![]() |
| Sumber : Google |
![]() |
| Cara 'cupping' yang betul |
![]() |
| Makanan penyebab mukus dan menghilangkan mukus. Pilihan di tangan anda. |
![]() |
| Sumber : Google |
![]() |
| Cara 'cupping' yang betul |
![]() |
| Makanan penyebab mukus dan menghilangkan mukus. Pilihan di tangan anda. |
Assalamualaikum semua! Lama Ee tak bersiaran kan? Rindu tak? 😄
Berdebar sebenarnya ni. Tengah tunggu hari je nak melahirkan mujahidah ni. Tik tok! Tik tok! Fuh dia punya berdebar, Allah je yang tahu.
Jadi sementara menghitung hari ni, Ee banyak buat pembacaan mengenai susu ibu. InsyaAllah Ee nak sangat guna peluang yang ada 2 tahun untuk menyusukan mujahidah ni secara eksklusif. 2 tahun yang tak kan berulang tau. Kalau terlepas 2 tahun ni, dah takkan dapat dah peluang ni.
Kat sini Ee kongsi 11 fakta menarik pasal penyusuan ibu ni.
*********************************
9 fakta menarik penyusuan ibu
*********************************
1. Bakar bertan-tan kalori!
Pakar-pakar anggarkan lebih kurang 500kcal terbakar untuk hasilkan 24 - 28 auns susu ibu sehari. Banyak ok. Amaun ni sama dengan kita makan 20 batang lobak merah tau!
2. Susu ibu akan keluar daripada banyak lubang, bukan hanya daripada puting.
Menarik kan? Orang yang tak tahu (macam Ee) mesti sangka dia keluar daripada puting semata. Padahal sebenarnya banyak lubang2 kecil yang memang khas untuk keluarkan susu je. Menariknya ia ada dalam bilangan 4 - 20 lubang tau kat sekitar puting kita.
Sebab tu, lekapan mulut bayi pada buah dada kita penting. Kalau tak kita akan rasa sakit atau sengal-sengal gitu. Sebabnya susu tu tak dapat nak keluar dengan baik. Sebab tu lekapan yang baik adalah mulut bayi melekap memenuhi areola (kawasan hitam) kita.
3. Buah dada kita mungkin akan rasa sakit sangat.
Ini biasa. Ia mungkin sakit untuk beberapa minggu pertama penyusuan. Tapi kita kena kuat semangat ye ibu-ibu. Kita kan nak yang terbaik untuk anak tercinta.
Anak akan ambil masa untuk betul-betul melekap dengan baik. Kita mungkin akan rasa puting kita pedih. Dan ia mungkin akan membuatkan ia merekah dan berdarah.
Jika perlu, beli je 'nipple butter'. Ia akan kurangkan rekahan dan kita pun selesa je. Kalau Ee, Ee memang sangat cadangkan ESP. ESP akan bantu lembapkan kulit dan tambahkan susu. Jadi kulit di sekeliling puting tak akan kering dan sakit.
4. Suami mungkin tertarik untuk melihat aktiviti penyusuan ni.
Jangan terkejut! Kebanyakan lelaki rasa tertarik nak lihat aktiviti ni. Ia akan menimbulkan rasa seronok, mungkin disebabkan oleh aura ibu & anak tu 😊
Kalau ibu rasa tak selesa, bagitau suami dengan baik. Kalau nak bagi dia tengok pun lebih baik. Itu akan eratkan kasih sayang keluarga 😃
5. Kita mungkin akan terangsang.
Ini normal. Penyusuan ni ada kesan sampingan ni sebab kawasan areola memang sangat sensitif pada sentuhan.
Tapi itu tak akan mengganggu emosi anda pada bayi. Jangan risau 😅
6. Kita mungkin akan kejang.
Bila bayi menghisap susu, badan kita akan bebaskan hormon oksitoksin dan prolaktin. Oksitoksin akan menyebabkan tegangan pada uterus kita. Memang sedikit kurang selesa, tapi ia membantu rahim kita kembali pada keadaan asal. Bagus bukan?
7. Saiz payudara tak menentukan jumlah penghasilan susu.
Tak semestinya saiz besar menghasilkan susu yang banyak dan begitulah sebaliknya. Ia bergantung pada salur susu. Dan untuk merangsang pengeluaran susu yang banyak, Ee pilih alfalfa 😘
8. Mendengar tangisan bayinboleh menyebabkan payudara kita keluarkan susu.
Percaya atau tak, inilah hasil daripada kajian yang dilakukan! Penghasilan susu ni kita panggil 'let-down reflex'. Biasanya terjadi bila anak kita dah hisap susu tu dalam masa 2 minit. Bagi ibu yang dah biasa menyusukan anak, ibu akan perasan payudara sebelah lagi akan keluarkan susu jugak. Inilah yang kita panggil 'let-down reflex'.
Bukan hisapan anak je tau. Emosi ibu pun boleh menyebabkan ni terjadi. Terutamanya bila ibu fikirkan anak, tengok video anak, rindukan anak. Biasa terjadi pada ibu bekerja.
9. Anda mungkin ketagih dengan penyusuan ni 😍
Kajian menunjukkan wanita mengaku bahawa mereka ketagih dengan penyusuan ni disebabkan oleh perasaan gembira yang terhasil bila kita menyusukan bayi.
Semoga bermanfaat ye ibu-ibu sekalian 😘
- Soya tersebut mesti tumbuh dan membesar secara organik.
- Kacang soya tersebut mestilah Non-GMO (Tidak dihasilkan secara genetik)
- Protein soya tersebut mesti mengandungi 9 asid amino perlu.
- Dalam proses pembuatan soya, soyflakes mestilah dibersihkan dengan air, bukannya alkohol!
- Bahan anti-tiroid mesti disingkirkan.
- Protein soya tersebut mesti ditambah dengan unsur kalsium!
- Saya juga pengguna setia ESP. Jadi saya mahir mengenai cara pemakanan yang betul.
- Konsultansi eksklusif daripada saya kepada anda.
- Sentiasa menggembirakan pelanggan dengan hadiah percuma yang menarik :)

- gastroenteritis (cirit birit dan muntah)
- pneumonia (keradangan pada paru-paru)
- bronkiolitis (jangkitan pada saluran penafasan- di bronkiol)
- jangkitan salur kencing
- ekzema
- jangkitan telinga
- tekanan darah lebih rendah
- tahap kolesterol lebih rendah
- kurang risiko untuk hidapi diabetes tahap 2 bila dah dewasa.
- kurangkan risiko kanser payudara sebelum menopous
- lindungi ibu daripada kanser ovari
- kurangkan risiko diabetes tahap 2
- Membantu ibu kembali sihat bertenaga dan selepas bersalin
- Memulihkan luka bersalin dengan lebih cepat
- Membantu penghasilan susu lebih pekat untuk menjayakan penyusuan bayi
- Elakkan sembelit serta risiko buasir
- Membantu stabilkan hormon ibu untuk elakkan masalah meroyan
- Membantu mengatasi masalah rambut gugur dan masalah kedingian
- Mencantikkan kulit serta mengurangkan strecth mark selepas bersalin
- Mengandungi isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen. Membantu dalam meningkatkan penghasilan susu.
- Membantu melembapkan, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara.
- Mengandungi protein yang tinggi untuk disalurkan kepada bayi. Sangat membantu tumbesaran bayi.
- Digunakan sekian lama sebagai satu tradisi untuk menambah susu ibu.
- Sangat bagus untuk kesihatan buah pinggang. Berfungsi sebagai agen detoks.
- Boleh merendahkan kandungan kolesterol.
- Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda.
- Membantu untuk kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi.
- Membantu dalam penghasilan tenaga dan darah.
- Boleh mengawal stress.
- Mengoptimumkan sistem imun anda dan bayi.
- Membantu dalam penghasilan kolagen.
- Sangat bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.
- Suplemen paling penting kerana ia mengandungi vitamin lengkap untuk memastikan kesihatan anda dan bayi berada di tahap yang paling baik.
- Memastikan kesihatan gigi dan tulang anda.
- Ini adalah kerana, susu ibu memerlukan kalsium yang tinggi. Kalsium ini akan diambil daripada ibu. Apabila ibu tidak mempunyai kalsium yang mencukupi, ibu mudah menjadi rongak, sakit belakang, sengal-sengal tulang.
- Oleh itu, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup.
- Tiada ilmu penyusuan yang cukup
- Tidak pam susu secara konsisten dan mengikut jadual
- Makan suplemen tapi dengan cara yang salah
