Pages -Menu for Ee Beauty Spa

20 November 2014

Semanis Kurma Bersama Dr.Azizan Osman

Siapa tidak kenal Dr. Azizan Osman. Usahawan berjaya yang juga merupakan seorang penulis, penceramh, jurulatih kejayaan dan pakar pemasaran No.1 Asia!

Shaklee, bangkit, yakin boleh, terus berusaha

Saya sangat-sangat kagum dengan beliau. Mula berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak tahun 1998, sudah banyak kegagalan beliau temui, tetapi tetap bangkit dan akhirnya berjaya membuktikan Islam boleh!

Itu yang menjadi sumber inspirasi saya. Dan di sini ada beberapa perkongsian daripada beliau, sumbernya adalah rancangan Semanis Kurma di TV9. Hihi..

Topik yang dibincangkan adalah 'BANGKIT'. Saya percaya pada kegagalan. Sebab kalau kita tidak pernah mengalami kegagalan, kalau kita tidak pernah jatuh, macam mana kita nak bangkit?

Cube tengok adik-adik atau anak kita. Yang paling dekat dengan saya, anak kepada kawan saya, 'Aisyah 'Insyirah. Umurnya sekarang 6 bulan. Comel budaknya ;)



Inilah 'Insyirah, budak comot!

Ok, balik kepada tajuk perbincangan. Saya selalu perhatikan pembesaran dan perkembangan 'Insyirah ni, dan saya belajar sesuatu daripada dia. Tidak cepat putus asa, dan jangan mengalah. Dia dah boleh meniarap, sekarang sedang cuba nak angkat punggung, nak merangkak. Selalu sahaja usaha dia menemui kegagalan. Sampai nangis-nangis masa mula-mula nak cuba tu. Tetapi idia tak pernah putus asa. Dia akan cuba juga sampai boleh angkat sedikit demi sedikit.

Daripada situ saya belajar bahawa kita tak boleh putus asa untuk dapatkan sesuatu! Apa pun yang terjadi, jiwa kena kental, kalau tidak sampai bila-bila kita tidak akan belajar untuk bangkit.

Dr Azizan berkata :

1. Proses bangkit tidak semudah yang dikata. Ada orang yang akan ambil masa. Yang penting, untuk bangkit perlukan kekuatan.

2. Dr Azizan sendiri pun banyak kali gagal. SPM 2 kali, lesen memandu juga 2 kali. Bisnes pun pernah gagal malah pernah dikejar Along. Pernah juga satu ketika terpaksa lelong rumah mak. Namun, percaya pada Allah, percaya pada diri sendiri. Itu adalah kunci untuk bangkit!

3. Allah bagi ujian untuk kita rendahkan diri kepada Allah.. kembali bersujud pada Dia

4. Inspirasi DAO untuk berjaya ialah ibunya yang berumur 71 tahun.

5. Seorang cina menasihatkan:
Perlu ada mentor untuk berjaya dalam apa jua bidang. Dengan kata lain, guru. Jadi, walau siapa pun guru kita, walaupun dia merupakan tukang sapu di tepi jalan, hormatlah dia seadanya kerana Allah telah datangkan dia kepada kita untuk berkongsi ilmu. Itu adalah nikmat daripada Allah.

6. DAO cerita selepas tu dia dah berjaya, akan tetapi dia leka. Kemudian Allah uji lagi dengan keruntuhan rumahtangga disebabkan kelekaan hubungan dengan Allah. Sejak daripada hari tu, DAO selalu menjaga solat, amalkan solat sunat tahajud dan solat sunat dhuha.

7. Bangkit perlukan kekuatan dalaman. Allahsentiasa bagi kekuatan
La haula wala kuwwata illa billah (Dan tiada daya upaya selain daripada kekuasaanNya)

8. Doa DAO untuk mencari yang terbaik untuk dirinya selama 4 bulan, DAO tak pernah tinggal solat tahajud setiap malam. Apa yang beliau mintak adalah :
  • bisnes yang boleh berjaya dunia akhirat
  • bisnes untuk manfaat org lain. Bagi kekayaan sebanyak mana pun tetapi untuk manfaat org lain
  • masa yang banyak supaya boleh jaga diri, jaga amalan, jaga keluarga dan yang paling penting, jaga ibu
  • Nak mendekati Allah.
9. Ibarat kepompong menjadi rama-rama. 

Ada satu kajian, Saintis pernah tolong pecahkan kepompong. Memang rama-rama boleh keluar tetapi ia tidak dapat terbang.. Rama-rama perlu pecahkan sendiri kepompong tu supaya ia boleh memberi kekuatan kepada kepaknya untuk terbang. Sama seperti kita, untuk bangkit menjadi orang yang berjaya, kita sendiri kena pecahkan kepompong kita, kita sendiri kena pecahkan segala tembok yang menghalang. 

10. Pesan DAO :
  • Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita
  • Kejayaan mesti seimbang dunia akhirat
11. B.A.N.G.K.I.T itu adalah :

                B - berani berhijrah
                A - Attitude - orang berjaya mempunyai sifat orang yang
                      berjaya (mahmudah bukan mazmumah)
                N - niat haruslah seiring dengan misi dan matlamat
                G-  gigih - Untuk terus bergerak
                K - kawan sebagai pendorong
                I -  ilmu yang benar
                T - taqwa kepada Allah

12. Ada 7 aspek yang perlu seimbang:
  • minat sendiri - beri masa untuk diri sendiri (main bola, memancing)
  • spiritual - hubungan dengan Allah
  • kesihatan - biar kita sihat secara keseluruhan / optimum
  • kewangan yang stabil
  • kerjaya / perniagaan / tugasan
  • hubungan silaturrahim  dengan orang lain- wujudkan masa dengan ibu bapa, insyaAllah kita akan dapat ketenangan
  • sumbangan kita kepada orang lain

13. Solat kita adalah terjemahan hidup kita. Kenapa kita kena khusyuk dalam solat? Sebab khusyuk mengajar erti fokus. Apabila kita fokus dalam solat, insyaAllah kita fokus dalam apa sahaja yang kita buat dalam hidup kita.

14. Sentiasa ingat ! Apabila nilai hidup kita semakin tinggi, hidup kita semakin hebat, cabaran yang mendatang pun akan jadi semakin hebat. Kebergantungan hanya kepada Allah, insyaAllah hidup kita akan dipermudahkan :) 

Seperti perumpamaan pemandu kapal terbang dengan pemandu bas.
Pendapatan pemandu kapal terbang yang membawa 200 orang penumpang tidak sama dengan pemandu bas yang membawa 40 orang penumpang. Sebab lagi besar tanggungjawab yang kita boleh bawa, lagi besar ganjaran yang kita boleh dapat.

15. Tukar suasana dan pilih kawan yang betul - Jangan gesek biola.

16. Baca surah al-insyirah: "Setiap kesusahan pasti ada kesenangan". Selalu ulang ayat tu supaya kepercayaan kita lagi kuat kepada Allah.


By the way, credit to Master Hafsah for sharing the content :)
Really appreciate it since I literally don't have time to watch the programme. 

 ~ This is why i love this usrah. Would like to be part of our family? Our pleasure :)






Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH