Pages -Menu for Ee Beauty Spa

25 September 2019

Mentor Bisnes Saya

Hi korang. Korang pernah dengar tak ada sesiapa pernah kata, untuk berjaya kena ada mentor?


Orang bisnes mesti biasa dengar kan? Ye betul, mentor sangat penting. Mentor ni biasanya dah lama berkecimpung dalam bisnes ni. Jadi mereka dah lalui pelbagai liku dalam proses nak capai kejayaan.


Sebab tu, penting untuk sentiasa dekat dengan mentor. Pendek kata, ikut je bontot rapat-rapat. Oopss!🙊


Sejujurnya, saya memang follow beberapa orang mentor dalam bisnes Shaklee ni. InsyaAllah harini saya rasa nak kongsi siapa 2 mentor yang paling dekat dengan saya.


2 Mentor Bisnes Terdekat Saya



1. MASTER ATHIRAH





Master Athirah ni merangkap upline Ee dalam Shaklee. Sebenarnya suami master Athirah ni sepupu Ee.


Memandangkan kami ni family, Ee memang betul-betul follow progress master Athirah. Bayangkan bermula dengan bonus Shaklee RM40 je dulu. Sekarang dah 5 angka dah.


Memiliki kelebihan dalam menghasilkan video dan personal branding, Ee mula beranikan diri untuk live di FB dan buat video kerana sokongan Master Athirah. 


Kalau tak, memang tak muncul la muka Ee dalam live FB tu 😂 Jom Ee kongsi sikit video pertama yang Ee buat dulu sekitar tahun 2015.




Nampak sangat kali pertama tu kan? Hehe. Serius, Ee sangat bersyukur. Kalau tak kerana mentor yang suruh, Ee rasa Ee masih lagi takut-takut nak buat semua ni.


Bersama Master Athirah dalam kelas berpantang TWB

Highlight : Master Celebration Athirah


2. MASTER AINUL SHAHRAZAD 






Master Ainul ni upline merangkap kakak kepada Master Athirah. Masa mula-mula nak jumpa Master Ainul, Ee sangat kecut perut sebenarnya. Dia sangat tegas, namun ada kelembutannya.


Master Ainul ni banyak ilmu mengenai kewangan dan properties. Banyak kelas ribu-ribu dia pergi, dia kongsikan dengan kami secara percuma je! Allahuakbar.


Master Ainul & Master Athirah ni sangat pentingkan keluarga. Selalu sangat mereka pesan pada kami supaya bahagiakan mak ayah sementara mereka masih ada.


Mereka sendiri berusaha keras untuk bantu arwah ayah mereka keluar daripada status muflis. Masa mereka kongsi pasal ni, memang sebak. Allah je yang mampu balas pengorbanan mereka kepada keluarga mereka.


Dan ini yang mereka nak terapkan dalam diri kami semua. Balas budi mak ayah, tunaikan impian mereka sebanyak-banyaknya selagi masih ada masa.


Bersama Master Ainul di National Conference 2017

Highlight : Master Celebration Ainul


Mereka berdua yang banyak bantu Ee sepanjang Ee berada dalam bisnes Shaklee ni. Segala turun naik dalam bisnes, mereka sentiasa ada di sisi. Tak pernah jemu.


Sebab tu Ee akan pastikan tahun 2020 merupakan tahun yang membanggakan mereka berdua. Segala penat, lelah, jerih, payah mereka akan dibalas dengan rasa teruja dan gembira melihat kejayaan Ee tahun 2020!💪


Akhir kalam, beruntung siapa yang join team Ee. Secara tak langsung, anda bermentorkan 2 figura hebat ni. Alhamdulillah ala kulli haal.


Kita jumpa di post seterusnya esok ye!

❤️


Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH