Pages -Menu for Ee Beauty Spa

08 January 2018

17 Risiko Yang Kita Perlu Hadap Bila Kita Kurang Protein.

Selamat pagi.. Assalamualaikum korang 😄
Rindu tak bila E tak update? 🤣 Jadi pagi ni E nak kongsi sikit pasal protein ni.

Korang ingat tak dulu waktu sekolah menengah cikgu ajar pasal protein ni? 


Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh badan kita. Asal perkataan “protos” (Yunani) bermaksud pertama muncul atau mengambil tempat pertama. 


Tubuh badan kita pula terdiri daripada #protein - tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma. Yang terbentuk daripada protein - antibodi, enzim, hormon. Sebahagiannya adalah protein - hemoglobin (berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh). 


Sel-sel tubuh badan kita pula, bergantung kepada protein untuk berfungsi dengan baik bagi membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu yang dah lama (tua) serta menggantikan tisu-tisu yang rosak. Maka jelaslah Protein sangat penting untuk tubuh badan kita.


Jadi apa yang berlaku bila badan kita kekurangan protein?


Esp shaklee


17 #RISIKO Kekurangan Protein
==========================

✓ 1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah). 

Kalau anda selalu rasa pening, nak pitam, adalah lebih baik jika anda cek di klinik atau hospital. Anda mungkin mengalami anemia.

✓ 2. Kidney disease (penyakit buah pinggang). 

Ramai orang selalu kongsi kalau lebih protein akan menyebabkan penyakit buah pinggang. Hakikatnya kekurangan protein juga boleh menyebabkan penyakit ini. 


Dos yang disarankan diet (RDA) untuk protein untuk mereka bagi setiap kilogram berat badan.

  • 4 hingga 13 - ia adalah 0.95 gram per kilogram atau 0.43 gram per paun
  • 14 hingga 18 - ia adalah 0.85 gram per kilogram atau 0.39 gram per paun.
  • 18 tahun ke atas - 0.8 gram per kilogram atau 0.36 gram per paun. 

✓ 3. Liver (penyakit hati)

✓ 4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)

✓ 5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)

✓ 6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)

✓ 7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)

✓ 8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)

✓ 9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)

Protein sendiri merupakan binaan asas sel. Apabila badan kita luka sama ada luka kecil atau luka pembedahan, sel di bahagian luka telah cedera atau rosak.

Protein yang akan bertindak untuk membaik pulih sel yang rosak atau cedera. Oleh itu, protein membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

✓ 10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)

✓ 11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)

✓ 12. Irritability (Badan menggeletar)

✓ 13. Fatigue (Letih lesu)

✓ 14. Weakness (Lemah)

✓ 15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)

✓ 16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)

✓ 17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Pastikan anda mendapat protein secukupnya setiap hari :)


Shaklee kuantan, ee shaklee
Saya dah selesai minum protein saya  😄

Saya dah selesai dah ambil keperluan protein saya pagi ni 😄 Malam karang tambah lagi. Dan pilihan setia saya mestilah ESP 😙


Setiap hidangan ESP ni membekalkan 14gram non-GMO proteim soya berkualiti tinggi. Semua asid amino pun ada dalam ni. Termasuklah 9 asid amino yang badan tak boleh nak hasilkan sendiri. 


Saya dah menggembirakan badan saya pada hari ini. Anda pun boleh.


Jangan lepaskan prluang untuk dapatkan ESP anda sekarang ye. Ini nombor telefon saya. 0102888494. Whatsapp saya dan boleh panggil saya E 😊


Atau anda boleh terus klik pada butang di bawah ni.





Dengan setiap pembelian, anda layak dapat konsultasi percuma tau. Untung sangat.


Selamat berkenalan sahabat baru 😊 Saya E, pengedar Shaklee anda yang terbaik!


kursus spa bergerak




Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB) juga Pengedar Shaklee yang Sah.
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa yang menggunakan 100% produk Shaklee.
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
                   Rumah Sihat Ee
IG : eebeautyspa
       Vitamin.sihat.cantik




Terima Kasih

20 comments:

Syamimi Saad said...

Anemia. Masa kecik ada yang cakap bibir selalu nampak pucat. Masa dah prgnt no.1 mmng ada anemia. Tp takde tahap sllu pening. Ada² masa je. Masa no.2 tak ingat ada anemia jgk ke x. Sebab sdaya upaya tmbh protein dlm mknn seharian.

Emme Marina said...

Protein memang sumber yang penting dalam hidup kita. Sampaikan kami memanggil lauk utama di rumah as protein it self. Sayur dan protein. Bila berpantang memang suami akan galakkan banyak makan protein tuk cepat sembuh. Juga apabila bersenam, seperti kita tahu atkins diet menggunakan protein as makanan diet. Juga disebabkan oleh proses otot tersebut. Tidak kira apa kita amalkan pastikan pengambilan seimbang.

Emi said...

Protein mmg penting. Emi bab khasiat makanan ni mmg diakui mcm tak mencukupi je. Mmg tgh survey supplement jgk ni

Huda Halid said...

bagus kongsi info ni. biasa amik protein melalui makanan jer dari lauk ikan dan ayam

Tengkubutang said...

TB pun dah tak jaga pemakanan sangat sekarang.. huhu.. maklumlah.. nak makan ini tak boleh.. nak makan itu tak boleh sebab kulit sensititf la.. alergik la.. hahah.. lepas tu dah tak tau nak makan apa.. diet pemakanan sihat pun beretrabur sudah.. kih3.. ESP ni bagus.. tapi TB takleh soya.. =(

Kak Mahh said...

Protein memang penting dalam badan manusia. Agak malang akak tak boleh telan ESP shaklee. Ini satu kerugian buat akak,kerana perlu tambah protein dengan pengambilan makanan lain.

Ruby said...

Protein memang penting, organ dalaman kita amat memerlukan protein. Sebab tu kalau nak sador, minum protein. Sebab dia efek otot juga. Hehehe. Dulu masa breasfeeding minum protein soya utk tambah susu. Kenyang anak. Sebab baby boy kuat menyusu.

AyuArjuna BiGoshh said...

Produk esp shaklee ni mmg ramai kata bagus. Dia memberinsumber protein terbaik utk badan

Zaza Iman said...

Memang tubuh perlu protein yang cukup.. Esp shaklee ni mmg ramai jgk dah minum kan.. Insyaallah nanti zaza cuba

Ana Suhana said...

Bahaya kan bila badan tak cukup protein yang secukupnya. Tak boleh amik ringan bab ni. MIL ana memang consume ESP shaklee ni dr dulu lg.

cre8tone said...

Oh.. banyaknya risiko.. lebih baik make sure protein intake kita secukup-cukupnya..

Bro Framestone said...

Kita pula, kalau tak makan nasi sehari, mahu rasa macam nak pitam la.. kurang bertenaga... tangan mengigil.. walaupun ada makan benda lain juga hahaha

Ciktie said...

Bahayanya sangat kalau tak cukup protein ni. Dibuatnya pitam tiba-tiba ke. Risaunya la

Wan anv said...

Owh, banyak jugak masalah kalau kurang protein, kalau yang lebih protein jadi macam mana?? Ok tak??

Hanny Abdullh said...

Betul...protin mmg penting utk tubuh badan kita. Masa arwah mak sakit dulu, doc siap bagi diet protin utk mak sb mak kekurangan protin dlm badan dia

Rawlins GLAM said...

Memang wajib dalam menu harian perlu ada protein kan untuk kesihatan kita. Badan nak pakai lama, maka kena jaga extra la kan.

Zayani Zulkiffli said...

Orang kurang berat atau kurang nutrisi sesuai la makan benda ni sebab khasiat dalam dia. Selalu sebotol tahan berapa lama?

Wai Yee aka Rane said...

I like protein shake. drinking everyday. will check this out

Jessying said...

Oh thanks for sharing. I think produk Shaklee memang best. I'm taking their Vit C and Calcium supplement..

Alia Farhan said...

Shaklee da mmg well known dengan produk2 best kan..rugi la kalau tak cuba..saya berpantang dengan shaklee...cpt ja baik luka

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH