Pages -Menu for Ee Beauty Spa

23 September 2019

Saya Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Dulu ditendang, sekarang ku disayang.


Eh eh. Ternyanyi pula. Tapi takde kaitan ye antara yang hidup dan yang mati. 😂




Ok, tajuk ni agak memulas keringat dan minda sebenarnya. Sebab Ee kena recall balik diri Ee yang dulu macamana.


Kebetulan pula, tadi baru je lepas on call dengan salah seorang sahabat dunia akhirat. Tiba-tiba terkeluar daripada mulutnya 'Wah, lain mira sekarang'. Uii apa yang lainnya?


Rupanya banyak sangat benda yang lain. Serius! Ada yang boleh lihat secara lahiriah. Ada perubahan daripada segi dalaman.


Well, alhamdulillah Ee sedar banyak perubahan ni berlaku sejak Ee berbisnes Shaklee.

Dulu & Sekarang.. 



✔️ Dulu PENAKUT
      Sekarang BERANI


Korang nak tau? Dulu Ee ni seorang yang sangat takut nak tonjolkan diri depan orang ramai. Kalau cikgu tanya soalan, duk menyorok la kat belakang sebab tak nak cikgu panggil. Walaupun dah tahu jawapannya. 


Sangat low self-esteem. 


Sebolehnya tak nak bagi orang kenal siapa tu Shasratul Ameerah. Namun sejak ceburkan diri dalam bisnes Shaklee ni, mentor paksa jugak buat live dan video! 


Bagi Ee, bercakap dalam FB Live pun cuak sebenarnya pada awalnya. Walaupun kita tak nampak orang. Sebab kita tahu, orang nampak kita. 




Ini salah satu video live saya di FB berkenaan memberi inspirasi. ❤️ Kalau dulu, mustahil nak cakap tanpa skrip ni.


Sekarang, Ee suka buat live kat FB. Jadi addicted pulak. Sebab Ee suka kongsi maklumat dan ilmu. Kadang-kadang rasa penyampaian tu tak optimum kalau tulis je. Bila bercakap, kita akan pamerkan sekali rasa teruja, gembira, sedih. Jadi apa yang nak disampaikan tu lebih sampai. 


Dapat? 


✔️ Dulu KAWAN LEBIH UTAMA
      Sekarang KELUARGA LEBIH UTAMA


Ee ni seorang perempuan yang membesar dalam keluarga yang kurang sempurna. Maksud Ee, ibu bapa Ee bercerai. Jadi Ee banyak habiskan masa dengan kawan dan orang luar. 


Ee tak percaya pada nilai kekeluargaan. Ee rasa keluarga hanya sekadar nama, tiada fungsi. Bila sedih, kawan yang selalu ada. Bila gembira, keluarga tak tunjukkan sekali kegembiraan mereka. Jadi Ee rasa seorang diri. 


Namun bila Ee mula dapat ilmu daripada team Ee (perkongsian ilmu bukan berkisar tentang bisnes semata-mata), Ee sedar. Untuk dihargai, kita perlu menghargai. Untuk disayangi, kita perlu menyayangi.


Ee - Ayra - mak - Aida - Ariana - Ayie

Kak yang - mak - abah - kak yong - Ee - abang - Ayra - Jani


Dan alhamdulillah, bila Ee dulu yang mula sebarkan kasih sayang, Ee mula rasa kasih sayang orang sekeliling. Bila Ee mula menghargai diri sendiri dan orang lain, barulah diri ini rasa dihargai. 


Ee sedar, tiada yang lebih utama berbanding keluarga. Allah yang utama. Rasulullah kedua, dan diikuti oleh keluarga. Tanpa keluarga siapalah kita. 


✔️ Dulu COMOT
      Sekarang BERGAYA


Nak cakap bergaya beria tak lah. Lebih baik la daripada dulu-dulu. Kalau dulu, pakai 5 warna pun rasa biasa je 😂 Lagi kalau pkai tudung bercorak, baju bercorak, kain bercorak. Alahai. Tak semenggah! Haha. 


Sekarang alhamdulillah asbab terjebak dalam dunia bisnes ni, Ee mula belajar untuk jaga penampilan. Paling tidak, takdelah suami malu keluar dengan isteri comot. 😜




✔️ Dulu KUSAM
      Sekarang BERSERI


Hoyeahh! Ni part paling Ee suka. Serius. Bila betul-betul kita jaga nutrisi dalam badan, kasi cukup, memang automatik semua jadi cantik. Kulit cantik, berseri. Rambut makin ok. 


Kalau tengok Ee dulu, Ya Rabbi. Kusam sangat. Memang nampak macam tak cukup vitamin. Alhamdulillah sekarang dah makin ok. 



Kita bukanlah nak jadi secantik Thylane Blondeau, wanita yang dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia. Cukuplah penampilan dan rupa paras kita bersih, menyejukkan hati pasangan. Tak gitu? 


✔️ Dulu sekadar PENGIKUT
      Sekarang PENGIKUT & LEADER


Alhamdulillah. Kalau dulu, Ee ni akan jadi orang paling senyap, menyorok kaw kaw dalam apa-apa kumpulan. Tak kisah la kumpulan LDK ke, kumpulan apa ke. 


Namun sekarang, Ee terpaksa belajar untuk jadi leader. Ye. Sebab Ee ada tanggungjawab untuk pandu team Ee capai kejayaan bersama-sama.  


Nak jadi leader ni tak mudah. Namun, kita belajar dari semasa ke semasa. Dan dalam proses pembelajaran ni la, kita semakin hari jadi semakin hebat. Anda pun boleh! 


BAGAIMANA BISNES SHAKLEE MEMBANTU EE BERUBAH JADI LEBIH BAIK?



Percaya tak kalau Ee kata, pemilihan team yang betul menjadi antara faktor utama dalam langkah kejayaan kita?


Ee bersyukur ada dalam team Jutawan. 


Anda nak berjaya dengan Shaklee? Jom join Ee bersama dalam team Jutawan.


Anda nak berjaya dalam Shaklee, bisnes spa dan confinement lady? Ee alu-alukan untuk jadi sebahagian daripada team Ee dalam team Jutawan. 


Anda nak berjaya dalam Shaklee melalui program Jom Detox Jutawan? You are welcome my dear. 


Hubungi Ee dan kita sama-sama gapai tangan menuju ke puncak! Jumpa atas pentas tahun depan ❤️



Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat

Terima Kasih

1 comment:

suziesuraiza said...

Sekarang dh pandai cantik cantik😘

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH