TAMBAH NILAI MELALUI TWB
Sejak 2015 saya join TWB, macam-macam perasaan dan perkara yang berlaku. Ada waktu gembira, ada sedih. Pelbagai ranjau kami dah tempuh sepanjang hampir 4 tahun bersama TWB.
Dan semua ni membuatkan saya semakin sayang dengan TWB. Dalam hidup saya sendiri, TWB banyak tambah nilai dalam hidup saya. Satu demi satu impian tercapai.
APA YANG MEMBUATKAN SAYA JOIN TWB?
Saya memang peminat spa sejak azali. Saya suka belaian dan ketenangan bila berspa. Pada saya, spa ni tempat kita relax, di samping ada orang tolong urut dan cantikkan diri kita.
Tapi tak pernah pula terlintas di fikiran untuk ada spa di bawah nama sendiri. (Ee Beauty Spa)
Namun, kekangan kewangan pada masa itu menyebabkan saya tertarik untuk bina spa saya sendiri. Asbab ingin tinggal bersama-sama suami, saya terpaksa berhenti kerja dengan gaji RM3000 sebulan dan berpindah ke Kuantan, bekerja dengan gaji RM1200 sebulan. Satu perbezaan yang ketara bagi saya memandangkan saya mempunyai kereta sendiri dengan komitmen RM512 sebulan.
Itu merupakan pilihan saya sendiri. Dan saya gembira dengan pilihan yang saya buat. Namun, sudah tentu saya tak boleh berdiam diri sahaja. Saya perlu buat sesuatu. Dan pada waktu itulah, spa Shaklee TWB datang kepada saya.
4 TAHUN BERSAMA TWB
4 tahun bukanlah waktu yang singkat. Banyak turun naik yang kami dah lalui. Pernah juga TWB terhenti seketika, namun kami masih teruskan spa masing-masing. Itulah pentingnya ada skill.
Permulaan saya join TWB, pada waktu tu, yurannya RM750. Dan alhamdulillah. Syukur yang amat sangat, dalam masa sebulan je, saya berjaya dapat RM1200 hasil spa. Seronok kan ada duit lebih sebanyak ni?
Dalam TWB ni, kita sentiasa ada progress. Untuk jadi lebih baik. Saya bermula dengan beautician untuk spa sendiri. Tak lama selepas itu, saya menjadi trainer TWB. Dan sekarang, saya seorang leader dalam bisnes spa Shaklee ni.
Seronoknya bila buat spa Shaklee TWB ni, kita bukan sahaja bantu diri kita. Malah kita bantu orang lain juga. TWB dah bantu ramai
1) Ibu2 tunggal menyara kehidupan untuk anak2 terutamanya
2) surirumah yang nak ada pendapatan sendiri
3) pelajar2 ipta yang nak ada skill dan dalam masa yang sama boleh tampung yuran pengajian
4) wanita bekerja yang mencari pendapatan sampingan
5) anak2 muda yang nak kumpul duit untuk sambung belajar atau kahwin. Graduan yang masih belum dapat apa2 pekerjaan.
6) ibu bekerja yang berniat untuk jadi surirumah bekerjaya (saya la tu 😁. Alhamdulillah dah tercapai)
Dan alhamdulillah. Saya pun dah berjaya berhenti kerja dan jadikan spa Shaklee TWB ni sebagai kerjaya utama saya. Mudah sangat. Bekerja dari rumah sahaja. Dan keluar bila pelanggan nak mobile spa.
INCOME DENGAN TWB
Alhamdulillah, income saya sebulan dengan TWB adalah 4 angka. Dan insyaAllah akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Aamin.
Secara kasarnya saya boleh ceritakan, spa Shaklee TWB menyediakan 6 penjuru pendapatan.
1. Servis spa : 3 - 4 angka sebulan bergantung kepada kerajinan dan kemampuan.
2. Bonus Shaklee : 3 - infiniti. Wow! Yang ni saya akan bantu anda untuk faham dengan lebih mendalam. Banyak sangat kelebihan yang Shaklee dah sediakan untuk kita semua.
3. Untung runcit Shaklee : 2-4 angka bergantung kepada hasil jualan kita.
Selebihnya, 3 lagi penjuru pendapatan tak dapat saya nyatakan disini kerana ia adalah rahsia terbesar spa Shaklee TWB. Yang pastinya, setiap satu penjuru memberikan anda pendapatan 2-4 angka.
Banyak kan? Ada caranya. Saya akan ceritakan secara detail semasa anda menjalani training kursus mobile spa TWB dengan saya insyaAllah ☺️
Untuk mengetahui pakej kursus spa semasa, boleh tekan link ini.
Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
0102888494
ID Shaklee : 1095681
Leader in Shaklee Business
Trainer for TWB
1 comment:
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة مكافحة النمل الابيض بالجبيل
Post a Comment