Assalamualaikum.
Di sini saya rangkumkan 30 soalan yang sering ditanya oleh bakal peserta kursus spa TWB. Ramai juga rupanya yang masih belum tahu dan sedar betapa lumayannya spa bergerak ni. Ok mari kita baca.

1. Mengapa SPA Bergerak
Spa bergerak ni dah jadi fenomena kat Malaysia ni. Kebanyakan orang lebih suka hubungi pengusaha spa bergerak sebab ia lebih jimat dan selesa.
Bayangkan sahaja, pelanggan tak perlu redah jem untuk manjakan diri, bazirkan banyak masa untuk cari parking kereta.
Hakikatnya kita sendiri juga lebih suka barang atau servis sampai terus depan rumah kita, betul tak?
Dan kepada pengusaha spa bergerak juga, spa bergerak ni sangat jimat! Kita tak perlu sewa bangunan kedai yang kosnya mencecah ribuan ringgit sebulan. Dan keuntungan yang kita dapat adalah jumlah bersih. Jimat kan?
2. Apa produk yang diguna?
Projek The Walking Beauty (TWB) akan menggunakan produk Shaklee sebagai produk kulit.
3. Mengapa Shaklee?
Ini adalah kerana, Shaklee sentiasa memastikan produk yang dihasilkan bebas daripada sebarang bahan kimia berbahaya dan ianya selamat digunakan.
Dengan menggunakan bahan semulajadi bermutu tinggi, dan memastikan penghasilan bahan semulajadi tersebut pun bebas daripada sebarang racun dan bahan berbahaya, Shaklee adalah pilihan terbaik!
4. Berapa kos SPA Bergerak?
Kos untuk menjalankan spa bergerak bermula daripada kos menuntut ilmu, kos bahan dan peralatan yang digunakan, kos pengangkutan dan juga kos hiasan dalaman (jika anda ingin jalankan home spa).
Kosnya tersangat rendah berbanding jika anda membuka spa anda di satu bangunan kedai.
Dan ianya lebih jimat jika anda bijak memilih kursus spa yang berpatutan dan murah yang ada di pasaran. Dan saya sangat cadangkan kursus spa di bawah projek The Walking Beauty (TWB).
5. Apa itu Projek The Walking Beauty
Projek The Walking Beauty merupakan projek spa bergerak, khusus untuk wanita menjalankan spa bergerak sendiri tanpa memerlukan modal yang besar.
Di sini saya lampirkan lampiran mengenai projek The Walking Beauty (TWB) yang hebat ni.
Apa itu projek The Walking Beauty

Siapa yang patut sertai projek The Walking Beauty.

Bagaimana spa bergerak membantu anda jana pendapatan?

Mengapa bisnes spa bergerak sangat menguntungkan?

Mengapa permintaan kepada spa bergerak sangat tinggi?
Menarik bukan?
6. Siapa yang patut sertai
Sesiapa sahaja yang ingin mengubah hidup anda jadi lebih baik daripada diri anda sekarang. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja selagi mana anda bergelar WANITA.
7. Adakah ia akan dibuka kepada lelaki?
Kami sebulat suara bersetuju untuk tidak membuka tawaran kepada lelaki untuk mengelakkan fitnah.
8. Bagaimana menjana pendapatan melalui Spa Bergerak?
Apabila spa bergerak anda telah tertubuh, kami akan berikan bimbingan secara berterusan mengenai modul, teknik, peralatan yang boleh digunakan dan teknik marketing yang berkesan.
Semuanya akan diterangkan sebaik sahaja anda mendaftar kursus spa bersama The Walking Beauty (TWB).
Dan jangan bimbang! Bimbingan berterusan ni adalah PERCUMA!
9. Mengapa Spa Bergerak , bisnes yang sangat menguntungkan?
Spa bergerak adalah bisnes yang sangat menguntungkan! Dengan modal yang kecil, anda mampu bina spa bergerak yang hebat di Malaysia.
Anda tidak perlu fikirkan kos sewa kedai, kos pengurusan bangunan, kos elektrik dan air yang minima (kerana cuma buka bila perlu).
Ini tidak termasuk kos guaman jika anda ingin mendaftar spa sendiri kerana kursus spa di bawah TWB adalah berdaftar terus dengan SSM di bawah Ainul D'Secret Beauty & Spa.
10. Mengapa Spa Bergerak mendapat semakin mendapat sambutan & menjadi trend terkini
Spa bergerak semakin mendapat sambutan kerana wanita sekarang sangat sibuk. Mereka banyak habiskan masa untuk kerja dan menguruskan rumah sehingga tidak ada masa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri.
Dengan tertubuhnya spa bergerak ni, secara tak langsung kita membantu wanita yang mempunyai masalah dengan masa dan pengangkutan ni untuk manjakan diri dan menjaga kecantikan mereka.
11. Apa yang akan dapat dengan menyertai Projek TWB
Kursus spa The Walking Beauty (TWB) sentiasa menawarkan pakej-pakej menarik daripada semasa ke semasa.
Terbaru untuk bulan November 2017, kami.menawarkan pakej kursus 5 + 1 dimana dalam satu kali training ni, anda akan diajar :
5 kursus + 1
🚩 Facial Relaxing Treatment
🚩 Body Scrub
🚩 Sauna Herbs
🚩 Aroma Milk Bath
🚩 Foot & Hand Spa
📍 Bagaimana nak setup dan jalankan spa bergerak (bermula daripada perkara paling asas.)
Kursus adalah berkonsepkan one-to-one dimana peserta akan terus lakukan praktikal. Segala perkara berkaitan boleh ditanya terus pada masa tersebut.
Selepas selesai kursus, peserta akan dipantau sehingga mahir dan akan dibimbing secara berterusan. Anda akan dimasukkan ke dalam secret group yang sangat aktif dan meriah.
Peserta akan diberikan sijil yang diiktiraf SSM daripada Ainul D'Secret Beauty & Spa.
Menariknya, anda akan diajar cara untuk menguruskan kewangan sehingga anda mampu ke luar negara setiap tahun!
Tak dilupakan, The Walking Beauty menyediakan peluang untuk bersama-sama keluar negara bersama pengasas The Walking Beauty (TWB) secara tahunan tau. Hebat!
Jelajah dunia tahunan The Walking Beauty : Perth, Australia 2016 |
12. Apa istimewanya Projek Spa TWB ni berbanding Spa Training yang lain?
Kami menjanjikan servis yang jauh lebih murah berbanding kursus spa yang lain, dengan tawaran latihan one-to-one. Anda pasti rasakan perbezaan antara latihan praktikal terus berbanding hanya melihat demo sahaja.
Keistimewaan The Walking Beauty adalah anda mampu mendapat 4 penjuru pendapatan daripada projek ini. Dan ini kami hanya akan rungkaikan semasa kursus nanti.
13. Pakej spa yang popular
Kami sentiasa memastikan pakej spa yang kami tawarkan adalah terbaik. Setakat ni pakej paling menarik kami tawarkan adalah pakej seri pengantin yang mana kami akan ajarkan 5 kursus dalam satu training.
14. Mengapa SID lain tidak boleh menyertai TWB
Ini adalah projek khas di bawah kelolaan Master Ainul Shahrazad. Dan kami fokuskan untuk membantu mereka yang benar-benar ingin berjaya.
15. Berapa keuntungan jika saya buat part time?
Ia bergantung atas kesungguhan dan komitmen yang anda sanggup berikan untuk berjaya dalam bisnes spa anda sendiri.
Kami hanya memberikan ilmu, memberikan praktikal dan terus membimbing, namun sejauh mana spa anda akan berkembang, ianya bergantung kepada diri anda sendiri.
16. Berapa keuntungan full time?
Adalah tidak mustahil untuk anda capai pendapatan 4 atau 5 angka bergantung kepada kesungguhan anda. Kan saya dah beritahu tadi? Projek spa kami, The Walking Beauty ni mampu memberikan pendapatan 4 penjuru kepada anda.
Bagaimana? Marilah sertai kami. Kami akan buka rahsia ni.
17. Berapa lama untuk pulang balik modal?
Bergantung kepada sejauh mana anda aplikasikan ilmu marketing yang kami berikan. Jika saya sendiri mampu dapatkan kembali modal saya dalam masa 2 minggu, kenapa tidak anda?
18. Adakah TWB menjamin keuntungan seumur hidup?
Ya! Selagi mana anda komited untuk terus mengamalkan ilmu yang kami berikan, selagi mana anda masih anda sekelumit semangat dan rasa ingin berjaya, selagi itu ia akan memberikan keuntungan.
19. Saya tidak mempunyai kenderaan, bagaimana untuk jayakan mobile spa?
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Percaya atau tidak, ada salah seorang ahli TWB yang menjalankan mobile spa hanya dengan menaiki motor!
Menariknya, dia mampu bersama-sama ahli TWB yang lain pergi ke Perth, Australia dalam lawatan tahunan TWB ke luar negara.
Jika itu masih menjadi kebimbangan anda, maka anda boleh mulakan dengan home spa. Ia juga tidak memakan kos yang tinggi.
20. Saya minat sangat nak join tapi saya tiada modal
Saya masih yakin dengan pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada banyak jalan yang terbentang. Saya sendiri mulakan spa bergerak saya, kos menuntut ilmu, saya pinjam dengan mak.
2 minggu selepas spa saya bergerak, saya mampu bayar balik pada mak beserta duit belanja tambahan.
21. Saya ada masuk kelas spa lain, boleh ke join TWB ?
Boleh sayang. Kursus spa ni kan ilmu. Lain kelas, lain pelatih spa, lain caranya. Lain ilmunya. Lebih banyak kita menuntut ilmu, lebih banyak yang kita boleh amalkan.
22. Di mana boleh dapatkan baju spa TWB yang cantik tu?
Setakat ni, kami masih belum seragamkan baju yang kami pakai. Namun dalam masa terdekat, kami akan hasilkan baju yang sangat menarik! Stay tune.
23. Saya tengok beautician TWB semua cantik, saya rasa rendah diri nak join, apa kriteria untuk jadi ahli TWB?
Kriteria yang paling utama adalah yakin kepada diri sendiri! Allah dah jadikan semua makhluknya cantik. Kita yang perlu jaga dan baikinya lagi.
Istimewanya The Walking Beauty, kami akan ajar anda bagaimana nak jadi cantik. 😎
24. Ada modul tertentu yang saya perlu ikut?
Kami sediakan modul bagi setiap peserta yang join kursus spa The Walking Beauty. Tujuannya untuk seragamkan servis yang akan diberikan pada pelanggan. Supaya pelanggan akan sentiasa puas hati dengan servis yang diberikan.
25. Boleh ke saya campur produk brand lain semasa facial customer?
Sebaiknya ia tidak digalakkan lebih-lebih lagi jika produk yang digunakan mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Sodium Laureth Sulphate (SLS), parabens atau merkuri.
26. Apa syarat nak jadi sebahagian team TWB?
Syaratnya sangat mudah. Jadi sebahagian daripada ahli The Walking Beauty (TWB) dengan menyertai kursus yang kami anjurkan.
27. Boleh guna produk selain Shaklee?
Boleh. Namun perlu dipastikan bahawa produk yang digunakan adalah semulajadi, bebas bahan kimia berbahaya seperti Sodium Laureth Sulphate (SLS), parabens atau merkuri.
28. Tempoh kursus tak sampai satu hari. Boleh tahu dan pandai ke terus?
Istimewanya The Walking Beauty ialah kami berikan kursus secara one-to-one. Walaupun hanya sehari, namun dengan modul yang mudah, praktikal yang terus-menerus dan pelaksanaan 'tugas' yang kami akan berikan, anda mampu dan boleh jalankan spa anda bila-bila masa sahaja.
Ini merupakan salah satu feedback daripada peserta kursus spa The Walking Beauty TWB. |
29. Saya prefer belajar di negeri / tempat saya. Ada Agen / Beautician yg boleh train?
Tiada masalah. Beautician kami berada di segenap negeri di Malaysia. Termasuk Sabah dan Sarawak. Tempat belajar adalah optional. Kami boleh tolong anda untuk pilih di mana anda mahu dapatkan kursus.
30. Saya minat dan suka sangat dgn SPA ni. Tapi, suami saya macam berat hati nak bagi saya join. Ada cara / tips nak buat sampai suami bagi green light?
Lelaki biasanya perlukan pembuktian. Yakinkan suami dengan maklum balas dan testimoni daripada peserta kursus spa TWB.
Dapatkan kebenaran suami untuk mulakan spa dengan join kursus spa The Walking Beauty dengan wang anda sendiri dan buktikan bahawa anda mampu dapat pulangan balik dalam masa yang terdekat.
Kami juga adakan kelas pendek Business Opportunity Presentation (BOP) selama 2 jam di tempat-tempat yang kami akan warwarkan daripada semasa ke semasa. Anda boleh ajak suami anda sekali untuk mengetahui lebih lanjut mengenai The Walking Beauty (TWB).
BOP di Seberang Jaya |

BOP yang akan dibuat di Melaka |
Inilah serba sedikit soalan yang biasa ditanya oleh bakal peserta kursus spa The Walking Beauty yang mana kebanyakannya dah pun selamat menjadi ahli TWB.
Hubungi :

Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
IG : eebeautyspa
Carian :
Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa
No comments:
Post a Comment