Apabila perut kita semakin membesar, kita akan perasan dan mungkin terkejut bila semakin ramai orang yang nak usap perut kita. Tak dinafikan, ramai orang sangat suka bayi dan pada mereka, mengusap perut wanita hamil adalah salah satu momen yang indah.
Ada ibu hamil yang tak kisah dengan usapan ni. Namun tak sedikit juga yang rasa tak selesa dengan usapan tersebut. Ada yang segan, ada yang tak suka disentuh. Biasalah. Pembawakan budak kadang-kadang menyebabkan kita rasa tak selesa dengan perkara-perkara sebegini.
Namun agaknya bagaimana kita ingin menyampaikan rasa tak selesa tu kepada mereka? Ee kongsikan beberapa tips :-)
----------------------------------------------------------------------
5 CARA SOPAN UNTUK MENOLAK BELLY RUB
-----------------------------------------------------------------------
5 CARA SOPAN UNTUK MENOLAK BELLY RUB
-----------------------------------------------------------------------
1) Minta diri
Minta diri bermaksud cuba cari alasan supaya sentuhan tersebut tidak berlaku. Contohnya minta diri untuk ke tandas. Atau katakan anda ada kerja yang perlu disiapkan dan terpaksa bergerak (Tapi pastikan anda betul-betul buat sesuatu, barulah tak menipu).
Kadang-kadang ada bakal ibu yang tak sampai hati untuk menolak secara terang. Oleh itu cuba cipta satu alasan yang membuatkan merrka faham, bakal ibu ini tak selesa apabila disentuh.
2) Beritahu mereka baby tengah rehat
Kebiasaannya mereka yang nak pegang perut ibu hamil ni sebab mereka sangat teruja untuk rasa baby gerak. Itu memang tak dinafikan.
Boleh juga gunakan ayat "Baby tak gerak sekarang". Oleh itu mereka mungkin akan rasa tak ada sebab nak sentuh pada masa tu sebab mereka hanya menunggu masa baby bergerak.
3) Menolak dalam lawak
Ini salah satu lagi cara sopan yang kita boleh gunakan. Bila ada orang tanya "Boleh saya pegang perut awak?" Nada boleh jawab "Boleh. Tapi boleh tak saya nak pegang perut awak jugak?".
Pastikan ia disebut sambil tersenyum ye. Kebiasannya orang yang tidak hamil tak akan benarkan kita pegang perut mereka. Yela, atas sebab apa kan? Dengan ini mereka akan faham, kita tak selesa dengan permintaan tersebut.
4) Gunakan 'doktor' anda
Katakan kepada mereka doktor anda tak benarkan sentuhan pada perut anda disebabkan faktor tertentu. Kebanyakan orang akan faham bahawa mereka tak perlu buat perkara tu lagi.
5) Beritahu perkara sebenar
Katakan sahaja bahawa anda tidak selesa. Mereka akan faham, ini merupakan simptom biasa orang mengandung. Bukan semua ibu hamil yang boleh bertindak seperti biasa.
Ee pernah jumpa ibu hamil yang kita tak boleh dekati langsung. Kalau tak, memang kena marah.
Dan kita sebagai orang yang tidak mengalami perkara tersebut kena faham bahawa itu mungkin pembawakan budak. Oleh itu, tak perlu rasa defensif bila ibu hamil menolak permintaan anda :-)
Dan ini jugalah sebab Ee sangat takut nak usap perut ibu hamil tanpa kebenaran. Bimbang mereka tidak selesa. Bimbang mereka rasa rimas (lagi-lagi sekarang waktu panas. Lagi la ibu hamil ni rasa rimas).
Ok, tu je perkongsian Ee kali ni. No offense. Tips ni pun Ee dapat melalui pembacaan Ee dan harap boleh membantu semua :-)
Semoga berjaya :-D
No comments:
Post a Comment