Pages -Menu for Ee Beauty Spa

26 September 2019

Detox Selesaikan Banyak Masalah Kesihatan

Hai korang. Berjumpa lagi kita. Haritu Ee dah kongsikan bahawa detox ni bukan untuk kurus sahaja. Sebenarnya ia banyak membantu proses baikpulih badan kita.


Yela, perumpamaannya macam ni. Kereta kalau kita pakai bertahun-tahun tak servis, apa agaknya akan jadi pada kereta tu? Mesti keadaanya sangat teruk, kena overhaul semua.




Sama dengan badan kita. Hati contohnya. Memang tugas hati adalah singkirkan toksin. Kita pula makan macam-macam benda, terperangkap pula dalam pencemaran yang membimbangkan. Kesian hati terpaksa bekerja lebih.


Sebab itulah, kita kena jaga hati ni baik-baik. Bantu dia detox. Bersihkan kembali sisa-sisa toksin yang melekat pada hati. Barulah hati boleh bekerja semula dengn mudah dan senang. Inilah yang ditekankan dalam program detox Shaklee.


KENAPA PERLU DETOX? 




Sebelum tu, jom kita tengok dulu kenapa kita perlu detox. Lepas dah tahu kenapa kena detox, apa tanda-tanda badan anda perlu detox, barulah kita faham apa berlaku bila kita mula detox.



Kita zaman sekarang hidup dalam persekitaran yang semakin hari semakin tercemar. Terlalu banyak pencemaran, radiasi, racun.


Walaupun kita dah amalkan 'Eat Clean', minum air bertapis, makanan organik, namun kita masih terdedah dengan pencemaran alam sekitar termasuklah jerebu yang berlaku sekarang ni.


Dan yang lebih membimbangkan, radiasi daripada handphone dan TV. Ye! Sebab ini yang paling banyak kita pegang setiap hari.


Lebih haru lagi, bila pemakanan tak terjaga. Selalu makan fast food, makanan tinggi gula, teh tarik, susu pekat, starbuck (Oops!). Ini semua menjadi punca penambahan toksin dalam badan.


Apabila nutrien yang diambil tak mencukupi, organ detox akan mula bertindak perlahan dan menjadi kurang aktif untuk bantu badan nyah toksin.


Sebab tu la kita akan mula perasan :


👉 Berat badan bertambah - metabolisma badan terganggu, hormon terganggu
👉 Sembelit
👉 Kulit Kusam
👉 Cepat letih, cepat lemau, stress, rasa lembab
👉 Cepat marah, rasa nak mengamuk aje.
👉 Keinginan makan banyak, craving sugary foods (sel lapar aje, tak cukup nutrient). Kalau gi kenduri, open house pinggan tu penuh)
👉 Susah nak fokus dalam masa lama
👉 Penyerapan nutrisi yang kurang - makan vitamin takde kesan pun! orang lain makan shaklee berkesan
👉 Senang dijangkiti penyakit - flu, demam
👉 Susah tidur
👉 Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan.
👉  Sering ada lingkaran hitam bawah mata
👉  Badan berbau jika tidak menggunakan deodorant tau pewangi
👉 Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok
👉 Mulut / Nafas Berbau
👉 Menghadapi masalah ALERGIK
👉 Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 sawan sehari
👉 Mengalami Eczema, jerawat atau Psoriasis



Haa kalau dah ada mana-mana tanda ni, maksudnya badan anda dah wajib kena detox.


Bayangkan bila anda detox, anda mmpu selesaikan masalah-masalah ni👆 Bukan untuk kurus semata-mata.


Kami dah ada macam-macam testimoni selain daripada kurus. Jom tengok dibawah ni.


Detox bantu selesaikan banyak masalah kesihatan. 



Program Jom Detox Jutawan yang menggunakan plan detox Shaklee dah berjaya membuktikan bahawa proses detox mampu membantu ramai orang kembali sihat dan cergas. Secara tak langsung, masalah kesihatan yang dialami juga turut menunjukkan perubahan yang semakin positif.


Atasi masalah gastrik dan bacaan diabetes turun



Visceral fat berkurang



Peserta diabetes pun join



Tambah susu badan



Tidur lebih lena



Body age berkurang



5 kesan positif! 



Banyak kan? Anda ke peserta seterusnya? Jom kita sama-sama sihat! Pendaftaran Jom Detox Jutawan Shaklee dah dibuka sekarang. Jom daftar. 





Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat



Terima Kasih

25 September 2019

Mentor Bisnes Saya

Hi korang. Korang pernah dengar tak ada sesiapa pernah kata, untuk berjaya kena ada mentor?


Orang bisnes mesti biasa dengar kan? Ye betul, mentor sangat penting. Mentor ni biasanya dah lama berkecimpung dalam bisnes ni. Jadi mereka dah lalui pelbagai liku dalam proses nak capai kejayaan.


Sebab tu, penting untuk sentiasa dekat dengan mentor. Pendek kata, ikut je bontot rapat-rapat. Oopss!🙊


Sejujurnya, saya memang follow beberapa orang mentor dalam bisnes Shaklee ni. InsyaAllah harini saya rasa nak kongsi siapa 2 mentor yang paling dekat dengan saya.


2 Mentor Bisnes Terdekat Saya



1. MASTER ATHIRAH





Master Athirah ni merangkap upline Ee dalam Shaklee. Sebenarnya suami master Athirah ni sepupu Ee.


Memandangkan kami ni family, Ee memang betul-betul follow progress master Athirah. Bayangkan bermula dengan bonus Shaklee RM40 je dulu. Sekarang dah 5 angka dah.


Memiliki kelebihan dalam menghasilkan video dan personal branding, Ee mula beranikan diri untuk live di FB dan buat video kerana sokongan Master Athirah. 


Kalau tak, memang tak muncul la muka Ee dalam live FB tu 😂 Jom Ee kongsi sikit video pertama yang Ee buat dulu sekitar tahun 2015.




Nampak sangat kali pertama tu kan? Hehe. Serius, Ee sangat bersyukur. Kalau tak kerana mentor yang suruh, Ee rasa Ee masih lagi takut-takut nak buat semua ni.


Bersama Master Athirah dalam kelas berpantang TWB

Highlight : Master Celebration Athirah


2. MASTER AINUL SHAHRAZAD 






Master Ainul ni upline merangkap kakak kepada Master Athirah. Masa mula-mula nak jumpa Master Ainul, Ee sangat kecut perut sebenarnya. Dia sangat tegas, namun ada kelembutannya.


Master Ainul ni banyak ilmu mengenai kewangan dan properties. Banyak kelas ribu-ribu dia pergi, dia kongsikan dengan kami secara percuma je! Allahuakbar.


Master Ainul & Master Athirah ni sangat pentingkan keluarga. Selalu sangat mereka pesan pada kami supaya bahagiakan mak ayah sementara mereka masih ada.


Mereka sendiri berusaha keras untuk bantu arwah ayah mereka keluar daripada status muflis. Masa mereka kongsi pasal ni, memang sebak. Allah je yang mampu balas pengorbanan mereka kepada keluarga mereka.


Dan ini yang mereka nak terapkan dalam diri kami semua. Balas budi mak ayah, tunaikan impian mereka sebanyak-banyaknya selagi masih ada masa.


Bersama Master Ainul di National Conference 2017

Highlight : Master Celebration Ainul


Mereka berdua yang banyak bantu Ee sepanjang Ee berada dalam bisnes Shaklee ni. Segala turun naik dalam bisnes, mereka sentiasa ada di sisi. Tak pernah jemu.


Sebab tu Ee akan pastikan tahun 2020 merupakan tahun yang membanggakan mereka berdua. Segala penat, lelah, jerih, payah mereka akan dibalas dengan rasa teruja dan gembira melihat kejayaan Ee tahun 2020!💪


Akhir kalam, beruntung siapa yang join team Ee. Secara tak langsung, anda bermentorkan 2 figura hebat ni. Alhamdulillah ala kulli haal.


Kita jumpa di post seterusnya esok ye!

❤️


Terima Kasih

24 September 2019

Detox Bukan Untuk Kurus Semata-mata




Kita semua sedia maklum bahawa detox sangat membantu dalam proses menguruskan badan. Toksin yang banyak dalam badan akan menyebabkan metabolisme badan merosot.


Jadi, keupayaan untuk membakar lemak juga merosot. Oleh itu, toksin perlu disingkirkan untuk meningkatkan semula metabolisme badan dan membantu pembakaran yang lebih efektif.


Kaitan antara detox dan kurus ni sangat sinonim. Namun, jika ada yang bertanya, "Saya dah kurus. Buat apa nak detox?"


Ramai orang fikir detox hanyalah untuk kurus. Sebenarnya tak. Detox ni adalah satu proses untuk singkirkan bendasing atau toksin daripada badan.


Jadi logiknya, bila toksin terbuang, banyak sangat manfaat kesihatan yang boleh dicapai. Boleh klik pautan di bawah untuk lebih jelas kenapa kita perlu detox.


Highlight : Kenapa perlu detox


5 KELEBIHAN DETOX YANG ANDA KENA TAHU - BUKAN UNTUK KURUS JE




1. Mencegah penyakit kronik.





Pengumpulan toksin selama bertahan-tahun dalam badan kita sebenarnya merupakan antara punca utama pelbagai penyakit kronik. Toksin akan menyebabkan banyak berlakunya keradangan dan pertumbuhan sel abnormal.


Toksin dan radikal bebas ni masuk ke dalam badan kita melalui pelbagai cara. Antaranya persekitaran yang tercemar, pemakanan.


Apabila mereka masuk ke dalam badan, mereka akan bertindak sebagai sel dan bermutasi dengan sel badan. Menariknya, sel yang bermutasi ni mempunyai jangka hayat yang panjang dan mampu membiak dengan cepat.


Ia boleh bergerak di dalam darah dan menuju ke mana-mana organ sehingga menyebabkan kanser.


Oleh sebab itu, detox perlu dilakukan sebagai pencegahan awal untuk menghalang pengumpulan toksin dan radikal bebas dalam badan kita.


Mencegah lebih baik daripada merawat kan?



2. Meningkatkan sistem Imunisasi badan.



Sistem imunisasi yang lemah akan menyebabkan badan mudah didatangi penyakit. Proses detox yang regular mampu meningkat kan sistem imunisasi badan dan menjadikan badan lebih kuat.


Jika anda selalu selesema, batuk dan demam, itu merupakan satu petanda bahawa and mempunyai sistem Imunisasi yang lemah. Detox adalah salah satu jalan penyelesaiannya.




3.  Memperlahankan proses penuaan. 



Haa mesti ramai yang tertarik dengan ini kan? Ye betul. Detox membantu memperlahankan proses penuaan.




Apabila badan kita penuh dengan toksin dan radikal bebas, ia menyebabkan sel badan kita rosak. Apabila sel rosak, kulit akan mula kenduri dan sel tidak dapat berfungsi dengan baik.


Dengan detox, badan akan membuang segala radikal bebas dan toksin. Ini akan meningkatkan kebolehan badan untuk menyerap nutrisi daripada pemakanan dan suplemen yang kita ambil.



4. Meningkatkan tenaga.



Amazingly, inilah yang saya rasa sejak mula berdetox. Bangun awal pagi tanpa jam loceng pun. Bila bangun pagi, badan terasa ringan dan sangat segar.


Detox membantu untuk menjaga sel dengan baik. Sebab itulah sel dapat bekerja dengan baik sekaligus memberikan kita tenaga yang banyak.



5. Kesihatan mental dan emosi





Apabila toksin dan radikal bebas dikeluarkan daripada badan kita, kita akan dapati kita lebih tenang. Tiada lagi stress.


Radiasi dalam badan juga penyebab stress tau. Bila badan rasa tak sihat sepenuhnya, sakit-sakit, ia boleh mencetuskan emosi yang tidak stabil.


Melalui proses detox ni, hormon akan distabilkan dan kita akan jadi lebih tenang dan gembira.


KESIMPULAN



Wow! Best sangat kesan detox ni. Ini baru 5 yang saya senaraikan. Ada beberapa lagi yang belum sempat saya kongsi. InsyaAllah jika tiada aral, saya akan kongsikan part 2 dan letak link di post ini ye.


Bagi yang mencari program detox yang best, anda boleh lihat 3 cara mudah sertai program detox Jutawan ni. Saya sendiri dah join. Anda bila lagi? 


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat


Terima Kasih

23 September 2019

Saya Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Dulu ditendang, sekarang ku disayang.


Eh eh. Ternyanyi pula. Tapi takde kaitan ye antara yang hidup dan yang mati. 😂




Ok, tajuk ni agak memulas keringat dan minda sebenarnya. Sebab Ee kena recall balik diri Ee yang dulu macamana.


Kebetulan pula, tadi baru je lepas on call dengan salah seorang sahabat dunia akhirat. Tiba-tiba terkeluar daripada mulutnya 'Wah, lain mira sekarang'. Uii apa yang lainnya?


Rupanya banyak sangat benda yang lain. Serius! Ada yang boleh lihat secara lahiriah. Ada perubahan daripada segi dalaman.


Well, alhamdulillah Ee sedar banyak perubahan ni berlaku sejak Ee berbisnes Shaklee.

Dulu & Sekarang.. 



✔️ Dulu PENAKUT
      Sekarang BERANI


Korang nak tau? Dulu Ee ni seorang yang sangat takut nak tonjolkan diri depan orang ramai. Kalau cikgu tanya soalan, duk menyorok la kat belakang sebab tak nak cikgu panggil. Walaupun dah tahu jawapannya. 


Sangat low self-esteem. 


Sebolehnya tak nak bagi orang kenal siapa tu Shasratul Ameerah. Namun sejak ceburkan diri dalam bisnes Shaklee ni, mentor paksa jugak buat live dan video! 


Bagi Ee, bercakap dalam FB Live pun cuak sebenarnya pada awalnya. Walaupun kita tak nampak orang. Sebab kita tahu, orang nampak kita. 




Ini salah satu video live saya di FB berkenaan memberi inspirasi. ❤️ Kalau dulu, mustahil nak cakap tanpa skrip ni.


Sekarang, Ee suka buat live kat FB. Jadi addicted pulak. Sebab Ee suka kongsi maklumat dan ilmu. Kadang-kadang rasa penyampaian tu tak optimum kalau tulis je. Bila bercakap, kita akan pamerkan sekali rasa teruja, gembira, sedih. Jadi apa yang nak disampaikan tu lebih sampai. 


Dapat? 


✔️ Dulu KAWAN LEBIH UTAMA
      Sekarang KELUARGA LEBIH UTAMA


Ee ni seorang perempuan yang membesar dalam keluarga yang kurang sempurna. Maksud Ee, ibu bapa Ee bercerai. Jadi Ee banyak habiskan masa dengan kawan dan orang luar. 


Ee tak percaya pada nilai kekeluargaan. Ee rasa keluarga hanya sekadar nama, tiada fungsi. Bila sedih, kawan yang selalu ada. Bila gembira, keluarga tak tunjukkan sekali kegembiraan mereka. Jadi Ee rasa seorang diri. 


Namun bila Ee mula dapat ilmu daripada team Ee (perkongsian ilmu bukan berkisar tentang bisnes semata-mata), Ee sedar. Untuk dihargai, kita perlu menghargai. Untuk disayangi, kita perlu menyayangi.


Ee - Ayra - mak - Aida - Ariana - Ayie

Kak yang - mak - abah - kak yong - Ee - abang - Ayra - Jani


Dan alhamdulillah, bila Ee dulu yang mula sebarkan kasih sayang, Ee mula rasa kasih sayang orang sekeliling. Bila Ee mula menghargai diri sendiri dan orang lain, barulah diri ini rasa dihargai. 


Ee sedar, tiada yang lebih utama berbanding keluarga. Allah yang utama. Rasulullah kedua, dan diikuti oleh keluarga. Tanpa keluarga siapalah kita. 


✔️ Dulu COMOT
      Sekarang BERGAYA


Nak cakap bergaya beria tak lah. Lebih baik la daripada dulu-dulu. Kalau dulu, pakai 5 warna pun rasa biasa je 😂 Lagi kalau pkai tudung bercorak, baju bercorak, kain bercorak. Alahai. Tak semenggah! Haha. 


Sekarang alhamdulillah asbab terjebak dalam dunia bisnes ni, Ee mula belajar untuk jaga penampilan. Paling tidak, takdelah suami malu keluar dengan isteri comot. 😜




✔️ Dulu KUSAM
      Sekarang BERSERI


Hoyeahh! Ni part paling Ee suka. Serius. Bila betul-betul kita jaga nutrisi dalam badan, kasi cukup, memang automatik semua jadi cantik. Kulit cantik, berseri. Rambut makin ok. 


Kalau tengok Ee dulu, Ya Rabbi. Kusam sangat. Memang nampak macam tak cukup vitamin. Alhamdulillah sekarang dah makin ok. 



Kita bukanlah nak jadi secantik Thylane Blondeau, wanita yang dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia. Cukuplah penampilan dan rupa paras kita bersih, menyejukkan hati pasangan. Tak gitu? 


✔️ Dulu sekadar PENGIKUT
      Sekarang PENGIKUT & LEADER


Alhamdulillah. Kalau dulu, Ee ni akan jadi orang paling senyap, menyorok kaw kaw dalam apa-apa kumpulan. Tak kisah la kumpulan LDK ke, kumpulan apa ke. 


Namun sekarang, Ee terpaksa belajar untuk jadi leader. Ye. Sebab Ee ada tanggungjawab untuk pandu team Ee capai kejayaan bersama-sama.  


Nak jadi leader ni tak mudah. Namun, kita belajar dari semasa ke semasa. Dan dalam proses pembelajaran ni la, kita semakin hari jadi semakin hebat. Anda pun boleh! 


BAGAIMANA BISNES SHAKLEE MEMBANTU EE BERUBAH JADI LEBIH BAIK?



Percaya tak kalau Ee kata, pemilihan team yang betul menjadi antara faktor utama dalam langkah kejayaan kita?


Ee bersyukur ada dalam team Jutawan. 


Anda nak berjaya dengan Shaklee? Jom join Ee bersama dalam team Jutawan.


Anda nak berjaya dalam Shaklee, bisnes spa dan confinement lady? Ee alu-alukan untuk jadi sebahagian daripada team Ee dalam team Jutawan. 


Anda nak berjaya dalam Shaklee melalui program Jom Detox Jutawan? You are welcome my dear. 


Hubungi Ee dan kita sama-sama gapai tangan menuju ke puncak! Jumpa atas pentas tahun depan ❤️



Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat

Terima Kasih

22 September 2019

Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus

Hai korang semua!


Ee nak tanya satu soalan ni. Apa azam korang yang setiap tahun sama je. Tak capai tahun ni, tunda tahun depan pulak. Nak kurus? Hahaha. Ok kita sama 😝


Beria kan nak kurus tapi macam susah je. Dah buat dah ikut suku suku separuh, senaman sikit-sikit tapi macam takde perubahan. Susah sangat berat nak turun. Siapa ada masalah ni?


Haa Ee sebelum ni ada masalah ni tau. Serius rasa dah cuba kawal makan, senaman sikit-sikit tapi berat lebih kurang je. Turun sikit, naik balik. Mudah sangat naiknya.


Maka, Ee pun buat keputusan untuk mula buat detox bersama Jom Detox Jutawan. Amazing! Tak sangka lepas join, berat Ee turun sebanyak 4.4kg dalam masa seminggu😱


Ini memang sangat amazing. Serius. Rupanya, ada sebab kenapa pentingnya detox untuk kurus. Nak Ee kongsi tak? Ok jom! 👇


KENAPA PERLU DETOX DENGAN #JOMDETOXJUTAWAN UNTUK KURUS?



✔️ Untuk elakkan rebound effect. 


Rebound effect ni akan terjadi pada mereka yang terlalu banyak toksin dalam badan. Bila kita diet dengan pemakanan yang betul, berat badan akan turun. 


Namun, jika badan dah banyak toksin, penyerapan nutrien akan terganggu. Akibatnya, hasil daripada pemakanan kita tadi akan menjadi lebihan toksin. Bila toksin berkumpul dengan banyak dalam badan, berat akan naik. 


Sebab tu ada orang, bila dia dah kurus, tiba-tiba badan boleh naik balik. 


Diet vs Detox

✔️ Untuk pastikan badan cukup nutrisi. 


Dalam program Jom Detox Jutawan, kami wajibkan anda mengambil suplemen untuk membantu lengkapkan lopong nutrisi dalam badan. 


Suplemen sangat penting dalam proses untuk kuruskan badan kerana nutrisi yng tidak mencukupi akan menyebabkan kita craving pada benda manis. 


✔️ Tahu 5 rahsia healthy habit


Sebelum detox bermula, peserta akan diberikan 5 rahsia healthy habit untuk diamalkan. Dan menariknya, hanya dengan mengamalkan 5 rahsia ni, ramai yang dah turun berat dengan banyak tau!


Tengok ni. Belum mula detox dah hampir 4kg yang hilang!

Wow. Ramai tau yang dah berjaya kurus dengan Jom Detox Shaklee ni. Dan menariknya, berat badan mereka tk rebound! Melainkan tiba-tiba pergi makan tak ingat dunia. Itu memang tak boleh nak tolong.


Jom Ee belanja beberapa testimoni.














Terbakar kan? Fuhh berasap rasanya ni😍😜


Seperti biasa jika anda berminat untuk sertai program Jom Detox Jutawan, sila klik link whatsapp di bawah ye
😊


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB



Terima Kasih

21 September 2019

Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal

Selamat pagi semua! Alhamdulilah tadi saya dah siap praktis untuk acara larian 3 minggu lagi. Sempat la lari  1.5km dalam masa 19 minit. Terpaksa berhenti sebab rasa nak pitam. Baru teringat tak sarapan lagi. Fuh! Haha.


Harini saya luangkan masa awal sikit untuk kongsikan dengan anak muda, kenapa anda perlu berbisnes dan kenapa kena mulakan sekarang.




Kenapa anak muda perlu berbisnes? 



1. Rasulullah S.A.W sendiri mula berniaga pada usia awal 20-an. Melalui perniagaan, secara tak langsung, ia mematangkan fikiran, melahirkan anak muda yang berani dan tawakal yang tinggi kepada Allah.


2. Tingkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga.


3. Boleh lakukan apa yang kita minati, pengurusan masa sendiri dan menjadi bos kepada diri sendiri.






4. Zaman sekarang tak sama macam zaman dahulu. Pekerjaan zaman dahulu mudah didapati. Zaman sekarang, graduan banyak menganggur. Oleh itu, anak muda perlu mula mencari alternatif lain untuk mendapat pendapatan. Dan cara paling mudah adalah berbisnes.


Kenapa orang muda kena mulakan bisnes daripada awal? 




1. Sementara kedua ibu bapa masih lagi ada.




Benar. Bila lagi kita nak berbakti pada kedua-dua mereka. Masa yang kita ada di dunia ni sangat suntuk. Jika bukan mereka, mungkin kita yang pergi dulu.


Ibu bapa mungkin tak pernah minta apa-apa daripada kita. Mungkin bila kita tanya pun, jawapan mereka 'Cukuplah kamu jaga solat.'


Ibu bapa ni simple sangat. Mereka hanya nak yang terbaik untuk kita. Apa kata kita pula berikan yang terbaik untuk mereka?


Walaupun mereka tak pernah minta, cuba hadiahkan sesuatu pada mereka. Mungkin sesuatu yang menjadi impian mereka selama ini? Mungkin dua tiket pergi umrah dengan pakej terbaik?


Mereka pasti teruja dan gembira! Sebaknya rasa. Anak aku hadiahkan hadih paling bermakna buat aku. Pada masa ni, apa juga doa yang mereka panjatkan untuk kita, pasti makbul. InsyaAllah.


2. Kurang komitmen masa muda


Kebiasaannya anak muda masih kurang komitmen. Percayalah, bila anda semakin berumur, komitmen akan bertambah seiring dengan keadaan semasa. Berkahwin, mula ada anak, anak nak sekolah.


Memulakan bisnes pada waktu anda telah banyak komitmen adalah ok. Cuma realitinya, sesuatu bisnes mengambil masa untuk mula stabil. Jika anda mulakan awal, maka anda telah bersedia untuk menghadapi komitmen yang bakal bertambah.




3. Dapat kumpul pengalaman


Pengalaman akan mematangkan anda. Menjebakkan diri dalam bisnes pada usia muda akan memberikan anda banyak pengalaman berharga yang akan membantu anda kembangkan diri.


Pengalaman dalam bisnes akan membantu anda kenal lebih ramai orang dan bersemuka dengan pelbagai ragam manusia. Hal ini kan membuatkan anda berfikiran lebih kritis dan kreatif dalam menyelesaikan apa sahaja masalh yang timbul.


4. Kewangan yang stabil


Bisnes akan memperbaiki taraf kewangan semasa anda. Anak muda berpotensi memiliki kewangan yang stabil dengan cepat jika anda pandai menguruskan kewangan.


Disebabkan anak muda mempunyai masa luang yang sangat banyak, anda mempunyai peluang untuk menghadiri pelbagai kelaa pengurusan kewangan.


5. Kos yang rendah


Zaman ini, pelbagai teknik marketing yang menggunakan kaedah online dan zero cost marketing. Anda juga mempunyai pelbagai pilihan bisnes yang menawarkan permulaan kos yang rendah.


BISNES SHAKLEE UNTUK ANAK MUDA




Mengapa bisnes Shaklee?


Bisnes Shaklee menawarkan kos permulaan yang sangat rendah iaitu RM65 sahaja!


Jika anda wanita dan inginkan skill spa, maka TWB tersedia untuk anda.


Jika anda ingin lebih sihat, cantik dan fit serta ingin menjadi coach detox, anda boleh join program Jom Detox Jutawan.


Pendek kata, #TeamJutawan menyediakan 3 cara untuk anda sertai pasukan kami.


Kenapa sertai Team Jutawan?



Anda boleh baca di sini kenapa anda sangat beruntung jika sertai kami di team Jutawan. 



Anda dah tak sabar nak mulakan? Terus whatsapp saya di link whatsapp di bawah👇👇


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB

Terima Kasih

20 September 2019

Bagaimana Nak Join Program #JomDetoxJutawan?

Hai korang! Alhamdulillah harini saya start update blog malam. Kisahnya tadi pagi saya uruskan ibu berpantang. Sebelah petang pula saya fokus training untuk program larian 2 minggu lagi, insyaAllah.


Memang letih sikit sekarang, tapi saya lagi teruja nak kongsikan dengan anda cara nak join projek Jom Detox Jutawan! 🤩


Anda mesti dah baca kelebihan dan testimoni Jom Detox Jutawan ni kan? Boleh rasa dah aura teruja anda tu. 😁


Sebelum tu, saya nak kongsikan dulu kenapa program jom detox jutawan ni perlukan suplemen?


KENAPA PERLU SUPLEMEN UNTUK DETOX? 



Detox tanpa supplement ni ibarat kita basuh baju tanpa sabun. So nak baju bersih mesti guna sabun kan. Macam tu jugak detox. Boleh je detox tanpa suplemen, tapi ia tak menyeluruh.


Dan yang paling penting kita akan tampung nutrisi ketika proses detox dilakukan kerana proses detox akan melalui fasa kurang makan.


Ada beberapa meal plan pada hari tertentu tidak memenuhi keperluan nutrisi seharian. Namun ianya sngat penting dalam proses detox yang akan kita jalankan.


Siapda koleksi resepi lagi

Oleh sebab itulah suplemen diperlukan. Fungsi supplement dalam program Jom Detox ni adalah untuk support organ detox kita.


KENAPA PILIH SHAKLEE? 



Jadi, kenapa pilih Shaklee sebagai suplemen pilihan? 


✔️ Ia adalah kerana, Shaklee merupakan syarikat suplemen terbaik yang mempunyai landmark study.


Landmark study ni bahasa mudahnya ialah kajian saintifik yang dilakukan oleh para saintis terhadap produk-produk mereka. Yang bestnya, kajian saintifik dilakukan ke atas manusia tu sendiri . Kajian bukan dilakukan ke atas haiwan.


Result kajian semua ada dikeluarkan di website tertentu (anda boleh google) dan semua result kajian adalah sangat-sangat memberangsangkan.


Salah satu contoh landmark study Shaklee


✔️ Semua produk Shaklee Malaysia adalah halal dan mempunyai kualiti terbaik.


Ia juga selamat digunakan dan mendapat kelulusan dari KKM. Pendek kata, Shaklee ni bukan produk cikai. Sebab semua produk keluaran Shaklee ni, semua dah ada kajian klinikal ke atasnya.


Shaklee mementingkan kualiti. Jadi, bila produk tu sendiri berkualiti tinggi, anda tak perlu ragu dengan keberkesanannya. Atlet dunia pun makan Shaklee.


Bayangkan, shaklee buat skincare pun tanpa 2500 bahan kimia bahaya. Anda mesti tahu apa skincare yang femes tu kan?


Baca > Kenapa kami pilih Youth Shaklee dalam spa TWB? 




Baru-baru ni, yang kes di pasir gudang. Kita terhidu bahan kimia tak sampai 2500 pon boleh muntah semua.


Kalau ada 2500 bahan kimia dalam vitamin atau skincare kita, macamana pulak? Sebab tu kena pilih suplemen dan skincare yang betul.


Sijil halal Shaklee


Ini merupakan sijil halal Shaklee. Sijil halal Shaklee 2019 ini telah dikeluarkan pada 10 January 2019 oleh Islamic Services of America (ISA). Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM


Setiap tahun sijil perlu diperbaharui. Sijil ni sah digunakan sepanjang tahun 2019. Untuk tahun 2020 tahun depan, mereka akan renew balik sijil ni.


Untuk pengetahuan semua, setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk.


Memiliki sijil halal ini menunjukkan komitmen Shaklee bagi menjamin produknya bersih dan halal seiring dengan keperluan penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam.


Pengeluar sijil halal akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik sijil ini pada bila-bila masa sekiranya Shaklee tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.


Kalau nak samakan Shaklee dengan produk lain, memang tak sama. Anda boleh cek sendiri kekuatan Shaklee berbanding jenama lain. Shaklee is the best.


✔️ Program detox Shaklee ni dah dikaji dengan mendalam dan ianya dah disusun oleh para saintis dan doktor yang berpengalaman dalam Shaklee.


Selagi tak diluluskan oleh mereka, meal plan ni kita tak boleh guna.  Even kalau rujuk mana-mana medical doctor kat Malaysia ni pun, doktor akan cakap just proceed. Takde masalah dengan meal plan tu. Doktor pun support.


Barisan coach berpengalaman 


Dah dapat? Ok jadi macamana saya nak join program Jom Detox Shaklee ni?


BAGAIMANA SAYA NAK JOIN #JOMDETOXJUTAWAN? 



Ada yang teruja dah nak join, tapi tak tahu cara? Mudah je caranya.


1. Anda perlu membeli produk-produk set detox. Korang boleh pilih mana-mana set detox seperti di dalam gambar di bawah.


Gold Set

Platinum Set


2. Pembelian yang sah mestilah dibuat melalui saya. Sekiranya beli dari orang luar atau bukan coach under #Jutawan anda tidak layak untuk masuk group coaching 17 hari.


Di sini ada 2 set detox yang berbeza fungsi.


SET PLATINUM & SET GOLD




Saya secara peribadi sangat galakkan anda ambil Set Platinum. Ia adalah set terbaik untuk Program Detox ni sebab ada Vivix dalam set ni. Vivix adalah Hero Shaklee.


Ini semua gara gara polifenol yang ada dalam Vivix ni. Polifenol membantu dalam


✔ Membantu dalam pengeluaran toksin yang lebih efisen


✔Mengurangkan peratusan lemak yang tersimpan, juga membantu mengurangkan trigliserida dan kolestrol


✔ Mempercepatkan pengurangan berat badan dengan membaiki kesihatan usus kecil dan peningkatan bakteria baik


✔ Meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan risiko obesiti dan berat badan berlebihan


✔ Memberi kesihatan menyeluruh termasuklah sistem hormon yang sihat.


✔ Fungsi sel yang lebih sihat, menggalakkan proses detoks


✔ Sel menjadi lebih bertenaga


✔ Membantu mengawal hormon leptin yang menyebabkan rasa lapar dan keinginan makan yang kuat


✔ Membantu mengatasi plateau iaitu keadaan di mana badan sudah terbiasa dengan gaya pemakanan dan rutin harian sehingga tiada penurunan berat berlaku. Ini biasa berlaku sewaktu kita dalam proses menurunkan berat badan.


Semua ni nota dari nutritionist ye. Khusus untuk detoks!


SAYA DAH TAK SABAR NAK JOIN!



Ok, ok. Saya pun tak sabar nak bantu anda kurus bersama saya ni. Jom! Whatsapp saya menggunakan link whatsapp di bawah ok. Jom sihat bersama!

.


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB


Terima Kasih

19 September 2019

Apa Yang Best Join #TeamJutawan? Bila Baca Fakta No. 4, Anda Pasti Teruja!

Percaya tak kalau saya kata, salah satu perkara penting yang perlu ada untuk capai sesuatu kejayaan adalah pasukan?


Pasukan ni bertindak sebagai penggerak. Bila kita buat kerja dalam pasukan, vibes dia sangat luar biasa. Lain rasanya bila kita buat sesuatu berseorangan. Pasukan memang penting dalam apa-apa sahaja kita buat, terutamanya bisnes.


Seperti yang anda sedia maklum, saya memang setia berbisnes Shaklee. Bisnes Shaklee sendiri dah banyak beri peluang yang sangat best.


Baca > Peluang menjadi jutawan dengan 3C Shaklee


Dan ia lagi best bila saya bersama-sama #TeamJutawan. Bagi saya, #TeamJutawan Shaklee sangat memberi impak yang positif kepada ahli-ahli di dalamnya. Ukhuwah ni bukan sahaja dalam cabang bisnes. It's beyond that.




Ia adalah ukhuwah dalam satu pasukan yang bergerak atas nama bisnes Shaklee, untuk membantu lebih ramai orang sama ada daripada sudut kesihatan, perkembangan diri, kewangan mahupun spiritual.


Ok, jom kita senaraikan sebahagian perkara yang membuktikan #TeamJutawan sangat hebat!


Apa yang best bila join #TeamJutawan?



✔️ Diketuai oleh Master Laila Mukhtar yang pernah 2 kali dinobatkan sebagai presidential master. Hebat!


Master Laila (tudung coklat) dan beberapa master lain sewaktu mewakili delegasi Shaklee Malaysia di pentas USA. 


Master Laila ni merupakan seorang bekas engineer berpendapatan RM5000 sebulan. Pada awalnya, beliau bermula dengan bonus sebanyak RM31 je tau. Beza sangat la berbanding gaji sedia ada masa tu kan?


Tapi bayangkan masa berhenti kerja, gaji master Laila dah pun cecah RM10k. Amazingly, bonus shaklee Master Laila pada masa tu adalah 3 kali ganda dari gaji  iaitu RM30k!


Jualan pasukan pun mencecah RM6 Juta
🤩


Dan semasa master Laila capai presidential master, bonus shaklee beliau adalah 100 kali ganda dari gaji permulaan beliau. (RM2000). Rasanya anda pun boleh kira sendiri berapa kan?




Masih ingat bila saya cerita kita boleh dapat unlimited income daripada bisnes Shaklee? Ye. Inilah antara kelebihan bisnes Shaklee. Kita tentukan berapa income kita nak setiap bulan.


✔️ Diuruskan dan dipantau oleh 10 orang master coordinator. 10 orang master coordinator yang sama hebat, sama berjuang untuk pastikan semua ahli dalam team Jutawan dapat sama atau lebih daripada apa yang mereka dapat.


Barisan master dalam team jutawan

Master-master ini terdiri daripada :

☑️ Master Laila Mukhtar
☑️ Master Nur Zahirah
☑️ Master Zura Betty
☑️ Master Hafsah
☑️ Master Ainul Shahrazad
☑️ Master Athirah
☑️ Master Farina
☑️ Master Wan Muliani
☑️ Master Abby


Setiap master ni ada kisah tersendiri. Serius hebat! InsyaAllah ada masa, saya akan kongsi kisah mereka, sorang demi sorang.


✔️ Support group yang istimewa. Ada telegram, FB group rahsia, page, whatsapp.
Sejak penubuhan team Jutawan, pelbagai kelas secara live telah dilakukan. Sentiasa ada ilmu baru yang kami dapat.


Berikut adalah antara kelas-kelas yang telah dijalankan oleh team P. A. S. K. A. L, master-master dalam team Jutawan.


















Tajuk yang hebat kan? Intipatinya lebih hebat! 💪 Team jutawan sangat bertuah. Ilmu ribuan ringgit, boleh dapat free je. Alhamdulillah.


✔️ Menjalankan projek-projek hebat iaitu Jom Detox Jutawan & TWB.


Boleh klik link di bawah untuk tahu lebih lanjut mengenai projek-projek berikut.


> Program Jom Detox Jutawan
> Projek Kursus Spa The Walking Beauty (TWB) 


✔️ NDT (New distributor training)


Istimewa untuk semua ahli Shaklee di bawah team Jutawan. Training akan dibuat oleh master-master.


NDT yang berlangsung baru-baru ini. 

Bawa anak pun tiada masalah. 

Coaching in group


✔️ Pelbagai bahan untuk marketing dan pembelajaran disediakan. Antaranya e-book untuk penyusuan dan kehamilan, video detoks dan lain-lain.


Senang dah kerja sebenarnya. Bahan dah ada. Tinggal nak buat je. Sangat mudah 👍




✔️ Master checklist dan amalan rohani. Tujuan kami bukan sahaja ingin berjaya dalam bisnes, begitu juga dalam kehidupan. Kami percaya, 80% kejayaan datang daripada spiritual yang kuat. Dan lebihan 20% adalah usaha kita.


Apa pun yang kita dapat, kesemuanya adalah rezeki dari Allah. Dalam team jutawan, kami selalu diberi task supaya jadi hati dan jiwa kami kuat bergantung sepenuhnya hanya kepada Allah.


Dan saya yakin, inilah kunci utama untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Sebab tu saya sayang sangat team jutawan ni.




Anda seterusnya?



Jika anda yakin andalah orang seterusnya yang berjaya bersama kami dalam bisnes Shaklee ni, jom hubungi saya sekarang! Saya sedia membantu❤️


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB


Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH