Pages -Menu for Ee Beauty Spa

06 April 2015

Shaklee ; MLM yang mematuhi syariat!

Assalamualaikum semua :)

Shaklee - MLM yang mematuhi syariat? Benarkah?  


Zaman serba canggih sekarang ni. Tak kurang juga ramai yang nak mula berniaga. Rasulullah juga menyatakan bahawa 9/10 rezeki itu datangnya daripada berniaga. Namun, nak mula berniaga produk sendiri bukan senang. Banyak modal diperlukan untuk memulakan perniagaan.  Salah satu cara yang mudah untuk memulakan perniagaan adalah dengan menjual produk orang lain, dan salah satunya dengan menggunakan konsep MLM.

Tapi, rata-rata masyarakat sekarang mempunyai persepsi negatif terhadap MLM. Mana tidaknya, kebanyakan MLM menggunakan sistem piramid yang menindas orang bawahan. Namun, kami di Shaklee tidak begitu! Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Itu prinsip kami.


Berikut adalah rumusan Ustaz Zaharudddin mengenai MLM yang mematuhi syariat. Dan InsyaAllah, Shaklee is one of them :)


1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).


2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.


3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.


4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).


5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.


6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.


7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.


8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.


9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakahiaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Sumber : http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html#

Apa yang penting, ia patuh syariah, tidak menindas dan adil. Saya Shasratul Ameerah Kamaruddin, ID 1095681 dan ini nombor telefon saya. Save ye! Siapa tahu saya jadi mak kamu lepas ni, insyaAllah :)

Terima Kasih

14 March 2015

Kisah seorang budak nakal..

Assalamualaikum!

Hai semua. Hari ni ee nak kongsi kisah seorang budak ni. Rasa terkesan sebenarnya dengan penerangan Cikgu Afifah pasal kisah Firdaus dan Izham tu.

Kisah Firdaus dan Izham

Terkejut bila ada pihak yang siap suruh pukul Izham padahal dia budak lagi kan..

Jujur kalau ikut pengalaman yang tak seberapa ni, saya perasan masalah moral anak-anak ni mesti bermula dari rumah. Yela asyik kena marah, kena pukul. Masyarakat kita suka sangat pukul2 budak. Kadang-kadang kesian tau.

Jangan asyik marah dan pukul anak

……

Contoh macam satu hari tu. Ada sorang pelajar darjah 3 ni nakal sangat. Ya Allah, Allah je tahu betapa kena banyakknya sabar dengan dia ni. Bila marah, makin dia buat. Masa tu terdetik dalam hati. Agaknya budak ni kurang kasih sayang ni.

Jadi ada la satu hari tu, saya ambil pendekatan cara lembut. Memandangkan dia baru darjah 3 dan agak2 tak baligh lagi, sambil pegang belakang dia, saya tanya dia :

Muallimah: A, cuba duduk elok2. Dengar muallimah cakap. Kan A budak baik..

A: (Dengar tak dengar)

Muallimah: Muallimah nak tanya. A suka ke kena marah? Muallimah cuba tak nak marah. Boleh bantu muallimah?

A: Tak suka kena marah. Tapi kat rumah, ayah selalu marah. Tak buat salah pun kena marah. Penat la asyik kena marah.

Masa tu saya rasa macam tersentap jugak. Terfikir , kalau kat rumah asyik kena marah, tak kan la kat sekolah cikgu pun nak marah dia kan. Lama2 stress budak tu.

Jadi mula daripada hari tu, saya cuba tak marah dia. Kalau dia buat salah, apa yang saya buat adalah tegur dia dengan nada lembut. Tak tinggikan suara.

Tahu apa jadi lepas tu?

Sejak daripada tu, dialah pelajar paling baik dalam kelas saya! Dia orang pertama yang akan datang nak tasmik Quran, orang pertama hantar kerja , dia jugak yang akan tolong saya kawal kelas (memang ketua kelas pun). Dan dia jugak yang akan tolong saya angkat barang, buku dan lain2. Siap offer diri tu.

……

Daripada situ saya nampak, anak2 ni kita jangan asyik marah je. Tegas perlu, tapi jangan sampai tinggikan suara, tengking2 anak, apatah lagi pukul.

Kalau nak ajar bab solat tu lain cerita la. Kalau umur 10 tahun pun masih tinggal solat, itu boleh la rotan. Itu pun lepas 5475 kali suruh. Rotan tu pun dengan syarat bukanlah di bahagian sensitif  dan tidaklah sampai melukakan dan memudaratkan. Tujuannya nak bagitau bahawa solat tu wajib , tiang agama dan tak boleh main2.

Panduan mula ajar anak solat


……

Saya pun mulakan la pencarian saya pasal didikan Rasulullah ni. Tetiba saya terjumpa satu buku nota. Dalam tu ada perkongsian seorang ibu daripada Indonesia yang mana kesemua anaknya Al-Hafiz. Dan cara didikannya ialah dengan gaya didikan Rasulullah.

……

4 gaya didikan Rasulullah :

1) Umur 0 - 7 tahun
2) Umur 8 - 14 tahun
3) Umur 15 - 21 tahun
4) Umur 22 tahun je atas

Setiap fasa ni ada cara tersendiri. Nanti saya update lain ok. Saya akan link kan dengan pos ni nanti. Ok , selamat membaca kawan2 dan selamat beramal :)
Terima Kasih

12 March 2015

Kuey Teow Kungfu sedap.. Yummy!

Assalamualaikum!


Dah lama rasa tak tulis dalam blog ni. Asyik tulis kat papan putih, buku pelajar, Rindunya,,. Apa khabar semua? Ee harap semua sihat walafiat.


Ok, hari ni ee nak share resepi kuey teow kungfu yang sangat sedap. Kuey teow kungfu ni memang makanan kegemaran ni. Kalau tambah the ais, waa superb! Semua yang kenal ee memang tahu sangat pasal ni.


Sebenarnya ni kali pertama buat. Cuak jugak takut tak jadi. Nasib baik la encik suami puji! Waa, ni yang buat lagi semangat nak kongsi ni. Jom kita tengok resepi ni. Mudah je, tak susah pun..

Ni la ghope kuey teow tu.


Bahan-bahannya :

Untuk Kuey teow

½ bungkus kuey teow
2 biji telur
1 sudu lada sulah

Untuk Sos
100gm udang (buang kulit)
100gm sotong (potong bulat)
3 ulas bawang putih (cincang)
3 batang cili padi
1 batang  lobak merah - sederhana besar (potong panjang)
1 ikat sawi kalian
100gm kubis
3 sudu sos tiram
2 sudu tepung jagung + ½ cawan air
2 sudu minyak masak
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-caranya :

1)      Basuh kuey teow sehingga bersih. Pukul telur dan masukkan kuey teow. Gaulkan.
2)      Panaskan minyak dan goreng kuey teow sedikit demi sedikit sehingga garing.
 Asingkan ke tepi.
3)      Untuk sos, panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau.
4)      Masukkan udang dan sotong. Didhkan sehingga keluar air sotong.
5)      Masukkan campuran air dan sos tiram Masukkan sekali lobak merah. 
Didihkan sehingga lobak merah lembut.
6)      Masukkan sayur sawi kalian dan kubis. Tambahkan garam secukup rasa.
7)      Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Tutup api dan kacau rata.
8)      Siap!


Kuey teow kungfu ni sedap kalau makan masa panas. Hidang pulak dengan air teh panas. Waa, menyengat rasanya! Selamat mencuba!




Ameerah
Shaklee Independent Distributor
ID no 1095681
Tel no 0102888494
FB Ameerah Ee
FB Page A step for a healthy life

Insta eeameera

Terima Kasih

08 December 2014

Nak Kulit Cantik Dan Gebu Dengan Shaklee Collagen Powder?


Kolagen, cantik, gebu


Assalamualaikum semua. Jom hari ni bincang pasal nak jadi cantik. Saya yakin ramai orang nak kulit cantik dan gebu gebas. Ada yang nak untuk kepuasan diri sendiri, ada yang nak sebab nak bagi suami makin jatuh cinta. Tak kurang juga nak kulit cantik sebab hari bahagia bakal menjelang. Rata-rata orang ramai akan memilih kolagen.Persoalannya, apa itu kolagen?

Apa Itu Kolagen?

Untuk pengetahuan semua, lelaki mahupun perempuan yang semakin meningkat dewasa aka mula kehilangan banyak protein pada kulit muka. Bermula seawal umur 25 tahun! Dan bila ia dah mula hilang, muka akan mula Nampak kusam dan kurang berseri.

Kolagen ni sebenarnya sejenis protein yang ada pada kulit. Ia mengambil peratusan lebih kurang 25% daripada jumlah protein dalam badan kita. Banyak kan? Sebab tu bila ia dah mula hilang, keanjalan kulit pun akan mula hilang.
Kolagen, cantik, gebu
Sumber gambar
Kolagen bekerjasama dengan elastin untuk menyokong tisu badan. Gabungan kedua-dua bahan penting ini memberikan kesan tegangan dan kekuatan. Ia sangat penting bagi kebanyakan organ dalam badan lebih-lebih lagi peparu, jantung dan ginjal. Jadi agak-agak apa akan jadi jika kolagen ni semakin hilang? Rujuk gambar di bawah.

kolagen, cantik, gebu, sihat
Sumber gambar

Siapa Yang Perlukan Kolagen?

1.        Lelaki atau wanita yang nak kembalikan keanjalan kulit.
Penting ke nak kembalikan keanjalan kulit? Terpulang pada individu. Bagi saya sendiri, penting untuk suami J

2.        Pelajar
Kenapa pelajar pun perlukan kolagen? Sebab kolagen ni bagus untuk mereka yang ada masalah mudah lupa.

3.        Artis
Artis sudah semestinya kena sentiasa jaga kecantikan dan penampilan masing-masing kan? Barulah orang suka tengok. Macam Rozita Che Wan.

4.        Mangsa kebakaran
Kolagen secara saintifiknya membantu merawat dan mengganti semula kulit yang terbakar atau melecur. Bukan itu sahaja, mereka yang nak hilangkan apa-apa parut juga digalakkan mengambil kolagen.

5.        Orang yang mudah sakit
Kolagen membantu meningkatkan metabolisme badan.


Shaklee Collagen Powder

Kolagen, cantik, gebu, sihat

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Kolagen, kulit cantik, gebu, sihat


Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Buat masa ini, rata-rata pengguna shaklee collagen powder mengambil masa lebih kurang 8 minggu untuk mendapatkan kulit yang cantik menawan. Untuk mengetahui betapa hebatnya kolagen Shaklee ni, kena la cuba sendiri ye. Testimoni terbaik adalah testimoni daripada diri kita sendiri J

Mahu cuba? Whatsapp sekarang untuk tawaran yang terbaik! 



P/s : Setiap pembelian melalui saya, anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya.
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli, saya memberi jaminan bahawa :
1) Anda memilih rumah yang betul
2) Masuk ke dalam Whatsapp group rahsia rumah kami
3) Bantuan dan tunjuk ajar yang jitu

Untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli, anda boleh menghubungi saya :

Ameerah
010-2888494
Instagram : eeameera
FB Page : A step for a healthy life
https://www.facebook.com/ameerah.shaklee?ref=hl


Lots of love,





Terima Kasih

06 December 2014

As-Sami', Yang Maha Mendengar

Setiap apa yang kita fikir, kita rasa mahupun yang kita bisik pada diri kita, tidak kan ada seorang pun yang tahu melainkan kita sendiri yang beritahu hal itu kepada orang lain.
Walaupun hakikatnya orang luar boleh membaca raut wajah kita, namun tidak semestinya tekaan itu betul. Kadang-kadang kita rasa seperti nak luahkan pada seseorang, tetapi tidak pasti siapakah orangnya. Pernah rasa macam tu? Mesti pernah kan..

Yakin pada Allah, jangan bersedih, Allah Maha Mendengar


Kita mungkin lupa, sebenarnya ada yang Maha Mendengar, tidak ada satu pun yang terkecuali daripada pendengaran Allah. As-Sami' sangat dekat dengan kita bahkan lebih dekat daripada pembuluh darah kita. Terlalu dekat kan? Tetapi kita tidak sedar atau kita mungkin sedar, cuma kita tidak pernah aplikasikan dalam kehidupan kita. 

Selalu sahaja kita harapkan ada orang yang akan mendengar setiap luahan hati kita, tetapi kita lupa bahawa kita ada Allah. Allah sentiasa ingin mendengar setiap rintihan hambaNya.
Jom kita bincang, apa yang kita boleh hayati daripada nama Allah yang satu ini.

1. Senang sangat hendak mengadu pada Allah. Kita tidak perlu sebut pun, Allah boleh dengar. Kita fikir sahaja pun Allah boleh tahu. Mudahnya mengadu pada Allah.

2. Peneman yang paling baik adalah Allah. Dia sangat dekat dengan kita, mengetahui setiap perkara yang terdetik, memahami setiap isi hati kita. Allah mendengar rintihan hati kita. Allah memberi kekuatan kepada kita.

3. Berfikir sebelum menyuarakan sesuatu sama ada secara lahiriah atau zahiriah. Setiap fikiran itu ada nilainya di sisi Allah. Fikirkan hanya perkara yang baik. InsyaAllah baik yang kita mintak, baiklah yang Allah akan bagi. Dan ingat bahawa Allah sentiasa ada dekat dengan kita :)


Pertolongan Allah, dekat


Terima Kasih

21 November 2014

GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE

Assalamualaikum semua!

Hari ni nak kongsi sikit pasal air yang kita minum sehari-hari. Ada tak sesiapa kat sini rasa sama seperti yang saya rasa. Setiap kali buka paip, air karat yang keluar dahulu. Seksa kan?

Sebab kita sama-sama tahu walaupun air tu nampak bersih, tapi masih ada plumbum yang berkarat, ammonia, klorin, fluorida dan sebagainya. Beruntung juga praktikal kat syarikat air ni, tahu la juga apa yang dimasukkan ke dalam air untuk pastikan air tu jernih dan boleh digunakan oleh penduduk sekitar.

Sebab tu jujur saya katakan, saya tidak pernah minum air daripada paip rumah saya di Melaka ni walaupun dah dimasak. Mungkin sebab lidah terlebih sensitif, rasa air paip tu tidak hilang. Jadi rasanya seperti minum air paip juga kecuali kalau buat air manis.

Jadi saya nekad untuk isi air daripada mesin air RO sahaja. Mula-mula memang tidak rasa apa-apa, tetapi lama-kelamaan mula rasa sakit tekak. Tambah pula bila terbaca berita mengenai air RO ni. Boleh baca risiko air RO di sini. 

air bersih, water pitcher terbaik


Bayangkan sekali isi, 1 botol 6 liter dah RM1.20.. Katakan kita minum 2 liter sehari minimum. 1 botol tahan 3 hari. Kalau 30 hari, jumlah semuanya adalah RM36.00. Itu kalau seorang minum. Katakan ahli keluarga kita ada 3 orang. Kita, suami dan sorang anak. Jumlahnya akan jadi RM108 sebulan hanya untuk air masak! Dan kita dapat percuma risiko lagi.


GET CLEAN WATER PITCHER

Sekarang, saya dah berhenti isi air dekat mesin RO. Jadi dalam proses pencarian penapis air yang baik dan mampu milik (maklumlah baru kahwin, jadi kena pandai kawal dan gunakan duit), saya pilih penapis air ni, sebab ia sangat hebat!



Set penuh Get Clean Water Pitcher Shaklee

5 November 2014


Bermulalah perkenalan kami. Sampai-sampai je bungkusan Shaklee tu, terus buka! Tak sabar nak tengok, guna dan rasai kebaikan penapis air ni. Hihi.
Sampainya dalam set seperti ini.

Merujuk kepada gambar :

1. Sebelah kiri sekali adalah Housing kit (bekas untuk blok karbon) dan 1 blok karbon untuk dimasukkan dalam Housing Kit itu nanti.

2. Di tengahnya, penapis itu sendiri. Rupa dia macam jug, dan kita boleh nampak air tu dengan jelas. Jadi kita boleh nampak air tu jernih sahaja. Suka3!


3. Yang kanan sekali, 3 blok karbon untuk anda tukar nanti. Satu blok karbon kena tukar apabila bacaab sudah mencapai 80 gallon.

Kod : 52114

Inilah rupa penapis tu. Jelas kan. Jadi senang nak tengok air tu sudah ditapis sampai mana


Nampak penunjuk sukatan air tu? Uniknya penapis ni sebab kita boleh tahu bila masa yang sesuai untuk kita tukar blok karbon yang kita guna.


Ok, ini gambar yang lebih jelas. Bacaan 'Set' adalah pada masa mula-mula kita nak guna penapis ni. Nanti bila dah tapis air, penunjuk tu akan bergerak. Penunjuk ni mewakili berapa gallon air kita dah tapis. Bila dia dah pusing sampai la ke perkataan 'set ' balik, maknanya kita kena tukar karbon tu..


Kod : 52116

Inilah 3 blok karbon untuk diganti tu. Memang berbaloi..


Kod : 52117

Housing Kit + blok karbon


Ini rupa dia sebelum dipasang..


Dan kita akan masukkan blok karbon ni ke dalam Housing Kit tu sebelum kita masukkan dalam Pitcher tu nanti.

Macam mana nak pasang? 

Jangan bimbang. Dalam setiap kotak tu nanti dah diterangkan satu persatu apa yang perlu kita buat. Jadi, tak perlu risau.

Harga?


Biasanya barang baik mesti la harganya pun mahal. Mesti fikir macam tu kan? Jangan risau! Harga mampu milik. Lagipun berbaloi-baloi. Untuk pertanyaan dan harga boleh Whatsapp saya terus ke 0102888494. Tawaran istimewa menanti ;)


Mahu cuba? Whatsapp sekarang untuk tawaran yang terbaik! 



P/s : Setiap pembelian melalui saya, anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya.
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli, saya memberi jaminan bahawa :
1) Anda memilih rumah yang betul
2) Masuk ke dalam Whatsapp group rahsia rumah kami
3) Bantuan dan tunjuk ajar yang jitu

Untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli, anda boleh menghubungi saya :

Ameerah
010-2888494
Instagram : eeameera
FB Page : A step for a healthy life
https://www.facebook.com/ameerah.shaklee?ref=hl


Lots of love,





Terima Kasih

20 November 2014

Semanis Kurma Bersama Dr.Azizan Osman

Siapa tidak kenal Dr. Azizan Osman. Usahawan berjaya yang juga merupakan seorang penulis, penceramh, jurulatih kejayaan dan pakar pemasaran No.1 Asia!

Shaklee, bangkit, yakin boleh, terus berusaha

Saya sangat-sangat kagum dengan beliau. Mula berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak tahun 1998, sudah banyak kegagalan beliau temui, tetapi tetap bangkit dan akhirnya berjaya membuktikan Islam boleh!

Itu yang menjadi sumber inspirasi saya. Dan di sini ada beberapa perkongsian daripada beliau, sumbernya adalah rancangan Semanis Kurma di TV9. Hihi..

Topik yang dibincangkan adalah 'BANGKIT'. Saya percaya pada kegagalan. Sebab kalau kita tidak pernah mengalami kegagalan, kalau kita tidak pernah jatuh, macam mana kita nak bangkit?

Cube tengok adik-adik atau anak kita. Yang paling dekat dengan saya, anak kepada kawan saya, 'Aisyah 'Insyirah. Umurnya sekarang 6 bulan. Comel budaknya ;)



Inilah 'Insyirah, budak comot!

Ok, balik kepada tajuk perbincangan. Saya selalu perhatikan pembesaran dan perkembangan 'Insyirah ni, dan saya belajar sesuatu daripada dia. Tidak cepat putus asa, dan jangan mengalah. Dia dah boleh meniarap, sekarang sedang cuba nak angkat punggung, nak merangkak. Selalu sahaja usaha dia menemui kegagalan. Sampai nangis-nangis masa mula-mula nak cuba tu. Tetapi idia tak pernah putus asa. Dia akan cuba juga sampai boleh angkat sedikit demi sedikit.

Daripada situ saya belajar bahawa kita tak boleh putus asa untuk dapatkan sesuatu! Apa pun yang terjadi, jiwa kena kental, kalau tidak sampai bila-bila kita tidak akan belajar untuk bangkit.

Dr Azizan berkata :

1. Proses bangkit tidak semudah yang dikata. Ada orang yang akan ambil masa. Yang penting, untuk bangkit perlukan kekuatan.

2. Dr Azizan sendiri pun banyak kali gagal. SPM 2 kali, lesen memandu juga 2 kali. Bisnes pun pernah gagal malah pernah dikejar Along. Pernah juga satu ketika terpaksa lelong rumah mak. Namun, percaya pada Allah, percaya pada diri sendiri. Itu adalah kunci untuk bangkit!

3. Allah bagi ujian untuk kita rendahkan diri kepada Allah.. kembali bersujud pada Dia

4. Inspirasi DAO untuk berjaya ialah ibunya yang berumur 71 tahun.

5. Seorang cina menasihatkan:
Perlu ada mentor untuk berjaya dalam apa jua bidang. Dengan kata lain, guru. Jadi, walau siapa pun guru kita, walaupun dia merupakan tukang sapu di tepi jalan, hormatlah dia seadanya kerana Allah telah datangkan dia kepada kita untuk berkongsi ilmu. Itu adalah nikmat daripada Allah.

6. DAO cerita selepas tu dia dah berjaya, akan tetapi dia leka. Kemudian Allah uji lagi dengan keruntuhan rumahtangga disebabkan kelekaan hubungan dengan Allah. Sejak daripada hari tu, DAO selalu menjaga solat, amalkan solat sunat tahajud dan solat sunat dhuha.

7. Bangkit perlukan kekuatan dalaman. Allahsentiasa bagi kekuatan
La haula wala kuwwata illa billah (Dan tiada daya upaya selain daripada kekuasaanNya)

8. Doa DAO untuk mencari yang terbaik untuk dirinya selama 4 bulan, DAO tak pernah tinggal solat tahajud setiap malam. Apa yang beliau mintak adalah :
  • bisnes yang boleh berjaya dunia akhirat
  • bisnes untuk manfaat org lain. Bagi kekayaan sebanyak mana pun tetapi untuk manfaat org lain
  • masa yang banyak supaya boleh jaga diri, jaga amalan, jaga keluarga dan yang paling penting, jaga ibu
  • Nak mendekati Allah.
9. Ibarat kepompong menjadi rama-rama. 

Ada satu kajian, Saintis pernah tolong pecahkan kepompong. Memang rama-rama boleh keluar tetapi ia tidak dapat terbang.. Rama-rama perlu pecahkan sendiri kepompong tu supaya ia boleh memberi kekuatan kepada kepaknya untuk terbang. Sama seperti kita, untuk bangkit menjadi orang yang berjaya, kita sendiri kena pecahkan kepompong kita, kita sendiri kena pecahkan segala tembok yang menghalang. 

10. Pesan DAO :
  • Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita
  • Kejayaan mesti seimbang dunia akhirat
11. B.A.N.G.K.I.T itu adalah :

                B - berani berhijrah
                A - Attitude - orang berjaya mempunyai sifat orang yang
                      berjaya (mahmudah bukan mazmumah)
                N - niat haruslah seiring dengan misi dan matlamat
                G-  gigih - Untuk terus bergerak
                K - kawan sebagai pendorong
                I -  ilmu yang benar
                T - taqwa kepada Allah

12. Ada 7 aspek yang perlu seimbang:
  • minat sendiri - beri masa untuk diri sendiri (main bola, memancing)
  • spiritual - hubungan dengan Allah
  • kesihatan - biar kita sihat secara keseluruhan / optimum
  • kewangan yang stabil
  • kerjaya / perniagaan / tugasan
  • hubungan silaturrahim  dengan orang lain- wujudkan masa dengan ibu bapa, insyaAllah kita akan dapat ketenangan
  • sumbangan kita kepada orang lain

13. Solat kita adalah terjemahan hidup kita. Kenapa kita kena khusyuk dalam solat? Sebab khusyuk mengajar erti fokus. Apabila kita fokus dalam solat, insyaAllah kita fokus dalam apa sahaja yang kita buat dalam hidup kita.

14. Sentiasa ingat ! Apabila nilai hidup kita semakin tinggi, hidup kita semakin hebat, cabaran yang mendatang pun akan jadi semakin hebat. Kebergantungan hanya kepada Allah, insyaAllah hidup kita akan dipermudahkan :) 

Seperti perumpamaan pemandu kapal terbang dengan pemandu bas.
Pendapatan pemandu kapal terbang yang membawa 200 orang penumpang tidak sama dengan pemandu bas yang membawa 40 orang penumpang. Sebab lagi besar tanggungjawab yang kita boleh bawa, lagi besar ganjaran yang kita boleh dapat.

15. Tukar suasana dan pilih kawan yang betul - Jangan gesek biola.

16. Baca surah al-insyirah: "Setiap kesusahan pasti ada kesenangan". Selalu ulang ayat tu supaya kepercayaan kita lagi kuat kepada Allah.


By the way, credit to Master Hafsah for sharing the content :)
Really appreciate it since I literally don't have time to watch the programme. 

 ~ This is why i love this usrah. Would like to be part of our family? Our pleasure :)






Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH