Pages -Menu for Ee Beauty Spa

11 December 2017

Kursus Spa Bergerak Termurah di Malaysia - The Walking Beauty

Assalamualaikum. Selamat sejahtera semua 😊

Hari ni saya sangat berbesar hati, sangat gembira nak kongsi dengan anda satu peluang bisnes yang sangat trending sekarang iaitu..

Bisnes Spa Bergerak!

Kenapa saya kata ianya trending? Ini buktinya.

Perasmian Putti Mobil Spa

3 hari lalu, iaitu pada 8 Disember 2017, Datin Seri Rosmah Mansor merasmikan satu Majlis Pelancaran Puteri Mobil Spa di PWTC, Kuala Lumpur. Berita penuh boleh baca di sini.

Bukan itu sahaja, ramai artis mahupun orang-orang yang sangat sibuk bekerja menggunakan perkhidmatan spa bergerak ni. Maklumlah, sekarang semua nak yang mudah, kan?

Dan oleh sebab ini, tertubuhlah satu projek pada tahun 2015 di bawah kelolaan Puan Ainul Shahrazad yang diberi nama THE WALKING BEAUTY (TWB).

Twb, the walking beauty
Kursus Spa Bergerak The Walking Beauty

Ianya peluang yang sangat besar untuk anda mempelajari spa treatment seperti facial, face massage,  body scrub (lulur), sauna, aura bath dan juga spa kaki & tangan. Lengkap untuk menghasilkan sebuah pakej pengantin. Menarik bukan?

Projek spa bergerak ini khusus kepada para WANITA  yang inginkan peluang pekerjaan yang menjamin kehidupan sehingga ke AKHIR HAYAT. In fact, ianya boleh diwarisi kepada anak anda! Wow!

Ia sesuai sama ada untuk dijadikan ‘part-time’ mahupun ‘full-time’. Terpulang pada anda. Ramai juga ahli The Walking Beauty ni yang akhirnya berhenti kerja dan menjadikan spa sebagai kerjaya sebenar dia. Termasuklah saya 😄

Dan sekarang kami menubuhkan satu team yang terdiri daripada beautician spa untuk mengadakan kursus usahawan spa bergerak yang murah dan mampu milik bagi semua para wanita. Ianya tidak terlalu mahal dan sangat berbaloi.

The walking beauty, twb

Kenapa Home Spa atau Mobile Spa?


Sebenarnya konsep spa di rumah atau spa bergerak ni adalah cara yang paling sesuai dan berpatutan bagi anda yang baru nak bertapak dalam bidang perniagaan. Ia tidak memerlukan kos yang tinggi malah ia sangat menjimatkan.


Anda juga pasti maklum, untuk mulakan bisnes spa biasa perlukan modal yang sangat tinggi. Mari kita kira secara kasar perbelanjaan asas yang diperlukan.


1. Sewa kedai : RM1500 sebulan (bergantung pada tempat. Lagi strategik tempat yang dicari, semsetinya sewa lebih mahal!)

2. Bil air & elektik : RM100 – RM200 sebulan (bergantung kepada alatan yang digunakan. Semakin besar dan powerful barangan tu, semakin tinggi la kos bil air & elektrik anda).

3. Setup kedai : RM3000 (ini anggaran. Lihat juga sejauh mana kebijaksanaan dan kerajinan anda untuk DIY)

4. Barangan spa (katil, bath tub, sauna dan lain-lain) : RM5000

5. Produk spa : RM500 (mungkin tahan selama beberapa bulan)



Dan jumlahnya sahaja dah cecah RM10k! Ini masih belum termasuk pendaftaran syarikat, legal fees dan sebagainya. Pening? Jangan bimbang. Inilah tujuan kursus spa bergerak The Walking Beauty ditubuhkan. Ianya khas untuk membantu anda merealisasikan impian anda!



Anda tak perlu pening fikir untuk keluar awal pagi, buka spa, setup spa dan menunggu seharian untuk pelanggan datang ke kedai anda. Kami berikan anda cara yang paling mudah dan paling murah.


Kursus spa bergerak, twb
Home spa yang simple tapi sangat selesa.


The walking beauty, twb
Mudah kan untuk setup spa di rumah?


Jika anda lebih suka buat spa dari rumah, anda boleh menunggu pelanggan datang ke rumah anda di samping anda sendiri boleh siapkan kerja-kerja di rumah. Anda juga boleh menjaga anak sendiri.



Dan jika anda memilih untuk menjalankan spa bergerak, cuma perlu keluar apabila ada janji temu dengan pelanggan. Masa yang lain, anda bebas buat kerja lain.



Pendek kata semuanya bergerak di dalam kediaman sahaja. Bukan sahaja mudah malah ia sangat menjimatkan. Malah ia juga sangat memudahkan pelanggan anda. Mereka tak perlu susah-susah menghadap trafik dan mencari parking. Segalanya tersedia di depan mata 😄



The walking beauty, twb
Buat spa di mana-mana sahaja

Kita sedia maklum, zaman sekarang, orang berlumba-lumba dan sangat sibuk. Mereka tak sempat nak pergi ke kedai spa. Maka itulah tawaran kita. Spa bergerak yang boleh terus datang ke rumah mereka, tanpa mereka perlu pening-pening mencari masa dan peluang.



Sebab itu, saya sangat yakin dan percaya, spa di rumah dan spa bergerak ni boleh membantu anda keluar daripada kemelut kemiskinan dan kesempitan yang anda sedang alami sekarang. Percayalah.


Di sini saya lampirkan satu artikel mengenai 7 tips yang mesti dikuasai sebelum memulakan sesuatu perniagaan.


Baca dan hadamkan.


Apa yang bakal anda pelajari dengan menyertai Kursus Usahawan Spa “The Walking Beauty”?


Melalui  Projek Kursus Spa Bergerak The Walking Beauty, peserta akan didedahkan dengan cara bagaimana untuk mereka mulakan perniagaan spa bermula daripada perkara paling asas sehingga mereka mampu menjana pendapatan 4-5 angka sebulan. Dan paling seronok, ianya hanya DARI RUMAH!


Malah, peserta juga akan diajar bagaimana menjana pendapatan sehingga boleh buat duit SETIAP HARI dan berpeluang mendapat Recurring Income (pendapatan berulang-ulang) sesuai dengan ilmu yang mereka pelajari dan usaha mereka untuk dapatkannya.


Latihan spa yang akan diberikan kepada peserta adalah meliputi 6 treatment iaitu:

1. Facial
2. Face massage
3. Lulur (Body scrub)
4. Sauna Herba
5. Mandian Aura Bunga
6. Spa Kaki & Tangan


Dan bukan itu sahaja. Peralatan asas untuk memulakan spa akan diberikan kepada peserta. Sebaik sahaja latihan selesai, peserta akan terus mendapat sijil yang berdaftar di bawah SSM.

The walking beauty, twb
Nampak kotak cantik tu? Dalam tu ada trial kit special

Peserta juga berpeluang untuk menyertai LAWATAN KE LUAR NEGARA anjuran The Walking Beauty dan akan dimasukkan ke dalam support group yang sangat meriah dengan ilmu, perkongsian dan pertanyaan masalah. Jadi anda tidak perlu risau kerana anda tidak berseorangan.



Siapa yang patut sertai Projek SPA “The Walking Beauty”?


Ada 8 golongan sasaran yang PATUT menyertai projek ini:
1.    Wanita yang berhasrat memiliki Spa sendiri

2.    Mereka yang berminat dengan perniagaan SPA tetapi tiada modal yang besar

3.    Mereka yang ingin menjalankan perniagaan dari rumah tetapi tidak tahu perniagaan apa yang hendak dijalankan

4.    Mereka yang bekerja full-time dan ingin memulakan perniagaan dari rumah secara part-time

5.    Para surirumah yang sedang mencari perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah secara sampingan

6.    Para graduan yang masih menganggur dan ingin mencari duit untuk meneruskan kehidupan

7.    Pelajar IPT yang ingin menjalankan perniagaan sampingan untuk menampung duit poket di kolej

8.    Atau pengusaha SPA sendiri yang dibelenggu dengan hutang dek kerana tiada/kurang pelanggan dan terpaksa membayar sewa kedai yang tinggi



Mengapa perniagaan SPA Tanpa Kedai adalah Bisnes yang sangat menguntungkan?


1.    Permintaan untuk HOME SPA yang sedang meningkat pada masa kini

2.    Boleh dijalankan di mana-mana walaupun ketika sedang bercuti

3.    Tiada risiko untuk bankrup kerana modalnya sangat kecil

4.    Tidak perlu berhutang atau membuat loan dengan bank untuk membuka kedai dan membeli peralatan SPA

5.    Boleh dimulakan secara sambilan pada hujung minggu

6.    Bisnes ini mudah dibina, fleksibel dan risiko untuk gagal yang rendah (amat sesuai buat wanita yang sudah mempunyai anak dan keluarga)

7.    Hasil keuntungan lebih besar kerana tidak perlu sewa kedai dan upah pekerja



Apa kata mereka yang sertai kursus spa bergerak The Walking Beauty?


Alhamdulillah, dalam 3 tahun pertama sejak Kursus Spa Bergerak The Walking Beauty ditubuhkan, beratus-ratus beautician spa telah dilahirkan di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

Dan yang lebih menarik, ia juga telah sampai ke Singapura, Dubai dan Australia. Ke mana kaki ahli The Walking Beauty dijejak, di situ jugalah akan lahir lebih ramai beautician spa.

Peserta Kursus Spa Bergerak The Walking Beauty juga terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang bekerja sebagai jurutera, jururawat, planner, guru, akauntan, pegawai bank dan macam-macam lagi. Tak kurang juga ada yang menjadi suri rumah tangga, malah tak kurang juga pelajar IPT. Sangat hebat mereka mengambil peluang yang ada.

Di sini saya lampirkan beberapa testimoni daripada mereka yag dah sertai Kursus Spa Bergerak The Walking Beauty. Mari kita baca apa kata mereka.
The walking beauty, twb, review
Pelanggan pun puas hati.

The walking beauty, twb, review
Siapa tak suka kalau ia natural produk kan.

The walking beauty, twb, review
Duit gaji bulanan tidak berusik

The walking beauty, twb, review
Berhenti kerja dengan senang hati.

The walking beauty, twb, review
Sememangnya modal sangat minima!

The walking beauty, twb, review
Hujung minggu sahaja boleh dapat ratus-ratus

The walking beauty, twb, review
Rezeki pertama sehari selepas training. Mudahnya.

The walking beauty, twb, review
2 jam je dah dapat hampir RM200

The walking beauty, twb, review
Semua orang suka cantik

The walking beauty, twb, review
Hanya 3 hari! Dah dapat cover duit modal.

The walking beauty, twb, review
RM240 untuk facial 4 orang dalam masa 2 hari.

The walking beauty, twb, review
Feedback daripada suri rumah

SubhanAllah, seronok kan? Kami lebih seronok bila dapat bantu orang ramai keluar daripada kesempitan hidup yang dihadapi. Boleh nampak perubahan hidup mereka. Kalau dulu cukup bulan je poket kering, sekarang bila-bila pun ada.Malah ia boleh tampung perbelanjaan lain yang diperlukan saat terdesak.

Ada surirumah yang berjaya dapat RM990 dalam masa 4 hari. Berkat kesungguhan dan usaha yag ditunjukkan. Ada juga yang menggunakan duit spa sebanyak RM2000 untuk menampung majlis perkahwinan. SubhanAllah. Tiada yang lebih indah selain daripada dapat membantu orang yang memerlukan.


Kelebihan dan Keseronokan menjadi sebahagian daripada Beautician Spa “The Walking Beauty”



1. Bimbingan dan networking terbaik yang pernah saya jumpa! Setiap permasalahan, pasti kami sama-sama bincang dan atasi. Setiap ilmu baru yang kami dapat, kami kongsi dalam group. Setiap hari, pasti ada motivasi daripada pengasas kita.


Terbaru, demi menimbulkan rasa seronok dan keterujaan pada bisnes sendiri, satu contest diadakan. Iaitu “SOHO Contest TWB”.



Dan hasilnya,


The walking beauty, twb, review


The walking beauty, twb, review


The walking beauty, twb, review


The walking beauty, twb, review


The walking beauty, twb, review



Cantik kan? Kajian mengatakan tempat kerja kita mempengaruhi produktiviti. Betul kan


Dan sememangnya support group ni sangat penting tau. Biasanya bila kita buat soang-sorang, bila ada ujian sikit kita akan cepat putus asa. Rasa lemah. Tapi dengan support group, masing-masing tolong berikan semangat dan penyelesaian.


Tiada yang mustahil.



2. Satu perkara yang ahli Kursus Spa Bergerak The Walking Beauty gemar lakukan sepanjang tahun iaitu.. MELANCONG!

Untuk pengetahuan anda, sejak The Walking Beauty ditubuhkan pada tahun 2015, setiap tahun kami telah buat penggambaran video di luar negara!


Nak bawa anak? Tiada masalah 😄


Nak tengok gambar kami melancong?


The walking beauty, twb, review
2016 di Perth Australia

The walking beauty, twb, review
2017 di Maldives!

The walking beauty, twb, review
2017 di Maldives!

Dan insyaAllah.. 2018 kami akan ke Paris!


Jika anda gemar melancong dan puaskan hati sendiri dengan sesuatu yang anda suka, ianya ada dalam The Walking Beauty!


Kita dah tak perlu bimbang pasal kos. Kos minima, terbaik! Hehe. Pengasas the walking beauty merupakan seorang wanita high class yang sangat suka melancong. Jadi beliau banyak tahu cara yang menjimatkan, melancong dengan jimat.


Bayangkan perbelanjaan ke Maldives pada tahun ini Cuma menelan belanja RM1600 all-in! Termasuk tiket kapal terbang, penginapan dan semuanya. Kalau pergi sendiri agak-agak boleh dapat tak harga tu?


Dan kebanyakannya memang gunakan pendapatan bisnes spa mereka je. Tak perlu fikir nak cekau duit lain dah.


Dan sekali lagi saya nak beritahu. Pada tahun 2018, kita akan ke Paris!

The walking beauty , twb,


Promosi Pakej Kursus Usahawan Spa “The Walking Beauty” pada bulan Disember 2017


Di dalam Pakej Spa bulan Disember ini, anda bakal mempelajari 5 courses :

1.    Facial + Face Massage
2.    Body scrub
3.    Sauna
4.    Aura bath
5.    Foot & hand spa

Anda juga akan mendapat :

1.    Sijil
2.    Trial kit spa
3.    Access ke Group Support
4.    Produk kecantikan

Kesemua ini hanya dengan RM 999. Percayalah. Ini yuran kebijaksanaan anda.


Jika anda survey di luar, 5 courses ni mencecah RM2500. Di sini anda dah jimat RM1501 tau!


Dan promosi ini akan berakhir bulan ini sahaja! Jan 2018, harga baru akan diperkenalkan.


Masih ragu-ragu? Buang ia jauh-jauh. Tetapkan dalam hati,


“AKU AKAN BERJAYA JADI JUTAWAN SPA THE WALKING BEAUTY!”


Hubungi :




Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spa
IG : eebeautyspa


Carian :

Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa






Terima Kasih

21 November 2017

Pakej Murah Gila Sempena Akhir Tahun 2017!

Haa. Ada yang ternanti-nanti pakej spa murah daripada Ee Beauty Spa ye?



Tak perlu berdebar-debar menunggu lagi ye. Saya warwarkan kat sini ok. 



The walkong beauty, spa perkahwinan, kuantan, terengganu


Muslimah, twb, ee beauty spa,

Terengganu, spa murah, facial, twb,

Spa murah, facial, twb, ee beauty spa


Ee beauty spa, twb, pakej spa murah, pakej spa


Menarik kan? Khas untuk warga Kuantan dan Terengganu ni! Rugi tau korang tak grab.


Siapa pencinta kecantikan, selalu pergi spa mesti setuju bahawa harga ni sangat murah kan?


Apa keistimewaan Ee Beauty Spa?


1. Spa kami menggunakan produk yang sememangnya semulajadi, tanpa bahan kimia berbahaya dan berkesan hanya daripada Shaklee. 


2. Setiap facial akan dimulakan dengan analisa kulit dan konsultasi percuma. (Mana nak dapat wei).


3. Facial & face massage kami melibatkan

> Double Cleansing
> Herb Scrub
> Milky Protein Masker
> Steam
> Ion Massage
> Relaxing Face Massage
> Moisturing
> Eye-treatment


Dan semua yang kami tawarkan ini, harga asalnya mencecah RM85 tau! Tapi kami bagi murah sangat. Supaya korang boleh rasa kenikmatan dan kehebatan produk Shaklee ni. 


4. Spa kami berkonsep home & mobile spa. Nak datang ke rumah boleh. Nak kami ke rumah anda lagi la boleh. Anda pasti lebih selesa di rumah sendiri kan?

Tak perlu dah serabut menghadap jem, atau melilau cari parking. Segalanya tersedia depan anda. Nada cuma perlu baring dan nikmati treatment daripada Ee Beauty Spa.


Teringin nak dapatkan treatment dengan Ee Beauty Spa? Tak payah susah-susah.

Tekan je butang whatsapp di bawah. Segalanya kami mudahkan untuk anda.








Hubungi :





Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spahttps://www.facebook.com/eebeautyspa/
IG : eebeautyspa


Carian :

Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Facial Murah Terengganu
Facial Murah KuantanBina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa



Terima Kasih

Buat suami : Nak isteri anda cantik? Hadiahkan mereka dalam 5 perkara ni!

Saya baru je terbaca kembali kisah suami yang ceraikan isteri semata-mata kerana isterinya dah tak cantik macam dulu.


Sedih!


Untuk pengetahuan para suami, betapa isteri ni nak sangat jaga kecantikan. Tapi kadang-kadang tak terdaya tanpa pertolongan anda.


Mana masa nak uruskan anak, nak uruskan rumah, nak memasak. Tanpa bantuan suami, pasti sangat sukar nak uruskan diri sendiri dengan cemerlang.


Kursus spa, kecantikan, isteri cantik
Gambar ni memberitahu kita banyak perkara kan?

Suami, bantuan anda sebenarnya sangat diperlukan oleh si isteri. Bantulah meteka uruskan rumah dan anak-anak.


Ini 5 cadangan untuk anda bantu isteri anda menjadi suri hati anda yang sentiasa cantik ☺


1. Belanja mereka facial sebulan sekali.

Facial ni penting untuk wanita tau.

Suami, anda perlu tahu. Isteri di rumah kadang-kadang tak sempat pun nak jaga muka. Apatah lagi nak konsisten scrub dan masker.


Jadi apa salahnya anda belanja mereka untuk dapatkan treatment facial sekurang-kurangnya sebulan sekali?


Facial & urutan muka ni sangat penting untuk bantu wanita tanggalkan sel kulit mati dan melembapkan wajah. Urutan muka juga membantu peredaran darah di bawah kulit muka. 


Secara tidak langsung, ia akan membantu wajah isteri anda menjadi semakin glowing. Tiada lagi kekusaman. Anda pun gembira kan tengok?


2. Belanja mereka barangan kosmetik dan skincare yang bagus.


Bakal menemui anda 2018. Testomoni orang US yang dah guna, guna 2 minggu, hilang kedutan kat muka. Best kan?

Tapi wajiblah pilih kosmetik yang bebas bahan kimia berbahaya terutamanya paraben, SLS dan merkuri.


Buat ulangkaji sikit mengenai skincare yang baik. Antara skincare yang dipercayai adalah skincare SHAKLEE.


3. Dapatkan perawatan kulit.


Bukan kulit muka je yang perlu dijaga. Kulit tubuh juga sangat penting. Tidak salah anda belanja mereka sauna sebulan sekali.


Lulur ni sangat baik untuk bantu hilangkan kekusaman, daki-daki dan kedutan pada kulit. 


4. Bantu isteri segarkan kembali tubuh badan.


Sauna bantu kembalikan kesegaran tubuh

Bagaimana? Dengan bersauna.


Sauna berfungsi untuk menghilangkan toksin daripada tubuh keluar melalui peluh. Secara tidak langsung, ia membersihkan kulit dan sebarang kotoran yang melekat pada tubuh.


Percaya atau tidak, bila isteri rasa semakin segar, dia akan tampil lebih cantik.


5. Hadiahkan mereka baju yang cantik.

Pakai di rumah je. Tak salah kan? 😄

Wanita ni memang tak boleh lari daripada baju yang cantik. Rambang mata. 


Sebab tu wanita suka beli baju. Tapi bila ia dihadiahkan oleh suami, ia akan jadi jauh lebih berharga ☺



Mudah kan 5 perkara ni?

Nak lagi mudah?

Apa kata hadiahkan isteri anda dengan treatment spa terus ke rumah? Tak perlu dah mereka susah-susah nak pergi spa.


Macamana?


Ee Beauty Spa kan ada 😄

Boleh tengok pakej-pakej yang saya sediakan khas untuk anda. Pakej terbaru pakej akhir tahun.


Oh ye. Ini ada seikit perkongsian daripada ahli #TheWalkingBeauty juga di mana suaminya diam-diam je tempahkan treatment untuk isteri tercinta. Romantik sangat!



Sweet kan?

Siap facetime lagi!


Jadilah suami yang penyayang 😄 Ini cadangan untuk hargai isteri. Siapa lagi yang nak hargai isteri yang melahirkan anak-anak kita kalau bukan kita. Kan?


Hubungi :




Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spahttps://www.facebook.com/eebeautyspa/
IG : eebeautyspa


Carian :

Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa





Terima Kasih

18 November 2017

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia



Assalamualaikum semua bloggers dan pembaca.



Dah lama rasanya tak join segmen macam ni. Kali terakhir masa universiti dulu. Blog ni pun sebenarnya daripada zaman universiti tau. Tapi semua post dulu-dulu dah padam. Malu yang amat bila baca. Tak matang weh (T_T)




Ok, saya perkenalkan diri. Nama diberi Shasratul Ameerah binti Kamaruddin, selesa dipanggil Ee je. Panggilan ni memang keluarga yang panggil. Tapi bila keluar, biasalah. Macam-macam nama ada. Miera, Syaz, Iffat (mana datang tak tau), Shasratul. Tapi macam yang saya cakap awal-awal tadi. Saya selesa dipanggil Ee je. Sebabnya rasa macam keluarga-keluarga je kan.




Berumur 28 tahun, asal daripada negeri Terengganu. Sudah berkahwin dengan seorang hamba Allah yang bertanggungjawab dan imam yang mampu pimpinku ke syurga. Ibu kepada puteri comel dan bambam, Ayra Zahra, anak solehah.




Sekarang ni tengah habiskan sisa-sia beberapa minggu tahun ni untuk tamatkan perkhidmatan sebagai guru. Sebenarnya dulu tak pernah pun terfikir nak jadi guru tau. Dulu macam-macam nak jadi, Haha. masa sekolah rendah nak jadi polis. Terpengaruh dengan cerita Gerak Khas. Dah naik sekolah menengah, lebih berminat nak ambil kejuruteraan genetik. Tapi apa pun, memang guru ni jauh panggang dari api. Tak pernah terlintas langsung!




Sampailah satu saat ni, masa kerja sambilan kat salah satu kedai runcit dalam Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu. Datang la seorang hamba Allah ni, nak beli surat khabar. Masa tu kebetulan tengah pakai baju sejuk UKM. Sejuk kot dalam lapangan terbang tu. Kaku tulang belulang.



Hamba Allah ni ternampak baju tu. Borak punya borak, dia terus tanya. 

"Berminat tak nak jadi cikgu? Saya nak tawarkan kerja"

Dalam tak sedar, saya jawab "Minat juga". Padahal masa tu memang tak ada pun minat nak mengajar. Tapi sebab ada orang nak tawarkan kerja kan? Ku rembat je. Teruk betul.



Perancangan Allah tu Maha Hebat kan? Tak sangka bermula dengan pertemuan singkat tu, tak sampai 15 minit pun berborak. Sampai sekarang ku jadi guru. Bermula tahun 2012 hingga 2017. 5 tahun yang sangat bernilai sebenarnya.



Sebab 5 tahun ni la yang banyak ajar saya erti kehidupan. Betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa sayag, belai, berkomunikasi dengan baik dengan anak-anak. Sebab ni juga la saya nekad nak berhenti kerja. Sebab nak jadi ibu yang terbaik untuk anak. Sebab saya tahu, kerja sebagai guru ni bukan main sibuk sekarang! Dan saya tak nak anak saya terabai atau rasa sunyi.


Hebatnya perancangan Allah! Dia bagi saya peluang tahu dan kenal dulu anak-anak syurga yang saya ajar tu, dan saya boleh ambil ibrah daripada pengalaman mereka.


Dan sekarang, saya merupakan pemilik sebuah spa bergerak EE BEAUTY SPA dan juga seorang pelatih untuk kursus spa bergerak di bawah projek THE WALKING BEAUTY. 


Tujuan saya satu je. Saya suka ibu-ibu atau wanita ni ada banyak masa dengan keluarga tapi pada masa yang sama kena la ada pendapatan juga kan? Zaman sekarang ni waita wajib berdikari. Betul kan?


Ok sampai sini dulu ye pengenalan ringkas saya. Salam perkenalan saya ucapkan untuk semua :) 


P/S : Harap sangat menang hadiah pertama tuuu. Cair hati tengok. <3 Hihi




Korang pun boleh join tau segmen ni. 


Korang tekan je link ni >>> Segmen Suai Kena Bloggers Seluruh Malaysia <<< Jom ramaikan kenalan :)





Terima Kasih

16 November 2017

17 idea susun atur HOME SPA yang menarik!

Selamat malam semua. Okay malam ni kita santai-santai. Kita usha beberapa idea untuk set up spa di rumah tanpa menggunakan kos yang banyak.



Gunakan apa yang ada je dah cukup untuk buatkan spa kita nampak menarik. Cuma tambah sikit kekreatifan untuk serlahkan lagi bilik spa kita tu ok.




Mari kita lihat dulu beberapa idea yang saya dapat daripada internet.




1. Hiasan bilik spa berkonsepkan tradisional atau kampung.

the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Menarik kan? Minimalis yang tenang. Sumber 


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Bagi yang mempunyai ruang kecil, ini idea yang menarik. Sumber


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Penggunaan kain battik menyerlahkan lagi konspe traditional. Sumber


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Jika ruangan anda cukup besar, satukan sahaja tempat untuk sauna dan mandian susu. Sumber


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Pencahayaan yang baik juga memainkan peranan. Sumber




2. Hiasan bilik spa yang berkonsepkan moden



the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Jika ruang bilik spa anda luas, idea ini menarik untuk ditiru. Sumber


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Tiada katil? Tak perlu risau. Asalkan ada tilam, itu sudah memadai.


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Idea untuk ruangan minimalis. Sumber

the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Idea dari sebuah spa di Bangkok, Thailand. Sumber 


3. Hiasan bilik spa yang sangat mudah ala The Walking Beauty (TWB)


Di sini saya kongsikan beberapa idea daripada ahli The Walking Beauty (TWB) yang menggunakan apa sahaja perlatan dan hiasan yang ada, tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk wujudkan bilik spa di rumah masing-masing.



the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Simple kan?

the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk ini.


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Katil besar? Lagi mudah dalam kes pelanggan yang ramai.


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Kemas itu cantik :)


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Gunakan apa yang ada.


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Di ruang tamu juga boleh :)


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Pemilihan warna juga memainkan peranan penting.


the walking beauty, twb, kursus spa, kursus kecantikan
Ruang bilik yang kecil.

Mudah kan? Sebenarnya inilah konsep yang kami terapkan pada ahli The Walking Beauty (TWB). Gunakan apa yang ada. Tidak perlu tunggu semuanya sempurna untuk memulakan spa anda. 



Hakikatnya, anda boleh gunakan apa sahaja yang ada di rumah anda untuk menjadikan spa anda kelihatan menarik. Masih kurang berpuas hati? Cari sahaja barang di Mr.Diy atau kedai serbaneka RM2.12. Pasti banyak yang kita boleh gunakan.



Jom saya belanja satu video untuk anda semua. Selamat menonton :)





Untuk melihat testimoni, klik di sini.


Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai kursus spa The Walking Beauty, klik di sini.


Untuk mengetahui pakej terbaru, klik di sini.



Untuk menyertai kursus spa The Walking Beauty (TWB) kami, boleh klik pada butang whatsapp di bawah.









Hubungi :



Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
FB PAGE : Ee Beauty Spa - Home & Mobile Spahttps://www.facebook.com/eebeautyspa/
IG : eebeautyspa


Carian :

Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa



Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH