Pages -Menu for Ee Beauty Spa

21 November 2017

Buat suami : Nak isteri anda cantik? Hadiahkan mereka dalam 5 perkara ni!

Saya baru je terbaca kembali kisah suami yang ceraikan isteri semata-mata kerana isterinya dah tak cantik macam dulu.


Sedih!


Untuk pengetahuan para suami, betapa isteri ni nak sangat jaga kecantikan. Tapi kadang-kadang tak terdaya tanpa pertolongan anda.


Mana masa nak uruskan anak, nak uruskan rumah, nak memasak. Tanpa bantuan suami, pasti sangat sukar nak uruskan diri sendiri dengan cemerlang.


Kursus spa, kecantikan, isteri cantik
Gambar ni memberitahu kita banyak perkara kan?

Suami, bantuan anda sebenarnya sangat diperlukan oleh si isteri. Bantulah meteka uruskan rumah dan anak-anak.


Ini 5 cadangan untuk anda bantu isteri anda menjadi suri hati anda yang sentiasa cantik ☺


1. Belanja mereka facial sebulan sekali.

Facial ni penting untuk wanita tau.

Suami, anda perlu tahu. Isteri di rumah kadang-kadang tak sempat pun nak jaga muka. Apatah lagi nak konsisten scrub dan masker.


Jadi apa salahnya anda belanja mereka untuk dapatkan treatment facial sekurang-kurangnya sebulan sekali?


Facial & urutan muka ni sangat penting untuk bantu wanita tanggalkan sel kulit mati dan melembapkan wajah. Urutan muka juga membantu peredaran darah di bawah kulit muka. 


Secara tidak langsung, ia akan membantu wajah isteri anda menjadi semakin glowing. Tiada lagi kekusaman. Anda pun gembira kan tengok?


2. Belanja mereka barangan kosmetik dan skincare yang bagus.


Bakal menemui anda 2018. Testomoni orang US yang dah guna, guna 2 minggu, hilang kedutan kat muka. Best kan?

Tapi wajiblah pilih kosmetik yang bebas bahan kimia berbahaya terutamanya paraben, SLS dan merkuri.


Buat ulangkaji sikit mengenai skincare yang baik. Antara skincare yang dipercayai adalah skincare SHAKLEE.


3. Dapatkan perawatan kulit.


Bukan kulit muka je yang perlu dijaga. Kulit tubuh juga sangat penting. Tidak salah anda belanja mereka sauna sebulan sekali.


Lulur ni sangat baik untuk bantu hilangkan kekusaman, daki-daki dan kedutan pada kulit. 


4. Bantu isteri segarkan kembali tubuh badan.


Sauna bantu kembalikan kesegaran tubuh

Bagaimana? Dengan bersauna.


Sauna berfungsi untuk menghilangkan toksin daripada tubuh keluar melalui peluh. Secara tidak langsung, ia membersihkan kulit dan sebarang kotoran yang melekat pada tubuh.


Percaya atau tidak, bila isteri rasa semakin segar, dia akan tampil lebih cantik.


5. Hadiahkan mereka baju yang cantik.

Pakai di rumah je. Tak salah kan? 😄

Wanita ni memang tak boleh lari daripada baju yang cantik. Rambang mata. 


Sebab tu wanita suka beli baju. Tapi bila ia dihadiahkan oleh suami, ia akan jadi jauh lebih berharga ☺



Mudah kan 5 perkara ni?

Nak lagi mudah?

Apa kata hadiahkan isteri anda dengan treatment spa terus ke rumah? Tak perlu dah mereka susah-susah nak pergi spa.


Macamana?


Ee Beauty Spa kan ada 😄

Boleh tengok pakej-pakej yang saya sediakan khas untuk anda. Pakej terbaru pakej akhir tahun.


Oh ye. Ini ada seikit perkongsian daripada ahli #TheWalkingBeauty juga di mana suaminya diam-diam je tempahkan treatment untuk isteri tercinta. Romantik sangat!



Sweet kan?

Siap facetime lagi!


Jadilah suami yang penyayang 😄 Ini cadangan untuk hargai isteri. Siapa lagi yang nak hargai isteri yang melahirkan anak-anak kita kalau bukan kita. Kan?


Hubungi :




Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spahttps://www.facebook.com/eebeautyspa/
IG : eebeautyspa


Carian :

Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa





Terima Kasih

27 comments:

cc kak fas said...

Wah untung isteri klu dpt suami ikut kehendak mcm yg dicadangkan huhu

SalinaJohari said...

Alhamdulillah wanita diberi kekuatan kan. Tapi tula suami pun kena bantu sama . Wanita mana yang tak nak cantik , betul tak ?? huhuhu

Rawlins GLAM said...

Betul. Nak cantik perlu sokongan dari kedua-dua pihak, takleh nak lepas tangan kan.

Miera Nadhirah said...

Nak cantik, kena sama sama kerja sama untuk terus cantik... hahahaha

Fadzi Razak said...

Husband saya selalu je suruh pergi spa urut badan, buat rambut, buat facial. Sebab die tau saya penat jaga anak dekat rumah

Hasif Hamsyari said...

sebab hal mencari pasangan ni boleh jadi sampai ke hujung usia, kena saling menerima seadanya. hihi.. tapi pada saya penampilan yang kemas dan cantik ni untuk keyakinan diri sendiri juga. lebih daripada tu mungkin sebagai penghargaan dan terima kasih pada pasangan. Gitu.. hihi

Syafiera Yamin said...

I teringin nak yang sauna box tu, I Nak bersauna dekat rumah sebab I nak buat rumah ala-ala macma spa, husband pun dia cakap suka duduk rumah dia cakap wife dia buat macam syurga haha

Khaidir said...

Terima kasih tuliskan artikel ini. Senanglah kami kaum Adam tahu apa yang kaum Hawa betul-betul sukakan. Baju baru of course penting. Kita kena selalu pastikan isteri kita cantik.

Wai Yee aka Rane said...

nice tips for the suami. I want to show him this too haha

Suria Amanda said...

Penampilan memang penting walau dh bergelar isteri..suami plak kena la support isteri..bg duit utk me time seorng isteri....

Bonde Zaidalifah said...
This comment has been removed by the author.
MaisarahSidi said...

Memang isteri suka semua tu 😂 Dua-dua perlu main peranan dalam. Suami jgn lupa support isteri ye

Bonde Zaidalifah said...

Kalau nak Isteri cantik padai bergaya kenalah support apa yang isteri mahu. Spend duit untuk isteri berkat rezeki suami :)

Lia Hasty said...

Tips yang bagus ni, wanita yang dah berkahwin perlukan juga me time dan penjagaan diri. Terlalu sibuk dengan anak-anak kadang lupa dan penjagaan diri terabai.

Tengkubutang said...

Hahahaha,, baguslah entri ni.. nak share kat wall.. nanti hubby lalu tengok kat wall ternampak lah.. hahaha.. acah2 konon tolong share entri kengkawan.. kih3.. serampang dua mata niat ni.. hahaha.. apa-apa pun setuju dengan entri akak ni.. kalau suami nak isteri tu cantik.. labur atau sedekahlah sedikit untuk isteri tu jaga penampilan dna kecantikan.. ye tak.. haha..

Hanny Abdullh said...

Betul tu..tugas suami cantik2kan isteri n manja2kan isteri..hehehe.
Isteri pun kena sama2 jugaklah cantikkan diri sendiri.
Bagus artikal ni

Zayani Zulkiffli said...

Setuju juga dengan entry ni. Saya percaya yang rezeki suami banyak datang dari keluarga, ibubapa dan isteri. Isteri happy, rumah tangga pun happy.

yaya_flanella said...

Hihi betul tu. nak isteri cantik meh sini ongkosnya hihihi so far husband yaya memang support je kalau yaya nak manjakan diri

penaberkala said...

Terbaik tips ni. Dah kahwin nanti, inshaAllah saya cuba amalkan. Demimu isteriku 😍

Shasratul Ameerah said...

InsyaAllah.. kena pujuk2 sikit suami tu 😉

Shasratul Ameerah said...

Betul! Wanita memang suka cantik ❤

Shasratul Ameerah said...

Haruslah.. isteri cantik pun untuk suami juga 😊

Shasratul Ameerah said...

Haruslah 😊😊❤

Shasratul Ameerah said...

Waaa.. bagusnya 😄 untung dapat suami yang memahami.

Shasratul Ameerah said...

Betul.. ia sebenarnya lebih kepada penghargaan 😊

Shasratul Ameerah said...

Haha.. tu best!

Coretan Masa said...

tu lah.. nak cantik selalu perlukan masa dan duit jugak... bnyk jugak nk kne beli utk maintenance kan .. hehe


http://coretanmasalapangku3.blogspot.my/2017/12/masalah-sejagat-belajar-masak.html

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH