Pages -Menu for Ee Beauty Spa

18 November 2014

ISTERI DERHAKA?

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini adalah sebuah cerita benar yang saya dapat daripada Whatsapp kawan-kawan saya. Bila baca cerita-cerita macam ni, terfikir juga, sanggup ke kita berkorban sama seperti akak kita ni. Meh baca dulu.

Indonesia: Ketika aku sedang menanti teman menjemput ku di masjid, aku melihat seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku menegurnya untuk berbual bual sambil menanti teman menjemput ku pulang.

Selepas bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya, "Cik sudah berkahwin?". Jawabku, "Belum". Dan aku bertanya pula, "Tunggu siapa?". Jawabnya, "Menunggu suami."

Aku melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yang besar. Seperti wanita berkarier. Lalu aku beranikan diri untuk bertanya, "Kakak kerja di mana?"

"Alhamdulillah 2 jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi," jawabnya dan terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Lalu aku bertanya, "Kenapa?".

Jawabnya tegas, "Ini adalah langkah awal untuk wanita yg berkarier untuk lebih taat kepada suaminya." Aku kehairanan dengan jawapannya apatah lagi melihat dia tersenyum.

"Saudari boleh saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yg baik. Saya bekerja di pejabat yg mana gaji saya 10 kali ganda lebih besar dari suami. Suami saya di waktu pagi berniaga roti bakar dan di waktu petang berniaga ais cendol."

"Kami baru bernikah 3 bulan dan kelmarin buat pertama kalinya saya menangis kerana merasa derhaka kepada suami. Saudari tahu kenapa? Waktu itu jam 7 malam suami saya akan menjemput saya seperti biasa di pejabat. Kebiasaannya jam 3 saya sudah pulang tapi pada hari itu kerja saya sangat banyak. Sampai di rumah saya kepenatan."

"Kerana kepenatan kepala saya begitu pening. Kebetulan suami saya beritahu badannya seperti berangin dan kepalanya pening juga. Dia meminta saya mengambilkannya air segelas. Saya kata saya sgt keletihan dan memintanya ambil sendiri."

" Jam 11.30 malam baru saya tersedar dan cepat2 menunaikan solat Isyak. Selepas solat saya melihat suami lena tidur. Saya ke dapur dan melihat pinggan mangkuk sudah dicuci. Pakaian kami sudah dibasuh. Siapa lagi yg buat jika bukan suami saya."

"Astagfirullah, bukankah suami saya juga beritahu dia juga pening kepala. Rasa hiba mula saya rasakan. Lalu saya ke bilik utk menerangkan kpdnya keadaan saya tadi. Saya tgk dia lena tapi saya pegang wajahnya. Masyallah panas sungguh badannya. Dia demam panas."

"Saya teringat kata2 terakhirnya sebelum saya tertidur tadi. Dia hanya menyuruh saya mengambilkannya air saja tapi saya membantahnya. Air mata saya ini menitis mengenangkan saya melupakan hak2 suami saya," ujarnya.

Subhanallah, aku melihat kakak ini bercerita dgn semangatnya,membuat hati ini sayu. Dan dapat ku lihat titisan air mata yang diusapnya.

Sambungnya lagi, "Dengan gaji yang saya miliki, saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami kerana gaji saya jauh lebih besar dari suami apatah lagi yg diberikan kepada saya nilainya begitu sedikit. Tapi suami selalu memberikan hasil jualannya dgn ikhlas dari lubuk hatinya."

Setiap kali memberikan hasil jualannya, dia selalu berkata “Umi, ini ada sedikit rezeki dari Allah. Ambil ya. Buat keperluan kita. Walaupun tidak banyak jumlahnya, mudah-mudahan Umi redho”, begitulah kata suami saya.

"Saat itu saya baru merasakan betapa harta ini membuat saya sombong dan derhaka pada nafkah yang diberikan suami saya, dan saya yakin hampir tidak ada wanita berkarier yg selamat dari fitnah ini”

“Alhamdulillah saya sekarang bernekad untuk berhenti bekerja, mudah-mudahan saya lebih tahu menghargai nafkah yang diberikan suami. Memang sifat wanita sering susah hati jika tanpa harta, dan kerana harta juga wanita sering lupa pengorbanan seorang suami.

“Saya berkunjung ke rumah orang tua, dan menceritakan niat saya ini. Saya sedih mereka dan saudara-mara tidak bersetuju niat saya untuk berhenti berkerja. Mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dgn suami2 yg lain.”

“Saudari tahu, saya hanya mampu menangis saat itu. Saya menangis bukan kerana apa yang dikatakan adik saya itu benar, Demi Allah bukan kerana itu. Tapi saya menangis kerana imam saya sudah DIPANDANG RENDAH olehnya.

"Bagaimana mungkin dia meremehkan setiap titis keringat suami saya, padahal dengan titisan keringat itu, Allah memandangnya mulia ? Bagaimana mungkin dia menghina org yang sentiasa membangunkan saya untuk sujud di malam hari? Bagaimana mungkin dia menghina org yang dengan kata2 lembutnya selalu menenangkan hati saya?"

"Di saat kebanyakan org lebih memilih jadi penganggur tetapi suami saya, tak ada rasa malu baginya utuk menafkahi isteri dgn nafkah yang halal. Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya."

"Suatu hari nanti jika saudari mendapat suami seperti suami saya, saudari tidak perlu malu untuk menceritakannya pekerjaan suami pada org lain. Bukan masalah pekerjaannya tapi masalah halalnya, berkahnya dan kita memohon pada Allah semoga Allah menjauhkan suami kita dari rezeki yg haram," kata2 terakhirnya sambil tersenyum manis padaku.

Kulihat dari kejauhan seorang laki2 dengan menggunakan motor buruk menghampiri ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helmet. Sambil mengucapkan salam, wanita itu meninggalkanku. Wajah wanita itu tenang sekali, wajah seorang isteri yg begitu redha.

Ya Allah…. Sekarang giliran aku yg menangis. Hari ini aku dapat pelajaran paling berkesan dalam hidupku. Pelajaran yang membuatku menghapuskan persepsi utk mencari org2 kaya sebagai calon suamiku yang selalu bermain dibenak pemikiran ku selama ini. Subhanallah..Walhamdulillah..Wa Laa ilaaha illallah…Allahu Akbar
Semoga pekerjaan, harta dan kekayaan tak pernah menghalangimu untuk tidak menerima pinangan dari laki2 yg baik agamanya..

Jujur, cerita ni beri kesan pada saya. Saya dah berkahwin 5 bulan. Tapi kalau dihitung, campur tolak darab bahagi semua, kami ni ibarat baru kahwin 2 bulan. Habis tu mana pergi 3 bulan lagi? 

Kekadang rasa macam derhakanya aku, bimbang juga kalau-kalau terdetik dalam hati suami, kahwin pun macam tak kahwin. Yela, sebut je kahwin tapi duduk jauh, tak boleh nak jalankan tugas hakiki sebagai seorang isteri. Allahu..

InsyaAllah looking forward for the best answer. Please pray for us :)

Miss this moment :)


Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH