Assalamualaikum semua bloggers dan pembaca.
Dah lama rasanya tak join segmen macam ni. Kali terakhir masa universiti dulu. Blog ni pun sebenarnya daripada zaman universiti tau. Tapi semua post dulu-dulu dah padam. Malu yang amat bila baca. Tak matang weh (T_T)
Ok, saya perkenalkan diri. Nama diberi Shasratul Ameerah binti Kamaruddin, selesa dipanggil Ee je. Panggilan ni memang keluarga yang panggil. Tapi bila keluar, biasalah. Macam-macam nama ada. Miera, Syaz, Iffat (mana datang tak tau), Shasratul. Tapi macam yang saya cakap awal-awal tadi. Saya selesa dipanggil Ee je. Sebabnya rasa macam keluarga-keluarga je kan.
Berumur 28 tahun, asal daripada negeri Terengganu. Sudah berkahwin dengan seorang hamba Allah yang bertanggungjawab dan imam yang mampu pimpinku ke syurga. Ibu kepada puteri comel dan bambam, Ayra Zahra, anak solehah.
Sekarang ni tengah habiskan sisa-sia beberapa minggu tahun ni untuk tamatkan perkhidmatan sebagai guru. Sebenarnya dulu tak pernah pun terfikir nak jadi guru tau. Dulu macam-macam nak jadi, Haha. masa sekolah rendah nak jadi polis. Terpengaruh dengan cerita Gerak Khas. Dah naik sekolah menengah, lebih berminat nak ambil kejuruteraan genetik. Tapi apa pun, memang guru ni jauh panggang dari api. Tak pernah terlintas langsung!
Sampailah satu saat ni, masa kerja sambilan kat salah satu kedai runcit dalam Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu. Datang la seorang hamba Allah ni, nak beli surat khabar. Masa tu kebetulan tengah pakai baju sejuk UKM. Sejuk kot dalam lapangan terbang tu. Kaku tulang belulang.
Hamba Allah ni ternampak baju tu. Borak punya borak, dia terus tanya.
"Berminat tak nak jadi cikgu? Saya nak tawarkan kerja"
Dalam tak sedar, saya jawab "Minat juga". Padahal masa tu memang tak ada pun minat nak mengajar. Tapi sebab ada orang nak tawarkan kerja kan? Ku rembat je. Teruk betul.
Perancangan Allah tu Maha Hebat kan? Tak sangka bermula dengan pertemuan singkat tu, tak sampai 15 minit pun berborak. Sampai sekarang ku jadi guru. Bermula tahun 2012 hingga 2017. 5 tahun yang sangat bernilai sebenarnya.
Sebab 5 tahun ni la yang banyak ajar saya erti kehidupan. Betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa sayag, belai, berkomunikasi dengan baik dengan anak-anak. Sebab ni juga la saya nekad nak berhenti kerja. Sebab nak jadi ibu yang terbaik untuk anak. Sebab saya tahu, kerja sebagai guru ni bukan main sibuk sekarang! Dan saya tak nak anak saya terabai atau rasa sunyi.
Hebatnya perancangan Allah! Dia bagi saya peluang tahu dan kenal dulu anak-anak syurga yang saya ajar tu, dan saya boleh ambil ibrah daripada pengalaman mereka.
Dan sekarang, saya merupakan pemilik sebuah spa bergerak EE BEAUTY SPA dan juga seorang pelatih untuk kursus spa bergerak di bawah projek THE WALKING BEAUTY.
Tujuan saya satu je. Saya suka ibu-ibu atau wanita ni ada banyak masa dengan keluarga tapi pada masa yang sama kena la ada pendapatan juga kan? Zaman sekarang ni waita wajib berdikari. Betul kan?
Ok sampai sini dulu ye pengenalan ringkas saya. Salam perkenalan saya ucapkan untuk semua :)
P/S : Harap sangat menang hadiah pertama tuuu. Cair hati tengok. <3 Hihi
Korang pun boleh join tau segmen ni.
Korang tekan je link ni >>> Segmen Suai Kena Bloggers Seluruh Malaysia <<< Jom ramaikan kenalan :)
3 comments:
Assalammualaikum. Terima kasih join segmen suai kenal bloggers seluruh Malaysia. hehe.
Waalaikumussalam.. Sama-sama. Salam perkenalan 😄
SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html
Post a Comment