Ee bantu sebaik mungkin.


Nak lebih mudah? Klik je terus pada butang di bawah. Semudah  B C dan anda akan dapat terus Ostematrix anda!



Satu benda yang Ee rasa seronok sangat nak buat adalah bantu anda yang alami masalah sama dengan Ee. Betul kan? Bila kita alami sesuatu perkara, kita akan lebih faham keadaan orang yang alami perkara yang sama dengan kita :-)


Jom sama-sama kita kurangkan rasa sakit pinggang ni. Dan sama-sama membesarkan zuriat kita dengan cergas, sihat dan gembira :-)



Shasratul Ameerah Kamaruddin (Ee)
010-2888494
shasratul.kamaruddin@gmail.com
Pengasas Ee Sense of Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.
ID : 1095681

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH