Pages -Menu for Ee Beauty Spa

04 November 2014

7 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Suplemen

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN (MAKANAN TAMBAHAN)?
WHY DO WE NEED SUPPLEMENT?

Kalau dengar perkataan suplemen je, ramai yang fikir MLM. Tak kurang jugak ramai yang tarik muka.

Sebenarnya, pada pengetahuan anda sendiri, apa pemahaman anda mengenai suplemen?

Suplemen daripada segi bahasa bermaksud pelengkap. Dari segi istilah pula, dalam konteks pemakanan, suplemen ni bermaksud makanan tambahan kepada tubuh bertujuan untuk menyihatkan badan sama ada secara khusus atau untuk keseluruhan badan.

Suplemen ni bukanlah untuk pemakanan sahaja. Benda lain pun perlukan suplemen.

Contoh, sekarang saya sedang menyewa sebuah rumah. Dulu masa mula-mula masuk, rumah ni kosong. Jadi sikit demi sikit saya beli barang-barang rumah. Barang rumah tu semua adalah suplemen bagi rumah saya sebab ia jadi pelengkap kepada rumah saya.

Ok, sekarang kita dah tahu suplemen tu apa. Jadi kenapa kita perlukan suplemen untuk badan? Bukan ke badan kita ni dah sihat ke?

Jom kita bincang kenapa badan kita perlu suplemen ni.

1. Pencemaran alam sekitar.




Kita selalu terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang boleh jejaskan kesihatan badan. Apatah lagi kalau kita tinggal di Bandar-bandar maju seperti Kuala Lumpur.  Asap kenderaan, asap rokok, asap daripada kilang. Tu semua sumber bahan pencemar dalam udara

Paling banyak kita gunakan adalah air. Air yang ada sekarang dicemari dengan radikal bebas yang dilepaskan oleh kilang dan sampah sarap. Jadi, masih bersih ke air yang kita minum, mandi, ambil wuduk, memasak dll? Tak ke benda tu menghalang penyerapan nutrient dalam badan secara optimum?

Logik tak?

2. Nutrien hanya boleh didapati daripada makanan.




Badan kita perlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah nutrient. Hakikatnya, kita hanya dapat nutrien  daripada makanan.

Sebagai contoh, Vitamin C mampu memberikan kesan pencegahan dan anti penuaan. Namun untuk mendapat kesan tersebut, anda perlu makan buah oren sebanyak 7 biji sehari!

3. Tercemar oleh racun serangga atau bahan kimia.

Kebanyakan petani / peladang menggunakan baja kimia dan semburan racun serangga untuk memastikan pokok tumbuh sihat. Namun, baja dan racun tersebut akan meresap ke dalam pokok sekaligus akan member kesan buruk kepada pemakannya sama ada haiwan atau kita.

Tak kurang juga ramai yang bimbang untuk makan makan makanan tertentu seperti kangkung. Dibimbangi ada lintah pula bersarang dalam tu 

4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat

Sebanyak 75% daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang bersenam. Ini menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia berisiko tinggi untuk menghidap penyakit berbahaya seperti kencing manis, diabetes dan sakit jantung.

Menurut laman web ikim.fm juga, penyakit berkaitan merokok merupakan pembunuh nombor satu di Negara ini yang mana kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun. Peratusan lelaki dewasa yang meroko juga adalah sebanyak 49% dan ini melebihi kadar di negara maju lain di dunia.




5. Tidak hiraukan diet seimbang

Sikap rakyat Malaysia yang tak hiraukan diet seimbang sangat membimbangkan. Diet seimbang boleh dirujuk daripada piramid makanan yang kita belajar dalam subjek Sains Tingkatan 

Contohnya, ramai anak-anak tak suka makan sayur. Jadi kita sebagai ibu bapa harus mencari pengganti zat bagi memenuhi keperluan nutrisi seharian anak itu.




6. Gangguan penyerapan nutrien daripada makanan

Gangguan penyerapan nutrien ini adalah akibat daripada pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan. Kebiasaannya, kalau kita demam, kita akan ambil air 100plus untuk dapatkan mineral kembali kan? Tahukah kita berapa kandungan gula dalam minuman tu?

I can’t imagine.. 



7. Kehilangan nutrient dalam makanan

Seharian penat bekerja, kadang-kadang tak sempat nak masak. Jadi kita akan ke kedai makan. Kita tak tahu bagaimana makanan tu diproses. Jadi susah untuk kita pastikan nutrient masih kekal dalam makanan tersebut, kan?

Nutrien daripada makanan biasanya hilang ketika penyediaan makanan tu sendiri contohnya bila kita menggoreng.

PELABURAN MASA DEPAN

Setuju tak dengan sebab kenapa kita perlukan suplemen? Jom cepat-cepat cari suplemen yang sesuai untuk diri kita. Jaga nikmat yang telah Allah berikan ni dengan sebaiknya.

Laburkan sedikit wang untuk kesihatan tubuh badan kita. InsyaAllah itu satu ibadah. Niatkan kita ingin makan suplemen untuk jadi lebih sihat semata-mata untuk beribadah kepada Allah.

Bila kita boleh buat kerja dengan baik, dan bertenaga, itu kan ibadah 
Bila kita tak mengah nak buat kerja, boleh buat kerja laju-laju dan senangkan kerja orang lain, itu kan ibadah.



Jom rasa perbezaan Shaklee!

P/s : Setiap pembelian melalui saya, anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya.
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli, saya memberi jaminan bahawa :
1) Anda memilih rumah yang betul
2) Masuk ke dalam Whatsapp group rahsia rumah kami
3) Bantuan dan tunjuk ajar yang jitu

Untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli, anda boleh menghubungi saya :

Ameerah
010-2888494
Instagram : eeameera
FB Page : A step for a healthy life
https://www.facebook.com/ameerah.shaklee?ref=hl



Lots of love,





Terima Kasih

16 comments:

Ezna Khalili said...

Pemakanan yang sihat untuk tubuh badan yang sihat.

Ciktie said...

Good info kadang-kadang kemunculan pelbagai jenis suslemen bak cendawan tumbuh juga mengelirukan pengguna. Menyebabkan mereka tak tau nak pilih yang mana. Akhirnya semua dia xambil hikhik

Khaidir said...

Bagi saya, sesiapa yang mampu, bolehlah ambil suplemen. Kalau tidak, amalkan sahaja pemakanan sihat. Banyakkan sayur dan buah-buahan.

Tengkubutang said...

Yup.. untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa sihat.. kena amalkan pemakanan yang sihat dan penuh zat dan gizi seimbang.. namun kalau tiada masa.. suplemen adalah pilhan kedua terbaik..

Suria Amanda said...

Terlalu banyak supplement yang lahir dalam pasaran sekarang membuatkan ramai confuse mana satu yang ok..SA tetap ambil Shaklee sebagai supplement harian SA..

Coretan Masa said...

amik supplement juz ikut keperluan jer... untuk topap nutrisi y x cukup... jgn terover pulak... takut ada kesan pada buah pinggang dan hati nnti...

SalinaJohari said...

Sal memang amalkan vit C dari Shaklee..kulit pun better kalau nak dibandingkan dr sebelum ni..nak harap makanan seimbang agak payahla..hehehe

dboystudio said...

wahhh memang menarik.. tq sharekan tips dan info menarik. memang nak kena makan vit c selalu la mcm nie.

Hasif Hamsyari said...

Betul tu. Memang penting sebenarnya suplemen sebab tu saya pun ambil juga. Sebab kalau nak ikut faktor pemakanan yang sihat semata belum tentu cukup untuk nutrisi badan. Dengan suplemen sebenarnya banyak membantu.

Cik Puan Ena said...

Bg sy ikut pd kemampuanlan xsemestinya wajib kna amek. Klu mknan seimbang, gaya hidup sihat, xde masalah. Kena fikir pnjang masa tua nanti. Sbb dah tgk sndiri byk depan mata yg sakit selepas amal plbagai produk. Yg famous pulak tu. Terus stop n amal pmkanan sihat. Rujuk pda doktor bertauliah sblum amal ape2. Bukan anti supplement.Tp syg badan. Sy dah rasa kna operation. Ramai xbg, suh mkn produk je..tp doktor kata mmg berkesan tp effect pda hati. So pilihan di tgn sendiri.

miera said...

Saya setuju, sekarang bila sudah tua dan dimamah usia.. kita perlu supplement untuk kita cantik, cergas dan cerdas dan sihat.. huhuh

AyuArjuna BiGoshh said...

gaya hidup hari ini memang memerlukan suplemen sebagai makanan tambahan untuk kekal sihat

Hanny Abdullh said...

Supplement diperlukan buat mereka yg kurang mengambil makanan yg berkhasiat. Nak ambil supplement kena ambil tahu mcm2 pekara..bukan org jual je beli..org jual je beli..takut tak kena lak gan tubuh badan tu..hehehe

Cik Roxa said...

Supplement boleh diambil jika betul caranya.. Perkongsian yang bagus sis :)

Bonde Zaidalifah said...

sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat... maklumlah bila dah berusia, macam-macam penyakit datang.

Betty's Journey said...

Supplement can help to provide any vitamin that lack from our daily nutrient. But don't overdose in taking supplement.

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH