Pages -Menu for Ee Beauty Spa

19 March 2019

Kursus Mobile Spa : 9 Sebab Kenapa Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Yang Bijak

Assalamualaikum dan selamat pagi ☺️

Disebabkan bisnes mobile spa ni semakin trending, mesti ramai yang tertanya-tanya. "Berbaloi ke nak mulakan bisnes mobile spa ni?"

Di luar sana, ada banyak sangat kursus spa yang ditawarkan. Cuma kita kena bijak memilih. Untuk pastikan ia berbaloi atau tidak, kita perlu lihat daripada segenap sudut.

Harga yang ditawarkan, kursus yang diajar, apa yang diberikan. Banyak faktor. Bagi saya sendiri, sudah tentu pilihan saya adalah TWB. Kenapa saya pilih TWB?

Jom baca entri saya disini. Cuba lihat apa yang TWB tawarkan. Best sangat!




Jom saya kongsikan dapatan daripada pengalaman saya sendiri setelah hampir 4 tahun menceburi bidang bisnes mobile spa ni dan juga dapatan-dapatan daripada mereka yang buat bisnes ni. Kami memang sepakat, bisnes mobile spa ni memang merupakan satu pelaburan yang bijak! Check this out.

9 Sebab Kenapa Bisnes Mobile Spa TWB Satu Pelaburan Yang Bijak


Ada 9 sebab kenapa saya katakan bisnes mobile spa TWB ni merupakan satu pelaburan yang bijak. 


1. Risiko yang rendah.


Untuk mulakan sesuatu perniagaan, kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan risiko yang ada.

Bisnes mobile spa tidak perlukan satu premis khas, tidak perlu sampai buat loan di bank untuk join kursus dan memulakan perniagaan. Oleh sebab itu, risiko dapat dikurangkan.


2. Pulangan modal yang lumayan


Pulangan modal bagi bisnes mobile spa adalah sangat lumayan. Hasil servis kita adalah 100% hak milik kita. Tak perlu potong untuk bayar sewa kedai, tak perlu bayar gaji pekerja.

Ini merupakan salah satu contoh daripada anak didik saya yang berjaya mendapat pulangan modal (malah lebih) dalam masa hanya 18 hari. 


Salah seorang beautician TWB

Respon beautician lain semasa sesi perkongsian. Kami saling support each other. 

Sesi perkongsian. 

Seorang lagi beautician yang berjaya mendapat RM2027 hanya dalam masa 12 hari! 

3. Unlimited income


Mobile spa TWB menawarkan pendapatan daripada 6 penjuru. Walaupun anda tidak mampu melakukan bisnes spa kerana ada kekangan (contohnya berpantang), anda masih mampu dapat income daripada 5 lagi penjuru yang lain. 

Pendapatan yang anda dapat bergantung kepada tahap kerajinan, ketekunan dan minda high class anda. Lagi tinggi minda high class anda, lagi banyak pendapatan yang anda peroleh. 

Hasil 1 daripada penjuru income. 

Hasil daripada 2 lagi penjuru income 

4. Bisnes yang mudah dan fleksibel


Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua. Tidak hairanlah jika ramai wanita bekerjaya yang memilih mobile spa TWB sebagai kerjaya part time.

Anda boleh baca dengan lebih detail pada entri saya disini

Sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, di mana sahaja. 

5. Guideline dan coaching berterusan


Kami berikan guideline bagaimana untuk memulakan servis pertama anda daripada kosong. Dan kami akan teruskan coaching anda supaya anda tidak terkontang kanting apabila ada masalah atau kekangan. 

6. Kerja berkumpulan (teamwork) tapi pendapatan hak milik masing-masing


Kami bekerja di dalam satu kumpulan. Kami percaya, kerja berkumpulan itu jauh lebih baik daripada kerja berseorangan. 

If you want to go fast, go ALONE. 
If you want to go far, go TOGETHER. 

Namun, hasil pendapatan anda daripada
servis spa tidak sama sekali dibahagikan sesama kumpulan atau sesiapa sahaja. Ia adalah hak milik anda sendiri.

Sebahagian daripada team TWB

7. Belajar 5 kursus dengan modal permulaan yang rendah


Istimewanya TWB, dengan harga tidak sampai RM2000, kami tawarkan kepada anda 5 kursus spa iaitu

  • Facial & Face Massage Treatment
  • Herb Sauna
  • Body Scrub & Urut Lulur
  • Aroma Milk Bath
  • Foot & Hand Spa

Di samping itu, kami sediakan juga segala bahan dan kelengkapan asas spa untuk anda. Pendek kata, bila anda balik je daripada kursus, terus boleh mulakan servis anda. Dan ia sangat-sangat berbaloi!




8. Sentiasa ada demand


Mobile spa sentiasa ada demand. Wanita tidak pernah lari daripada kecantikan. Namun, disebabkan kekangan waktu, ramai wanita lebih suka menggunakan khidmat mobile spa untuk cantikkan diri. Call je, terus sampai depan pintu. 


Pengalaman beautician TWB juga, walaupun dia tinggal di kawasan luar bandar, demand tetap sentiasa ada.

9. Sesuai untuk wanita pelbagai usia


Disebabkan ianya mudah dan menyeronokkan, bisnes mobile spa menjadi pilihan ramai wanita muda dan beberapa wanita yang telah pencen! Menarik kan?


NAK SERTAI KURSUS TWB? 



Haa macamana? Berbaloi kan? Anda yang sedang tercari-cari nak buat bisnes apa tu, anda perlu cuba bisnes mobile spa ni. Serius anda takkan menyesal.

Sekali anda cuba, anda akan terus jatuh cinta. Percayalah. 

Untuk menyertai kursus spa TWB, anda boleh hubungi saya. Tekan je link whatsapp di bawah. Selamat membuat keputusan yang bijak! ☺️

Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
ID NO : 1095681

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH